17.12.10

Under-Utilised?

Okey mari lupakan kisah mengandung buat seketika. Mari saya cerita perihal kerja.

Boss kata sayalah pekerja paaaling under-utilised. Haaahha ingat aku apa, office equipment? Aku angguk jek n tak bagi komen. Kalau bos rasa begitu bos bertindaklah. I nk g ngadu I under-utilised? Jangan cari susah kan?

Secara keseluruhan boss kata budAk2 dh mlas buat ot, hahhahhha for me, I don't give a damn, I will put my extra time if I think it is needed, kalau setAkat buat sbb boss suka n utk bonus yg bAgus, kedengarannya langsung bukan saya.

Kalau ada yg kurang dan ada yg terlebih kerja, salah siapa? Kuli mcm saya atau...? Lu pikir la sendiri, jgn bangkit isu saya sudah senior, kalau rasa saya mampu lakukan bagilah saya kerja setaraf itu. Untuk saya menyalak keluar dari thp selesa saya, diulang itu bukan saya. I can work under my junior or sesiapa saja, so kenapa nak ungkit? Saper taknak under-utilised tapi overpaid? Hahahahahhahahahha...
Saya tengok kerja sama aje pun, balik pun on time, so apa masalahnya kan...kalau rasa gua tak buat kerja, gua no komen!

Adakah buat ot banyak adalah bagus? Fikirlah sendiri, apakah kerja 9-6 tu tak cukup nak cover kerja2 yang ada...weekend pun nak kene kerja? Terpulanglah, work smart and don't work hard ok, sebab akhirnya kita juga yang akan kecewa. Saya ada life yang lebih sempurna selepas jam 6ptg dan di hujung minggu, minggu berturun tangga di ofis sudah berlalu, i have been there.

Saya sudah ditempah untuk minggu2 seterusnya, hmmm over-utilised? Apa2 sajalah...

BTW, Alhamdulillah morning sickness is still there but I can cope with it better. Cuma semakin lembik di malam hari, dan tidur juga telah start terganggu. Baby harapnya bersimpati dan dapat bertahan untuk digunakan sepenuhnya. Amin.

9.12.10

Jangan kata...

Jangan kata perempuan mengandung yang alah tu mengada2 n banyak songeh.

Jangan jugak kata morning sickness tu psikologi aje.

Kalau mengada2, banyak songeh n psikologi aje kenapa saya sampai rasa cukuplah setakat ini, saya tak mahu mengandung lagi.

Tapi, dulu pun saya cakap macam tu kot, lepas 2,3 tahun saya laluinya lagi.

Adoi!

Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim...

Mudahkanlah hambamu ini melalui fasa hebat kehidupan ini.

Amin.

3.12.10

Buku pink untuk baby...


Yeay! baby dah ada buku pink! Hehehehe terlaksana juga hajat mama nak g dapatkan buku pink untuk baby. Hahahaha...

Oh mama pergi check-up kat klinik kesihatan ibu dan anak gomen aje. Maryam dulu g klinik biasa aje, tapi kali ini saja2 la nak ada buku pink. So far perkhidmatan ok cuma kene menunggu tu perkara biasa la kan. Dulu mama g klinik biasa sebab tak nak tunggu n amik cuti kerja, tapi skang opis ni buleh guna time slip, makanya mari kita gunakan dengan bijak. Hehehehe...dulu opis lama kene ganti tau kalau tunjuk time slip ni.

Mama pergi ngan papa ari rabu haritu, kat bukit bangsar aje. Hehehehe nurse dia dah senior n kelakar2, sempat la sembang gelak2 ngan mereka. Jumpa ramai kawan baru dan jangan tak tahu rakyat asing pun ramai ok! Mana tidaknya kalau bayar RM15 aje sekali visit. Ceh, dari menyedapkan mereka baiklah mama juga menggunakan perkhidmatan percuma ini. Menurut nurse tu even bayar RM15 pun rungutan mereka punyalah baik. Tension gitu. Haih...

Sebab sebenar mama pergi klinik ini adalah seperti berikut:-
a) Nak ada buku rekod pink yang detail
b) Mama tak tahu nak deliver kat mana lagi, kalau till 3rd trimester baby adalah sihat2 sahaja dan tiada masalah maka baru mama akan decide.
c) Jimat duit...hehehehe...
d) Saja nak rasa khidmat orang gomen

Harapnya nurse2 semua baik2 selalu. Moga mama juga tiada masalah meneruskan check-up. Hehehe next 2 weeks ada appointment jumpa doktor pula...moga berjalan lancar.

Ok jangan jeleskan buku pink saya ye. Jumpa lagi!

2.12.10

My most common craving is...

not to be pregnant!

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, tak suka morning sickness!

25.11.10

Maryam as Kakak To Be...

Bersediakah Maryam untuk menjadi kakak? Kekekekeke tak siapa tahu kan, oleh itu sedari awal mama telah melatih Maryam sehingga mama pula letih nak layan lagak seorang kakak ini.

Pertamanya Maryam betul2 sudah berhenti babu. Alasan mama bahawasanya baby sakit tatkala Maryam berbabu adalah berhasil. Walaupun sangat2 kasihan melihat sinar mata Maryam yang mcm kempunan babu tapi mama kuatkan hati mama dan tetap berkata tidak walau Maryam merayu dengan rayuan paling leleh. Sekarang Maryam hanya menggentel babu sahaja.

Keduanya mama sudah ajar Maryam kiss baby dari awal. Ajar dia cakap dengan baby dan ajar dia mengasihi baby. Mula2 yam mesti beri salam n cium baby, pastu mesti cakap ngan baby. Ayat2 regular yam adalah seperti berikut:-

i) Mama baby nak cakap ngan mama... *kekekeke dia malas nak ckp la tu*
ii) Baby nak pergi mid belli tak?... *ni serius tak tahan, boleh dia ajar adik g langok dari dalam perut*
iii) Baby nanti keluar minum babu mama tau... *ini bagus!*

Tapi Maryam serius mahu tandem nursing dengan baby. Pengsan la mama macam tu. "baby sebelah, Maryam sebelah"... Harapnya Maryam lupalah masa baby lahir nanti.

Mama selalu tanya Maryam nak bagi baby nama apa.

"boleh tak mama bagi nama baby Zara?" *Nama awal nak bagi Maryam dulu ialah Maryam Az-Zahra*

Dengan pantas Maryam membantah "Tak buleh, tak buleh nanti sama dengan Amoi!"...Hahahahah mama tergelak, Amoi tu nama sebenarnya memang Zara, umurnya tua sedikit dari Maryam n tinggal dengan nenek sebelah umah nenekyam. Maryam selalu bergaduh dengan beliau, sebab tu beliau membantah keras mama kira.

Kemudian mama sambung "kalau mama bagi baby nama Aisyah?"

Lagi pantas dia balas "Tak buleh nanti sama ngan nek Esah!" Lagi la mama gelak besar, Nek Esah tu nenek yang jaga Amoi tu la. Kebetulan pulak.

Hahahaha ntahlah macam mana Maryam boleh terfikir sampai situ, tapi Maryam slalu kata nak bagi nama baby, Aqil, mungkin sebab dia slalu main ngan baby Aqil, anak kawan mama. Hehehehehe...tapi tak bulehlah dah ramai anak kawan mama nama Aqil.

Mama sudah dikurnia seorang Maryam dan mama memohon Allah mengurniakan mama seorang Yusuf untuk melengkapkan keluarga mama. Jika Allah tidak izinkan, Zulaikha juga mama sudah cukup gembira.

Sekian sahaja. Bertemu lagi di cerita temujanji dengan doktor...

20.11.10

Mengandung The Series ~ Siapa yang mabuk?

Hello, hello, hello.

Ok terus saja kepada penceritaan kita sementara puteri becok saya yang pandai melayari youtube itu bangun dari peraduan beliau. Jika beliau bangun jangan haraplah dapat menaip begini pantas. Mulutnya yang bak bertih jagung itu sudah bisa membuat saya pengsan dan berdarah hidung.

Ok biasalah kalau perempuan mengandung mula morning sikcness kan? Dipercayai lebih separuh dari perempuan mengandung mengalami morning sickness. Oh dan sayalah seorang dari perempuan2 itu. Huhuhuhu...pada mulanya saya sangka saya akan ok dengan kandungan kali ini kerana di minggu kelima papayam yang mengalami pening kepala, demam dan kelihatan seperti tiada mood. Itu sejurus selepas saya sah mengandung. Pergi shopping memang papayam yang rasa penat nak pengsan. Tapi saya juga bersedia kerana biasanya menjelang minggu keenam baru simptom2 morning sikcness itu akan datang melawat. Hohohoho dan kini saya baru melepasi minggu keenam dan perasaan mulut yang tidak sedap itu sangatlah mengaduhaikan perasaan saya. Jelaslah saya akan mengalaminya sekali lagi. Bezanya mungkin kali ini saya lebih tabah dan tidaklah selembik dahulu lagi. InsyaAllah!

Kenapa perlunya ada morning sickness ini? Kenapa? Kenapa? Ah gedik pulak buat2 tanya. Nak anak ingat senang2 aje eh? Beruntunglah mereka yang steady jek masa pregnant n langsung takde experience morning sickness, oh saya dah jumpa 3,4 orang dikalangan kawan2 saya yang takde gedik2 sakit pagi ini. Jeles tahap cipan saya nok! Tapi takpelah inilah harga yang patut dibayar, mungkin masa saya menumpang dalam rahim mak saya dulu saya telah menyusahkan beliau sebegini rupa. Maaf ye mak!

