Disember 15 datang lagi. Bezanya tahun ini kedatangannya kami sambut dalam keadaan yang sepi. Tiada potongan kek dari kedai resepi rahsia seperti tahun2 kebelakangan ini. Mengapa? Kerana kami sedang bersedih dengan kejadian yang menimpa kami baru2 ini, seperti ingin saja pangkah disember dari kalender tahun ini. Haih...
Untuk Ateh - Adik, Amad n Maryam ucapkan selamat menyambut ulangtahun yang ke-30. Umur dah 3 series ni kenalah bekerja dengan lebih serius, berfikir dengan lebih matang, kumpul harta jangan asyik berjoli (kecuali untuk adik n Maryam), masih boleh berseronok tapi jangan sampai ada yang sentap. Oh tidur pun kene baiki, tidurlah ikut time, jangan berjaga sampai pagi2 lagi. Sila la bangun awal-bersenam harus diutamakan ok. Haruslah merancang kehidupan agar lebih gemilang, terbilang dan cemerlang.
Terima kasih untuk tahun2 yang kita share sebagai adik beradik selama ini. Siapa yang lebih memahami kakak selain adik dan siapa yang lebih memahami adik selain kakak? Kita share bukan saat shopping aje bersama tapi kita mula dari zaman kejatuhan. Ingat tak macam mana kita share bilik, mula2 kakak squatting jek ngan adik, pastu kita sewa bilik kecil berdua, yang mana kita sangat2 simbiosis bersama, yang mana makan kita ala kadar sahaja, tapi kini lebih2 lah plak kan? Tony roma's pun adik boleh pau kakak. Alhamdulillah sangat2, lama juga kita share bilik kecil. Masa tu kakak study lagi kat cosmo, jadi banyak adik topup tuk kakak. Tapi sampai arini ada satu citer adik nak bagitau kakak, citer yang adik takleh lupa sebab adik rasa bersalah sangat, masa tu kakak tunggu adik mandi sebab kakak takde duit blanja, akak nak minta duit ngan adik, masa tu lama akak tunggu adik n akak macam segan sangat nak minta ngan adik, adik plak pagi2 memang bad mud. Masa akak mintak adik kata "aku mana ada duit'...tapi adik bagi kakak RM10. Masa tu gaji adik tak banyak sangat, adik pun tak tahu kenapalah adik cakap adik takde duit. Pastu sejak tu adik rasa salah sebab adik bayangkan RM10 tu cukup tak akak naik lrt pergi balik, makan lagi segala. Adik tak tahu la akak ingat ke tak tapi adik takleh lupa sampai skang, sebab petang lepas kejadian tu akak balik, akak bagitau adik akak dah minta pinjam duit ngan mak. Lagilah adik rasa bersalah. Jadi dikesempatan ini adik nak minta maaf ngan kakak. Sebab tu akak shopping ke apa ke adik tak marah sangat, sebab kita dah terlalu lama susah. Sorry ok!
Then kita upgrade diri ke apartment sendiri ngan kawan kita. Kali ni bilik kita besar kan, hebat jek rasa. Sampai skang akak masih duk kat apartment tu, semua keperluan cukup termasuk astro, gaji kakak juga dah mendahului adik sedikit jauh, jadi pandai2lah share ngan adik ye, ingatlah simbiosis kita tak lama dulu.
Kalau ikutkan banyak yang kita berselisih, tapi kita ok jek kan. malam tadi akak lapo adik plak terpaksa carikan makanan, walau akak kutuk2 adik punya peti sejuk, adik wat bodo jek, malas aku...hahahahaha. Takpe arini adik nak g giant bli barang dapur. jangan harap la akak nak kutuk adik lagi. Hahahahahaha...
Terima kasih juga akak dah mencutikan diri selama 3 minggu untuk jaga mak dan abah, sebahagiannya patut adik yang kendong, tapi akak paham adik terpaksa dahulukan Maryam. Takpelah kak mak abah jaga kita lagi lama, inilah masa kita tunjukkan kasih sayang kita pada mereka, persetanlah peluang kedua ke, ketiga ke. Ada aku kesah?
Hadiah Akak? Malas ah adik bagi, akak nak ke hadiah spender cap ayam 3 helai? takpun cover stereng kete? malas ah adik bagi kakak, kakak dah bli kan blackberry, takkan adik nak bagi lagi? Cukuplah kasih sayang adik pada kakok. Kalau adik bagi akak hadiah, abislah duit gaji adik bulan 12 nih, dah la adik kene potong gaji pasal cuti lebih banyak sangat.
Oklah kakok selamat harijadi sekali lagi. We luv u n will always do...
27.12.09
Buat gadis genit ini...
Posted by RBI at 27.12.09 0 comments Links to this post
Labels: Life
Kisah pagi ini...
