29.7.10

Cinta di hujung Julai...

Gediknya la tajuk. Hahahahahaaha...takdelah semalam ialah ulangtahun pernikahan saya yang ke-3 tahun. Alhamdulillah dah 3 tahun. Walau tonggang terbalik pun kami masih pasangan gila2 yang suka bergaduh. Well perkahwinan itu adalah perkongsian dan pelengkap. Ahmad Kusyairi Alhamdulillah telah melengkapkan saya dan bersabar dan bertolak ansur saya selama ini. Time kasih ye papa.

Oh kami menyambutnya dengan makan malam di Madam Kwan's Mid Valley saja, mulanya nak tgk wayang dan main boling tapi tak jadi sebab orang ramai dan juga kami keletihan bekerja. So sambutannya simple saja. Cuma MJ yang teruja berjalan2 sama mama dan papa.

Dan esok pula ulangtahun kedua kelahiran puteri saya. Betapa terharunya saya melihat keletah dan kepetahan Si Maryam. Betapa saya rasa bersyukur dianugerah sahabat sepoyo MJ. Hahahahah MJ memang poyo, lucu dan bijak. Paling penting dia sgt manja dengan saya. Oh dan tahun ini MJ bertuah kerana family besar sebelah papayam adakan family trip ke Lumut dan Pangkor bermula esok hingga Ahad ini. So harap2 saya dapat upload gambarnya sepantas mungkin. Oh ada bb mengapa tak pantas kan?

Oh baik2 bercerita saja nanti. Oh InsyaAllah birthday party MJ akan diadakan selepas raya. Tunggu!!!

27.7.10

Ada Apa Dengan Kedai Mesra Petronas?

Weekend kami balik kampung.

Setiap kali balik kami ada satu kemestian iaitu singgah petronas isi minyak dan membeli belah. See? Memang la gila beli belah kan, kat Mesra Petronas pun jadik. Just nak bagitau kami memang jenis berkelah dalam kereta kalau dalam perjalanan jauh. Macam kata kakak besar saya 'Eh aku tak tahulah camne orang tak bagi makan dalam kete, kalau akulah, susah hati tak mengunyah dalam kereta'...hahahaha aku setuju dan sekarang korang tahulah kenapa kereta aku sangat gila bersepah.

Dan yang paling menakjubkan dari anak sedara aku yang pertama sampailah ke Maryam ni memang la dah kene train membeli belah begitu. Well semulajadi kau, mana tak kalau dah Idola dia ni memang suka begitu. Tahu tak apa Maryam panggil petronas? Hahahahaha sila baca lakonan semula ini.

Maryam gelabah bangun dari susuan. Lalu dia menoleh dan mengukir senyum paling lebar sambil yeay yeay kan tangan dia.

Mama : Apa tu yam?

MJ : Pettoneh...

Mama : Nak pergi ker?

MJ : Naaaaaakkkkk...*sambil buat muka kecewanya kalau tak dapat pergi*

Mama : Nak pergi ngan sape? Sape blanja?

Maryam pandang seat belakang dan senyum lagi lalu menjawab...

MJ : Atehhhhh...

Hahahahaha so Ateh memang dah ready la. Maryam memang sangat baik ngan Ateh masa kat Petronas aje, lain2 dia gaduh. Oh bila sampai dalam kedai mesra tu plak, memang la Ateh berbulu telinga dengar sebab Maryam takkan lupa blikan mama n papanya skali. Well trained huh? Tak, tak train pun, serius tak tipu, kalau katenye dah minum susu cap gantung mama, memang la jadi anak mama ye dok? Hehehehehehe...

Dalam kedai Mesra Petronas.

MJ : Ateh yam nak ule, air elo, air papa, air mama...

Bila dia cakap begitu dia maksudnya dia nak gula2 mentos merah perasa coca cola atau smarties. Air elo maksudnya air milo, air papa maksudnya red bull n air mama maksudnya jus oren tropicana. Not bad huh? MJ memang ingat apa2 yang berkait ngan mama n papa, jangan haraplah korang nak pakai baju mama, dia kenal. Pakai bantal kat sofa pun dia akan tarik2 sambil kata 'Mama monye lah!' , 'Papa monye lah!'...sangat runsing dengan sifat kepunyaan dia. Sampai mama pun dia panggil 'mamayam', papa dia panggil 'papayam'.

Masa balik KL semalam kami berkelah makanan pasar malam. Tapi MJ tido dari gerak sampai la Tol Karak. Bangun kami buka lampu n bagi dia makan bubur pasar malam. Tapi dia cranky sebab nak tido lagi. So dia kata 'Ma yam nak endo, nak babu'...so mama bagi babu tapi sebelum dia menyusu tu dia pandang papa n kata begini.