Morning sikcness dikabarkan disebabkan oleh perubahan hormon yang tiba2 aje dalam diri wanita mengandung itu sendiri dan juga ketidakseimbangan gula dalam darah. Peningkatan hormon estrogen katanya, entah saya pun tak tahu la macam mana, baca ajelah artikel2 dari hasil googlelan. Tapi sebab sebenar tidaklah diketahui dengan jelas.

Berapa lama agaknya nak mabuk pagi2 ni? Sebenarnya taklah pagi jek, dia boleh je datang bila2, saya biasanya menjelang tengahari, pagi alhamdulillah ok. Kononnya mabuk2 ni menjelang trimester pertama iaitu 3 bulan pertama. Kajian juga menunjukkan paras hCG adalah paling tinggi di trimester pertama. Adakah itu kaitannya? Emmmm....Tapi tak tentu juga ada yang morning sickness sepanjang kehamilan. Bergantunglah siapa yang nak diuji sebegitu rupa. Harap2 semua kita baik2 saja.

Bagaimana nak elak morning sickness ini? Nak elak terus tak boleh la kot tapi boleh cuba beberapa langkah. Semua artikel yang saya baca kata jangan makan banyak sekaligus, makan sikit2 tapi kerap. Pastu jangan makan yang berminyak dan pedas. Hah? jangan makan pedas? oh no, no, no! Takde cili apalah erti makananku. Kekekekek dah org kata tak boleh degil plak lagi kan. Lagi apa? Oh mungkin boleh cuba teh halia...makan lebih banyak karbohidrat, mungkin ada kaitan juga dengan vitamin mengandung yang kita ambil, so berbincanglah dengan doktor ye.

Harap2 saya baik2 saja dan boleh bekerja dengan baik. Ini sudah kandungan kedua, harapnya saya lebih bersedia dan tabah. Makan saya masih ok, harap minggu2 setrusnya saya akan tetap ok sehinggalah ke saat kelahiran. InsyaAllah n amin.

Oh dalam kecelaruan emosi saya bertanya 'mengapa saya setuju nak lalui pengalaman dan rasa ini sekali lagi?'...dan bila melihat Maryam yang membesar dengan sihat dan cerdas saya tahu disitulah jawapannya. Dan semangat saya untuk mengharunginya datang lagi.

Hingga bertemu lagi di episod seterusnya > Mengandung The Series ~ Maryam as Kakak To Be...

10.11.10

Mengandung The Series ~ Mengandung ker?

Mengandung ker?

Mengandungi ker?

Oklah baca adalah keputusan ujian yang panjang lebar dari saya seperti di bawah ni. Lebih panjang dari karangan ujian penulisan UPSR. Sib baik dapat A walaupun mengulang pat kali.


Ok ini merupakan pek ujian mengandung yang pertama skali saya beli, beli yang ada 2 sticks, cap Guardian aje, sebab dah nak mengandung kali kedua makanya tidaklah gedik seperti yang pertama dulu, siap bli clearblue, dah anak nak masuk dua rasa membazir pula. Kekekekekeke...



Sebab excited lalu buatlah test walaupun period belum due, cececece tak excited la kan nak tunggu period lewat baru nak test, biar berdebar skit masa buat test. Kekekeke skali kau nah ambik memang jalur satu jek tak nampak2 yang kedua. Muka saya jangan cakap la memang tak puas hati n rasa tertipu dengan alat ujian tu. Tulah gedik sangat nak jugak buat test pada tarikh yang paling minimum. Yang tak bestnya buat lagi beberapa hari lepas tu juga tidak dapat dikesan kehadiran hCG, jalur kedua takde juga. Masa tu redha jelah walaupun dalam hati saya tetap yakin saya mengandung. Sebab 2 kali gagal maka excited dah hilang, dah terbayang nak melompat2 n bagitau papa. Ceh macamlah baru 1st time mengandung kan...ala saja la dah 2 tahun tak mengandung tau.

Kemudian dah redha ajelah, kalau ada Alhamdulillah kalau takde takpe saya akan cuba lagi. Walaupun mengalami migrain dalam 2 minggu secara kerap, pastu mulut rasa cam pahit2 serta mula rasa letih bia balik keje, saya terpikir seperti cerita Glee mungkin itu hanya panik mengandung, hahahhahahaha maka saya cuba meredhakan diri. Maka teringatlah ayat seorang sahabat 'I ever tot it will be this hard' masa dia sedang mencuba untuk mengandung lagi. Ceh la gua baru try skali tak sesuai langsung nak keluarkan statement tu kan. Maka membiarlah masa berlalu.

Adakah saya berputus asa untuk mengulang ujian buat kesekian kalinya? Oh tidak sama sekali, sebab saya yakin saya berjaya maka saya menunggu sehingga period saya due. Hehehehe Alhamdulillah saya takde masalah dengan tempoh period saya, cycle saya lebih kurang 30 hari, maka bila sudah lewat sehari saya buat2 cool saja, lagipun saya sudah menurunkan tahap keexcitedan saya.


Dan sya bli lagi alat ujian kehamilan, kali ni bli kat watson, murah jek 6 ringgit kalau tak silap, sebab dah rasa positif saya tunggu jek pagi esoknya untuk buat test sebab kadar hCG paling tinggi adalah diwaktu pagi, maka sedang Maryam dan papa nyenyak tido saya pun buat test tu. Tapi dengan hati yang tak berapa excited sebab dah rasa memang dapat A untuk ujian ni.


Tadaaaa, nampak tak line kedua tu, tapi sangat mild kan? Heheheh tapi saya tak mahu buat kecoh di pagi hari makanya menulis saja nota buat papa. Alhamdulillah. Oh tapi saya berniat nak amik ujian keempat sebab yang ni linenya sangat la kabur. Kekekeke gile suka kumpul air kencing.


Dan ini pembelian seterusnya. Sebab nak jugak confirmation yang keempat saya beli lagi alat ni. Kali ni balik kerja terus singgah Bangsar, beli kat sebuah farmasi kat Bangsar. Balik tu tak sempat tunggu esok pagi malam tu jugak la saya buat test. Kuikuikui...


Dan terbuktilah garisan itu berteman! Syukur Alhamdulillah! Saya sangat gembira dan bersyukur impian dan doa saya selama ini dimakbulkan Allah SWT. Saya cuma terus berdoa agar saya dipermudahkan menempuh 9 bulan ini dan bakal dikurniakan seorang lagi anak sebijak Maryam.

Nantikan episod seterusnya >>> siapa yang mabuk?

1.11.10

Plan P The Series ~ Part 2

Ini draft status kat fb yang saya fikir nak post. Hahahah gile kata kakak saya.

Kalau mengandung:

i) Dia tak bayar sewa, makan minum free, layanan 1st class, supply supplement itu ini, nanti mesti susahkan I, tapi dengan rela hati I bagi dia sewa 9 bulan 10 hari.

ii) Cuti solat 7 hari sebulan dah tak valid.

iii) Kepada Papa : Selamat melayan wanita penuh emosi selama +-setahun bermula sekarang.

iv) Kepada Maryam : Berhenti babu, baby marah.

v) I kencing kat stick, walaupun kedengaran negatif, stick tu beri keputusan positif


Kalau tak mengandung:

i) I niat nak potong rambut kalau I pregnant lagi, malam tadi I pergi potong rambut tapi bukan sebab I mengandung tapi sebab I frust I tak mengandung!

ii) Tadi pergi guardian ingat nak beli pregnancy test, tapi ntah camne terbeli sanitary pads. Damn!

iii) Dah 2 kali gagal amik test. 2-2 tanda tolak. Benci!


So anda suka yang mana?

26.10.10

Plan P The Series ~ Part 1

Ada satu hari kawan depan saya kat opis ni nampak saya menanda dan mengira2 kalendar...hikhikhik gila apakah kan? Tulah tindak tanduk saya kebelakangan ini banyak menimbulkan curiga di hati peminat2 saya. Panggggg!!! Peminat apakah? Kekekekeke cakap macam artis glamer plak saya. Oh takdelah mungkin status2 saya di fb yang saja cari publisiti. Oh tidak2, biarlah saya berterus terang hal yang sebenar supaya anda semua tidaklah 'sudah membaca, mengeja pula' ala2 'sudah terang lagi bersuluh' adanya. Mungkin pengumuman ini terlalu awal, hahahah tengok mengundang kontroversi lagi...bukanlah pengumuman apapun cuma ingin berkongsi pelan yang telah saya rangka untuk anak kedua saya. Oh yeah...

Sudah bersediakan saya? Entah, persediaan yang macam mana? Mental, fizikal, kewangan atau apa? Serius saya tak pasti namun saya juga tak pasti sampai bila saya akan pasti yang saya sudah benar2 bersedia. Kalau saya tunggu tahun depan, tak mungkin juga saya sudah bersedia, atau tahun2 terkedepan lagi boleh bersediakah saya?

Bersedia atau tidak banyak definisinya. Alhamdulillah saya rasa saya tiada halangan besar untuk meneruskan niat saya, mengandung bukan boleh ikut kawan, kakak atau sedara mara seperti nak mengandung juga bila kawan/kakak/sedara mara mengandung. Saya cuma terfikir laratkah saya nak mabuk2 lagi ni, aduhai. Dan seperti telah saya niatkan saya nak mengandung lagi bila Maryam sudah 2 tahun. Bila Maryam dah 3 tahun dia dah boleh tolong tengok2kan adik dia nanti.

Ala dah pukul 7 malam, saya nak balik rumah la. Nanti saya tunjuk carta2 dan jadual2 pelan P saya k. Tunggu post seterusnya, manalah tau dipost seterusnya ada pengumuman gembira. InsyaAllah...