Hari ni hubby antar pergi kerja.
Sebabnya dia nak antar kete pergi service.
Tengah berenti kat traffic lite tetiba beliau berkata :
"Roziah pakailah lipstik sikit"
Aku automatik tengok cermin atas kepala.
Then aku pandang dia.
Gila apa, hatiku berkata.
Aku pakai lipstik g keje?
Ish, ish, ish...
Demam agaknya suami aku pagi ni.
"Apsal lak tetiba neh?"
"Yelah saya kat store suh crew saya pakai lipstik, awak pun tak pakai"
Cess itu aje?
Haih sejak naik sikit pangkat ni, terbawa2 mengarah sampai ke rumah.
Tu je pasal nak suh aku pakai lipstik?
Memang la gedik.
Lalu aku berkata pula.
"Kalau camtu belilah saya set Elizabeth Arden macam kat sogo semalam"
Haih tau lak tu jeling aku.
Hahahahahaha, nanti beli ek...
Neway congrates sebab dah dipromote naik jawatannya Papa!
Sorry dah sebulan baru mama ucap tahniah!
Papa pun tahu banyak perkara yang berlaku.
Dalam kita sedih2, Alhamdulillah papa dapat berita baik.
Luv u ok.
Oh set make-up mama jangan lupa ye....hahahaha...
Posted by RBI at 27.12.09 2 comments Links to this post
Labels: Life
Tragedi + Tragis
Terlalu letih untuk menulis, cerita pula sedikit tragis, melibat jiwa yang bisa menangis, oh ceritanya memang sadis. Maaf jika aku sidikit puitis, cuma mencari mood magis.
Oh sudahlah ya, tiada mud yang magis kukira. Seperti diketahui mak abah aku accident di lebuhraya, bersama famili kakak dan anak2nya. Puncanya sungguh susah nak diterima, bak bas Sani Express yang accident hari ni punya berita, pemandunya terlelap dan begitulah juga punca. Abah pun kata terlelap jadi angkara. Tapi kami redha dengan ini semua, apa yang Allah dah siratkan ini pasti ada hikmahnya - jauh sekali nak salahkan kakak gua. Kalau kami marah sekali mana, takkan nak saman akakku pula. Kami sama2 sayang orang tua, cuma kali ini Allah nak menduga.
Mak paling teruk kecederaannya kukira - kecederaan tulang belakang dan rusuknya tiga - semuanya mengalami keretakkan sini dan sana. Mak bersimen separas dada, terbaring saja, tulang punggungnya retak dua - nampak seksi sekali sekala. Alhamdulillah saraf tunjang tiada yang tergendala, cuma kenelah bersimen 3 purnama. Sabarlah mak, walau bukan mak punya kehendak, tak boleh nak kata tidak, kami disisi meniup semangat merah yang marak. Sabar ya mak!
Abah kuar wad awal dari mak, tapi pastu masuk pulak, abah kene serangan jantungnya sesak. sian abah sampai kritikal ditahap, nak tercabut nyawa aku mengadap, bila Abang ipar suh aku speed up, ko bayang la macam mana aku nak cepat, kul 5ptg kat jalan belakang sogo aku tersekat - masa tu tak tau la nak nangis ke nak sentap, nak serius ke tekad, kuar kete g berlari biar dekat, memang takleh pikir petak ke bulat, sib baik adik ipar aku tau jalan cepat, kalau aku sorang2 mau sesat, aku nangis2 jadi lagi lambat. Sampai esok dah 2 minggu di hkl abah melekat, mintak esok kluarlah wad.
Beralih pula pada anak2 kakak, Alhamdulillah mereka dah pun boleh bertekak dan melalak. Maidnya juga oklah hendak, kakak pula ok-ok saja nampak. Moga semua kembali bergerak, sama2 menuju puncak.
Inilah sikit sebanyak, cerita yang sekian lama tertunggak, nanti ada masa kusambung sajak, menulis yang mana tidak, sekian saja bertemu kelak.
Posted by RBI at 27.12.09 1 comments Links to this post
Labels: Life
8.12.09
Sehingga Allah menguji aku begini...
"Allah takkan uji kita dengan beban yang tak mampu kita pikul"
Dan hari ini Allah telah menguji Ujie, iaitu seorang aku.
Menguji aku dengan dugaan yang aku harus pikul.
Dugaan yang selalu aku pikir aku takkan mampu kendong dibahuku.
Mampukah aku - sedang aku berduka dengan Syurgaku, Langit dan Bumiku pula dilanda musibah?
Ya Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Baikkanlah segalanya...aku mohon padamu kerna dari dulu aku percaya hanya pada-Mulah tempat meminta...
Sehingga Allah menguji aku begini,inilah peringatan dari-Nya...Subhanallah!
Posted by RBI at 8.12.09 1 comments Links to this post
Labels: Life