MJ : Pa utup ampu, yam nak endo...*dengan muka kerek*

Bertuah punya anak!

22.7.10

::Selamat beramal bak kata si manis Amal::

Just nak share sesuatu. Lately rasa macam oh apalah manusia ni, atau apalah aku ni. Bukan lately tapi sepanjang2 kehidupan ini. Betapa aku rasa kenapalah kita ni begini, kenapalah dia ini begitu dan seterusnya. Betapa aku merasa betapa hebatnya perasaan apalah kekalahan selama ini adalah kemenangan dalam diam. Betapa kesakitan dulu itu berbaloi sudah. Betapa benarnya ungkapan 'Mengalah tak bererti kalah' dan betapa tak betulnya ungkapan Vince 'Semua adalah pemenang, tiada yang pengalah'...

Ok mari kita baca sedikit petikan dari blog seorang rakan yang saya suka baca penulisannya (Cik Amalia saya mohon copy & paste okeh dan sila kembang...Hahahahaha)

You see, I've practised a lot of calming techniques, I really worked hard to pick up the bits and pieces of my life and be a happier person....I cleared my mind of negative thoughts, filling it with positive ones...reading the words of wise men like Paulo Coelho and whoever that writes self help books...while it might not be a perfect situation, it really made me feel a lot happier and positive and having this couldn't care less (or more) attitude....hehehehe....paham tak apa yg aku cuba nak cakap ni? Well, lepas apa yang aku lalui dan dalam mengutip cebisan-cebisan hati untuk kembali tersenyum, aku dah jadi orang yang tenang dan selamba gila....mementingkan diri sendiri pun ada, yelah sebab sebelum ni ko utamakan your other half, tapi untuk recover, kena tukar mindset sekejap yang diri sendiri lebih penting...anyway, sebab benda2 macam nilah aku dah tak kisah tau, kalau apa-apa benda jadik sekalipun, sebab aku rasa kalau fikir banyak-banyak pun serabut jugak, dan belum tentu benda tu baik atau buruk bagi kita....the best thing is, just go with it.

Lagipun, when you clear yourself of all the negativities, dah takde dah rasa nak dengki mendengki kat orang, rasa tak bersyukur, tak puas hati....hidup pun lebih tenang....yelah, cuba tengok sekeliling kita, orang yang tak bersyukur ni mesti asyik merungut je kerja dia dan tak puas dengan apa yang dah ada. Sedangkan, they should appreciate life for what they have, not what they don't. Lagi satu, orang yang suka dengki-mendengki ni memang tak tenang jiwanya. yelah...asyik nak fikir macam mana nak kenakan orang, macam mana nak dapat lebih dari orang....manala tak sakit kepala, sakit dada, sakit jiwa kan....cuba rileks tahap nirwana macam aku ni....muka senyum ke....orang kasik ko soalan menyakitkan hati, buat muka innoccent, comel dan senyum....tapi kalau mood aku tengah nak mengzass, atau orang tu dah melebihi quota 3 kali menyakitkan hati, sila ready untuk saya punya zass ok.....silap2, kisah laki ko kahwin lain kat sempadan pun aku cakap nanti....pembaca blog ni jangan risau ok...takde kaitan ngan korang or orang yg korang kenal....I've known about it for a few years and tak pernah bocor pun rahsia ni...what I did is I just avoid makcik ni, so that she doesn't have a chance to make me upset...or after she made her first remark, I will just keep quiet and make sure I don't bump into her again....and continue to remind myself that nothing good will come out if I don't think rationally....

hahahhahaha.....moral of the story? up to you guys what to make of it....I have a big family and a wide circle of friends....and not to forget, saya ni banyak berjalan and suka observe orang.....memangla banyak cerita merapu ni yang saya dapat kan....so, tenang-tenangkan jiwa anda dan penuhkan dengan positive thoughts... semoga berjaya mencapai tahap nirwana....hehehe


Selesai? Yeah inilah kebenaran. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju dengan Amal kerana saya memikirkan benda yang sama. Serius saya ingin menjadi seorang yang positif dan mahu bersihkan minda dan hati saya dari sifat2 tidak elok. Saya tak mahu buruk sangka, saya tak mahu jadi talam dua tiga muka, saya tak mahu dengki mendengki tapi mungkin saya belum sampai peringkat nirwana. Saya cuba banyakkan muhasabah diri untuk lebih mensyukuri kehidupan saya. Benar orang yang tak bersyukur itu merungut saja kerjanya, orang lain semua pun tak betul, dia saja yang betul dan tepat. Uh bencinya! Oh tengok saya dah bersifat negatif!!!