Tata.

18.10.10

Kalau version 2.0 adalah begini, bagaimana pula version 3.0?, 4.0? dan seterusnya?

Maaf tajuk agak panjang. Just wonder bagaimanalah si MJ itu tatkala dia semakin dewasa kelak. Version 2 tahun ni boleh la nak gelak2 dengan apa yang dia buat, tapi macam mana kalau dia dah version 4 atau 5 tahun, mahu agaknya kene tempeleng sebab orang dah tak rasa lawak sebaliknya rasa dia kurang ajar. Huhuhuhu harapnya MJ dapat menerap nilai2 baik sejajar dengan perkembangan umur beliau. Amin.

Ini version 2.3 tahun.
-------------------------------------------------------------
Mama : Jom turun bawah beli nasi lemak.
MJ : Yam nak akai opi maa...
Mama : Topi mana satu?
MJ : Opi yam la, opi mana lagi?
Mama : Yelah tapi yang mana satu?
MJ : Opi yammmmmm, opi mana agi?
(Dalam hati mama - dah la pelat ada hati dia nak perli2 mama)
-------------------------------------------------------------
Mama : Mama nak pakai baju pink la, baru sama ngan yam...
MJ : Suke ati mu la...
(Mama - nak sakit ati ke tak ni?)
-------------------------------------------------------------
MJ : Mama amik la buku satu baca
Mama : Dah, mama nak beli la buku tadi tu
MJ : Suka ati mu la
(Mama - Eh, eh mak enon sungguh budak ni)
-------------------------------------------------------------
Mama : Yam jangan amik buah mama tau...
MJ : Yam amik sikit je kannnnnnnnn...
-------------------------------------------------------------

Balik dari mid semalam dia duk membelek beanbean dia. Pastu dia duk pujuk beanbean siap cakap 'kan dia nangis ni' sambil kesat airmata. Pastu buka baju beanbean n pakaikan balik, mungkin salin baju agaknya. Pastu gelabah pulak dia pergi cari tilam kecik n baringkan beanbean. Yang paling tak tahan dia pangku beanbean n selak baju dia n bagi beanbean babu.

Subhanallah. Agak2 kalau dia ada adik la, lunyai tak adik dia nanti?

14.10.10

::Cerita Malam Hari::

Malam tadi buat bubur (aku tak tahu nama bubur ni tapi yang tepung dia tu kita buat pakai tepung pulut n gentel bulat2 pastu picit tengah2 dia so dia jadi leper, tak silap aku orang kelantan panggil penyet hidung @ butir nangka) untuk Ateh, ntah la dia gila apa nak suh saya buatkan, padahal saya rasa dia malas. Saya pun malas nak layan tapi masa balik keje tersinggah kedai n beli bahan2 nak buat bubur tu. Cis...

So masa sibuk gentel biji2 bubur tu papa duk tengok tv n Maryam macam biasa sibuklah nak gentel sama. Papa jeling2 aje, dalam hati saya ni mesti nak perli apa2 ni.

"Tengok yam, sayang mama ke kakak dia, buatkan bubur sebab kakak nak makan, kuih papa mama tak buat pun"...

Haaaaa, kan saya dah agak ayat ni akan keluar punya.

"Ala kuih apa? Agar2 coklat?", tanya saya pura2 buat tak tahu.

"Takpelah, takpelah...", balas papa yang cuba menaikkan rasa bersalah mama.

Lalu saya pun pergi la ke dapur, keluarkanlah segala kelengkapan membuat agar2. Masa kat dapur datanglah anak dara saya tu sambil bawak kerusi study dia (kerusi buat panjat untuk berdiri sebelah mama masa mama kat sinki).

"Ma buat apa ma?"

"Buat kuih papa dengan buat bubur untuk ateh"

"Kuih yam mana ma?" haih budak ni macam berpakat aje ngan papa dia.

"Ala kuih yam takde, kita buat wiken la kuih apam yam"

Lalu Maryam turun dari kerusi n menuju ke arah papanya sambil bersuara begini.

"Ala pa, kuih yam takde, mama tak buat"

Aduhai, bersalahnya rasa. Memang wiken baru ni saya beli acuan tuk buat apam sebab Maryam suka makan apam. Dia pun asyik tanya aje sebab acuan tu ada je atas siniki. Siap request apam warna pink. Haih kenelah janji buatkan apam wiken ni.

So malam tadi siaplah 2 dulang agar2 coklat papa n bubur untuk Ateh. Bubur sedikit cair dan didelivery kepada ateh malam tadi juga oleh papa.

Haih moralnya disini saya kene la dahulukan suami dan anak saya. Ateh kau boleh blah lain kali.

8.10.10

Tubuh persis model anorexia, apakah!?

Hari isnin baru ni saya MC kerana kehilangan suara dan rasa seperti sudah mahu demam. Inilah penangan rumah terbuka di bulan syawal yang manis ini. Mana mungkin saya menolak jika dihidang air tebu segar dan sirap bandung soda walaupun suara sudah serak2 basah. Sebab tiadalah saya boleh hidup dalam memantangkan pemakanan saya maka saya teruslah membasahkan tekak agar tekak terus basah. Hahahahahaha lalu kesannya masih boleh didengar sehingga ke hari ini, suara saya bukan lagi serak2 basah tapi telahpun bertukar ke garau2 kering. Wahahahahahahahaha....

Oh bukan itu kisah yang mahu saya ceritakan hari ini. Kisah kita kali ini ialah tentang saya dan tubuh persis model anorexia saya. Waka waka, idok la saya kurus bebenor, cuma saya nak kasi tajuk ganas sikit. Ceritanya adalah dalam beberapa situasi. Yang terbaru adalah isnin baru2 ini.

Situasi 1 :
Lokasi adalah di rumah saya. Ada 2 orang makcik datang mengundang ke majlis perkahwinan anak beliau. Saya tengah berfb di ruang tamu manakala MJ sedang tido dalam bilik
Makcik 1 : Salam. Dik, dik mak mana...
Saya : Sayalah maknya...
Makcik 1 : Oh kau, menantu si...ala saper mak kau...
Saya : oh menantu Yah Taib...
Makcik 1 : aah yelah, datanglah ye kenduri anak makcik 10/10 ni, kat dewan bawah...
Saya : InsyaAllah...
Makcik 2 : Ye ker kau ni mak orang, macam budak aje lagi...
Saya : Ye makcik, saya ni dah tua dah, ada anak sorang dah pun, ada tengah tido...
Makcik 2 : Iye macam budak lagi...
Dan makcik2 berlalu pergi. Saya? Rasa kembang hidung...hahahahah

Situasi 2 :
Masa ni kat opis.
Saya : Bryan, u balik pukul berapa malam ini...
Bryan: Saya mahu ikut u balik...
Saya : Hahahahaha, mana boleh nanti hubby saya marah
Denise : Hah?! U dah kawin ker?????
Saya : Sudah la, sudah ada sorang doter pun...
Denise : Hah?! begitu kurus begini? betul ker?
Saya : Betul la, ini gambar anak saya...

Situasi 3 :
Masa ni kat opis juga, masa amik offer letter
Kat : U sudah kawin?
Saya : Sudah, ada anak pun, dia ada kat luar...
Kat : U betul aaaa? Begini kurus?
Saya : Yelah sudah, tu anak I n husband I...

Moralnya >>> hahahaha kurus jangan disangka tak berisi ok. Memang ramai yang tak percaya saya sudah kawin n ada seorang anak perempuan yang bijak dan comel. Kikikikiki tapi sebabnya bukanlah sebab saya nampak muda ke apa tapi sebab utamanya ialah sebab saya ni kurus sangat. Huhuhuhuhuhu jadi taklah saya nak kembang sangat kecuali di situasi 1 seperti di atas.

Saya ni dah gen kurus nak buat macam mana kan? Nak kata saya tak makan atau diet, hohohohoho sorrylah ye, saya tak skip makan sarapan, tengahari dan malam, dan tidak sesekali saya boleh mengharungi hari saya tanpa makan nasi. Cumanya saya taklah suka makan snek sangat. Kek n aiskrim bukanlah kegilaan saya, oh saya juga tak suka sangat minuman bergas kecuali 100 plus. Suka makan ulam-ulaman juga. Oh saya juga mungkin beruntung kerana metabolisme saya bagus (saya rasa la, hahahahahaha)

Tapi saya tak mahu dipandang muda sedang dalaman saya pula tua. Hmmmmm makanya saya perlulah menjaga pemakanan, bersukan dan saya rasa harus mencantikkan dalaman saya. Saya ingin nampak muda, rasa muda dan jadi muda...hehehehehehe motto iklan apakah ini, macam biasa dengar...

Oklah itu sajalah cerita saya arini, nak makan sandwich yang dibeli dari subway tadi pula. Hehehehehehe....bye!

6.10.10

Mak...

Masih berhutang cerita birthday MJ. Sorry masih belum dapat gambar2 dari jurugambar keluarga.

Maka cerita untuk hari ini adalah kisah mak masuk hospital.

Kisah sama saja, pengsan, jatuh terhantuk kepala n masuk hospital. Dah tak dapat bayang nak simpati kat mak macam mana. Sekarang masih kat hospital tapi menurut kakak ipar saya, petang ni mak dah boleh keluar. Alhamdulillah.

Kata doktor mengikut semua simptom mak mungkin nak kene strok tapi doktor masih mencari punca. Seperti dah dengar semua ini. Long sigh...

Apa2pun saya berharap derita mak ini akan berakhir.

