barulah aku ada hati nak menulis kembali. Oh sebenarnya banyak yang tak terluah. Kemudian tidak ada saka yang merasuk supaya menulis. Too many stories to share. But some of it will be remain secret until the rite time tiba. Entahlah rasa macam lebih baik tak menulis. Sebab kadang lebih ramai yang nak menyibuk dari nak mengambil berat.
Lately life ini aku rasa semakin mematangkan aku. How it was true meeting a difficult situation/people will make u a better person. How it make life become more easier. Yes if u already facing your hardest time in life, lain2 cabaran akan jadi senang. Or maybe umur yang dah cecah 30 series ini yg menjadikan semuanya kelihatan lebih mudah. Kerna mungkin hidup yang sudah Allah izinkan selama 30 tahun itu sudah cukup lama untuk kenal erti sebuah realiti kehidupan.
Apa yang tidak berubah dalam hidup ini. Kecintaan, ketaksuban, kerjaya, semuanya akan berubah. Kadang kekecewaan mengubah prinsip seseorang. Khianat memati sebuah kesetiaan. Rasa hormat hilang dek keterlaluan kritikan. Siapa kita sebenarnya yang cuba menyelamat punggung masing2 tanpa perlu menikam pihak lain. Kata aku kalau tak mau ditikam dari belakang maka janganlah membelakangkan sesiapa. Kata bos siang tadi masih terngiang di pelipis telinga, maybe ada senapang yang terletak merata-rata, maka sesiapa sahaja boleh tertembak mati atau sipi2 terluka. Jadi siapa yang perlu disalah jika senapang sendiri makan tuan? Tepuk dahi tanya akal lebih relevan dari tepuk meja tuding telunjuk aku kira.
Kadang bukan saja marah buat kita hilang pertimbangan. Bila kecewa sesuatu juga terluah di luar sedar. Kita kan mencari kotak meluah rasa. Sekarang senang. Tak perlu kawan rapat lagi, luah saja secara berhemah atau tidak di laman2 sosial. Nanti yang makan cili akan rasa pedasnya dan yang tak rasa bahangnya menyengat akan menambah rasa. Nak kasi seimbang rasa katanya. Ahhhh tak perlulah mengata dulang paku serpih. Semua pun begitu. Dalam sibuk mengata orang kita pun buat benda sama. Akui sajalah laman sosial tempat kita menabur rasa. Yang bangang sedikit akan meluah semua termasuk akalnya yang cetek, hemahnya yang kosong, rasanya yang palsu. Ahhhh manusia.
Mungkin yang sukar pada aku ialah jati hati kita sendiri. Kalau dalam hati ada taman rasanya sedikit sukar untuk taman itu dicantas bertukar menjadi jalan tar. Hati yang mmgnya kering mungkin sukar nak basah. Dari dulu aku menghargai persahabatan. Sehingga ke dewasa ini kemana aku pergi aku akan punya teman baik, punya teman rapat. Cuma aku terlalu sensitif dalam menilainya. Bila tiba saat aku bertawar rasa, semuanya jadi sifar. Tak nampak lagi nilainya dimana. Ia terjadi banyak kali. Sampai aku lupa bagaimana suatu masa aku pernah menilai tinggi persahabatan yang pernah aku lalui. Aku berhenti memikir, aku berhenti mendahulu, aku berhenti menjaga, aku berhenti mengambiltahu. Tidak ianya terjadi secara natural, bukan atas dasar balas dendam. Kerna itu aku sangat mencuba agar hati tidak menjadi hambar.
Katakan apa saja. Sahabat itu akan selalu kita rasa menyakiti hanya kerna kita menyayangi. Berapa kali kita berkecil hati bila merasa sahabat rapat tak mengenali kita bila dengan sewenangnya menjudge kita. Berapa kali kita menjauh hati bila sahabat mengagungkan teman lelaki tatkala kita memberi amaran sedikit keji. Atau bagaimana tergurisnya hati kita bila kita yang selama ini berdiri bak lalang tak berpendirian disebelahnya dikatakan berdiri di seberang sungai sana saat kita membaiki cara. Seolah sakitnya membaham rasa, melumat cinta.
Tak mengapa, sahabat masih mampu menyimpan rasa, menyorok hampa. Walau nampak seperti dialah berjasa sapa tau disebaliknya mereka hanya menyambung hayat sendiri dari mati.aku sudah tak kisah lagi permainan dunia. Yasmin Mogahed mengajarku semua itu dunia. Aku sedang cuba mengejar syurga yang abadi, maka kekhilafan ini akan cuba sedaya upaya ku atasi.
Tak mengapa, hidup yang sementara ini Alhamdulillah syukur kupanjat padaNya. Aku merasa rahmatNya yang tiada pernah putus. Doaku yang sentiasa dikabulNya. Dimana ia menambah kecintaan ku padaNya. langkahku sentiasa mudah. Rezekiku juga sentiasa dimuka pintu rumahku. Betapa aku merasa kasihNya yang tiada bandingan. Cuma kadang aku terfikir dan menyimpan kesal pada mereka yang mempermain periuk nasi orang lain. Yang tiada berfikir impak taburan pasir mereka ke periuk orang lain. Seperti lupa balasan Allah itu bila2 boleh diterima. Tapi tak mengapa aku sentiasa percaya bahawa Allah sedang merancang sesuatu g lebih besar dan baik untuk aku. In Shaa Allah.
Baik aku tamatkan luahan rasa slps 9 bulan ini disini. Moga ada rasukan Saka Menulis datang temui aku. till next time. Assalam.
No comments:
Post a Comment