...asyik nak fikir macam mana nak kenakan orang, macam mana nak dapat lebih dari orang....manala tak sakit kepala, sakit dada, sakit jiwa kan...>>> sangat bersetuju dengan ayat Amal ini. Saya pernah begini dan mungkin masih begini dan saya sedaya upaya menangani masalh ini. Cuma saya tak pasti pula diluar sana berapa ramai pula yang nak kenakan saya, berapa ramai pula yang nak dapat lebih dari saya...hahhahahah tengok perasan lagi. Takdelah saya rasa aje walaupun saya yakin ada. Oklah lantaklah kan yang penting saya syukuri dan nikmati apa yang saya ada.

Okey kawan2 saya benar2 nak mempositifkan diri sebab saya memang seorang yang negatif, selalu memikirkan yang terburuk yang boleh berlaku instead yang terbaik. Tapi jangan la carik pasal, kalau mood saya tak elok dan saya mmg rasa nak menzass orang bak kata Amal, saya zass juga....hahahahahaha....

Cuma saya nak mengingatkan ~ saya akan layan anda sebagaimana anda melayan saya. Jangan la harap saya nak layan anda dengan baik kalau anda pun tikam saya dari belakang, anda pun mengata saya sewenang-wenang, anda pun jasa saya tiada dikenang. Senang cakap ukur la baju kat badan sendiri. Sekian terima kasih. Amal ~ halalkan aku memetik penulisan kau ye.

16.7.10

Kenapa saya sentap arini? Pang!!!!...

Kenapa saya nak sentap arini?

Sebabnya pagi2 lagi kawan saya cakap begini "wow" tatkala saya masuk opis n terserempak dia.

Saya tanya 'Ko apsal?'

Dia jawab sambil gelak2 'takdelah terkejut..."

Saya terus rasa bengang la, apahal plak nak wow, wow saya.

Saya pakai jeans biru tak fit, blaus coklat sedikit fit la, bertudung bunga2 coklat, pakai heels, bawak beg sling dan juga pakai lens.

Apa jadahnya nak wow, wow? Apa yg nak terkejutnya?

Memanglah saya pakai beg n kasut tinggi tajuk CK tapi Charles & Keith ajepun bukannya Calvin Klien...

Bencilah! Saya pakai elok n kemas skit pun kene tegur, macam mana agaknya kalau saya pakai gila bergaya.

Kelmarin pun kene sound ngan sorang jiran begini "tgk yam tajam kasut mak kau!"

Ek eleeeeee, mmg panas jek tinge ni dengar. Anak dia kasut 3-4 inci tebal, skirt separas bontot ada aku tegur?

Yang kawan aku tadi tu lagi la, dia pakai jeans merah ngan baju hitam. Skang korang cakap kat saya saper yang patut tegur saper?

Yang buat saya bengang adalah sebab walau dah bbrp kali kawan saya ni pakai jeans merah dia yg sgt nampak macam 'Minah I*don' saya tak sampai hati nak cakap apa2 dan buat2 tak tahu je keluar makan ngan dia.

Bukan sebab saya nak biar dia nampak macam 'Minah I*don' tapi saya mmg susah nak tegur kalau saya rasa teguran itu akan buat dia rasa malu sbb saya rasa saya malu kalau ditegur begitu.

Mungkin saya jek rasa dia nampak macam 'Minah Indon', mungkin dia rasa dia persis model. So takpelah tak tegur kot.

Hahahahahha apalah saya ni. Tapi serius saya mmg takkan beritahu/bercakap benar ttg pendapat saya kalau saya tahu itu menjatuhkan airmuka seseorang.

Eh korang paham tak?

Sebenarnya aku nak bgtau jgn nak wo wow aku kalau aku tetiba berpakaian kemas/elok atau mungkin cantik.

Cakap jek 'Kemas ko arini?'...alah takpun takyah la malu2 nak cakap 'wei ko lawa la arini!'

Paham? Saper nganjing2 aku lagi mmg aku sepak pasni...

Satu ari aku tak layan kawan jeans merah aku ni tau. Tulah wow wow aku lagi! Huh!