Sama2lah berdoa dengan saya.

Amin...

24.9.10

Aidilfitri 2010


Inilah potret keluarga kami tahun ini. Tanpa Abah, walau berseri sekalipun, hati kami menyimpul sedih. Melihat mak teresak2 di pagi raya amat meruntun hati ini. Sudahlah pinggang mak masih sakit. Tiada kata nak describe macam mana hati ini hancur mengenang hari2 mak tanpa Abah apatah lagi hari raya. Cuma inilah shot terbaik yang saya ada. Yang lagi baik tentulah pada Ateh *tak paham ke ateh?*

Dan ini pose gedik bersama anak2 saudara yang ada. Ada lagi tertinggal tak tahulah pergi mana. Hahahahahahahaha, sebab mak tak sihat sangat jadi dengan bangganya saya nak beritahu raya kali ini Ateh masak rendang. Feeeeewwwwwwiiiitttttt...memang macam rendang mak lah! Hehehehehehehehe....

Dan ini kami sekeluarga...hahahahah papa sangkut beg yam kat leher. Sangkut takpe jangan sangkut isinya pula. Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maaf saya pohon dari kami sekeluarga.

15.9.10

Open House + MJ is 2 Green Birthday Party

SIAPA BACA JEMPUTAN NI, DIA KENA LA DATANG, HAHAHAHA...JEMPUT YE JANGAN MALU2.

Day : Saturday

Date : 18 September 2010

Time : 2:00pm - 10:00pm

Location : 90-17-5 Apartment Putra Ria, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur

Theme : Green & Fabulous (Save the world-Go Green!)

Additional info :

This is a go green party and to make it meaningfull, MJ has some request from all of you.

1) If u got present for MJ, kindly bring only a used present, something homemade, a book, or nothing at all. Wrapped it with newspaper or unwrapped it.

2) To help others/save the world, MJ would like to host some charity moments & to do so MJ needs help from all of you. To help, you can bring your old toys/clothes or etc which to be donate to the selected local shelter (Rumah anak2 yatim/Rumah orang2 tua). You can bring anything that you think can help them.

Don't forget to put on your best green outfit ya! See u there!

7.9.10

Kelebihan seorang wanita..

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 o...rang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

30.8.10

JANGAN KAHWIN YANG ENAM

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki :

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

YA ALLAH, BAIKILAH SIKAP2KU JIKA AKU TERGOLONG DALAM KUMPULAN INI. AMIN...

26.8.10

MJ berhenti menyusu - Cerita Sos Tomato Dan Cerita Anak Gajah

Allah berfirman (ertinya):
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. (QS Al Baqarah: 233)

Islam sangat menganjurkan penyusuan susu badan.
“Peranan ibu yang utama ialah menyusukan anak dengan susu badan seperti yang ditentukan dalam al-Quran. Ini sudah ditunjukkan ibu Nabi Muhammad, Aminah. Selepas lapan bulan Muhammad dilahirkan, susu Aminah kering, tetapi dia tidak terfikirpun untuk menggantikannya dengan susu kambing yang banyak di rumahnya. Sebaliknya, Aminah lebih sanggup mengupah Halimatusaadiah untuk menyusukan Muhammad. Melalui kisah Aminah, Allah sengaja hendak mengajar umatnya bahawa wanita lain boleh menyusukan anak orang lain..”
Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz dalam artikel “Pemberian susu lembu punca gejala sosial?"

Alhamdulillah terlaksana sudah misi menyusukan Maryam untuk 2 tahun pertama kehidupannya. Terima Kasih Allah dan orang2 sekeliling yang selama ini memberi support yang baik.

Hohohoho sangat berat sebenarnya nak lepaskan Maryam berhenti menyusu. I emo okeh! Mana bisa membayangkan Maryam tak babu lagi, lagi pula mengenangkan aksi tersengih2 dia menggentel babu mama. 2 tahun saya menyusukan dia setiap malam, tak pernah walau sekali saya gagal, jadi bayangkanlah bagaimana saya nak berhenti dari melakukan rutin indah ini.

Saya selalu membayangkan saya akan berhadapan dengan kesukaran yang amat untuk menceraikan Maryam dengan babunya. Cukup berat untuk saya melepaskan talak cerai susu itu walaupun saya telah berjaya menyempurnakan tempoh 2 tahun penyusuan. Sudah terbiasa mengepit Maryam di celah ketiak saya, sudah biasa juga diraba2 Maryam setiap kali dia menyusu.

Sebenarnya saya nak biarkan saja Maryam menyusu lagi setahun, tapi bila memikirkan niat saya yang mmg nak berhentikan dia di usia 2 tahun, saya mempertimbangkan kembali. Lagipun saya ingin mengandung lagi selepas Maryam berusia 2 tahun dan saya nak betul2 fit untuk semua itu. Lagi pula cukuplah kebergantungan Maryam pada saya, biarlah carrefour tu dapat untung sebab ada lagi sorang budak minum susu formula. Hahahahaha.

Saya mencuba jaya. Dan inilah cara saya :-

Cerita Sos Tomato
Saya amik sos dan letak kat babu saya. Kemudian saya katakan pada Maryam babu berdarah n saya sakit.

"Paaaaa, babu mama darah"

"Yam nak tak babu"

"Tak nak..."

Maryam geleng2 dan pandang saya dengan rasa simpati. Tapi betul kau dia tak nak. Pastu dia minum botol, 5oz pun abis, tapi syaratnya minum babu botol mesti bukak tv n tgk kartun. Dulu dia cakap nak babu mama tapi skang nak babuyam, yang bermaksud susu formula dalam botol. Serius saya tak sangka ianya semudah ABC. Tapi nak tido saya bagi juga dia babu saya, hahahahahahahah bukan apa sebab babu rasa berat. Dia ok jek minum. Kalau saya cakap babu darah dia akan kata "Nak engok maaaaa..."

Cerita Anak Gajah
Bila Maryam nak juga babu, saya mula reka cerita tentang kisah anak gajah yang ibunya mati sebab anak gajah nak juga minum susu walaupun babu mama dia sakit n berdarah. Hahahahahaha, Maryam ni senang nak pujuk, cerita ajelah apa2 cerita yang masuk akal atau tak masuk akal, dia layan aje. Tapi kene hati2 sebab nanti setiap malam kau kene cerita kat dia. Dan itulah yang terjadi pada saya. Dah berapa malam saya kene repeat cerita yang sama. tapi takpe sebab ianya fun, nanti dia interrupted citer kau kat part2 yang dia ingat. Sangat sweet. Cerita ia adalah begini :-

" Ada sekor anak gajah tinggal ngan mama n papa dia. Papa dia selalu pergi work, jadi anak gajah tinggal ngan mama gajah. Anak gajah suka minum babu sebab babu besttttt (Yam angkat jari tunjuk best). Anak gajah dah besar, dah 2 tahun sama ngan yam, jadi sebab dah besar mama dia suruh dia berhenti isap babu.

Mama dia kata "baby gajah dah besar, baby berhenti la babu, lagipun babu mama sakit"

Pastu anak gajah kata "Aaaaa, aku tak kira, aku tak kira, aku nak jugak"

Maryam sampuk "Macam monyet mama kan? Kan?" (Cerita Hikayat Sang Kancil dan Monyet)

Mama gajah kata "tak boleh, babu mama sakit, babu mama darah"

Pastu anak gajah mengamuk n menangis2. Mama dia kesian mama dia pun bagilah dia babu. Pastu babu mama dia berdarah n mama dia mati, pastu tinggal la anak gajah ngan papa dia je. papa dia pun nangis sebab mama dia dah mati.

Mama tanya yam " Yam nak babu ker?"

Maryam "Tak nak"

Mama "Nanti mama mati kan kalau babu jugak, kalau mama mati yam tinggal ngan saper?"

Maryam "Ngan nenekyam, atukyam, cik pai, mak ngah, ujer...."

Hohohohohoho tapi pastu saya bagu juga dia babu. Alaaaaaa tak sanggup la nak betul2 berhenti.

25.8.10

Do you want to conceive a baby boy/girl? :)

Hahahaha salam semua. Sebab saya dalam mud merancang untuk mengandung, maka sukalah saya kiranya membuat sedikit kajian dengan membaca sedikit artikel. Huhhuhuhu InsyaAllah mahu plan yang terbaik buat kandungan seterusnya. Jadi jangan boring eh kalau post2 yang akan datang adalah hasil kajian2 saya tentang perancangan mengandung. Hohohohoho....Ok sebab saya merancang untuk mengandungkan seorang anak lelaki yang kacak untuk kelahiran seterusnya maka saya mestilah berusaha untuk berusaha merealisasikannya. Kalau berusaha namun Allah masih menganugerahi saya seorang anak perempuan yang comel berhidung memek seperti MJ juga saya menerimanya dengan penuh gembira. Jadi hasil kajian saya hari ini adalah seperti berikut.

Do you want to conceive a baby boy? You can increase your odds of conceiving a male baby to as high as 90%!

a) Use Ovulation Predictor Kits to Determine the Time of Ovulation: Finding out the exact time of ovulation is vital, if you want to conceive a baby boy. By using an ovulation predictor kit, you will be able to detect the release of LH (Luteinizing Hormone), which is a precursor to ovulation. When you detect a positive result for the Luteinizing Hormone, you can be sure that ovulation will follow in the next 24 hours. You need to have sex no more that few hours before ovulation and no more than 12 hours past ovulation. On the contrary, having intercourse 2-3 days before ovulating will decrease your odds of getting pregnant with a boy, due to the fact that only the "girl sperm" will be able to survive that long.

b) Use The Best Sexual Position: Deep penetration is very important in order to help deposit the sperm closer to the cervix. Keep in mind that the sperm that carries the Y chromosome is faster, but doesn't survive for long, so it's very important to give it a head start in order to enable it to fertilize the egg first. The best known position is rear entry where the woman is lying on her belly with her knees in a sitting position. The missionary position can also be effective, if the woman uses a pillow to raise her pelvis to allow an even deeper penetration.

c) Lower Your Acidity And PH If You Want to conceive a male Baby: The boy sperm will not be able to survive in a highly acidic vagina. You can you can get PH test strips from a health food store to find out how acidic you body is. Having a low PH or alkaline vagina is essential if you want a boy. To lower your PH, you will need to eat a lot of alkaline foods and avoid acidic foods.

Alkaline foods: Asparagus, Cabbage, Onion, Green Beans, Beetroot, Garlic, Celery Spinach, Radish, Lettuce, Artichokes, Almonds, Broccoli, Sesame, Lemon, Avocado, Tomato, Grapefruit, Flax, Watermelon.
Acidic foods: Eggs, Yogurt, Cheese, Milk, Cream, Ice Cream, Sweets, Vinegar White Pasta, Chocolate, White Bread.

The only exceptions are red meat, salty snacks and caffeine, because even though they are acidic foods, they seem to be very helpful, if you want to get pregnant with a male baby.

Here are a few steps you need to follow, if you want to conceive a baby girl:

a) Understand the characteristics of sperm: Half of the spermatozoa carry the X chromosome and the other half the Y chromosome. X-sperm leads to the conception of a female and has some unique characteristics compared to Y spermatozoa:
- It is slower
- It is bigger in size
- It lives longer
- It can survive even in an acidic environment

b) Understanding these characteristics will help you increase your odds of having a little girl. Due to the fact that the X-spermatozoa are slow swimmers, but have a longer life span, it is very important to allow the male sperm to die and allow the X-spermatozoa to swim toward the egg. For this reason the man should deposit his sperm as far from the egg as possible. This means that sexual positions that allow deep penetration are not advisable.

c) Change your diet: The first thing you need to do is to avoid caffeine. This means that you need to replace your morning cup of coffee for the decaffeinated type. It would also be a good idea to avoid anything that contains caffeine, like chocolate and colas. Another thing you should stay away from is salt, by limiting the consumption of salty foods and avoid adding salt to your food while cooking. To conceive a female child it's very important to follow a diet that is rich in calcium and magnesium and at the same time low in sodium and potassium. This diet will cause changes in receptor sites of the egg and will repel the Y spermatozoa and attract the X spermatozoa.

Foods rich in calcium: Hard Cheese, Sardines, Tofu, Milk, Almonds, Milk Chocolate, Yogurt, Salmon and beans.
Foods rich in magnesium: Beans, Halibut, Nuts, Peanut, Scallop, Soy milk, Tofu, Whole grain cereal and Whole wheat bread.

Another factor that you need to keep in mind is that the X sperm can survive in an acidic environment, but the Y spermatozoa can't. This is something you can take advantage of, by eating very acidic foods that will kill the Y sperm. For example, you can try eating a lot of eggs, yogurt, cream, cheese, milk, sweets and vinegar.

Article Source: http://EzineArticles.com/?expert=James_S._Jacobs

Ok ini hasil hari ini. Nanti kita berkongsi lagi ye.

24.8.10

POSITIF?!!!

Saya tak tahu kenapa tiba2 saya nak lakukan ini...

Serius tak tahu, adakah kerana saya memang kepingin atau saya rasa saya mengandung atau saya saja2 nak abiskan pregnancy test yang memang ada dalam almari sekian lama. Entah sukar nak jawab. Masa buat test ni kepala saya memang tengah ting tong, tapi naluri cukup kuat mengatakan "mari, mari, mari kita buat test"

Lalu saya pun mengencingkan diri lalu mencelup stick itu ke dalam bahan buangan saya itu. Lalu dengan terujanya menunggu.

Jeng, jeng...

Dan...
*
*
*
*
*
*


Hahahahahah...positif la saya tak mengandung. Alaaaaaaa...jangan sedih eh nanti saya tak tipu anda dah...lain kali la tapi k. Hehehehehe...

23.8.10

Migrain - Kecundang di Ramadhan ke-11 dan 12... :(

Sangat sedih. Ramadhan ke 11 dan 12 yang sepatutnya menjadi weekend hebat bertukar tak best bila saya diserang migrain yang teruk. Since bila saya dah tak ingat saya kene migrain seteruk ini. Bukan 2 hari tapi 3 hari saya migrain termasuk pagi ini, nasib baiklah hari ini tak seteruk 2 hari lepas. Serius saya migrain yang disertai muntah2. Dan kerana tak tahan 2 hari saya berbuka kerana saya makan ubat. Tapi ubat pun tak jalan. Aduh, aduh....tapi takpelah ini ujian kecil saje dari Allah.

Apa itu migrain?
Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.

Ianya juga merupakan sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang. Migrain biasanya menyerang pada peringkat usia selepas baligh. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migran yang lebih tinggi berbanding lelaki. Wanita kebiasaan diserang migrain sebelum haid dan selepas menopaus.


Simptom-simptom migrain
Mengalami gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig-zag sebelum mengalami sakit kepala.
Melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda seolah-olah mempunyai aura.
Sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut di sebelah atau satu bahagian kepala sahaja dan kemudiannya diikuti dengan muntah atau cirit birit.
Sensitif dan takut pada cahaya yang terang (fotofobia), sensitif pada bunyi (fonofobia) dan amat sensitif pada bau (osmofobia). Jika anda mengalami dua daripada tiga yang disenaraikan, maknanya anda berkemungkinan mengalami migrain.


Tak tahulah bila migrain ini akan berhenti. Saya rasa migrain saya ini desebabkan hormon saya, bila saya sedang subur memang saya akan kene migrain. What should I do?

20.8.10

Plan hari ini, esok dan lusa...

Takde cerita tuk hari ini kerana kemalasan melanda istana beta...Hihihihi petang ini berbuka di rumah adik iparku di Subang, pastu plan nak lepak ngan Rayyan's family. Esok macam nak pergi kerja tapi nampaknya jalan tar melambai2 indah. Ahad pula nak hosting masjlis berbuka bersama kawan2 di rumah sendiri. Habis bila nak menjahit nih? Ala, ala, ala...

Selamat berbuka semua...

19.8.10

Cerita Ramadhan 2

Macam2 berlaku di bulan ramadhan ni, macam2 kisah ada. Cerita2 ini saya sekadar nak berkongsi, bukanlah membuaka aib sesiapa. Jauh sekali kerana saya tahu saya tidak sempurna mana. Ambillah cerita ini sebagai peringatan, yang mana baik kita sama2lah jadikan amalan, yang mana salah baikilah saya.

Alhamdulillah biasanya bulan Ramadhan ramai yang mula berhijrah, maksud saya berhijrah ke arah kebaikan. Ada yang mula memakai tudung, Alhamdulillah sangat2. Ada yang mula kembali bersolat, juga Alhamdulillah. Saya juga cuba sedaya upaya menjaga solat saya, saya tahu saya juga culas kadang kala, aurat juga saya cuba menambah baik penutupannya. Saya masih lagi jauh, masih merangkak untuk menuju jalanNya yang benar.

Namun masih ada yang saya rasa terkilan. Biasanya bulan ramadhan saja kita menambahkan keimanan kita. Saya juga mengingatkan diri saya. Maaf sudah saya katakan saya tidak memberukkan sesiapa, sekadar mengingatkan diri sendiri juga.

Yang buat saya gembira junior di ofis saya mula ikut saya ke surau. Saya berdoa dia akan turut saya selamanya. Namun dihari keberapa dia tiba2 malas dan kata begini :-

"Akak orang tak solat eh, lupa bawak minyak baby nak cuci mascara, malas pun ye"
Ya Allah...masa ni remuk hati saya. Memang dia jujur tapi janganlah mention sebijik2 depan saya. Sodih sungguh den ghaso.

Sorang lagi begini pula :-

"Apsal muka puas hati gila nih?" tanya saya.

"takleh puasa, tu yang suka gila tuh" jawabnya.

Ish, ish, ish, tak boleh puasa di bulan Ramadhan amatlah sedihnya bagi saya. Kenapa ada orang yang gembira. Kalau boleh biarlah period lambat datang supaya boleh puasa banyak. Tapi mungkin kawan saya gurau aje kot. Takpelah.

Dan satu lagi hal ialah kawan2 saya yang tak boleh puasa ni selamba aje makan dalam opis. Ye saya tau opis saya semua sepet2 tapi saya rasa tak manis la makan dengan selamba di siang hari di bulan puasa. Kalau anda tak kisah hormatlah muslim lain yang berpuasa dan sekurang2nya muliakanlah bulan Ramadhan. Kalau orang tak tahu anda tak puasa lagilah bagus. Fikirkanlah apa pandangan bukan islam pada agama kita yang suci ni. Yang bestnya nampak masa bulan puasa nilah yang paling beria2 makan. Bulan tak puasa biasa2 je rasanya. hari2 lak tu bli mc d, aduyai serius saya tak tahan bau kentang goreng mc d, memang tak boleh tahan dari menelan liur. Hah kan dah ganggu iman orang puasa tu! Wallahualam.

Okehlah saya cau dulu. Jangan ada yang amik ati, saya sekadar berkongsi dan mengingat diri sendiri. Saya tidak baik sangat tapi sedang cuba juga memperbaiki diri. Marilah kita sama2. Wassalam...