8.7.10

The Spaniards, Re-fashion & Baking

Lalalalalallalalalala, sebelum kita mulakan saja nak bagitau saya belum tido lagi dari siang tadi, skang dah jam 5 pagi. Saja nak bagitau benda2 best yang menyebabkan saya masih belum tido. Hahahahahahaha benda best pertama ialah Spain layak ke akhir Piala Dunia Yo! Wow!!! Jerman amik tempat ketiga ajelah ye. Hahahahahahahahahahahaha.... Go spainish go!
Ok keduanya ialah yeeeaaaayyyyyyy! saya berjaya me-refashin baju yammito! hehehehehe sangat gila teruja nak refashion ok selepas baca blog2 orang refashin baju, why not kan, saya ni nak mereka lambat la skit, nak jadi tikus baiki labu tu InsyaAllah buleh. dan hasilnya adalah seperti di bawah ini :

Oh ini gambar baju sebelum di re-fashion. baju ni dah singkat ngan MJ, so jadi bahan ujikaji la kan.

Tadaaaaaa, ini rupanya selepas diubahsuai. Kain biru polkadot kecil ni dah lama bli konon nak buat baju yam tapi baru arini berjaya dibuat. Biasa ajelah yang ini, sebagai permulaan yang baik untuk saya. harus saya kembangkan sikit skirt ini, nanti yam mesti jalan macam jepun. Hohohoho...

Oh ketiganya ~ sudah berjaya mengukus dan membakar kek coklat!!!! Yaribba, feeewit, feeewit...seronok rasanya hari ini. Masa sangat terluang dengan sesuatu yang indah.
So enjoylah gambar2 saya memasak ye. macam biasa ada model penghias kek. pasni saya nak buat muffin perisa durian. Hahahahahahah...

Rupa kek dan muffin yang telah siap. gila merekah tiga kek saya. Rasanya? marbeles, macam seronoknya Spain kalahkan Jerman. Hahahahahahaha....

Model yang makan muffin dekat 10 ketul. hohohohoho...rasa nak gigit budak ni sebab dia sangat sibuk mengacau. Siap tabur cip coklat dalam pinggan.

Ni aksi2 yam yang konon2 banyak tolong mama. Buleh la dari takde langsung. Sib baik dia tak taburkan barang, tupun kene warning sampai MJ malas layan saya. Kuikui...

Nilah bahan2 yang digunakan. Nanti saya cerita pula cara2 memasak kek coklat kukus merekah tiga ini ye.

Oh indahnya terasa. Pasni boleh mencuba resepi baru lagi. Bolehlah buat kek harijadi untuk MJ. Hhohohohoho saya rasa best sebab 3 perkara best baru saja berlaku. Ok cau nak tido dah...

5.7.10

Anak mama, senyum mama...



Luv her again n again. Sejuk hati tengok gambar ni. Lately MJ suka senyum sampai tertutup2 matanya. Macam saya kan? Tak sia2 saya bermatian menyusukan MJ sehingga sekarang kerna dia sangat manja dengan saya. Ahhhhh camne nak stop bf MJ nih?

Bakso Hancur : )



Kuikuikui saya ni memang malas nak rujuk n ikut betul2 resepi yang ada. Penat jek gugel, saya baca sekilas n try n error buat. Disebabkan suami saya sangat suka makan bakso jadi saya teringinlah buat bakso air tangan saya untuk encik suami. Yang bestnya kalau encik suami suka dia memang makan beria2. Jadi saya pun mencubalah.

Oh bakso ni dalam bahasa indon, melayunya ialah sup bebola daging. Oooooo begitu rupanya. Dalam kepala ingat nak beli jek bebola daging itu sekali gugel2 rupanya bleh buat sendiri bebolanya. Jadi saya pun dengan gigih mencincang daging yang dibeli di kedai bawah rumah saya. Dan mulakan semua dengan resepi ingat2 di kepala.
Hahahahaha sebab ini try n error, memang la error...masa bentuk elok jek bulat, skali bila saya rebus merekah2 jadinya. Takpe suami saya suh saya gugel lagi dan pastikan bakso seterusnya tidak hancoooo. Jadi saya tetap bersemangat dan akan terus mencuba.

Kali ini tak berani nak ajak PIL datang makan, kawan2 pun tak jadi ajak sebab bebola hancur. Cuma yang makan encik suami, saya, MJ dan kakak saya yag suka makan makanan tak sihat tu. Hahahahaha 2 kali kakak saya makan, saya diam aje, malas nak tegur kang dia marah saya. Lagipun takpe makanan saya makanan sihat.

Oklah nanti kalau saya berjaya buat bakso dengan bebola gentelan tangan sendiri, InsyaAllah saya ajak kawan2 makan ye. Sekian saja repekan saya malam ini.

2.7.10

Urutan Peristiwa Israk & Mikraj

=============*******=================

Rentetan Peristiwa Israk Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyithoh (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

-Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.


- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..
==========Petikan dari ustazazhar.com================

P/S : MJ lahir pada 27 Rejab 1429, 2 tahun lepas...moga MJ jadi anak yang solehah. Amin.