A.N.A.K


Ok mari bercerita pasal kelahiran. Alhamdulillah pasangan Atie & Ayol sudah dapat seorang putera yang kacak. Yang seronok bila ada kelahiran begini adalah nak tahu nama tuk baby. Hehehehe. Sangat teruja ok. Dan baby boy ini dinamakan sebagai Muhammad Aqil Hafiy yang bermaksud bijak/yang memuliakan. Semoga Aqil membesar dengan sihat, bijak dan soleh. Nama yang mama berkenan sekian lama, tapi takpe okey banyak lagi nama lain. Mama takkan putus asa. Ceh apa kaitan putus asa dengan nama. Hohohohohooho.

Dan sepupu kami juga dapat seorang putera juga. Oh sangat jeles okeh! Takde gambar lagi sebab belum melawat beliau. Nanti ada saya masukkan dalam post ini. Serius saya memang jeles kalau orang dapat anak lelaki dan membuatkan saya bersemangat nak pregnant lagi, dapat perempuan pun takpe, yam adalah partner bersolek nanti.

Dan berita Intan yang keguguran juga menyentuh hati saya. Intan bertabahlah, ingat ini semua urusan Allah. Mungkin Dia rasa belum masanya. Dan jangan putus asa untuk mencuba lagi! Saya tahu betapa dia mencuba selama ini. Dan bila mendapat mesej dia mengalami keguguran, berat untuk saya terima dan saya tak berani nak tanya kisah selanjutnya.

Dan isu buang bayi pulak makin menjadi2. Dunia dah nak kiamat mungkin...rasa nak belasah aje mereka2 yang buang anak ni lagi2 yang anaknya menemui ajal tu. Eeeeiiiiii geram sungguh. Terdengar banyak rungutan begini "yang nak tak dapat, yang tak nak pulak dapat"...Ini kuasa Allah dan Dia punya sebab buat demikian. Awal2 dulu saya pun sering berfikir demikian sehinggalah saya terdengar tazkirah di TV yang mengatakan ini semua mungkin berpunca dari salah kita sendiri. Kita yang menghalalkan zina, riba dan lain2. Darah daging kita sendiri terbentuk dari benda2 haram, jadi bagaimana kita dan keturunan kita nak menjadi lebih baik. Wallahualam...Nauzubillah.

Moga Allah melindungi kita semua dan moga saya juga beringat2 di dunia pinjaman ini...

18.8.10

Lambat lagi...

Pagi ni lambat lagi pergi kerja. Macam biasa tak sampai hati nak tinggal Maryam. Lagipun dia batuk2 since semalam, tak tahu apa puncanya. Mungkin hobi mandi sambil bermain2 dalam bilik air boleh dijadikan punca.

So pagi ni tengah siap2 nak pakai baju, terdengarlah rengekan biasa Maryam.

"Paaaaaa, yam nak andi pa....paaaaaaa"

Mama ngintai tengok Maryam baring sebelah papa mintak mandi tapi papa pejam rapat jek matanya. Maryam mintak mandi sebab mama pesan kalau bangun mama takde n ada papa aje, geraklah papa n ajak papa mandi. Dan itulah yang dia buat since mama pesan begitu, sebabnya sebelum ni dia akan nangis cari mama. Mama memang sedia baldi n mainan untuk dia main bila mandi, tulah sebabnya dia pun semangat nak mandi.

Pastu mama masuk n Maryam terus mintak babu. Dia ingat mama dah pergi kerja agaknya tu dia tak cari mama. So mama bagilah babu dengan niat supaya dia tertido balik. Memang dia terlelap tapi tangan dia peluk mama. Aduh2 macam mana nak lari kan...

Mama try lepas diri sekali dia celik skit n tarik mama balik dalam pelukan dia. Mama pun redha aje, tunggu dia lena betul2 sebelum nak cabut g keje. Mama lerai tangan dia, dia celik balik n cakap 'ma nak eluk mama'...n dia peluk leher mama, dekatkan muka dia ngan muka mama. Mama tunggu lagi. Haih tak tahulah kenapa mama ni susah sangat nak kacau tido anak mama.

Dan akhirnya mama pergi kerja kul 9 pagi. Hohohohohoho, perasan bahagia dipeluk Maryam tu boleh buat mama tak pergi kerja tapi apakan daya kerja banyak daaaa...

Okey semua selamat puasa kelapan.

17.8.10

Bila Maryam bertemu Masitah...

Maryam baru aje mencecah 2 tahun tapi perangainya saya tak tahu la nak masukkan under berapa tahun. Dari telatahnya saya tahu dia mengidolakan saya. Hahahahaha serius kau banyak perangainya memang iras2 mama dia ni. Hahahahahahaha lagi. Ok mari saya cerita apa terjadi apabila Maryam bertemu Atehnya.

Situasi 1 :

Mama masak, Maryam duduk kat ruang tamu bersama Ateh yang kusyuk tengok TV.

Ateh : Ateh nak g kencing jap lah...
Maryam : Jap, jap yam nak encing (sambil pegang2 pampers n lari pergi toilet)Beberapa saat kemudian.
Maryam : Yam dah utup intu, ateh tak uleh encing dah... (muka puas hati)
Ateh : Haaaaaaaaa (memang bengang n rasa dipermainkan kan?)
Mama tergelak n wonder oh perangai khianat saper la dia ikut tu. Saper? Saper?

Situasi 2 :

Kami bertiga duduk kat ruang tamu tengok TV. Ateh duduk sambil surf internet guna laptop mama. Maryam datang pukul bahu Ateh.

Maryam : Tak uleh, mama munyeeeeee...mama marah...
Ateh : Mana ada mama marah, takde, takde.... (dan terus nganjing2 Maryam)
Mama buat tak tahu saje. Sebab panas hati Maryam nangis.
Maryam : Mama, mama marah la....marah laaaaaaaaaa....
Maka mama kenelah berlakon marahkan Ateh. Aduyai...

Situasi 3 :

Malam sebelumnya Ateh bagi Maryam hadiah harijadi. Hadiah bersalut tapi kecik aje. Tak musim langsung. So Maryam pun terujalah membukanya.

Mama : Elleh ateh, ni je hadiah besday yam?
Ateh : Diam, i tahulah taste yam, yam mesti suke...
Maryam baru buka separuh n dia jenguk ke dalam hadiah dan tiba2...
Maryam : Woooooowwwwwww....
Aduyai boleh kau dia ekspresskan keterujaan dia dengan mengatakan 'wow'. Serius ateh dan saya saling berpandangan. Perkataan yang sangat tepat menggambarkan betapa kita merasa hadiah itu sungguh hebat. Maka kembanglah hati Ateh. Tahu apa hadiahnya? Ala buku mengira Dibo the gift dragon, memang la yam teruja. Cuba Ateh bagi patungnya, lagi Maryam wow berkali2.

Itu saja setakat ini untuk hiburan kita bersama. Nanti saya cerita lagi.

16.8.10

Cerita Ramadhan 1

Salam Ramadhan ke-6 semua.

Oh maaf ye banyak cerita saya tak update. Percutian ke Pangkor misalnya. Aduh2 laptop saya tu mengalami kelembapan tahap cipan, nak upload gambar sama tempoh masa berpuasa sehari di bulan Ramadhan, jadi saya rasa ada baiknya saya berpuasa dari mengupload gambar. Hahahahahah tak tak, lain kali la saya upload okeh. Lagipun bulan2 puasa ni memang letih bangat. Dapat berterawih pun 2 malam pertama saja, lainnya tak pergi pun. Harap2 ada kesempatan dapatlah pergi lagi pasni.

Hari2 bekerja saya buka puasa di rumah mertua. Hahahahah bukan buka puasa aje, ari2 biasa pun saya menapau makan malam dari rumahnya. Tak malunya saya. Mula2 dulu saya malu la tapi skang saya dah biasa, tak malu sangat pun. Biar kucing ajelah malu2 kucing kan, saya takyah la ikut kucing tu. Oh tapi weekend saya berusaha untuk masak. Rasa syok plak weekend baru ni saya masak dan menjemput keluarga mertua makan. Adik2 ipar saya juga dapat join sekaki, seronok rasanya sampaikan Maryam tergedik2 kelakuannya. Dia memang suka kalau ada orang datang rumah kami, lebih2 lagi kalau atuk n neneknya yang datang. Menu saya ialah sup tulang, bilis goreng cili api dan ayam masak halia. Mak mertua saya bawak tomyam. Alhamdulillah menambah2 mereka makan dan saya bertambah2 kembang hidung.

Ahadnya pula tetamu biasa saya iaitu kakak saya datang. Oh dia datang dari ari sabtu, macam biasalah. mula2 dia nak masak kari sebab kata kari dia lebih sedap dari saya buat. Hohohoho kulang ajar, kata saya dalam hati. Sekali kau dia dah tersampuk hantu korea dia suh saya masak plak. Chess bedebah. So saya pun masaklah sedang kakak saya terkekek2 gelak bersama pemuda2 lucu korea sambil sesekali menjerit2 bergaduh dengan Maryam. Hahahahahah malas layan, Maryam tahulah nak handla makcik dia yang seorang tu. Akhirnya sempatlah saya masak ikan cencaru bakar, kari ayam n buat sambal belacan pedas nak mati untuk sang suami. Kakak saya tu goreng ikan masin aje ye. Kuih malas nak buat, beli ajelah kat bazaar ramadhan bawah umah. Hehehehhehe...pastu masa buka saya tambah 2 kali, suami 2 kali tapi kakak saya 3 kali!!! Hahahahah pastu kang dia kata ikan masin tu yang sedap bukan karinya. Apa2 sajalah Ateh. Hahahahaha....

Itulah cerita ramadhan setakat ini. Saje je nak merepek kasi blog ni tak berabuk. Hahahahha yang best saya kat opis ni, bawak broadband sendirik.Hehehehehe...

Nanti saya update citer Maryam okeh. Bye...

10.8.10

Kelebihan Solat Terawih

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”

Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

Antara kelebihan-kelebihan solat terawih ialah :

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Kepada semua selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Moga Ramadhan kita pada tahun ini adalah lebih baik dari sebelum2 ini. Moga Allah memudahkan segala urusan kita di bulan yang mulia ini. Moga juga Allah memberi kita kesempatan bersolat terawih dan melakukan ibadah2 wajib dan sunat yang lainnya.

Oh Ramadhan...sangat tidak sabar menemuimu.

29.7.10

Cinta di hujung Julai...

Gediknya la tajuk. Hahahahahaaha...takdelah semalam ialah ulangtahun pernikahan saya yang ke-3 tahun. Alhamdulillah dah 3 tahun. Walau tonggang terbalik pun kami masih pasangan gila2 yang suka bergaduh. Well perkahwinan itu adalah perkongsian dan pelengkap. Ahmad Kusyairi Alhamdulillah telah melengkapkan saya dan bersabar dan bertolak ansur saya selama ini. Time kasih ye papa.

Oh kami menyambutnya dengan makan malam di Madam Kwan's Mid Valley saja, mulanya nak tgk wayang dan main boling tapi tak jadi sebab orang ramai dan juga kami keletihan bekerja. So sambutannya simple saja. Cuma MJ yang teruja berjalan2 sama mama dan papa.

Dan esok pula ulangtahun kedua kelahiran puteri saya. Betapa terharunya saya melihat keletah dan kepetahan Si Maryam. Betapa saya rasa bersyukur dianugerah sahabat sepoyo MJ. Hahahahah MJ memang poyo, lucu dan bijak. Paling penting dia sgt manja dengan saya. Oh dan tahun ini MJ bertuah kerana family besar sebelah papayam adakan family trip ke Lumut dan Pangkor bermula esok hingga Ahad ini. So harap2 saya dapat upload gambarnya sepantas mungkin. Oh ada bb mengapa tak pantas kan?

Oh baik2 bercerita saja nanti. Oh InsyaAllah birthday party MJ akan diadakan selepas raya. Tunggu!!!

27.7.10

Ada Apa Dengan Kedai Mesra Petronas?

Weekend kami balik kampung.

Setiap kali balik kami ada satu kemestian iaitu singgah petronas isi minyak dan membeli belah. See? Memang la gila beli belah kan, kat Mesra Petronas pun jadik. Just nak bagitau kami memang jenis berkelah dalam kereta kalau dalam perjalanan jauh. Macam kata kakak besar saya 'Eh aku tak tahulah camne orang tak bagi makan dalam kete, kalau akulah, susah hati tak mengunyah dalam kereta'...hahahaha aku setuju dan sekarang korang tahulah kenapa kereta aku sangat gila bersepah.

Dan yang paling menakjubkan dari anak sedara aku yang pertama sampailah ke Maryam ni memang la dah kene train membeli belah begitu. Well semulajadi kau, mana tak kalau dah Idola dia ni memang suka begitu. Tahu tak apa Maryam panggil petronas? Hahahahaha sila baca lakonan semula ini.

Maryam gelabah bangun dari susuan. Lalu dia menoleh dan mengukir senyum paling lebar sambil yeay yeay kan tangan dia.

Mama : Apa tu yam?

MJ : Pettoneh...

Mama : Nak pergi ker?

MJ : Naaaaaakkkkk...*sambil buat muka kecewanya kalau tak dapat pergi*

Mama : Nak pergi ngan sape? Sape blanja?

Maryam pandang seat belakang dan senyum lagi lalu menjawab...

MJ : Atehhhhh...

Hahahahaha so Ateh memang dah ready la. Maryam memang sangat baik ngan Ateh masa kat Petronas aje, lain2 dia gaduh. Oh bila sampai dalam kedai mesra tu plak, memang la Ateh berbulu telinga dengar sebab Maryam takkan lupa blikan mama n papanya skali. Well trained huh? Tak, tak train pun, serius tak tipu, kalau katenye dah minum susu cap gantung mama, memang la jadi anak mama ye dok? Hehehehehehe...

Dalam kedai Mesra Petronas.

MJ : Ateh yam nak ule, air elo, air papa, air mama...

Bila dia cakap begitu dia maksudnya dia nak gula2 mentos merah perasa coca cola atau smarties. Air elo maksudnya air milo, air papa maksudnya red bull n air mama maksudnya jus oren tropicana. Not bad huh? MJ memang ingat apa2 yang berkait ngan mama n papa, jangan haraplah korang nak pakai baju mama, dia kenal. Pakai bantal kat sofa pun dia akan tarik2 sambil kata 'Mama monye lah!' , 'Papa monye lah!'...sangat runsing dengan sifat kepunyaan dia. Sampai mama pun dia panggil 'mamayam', papa dia panggil 'papayam'.

Masa balik KL semalam kami berkelah makanan pasar malam. Tapi MJ tido dari gerak sampai la Tol Karak. Bangun kami buka lampu n bagi dia makan bubur pasar malam. Tapi dia cranky sebab nak tido lagi. So dia kata 'Ma yam nak endo, nak babu'...so mama bagi babu tapi sebelum dia menyusu tu dia pandang papa n kata begini.

MJ : Pa utup ampu, yam nak endo...*dengan muka kerek*

Bertuah punya anak!

22.7.10

::Selamat beramal bak kata si manis Amal::

Just nak share sesuatu. Lately rasa macam oh apalah manusia ni, atau apalah aku ni. Bukan lately tapi sepanjang2 kehidupan ini. Betapa aku rasa kenapalah kita ni begini, kenapalah dia ini begitu dan seterusnya. Betapa aku merasa betapa hebatnya perasaan apalah kekalahan selama ini adalah kemenangan dalam diam. Betapa kesakitan dulu itu berbaloi sudah. Betapa benarnya ungkapan 'Mengalah tak bererti kalah' dan betapa tak betulnya ungkapan Vince 'Semua adalah pemenang, tiada yang pengalah'...

Ok mari kita baca sedikit petikan dari blog seorang rakan yang saya suka baca penulisannya (Cik Amalia saya mohon copy & paste okeh dan sila kembang...Hahahahaha)

You see, I've practised a lot of calming techniques, I really worked hard to pick up the bits and pieces of my life and be a happier person....I cleared my mind of negative thoughts, filling it with positive ones...reading the words of wise men like Paulo Coelho and whoever that writes self help books...while it might not be a perfect situation, it really made me feel a lot happier and positive and having this couldn't care less (or more) attitude....hehehehe....paham tak apa yg aku cuba nak cakap ni? Well, lepas apa yang aku lalui dan dalam mengutip cebisan-cebisan hati untuk kembali tersenyum, aku dah jadi orang yang tenang dan selamba gila....mementingkan diri sendiri pun ada, yelah sebab sebelum ni ko utamakan your other half, tapi untuk recover, kena tukar mindset sekejap yang diri sendiri lebih penting...anyway, sebab benda2 macam nilah aku dah tak kisah tau, kalau apa-apa benda jadik sekalipun, sebab aku rasa kalau fikir banyak-banyak pun serabut jugak, dan belum tentu benda tu baik atau buruk bagi kita....the best thing is, just go with it.

Lagipun, when you clear yourself of all the negativities, dah takde dah rasa nak dengki mendengki kat orang, rasa tak bersyukur, tak puas hati....hidup pun lebih tenang....yelah, cuba tengok sekeliling kita, orang yang tak bersyukur ni mesti asyik merungut je kerja dia dan tak puas dengan apa yang dah ada. Sedangkan, they should appreciate life for what they have, not what they don't. Lagi satu, orang yang suka dengki-mendengki ni memang tak tenang jiwanya. yelah...asyik nak fikir macam mana nak kenakan orang, macam mana nak dapat lebih dari orang....manala tak sakit kepala, sakit dada, sakit jiwa kan....cuba rileks tahap nirwana macam aku ni....muka senyum ke....orang kasik ko soalan menyakitkan hati, buat muka innoccent, comel dan senyum....tapi kalau mood aku tengah nak mengzass, atau orang tu dah melebihi quota 3 kali menyakitkan hati, sila ready untuk saya punya zass ok.....silap2, kisah laki ko kahwin lain kat sempadan pun aku cakap nanti....pembaca blog ni jangan risau ok...takde kaitan ngan korang or orang yg korang kenal....I've known about it for a few years and tak pernah bocor pun rahsia ni...what I did is I just avoid makcik ni, so that she doesn't have a chance to make me upset...or after she made her first remark, I will just keep quiet and make sure I don't bump into her again....and continue to remind myself that nothing good will come out if I don't think rationally....

hahahhahaha.....moral of the story? up to you guys what to make of it....I have a big family and a wide circle of friends....and not to forget, saya ni banyak berjalan and suka observe orang.....memangla banyak cerita merapu ni yang saya dapat kan....so, tenang-tenangkan jiwa anda dan penuhkan dengan positive thoughts... semoga berjaya mencapai tahap nirwana....hehehe


Selesai? Yeah inilah kebenaran. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju dengan Amal kerana saya memikirkan benda yang sama. Serius saya ingin menjadi seorang yang positif dan mahu bersihkan minda dan hati saya dari sifat2 tidak elok. Saya tak mahu buruk sangka, saya tak mahu jadi talam dua tiga muka, saya tak mahu dengki mendengki tapi mungkin saya belum sampai peringkat nirwana. Saya cuba banyakkan muhasabah diri untuk lebih mensyukuri kehidupan saya. Benar orang yang tak bersyukur itu merungut saja kerjanya, orang lain semua pun tak betul, dia saja yang betul dan tepat. Uh bencinya! Oh tengok saya dah bersifat negatif!!!

...asyik nak fikir macam mana nak kenakan orang, macam mana nak dapat lebih dari orang....manala tak sakit kepala, sakit dada, sakit jiwa kan...>>> sangat bersetuju dengan ayat Amal ini. Saya pernah begini dan mungkin masih begini dan saya sedaya upaya menangani masalh ini. Cuma saya tak pasti pula diluar sana berapa ramai pula yang nak kenakan saya, berapa ramai pula yang nak dapat lebih dari saya...hahhahahah tengok perasan lagi. Takdelah saya rasa aje walaupun saya yakin ada. Oklah lantaklah kan yang penting saya syukuri dan nikmati apa yang saya ada.

Okey kawan2 saya benar2 nak mempositifkan diri sebab saya memang seorang yang negatif, selalu memikirkan yang terburuk yang boleh berlaku instead yang terbaik. Tapi jangan la carik pasal, kalau mood saya tak elok dan saya mmg rasa nak menzass orang bak kata Amal, saya zass juga....hahahahahaha....

Cuma saya nak mengingatkan ~ saya akan layan anda sebagaimana anda melayan saya. Jangan la harap saya nak layan anda dengan baik kalau anda pun tikam saya dari belakang, anda pun mengata saya sewenang-wenang, anda pun jasa saya tiada dikenang. Senang cakap ukur la baju kat badan sendiri. Sekian terima kasih. Amal ~ halalkan aku memetik penulisan kau ye.

16.7.10

Kenapa saya sentap arini? Pang!!!!...

Kenapa saya nak sentap arini?

Sebabnya pagi2 lagi kawan saya cakap begini "wow" tatkala saya masuk opis n terserempak dia.

Saya tanya 'Ko apsal?'

Dia jawab sambil gelak2 'takdelah terkejut..."

Saya terus rasa bengang la, apahal plak nak wow, wow saya.

Saya pakai jeans biru tak fit, blaus coklat sedikit fit la, bertudung bunga2 coklat, pakai heels, bawak beg sling dan juga pakai lens.

Apa jadahnya nak wow, wow? Apa yg nak terkejutnya?

Memanglah saya pakai beg n kasut tinggi tajuk CK tapi Charles & Keith ajepun bukannya Calvin Klien...

Bencilah! Saya pakai elok n kemas skit pun kene tegur, macam mana agaknya kalau saya pakai gila bergaya.

Kelmarin pun kene sound ngan sorang jiran begini "tgk yam tajam kasut mak kau!"

Ek eleeeeee, mmg panas jek tinge ni dengar. Anak dia kasut 3-4 inci tebal, skirt separas bontot ada aku tegur?

Yang kawan aku tadi tu lagi la, dia pakai jeans merah ngan baju hitam. Skang korang cakap kat saya saper yang patut tegur saper?

Yang buat saya bengang adalah sebab walau dah bbrp kali kawan saya ni pakai jeans merah dia yg sgt nampak macam 'Minah I*don' saya tak sampai hati nak cakap apa2 dan buat2 tak tahu je keluar makan ngan dia.

Bukan sebab saya nak biar dia nampak macam 'Minah I*don' tapi saya mmg susah nak tegur kalau saya rasa teguran itu akan buat dia rasa malu sbb saya rasa saya malu kalau ditegur begitu.

Mungkin saya jek rasa dia nampak macam 'Minah Indon', mungkin dia rasa dia persis model. So takpelah tak tegur kot.

Hahahahahha apalah saya ni. Tapi serius saya mmg takkan beritahu/bercakap benar ttg pendapat saya kalau saya tahu itu menjatuhkan airmuka seseorang.

Eh korang paham tak?

Sebenarnya aku nak bgtau jgn nak wo wow aku kalau aku tetiba berpakaian kemas/elok atau mungkin cantik.

Cakap jek 'Kemas ko arini?'...alah takpun takyah la malu2 nak cakap 'wei ko lawa la arini!'

Paham? Saper nganjing2 aku lagi mmg aku sepak pasni...

Satu ari aku tak layan kawan jeans merah aku ni tau. Tulah wow wow aku lagi! Huh!

8.7.10

The Spaniards, Re-fashion & Baking

Lalalalalallalalalala, sebelum kita mulakan saja nak bagitau saya belum tido lagi dari siang tadi, skang dah jam 5 pagi. Saja nak bagitau benda2 best yang menyebabkan saya masih belum tido. Hahahahahahaha benda best pertama ialah Spain layak ke akhir Piala Dunia Yo! Wow!!! Jerman amik tempat ketiga ajelah ye. Hahahahahahahahahahahaha.... Go spainish go!
Ok keduanya ialah yeeeaaaayyyyyyy! saya berjaya me-refashin baju yammito! hehehehehe sangat gila teruja nak refashion ok selepas baca blog2 orang refashin baju, why not kan, saya ni nak mereka lambat la skit, nak jadi tikus baiki labu tu InsyaAllah buleh. dan hasilnya adalah seperti di bawah ini :

Oh ini gambar baju sebelum di re-fashion. baju ni dah singkat ngan MJ, so jadi bahan ujikaji la kan.

Tadaaaaaa, ini rupanya selepas diubahsuai. Kain biru polkadot kecil ni dah lama bli konon nak buat baju yam tapi baru arini berjaya dibuat. Biasa ajelah yang ini, sebagai permulaan yang baik untuk saya. harus saya kembangkan sikit skirt ini, nanti yam mesti jalan macam jepun. Hohohoho...

Oh ketiganya ~ sudah berjaya mengukus dan membakar kek coklat!!!! Yaribba, feeewit, feeewit...seronok rasanya hari ini. Masa sangat terluang dengan sesuatu yang indah.
So enjoylah gambar2 saya memasak ye. macam biasa ada model penghias kek. pasni saya nak buat muffin perisa durian. Hahahahahahah...

Rupa kek dan muffin yang telah siap. gila merekah tiga kek saya. Rasanya? marbeles, macam seronoknya Spain kalahkan Jerman. Hahahahahahaha....

Model yang makan muffin dekat 10 ketul. hohohohoho...rasa nak gigit budak ni sebab dia sangat sibuk mengacau. Siap tabur cip coklat dalam pinggan.

Ni aksi2 yam yang konon2 banyak tolong mama. Buleh la dari takde langsung. Sib baik dia tak taburkan barang, tupun kene warning sampai MJ malas layan saya. Kuikui...

Nilah bahan2 yang digunakan. Nanti saya cerita pula cara2 memasak kek coklat kukus merekah tiga ini ye.

Oh indahnya terasa. Pasni boleh mencuba resepi baru lagi. Bolehlah buat kek harijadi untuk MJ. Hhohohohoho saya rasa best sebab 3 perkara best baru saja berlaku. Ok cau nak tido dah...

5.7.10

Anak mama, senyum mama...



Luv her again n again. Sejuk hati tengok gambar ni. Lately MJ suka senyum sampai tertutup2 matanya. Macam saya kan? Tak sia2 saya bermatian menyusukan MJ sehingga sekarang kerna dia sangat manja dengan saya. Ahhhhh camne nak stop bf MJ nih?

Bakso Hancur : )



Kuikuikui saya ni memang malas nak rujuk n ikut betul2 resepi yang ada. Penat jek gugel, saya baca sekilas n try n error buat. Disebabkan suami saya sangat suka makan bakso jadi saya teringinlah buat bakso air tangan saya untuk encik suami. Yang bestnya kalau encik suami suka dia memang makan beria2. Jadi saya pun mencubalah.

Oh bakso ni dalam bahasa indon, melayunya ialah sup bebola daging. Oooooo begitu rupanya. Dalam kepala ingat nak beli jek bebola daging itu sekali gugel2 rupanya bleh buat sendiri bebolanya. Jadi saya pun dengan gigih mencincang daging yang dibeli di kedai bawah rumah saya. Dan mulakan semua dengan resepi ingat2 di kepala.
Hahahahaha sebab ini try n error, memang la error...masa bentuk elok jek bulat, skali bila saya rebus merekah2 jadinya. Takpe suami saya suh saya gugel lagi dan pastikan bakso seterusnya tidak hancoooo. Jadi saya tetap bersemangat dan akan terus mencuba.

Kali ini tak berani nak ajak PIL datang makan, kawan2 pun tak jadi ajak sebab bebola hancur. Cuma yang makan encik suami, saya, MJ dan kakak saya yag suka makan makanan tak sihat tu. Hahahahaha 2 kali kakak saya makan, saya diam aje, malas nak tegur kang dia marah saya. Lagipun takpe makanan saya makanan sihat.

Oklah nanti kalau saya berjaya buat bakso dengan bebola gentelan tangan sendiri, InsyaAllah saya ajak kawan2 makan ye. Sekian saja repekan saya malam ini.

2.7.10

Urutan Peristiwa Israk & Mikraj

=============*******=================

Rentetan Peristiwa Israk Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyithoh (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

-Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.


- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..
==========Petikan dari ustazazhar.com================

P/S : MJ lahir pada 27 Rejab 1429, 2 tahun lepas...moga MJ jadi anak yang solehah. Amin.