21.1.11

Bila melihatnya...

Bila melihat Maryam berjalan tergedek2 dengan juntaian rambut kerintingnya, dia mengingatkan saya kepada diri saya sendiri. Hehehehe beginilah comelnya saya masa kecik dulu dgn rambut megi.

Bila melihat Maryam moody dengan muncung sedepa, saya tahu itu juga saya, huh comel juga.

Bila Maryam lari merajuk tutup muka dengan bantal, oh sebijiknya tabiat buruk saya, hmmmmmm malunya nak marah.

Bila dia naik angin, tak payah la salahkan saper, itu pun mak dia juga.

Bila dia nangis marah, sebabnya satu aje dia sakit hati, itu hakikat mama dia juga.

Nampaknya dia mmg mini saya. Nak buat mcm mana 'anak ujie'

19.1.11

I am expecting but i did not expect this...

Pagi ni bos yang cakap saya under-utilised telah memanggil saya dengan muka yang serius untuk masuk ke biliknya.

Bila saya masuk, dia izinkan saya duduk dan mula keluarkan kertas dari lacinya. Kelihatan seperti sekeping checque, tapi hari ini maasih tengah bulan. Oh?

Dengan serius bos bertanya 'Are u expecting?'

Dengan lurus bendul saya menggeleng dan menjawab 'No' yelah takkan saya expect cheque tengah bulan. Takkan la nak bentikan saya keje kot?

'Huh?!' Bos buat muka pelik n seperti mengulangtanya soalan dan meminta Roziah menjelaskan.

Tetiba saya rasa macam kene tendang dari dalam, oh oh salah pemahaman la saya terhadap soalan encik bos.

Lantas saya menjawab 'oh yes, yes I am expecting'

Bos mengangguk ' how many months?'

"Almost 4, 15 weeks'

"No wonder u look so tired"

"But I am more ok rite now"

Then dia bagi saya cheque itu, sib baik bukan cheque 2 bulan gaji, sbb tu sah2 la kene fired kan. yeay dapat juga bonus walaupun serius mmg tak expect langsung sebab biasa tak sampai setahun mmg company tak kasi bonus. Alhamdulillah dapatlah prorate kerja dah 6 bulan. Syukur.

Manis kan begitu, jika tak mengharap tiba2 dapat? Yelah kalau mengharap tapi tak dapat gila la frust nonggeng. Time kasih encik2 bos sekalian. Ingat raya nanti kasi lagi.

Rasa tak sia2 kerja kuat 3-4 minggu ini. :)

11.1.11

Setahun pemergian Abah, setahun juga perginya Hazim...

Abah sudah pergi genap setahun. Begitu juga Hazim, kenalan Angah. Saya pasti hati2 kami masihn menangisi pemergian mereka.

Bagaimanalah saya mahu melupai Abah, lelaki pertama yang hadir dalam hidup saya. Bagaimana saya mahu melupa setiap kenangan bersamanya yang berupa ingatan dia membanting tulang demi anak2nya yang tujuh ini. Dialah inspirasi untuk kami belajar dengan lebih tinggi, kerana Abah tahu ilmulah satu2nya yang dapat memperelok nasib kami. Benar, kerana Abah yang dulu antara kerja sampingnya menjadi jaga di Hongkong bank (kini HSBC), anaknya ini antara peleret tegar kad kredit HSBC. Betapa jauh Abah merubah nasib kami. Manalah saya tidak menangis tiap kali mengingati Abah.

Walau kami susah suatu masa dahulu, seingat saya makan kami terjaga, mak pandai membega, sebab itu saya sangat pelik jika ada mereka yang dikategori susah makan nasi berlauk garam. Ye kami juga susah tapi mak bijak memenukan makanan. Even ikan bilis masak asam mak adalah amat menyelerakan. Paling simple dimusim hujan mak akan buat bubur nasi, tapi bukan bubur kosong, biasanya bubur santan yang lazat. Hmmm masih ingat abah akan makan bubur santan ini dengan gula. Tapi serius sekarang saya sangat ingin makan ikan bilis masak asam.

Namun kini tak pernah lagi mak masak ikan bilis masak asam. Mungkin sebab anak2nya kini pulang nak makan ketam saja kerjanya. Ketika abah masih sihat, setiap kali kami pulang, abah yang akan beli lauk pauk. Menu pagi seperti biasa nasi lemak mak, takpun bihun goreng. Sangat jarang kami beli sebab masakan mak lebih sedap dari mana2 kedai yang ada di kampung.

Paling senang menu tengahari kalau saya yang balik, bukan senang apa, senang sebab makanan feveret saya diketahui satu keluarga. Dulu selalu adalah ikan terubuk bakar. Kini dah jarang mungkin sebab bila balik kami selalu pula berbbq, lebih2 lagi bila encik suamiku ada. Suami saya manalah nak makan ikan leceh banyak tulang kan? BBQ siap ngan kambing sekali. Tapi sekali sekala minta juga mak buat pajeri terung atau nenas, makan pula dengan ikan masin. Sedapnyaaaa...

Walau abah telah tiada, mak tetap melayan makan minum anak2nya. Kasihan mak bila abah sudah tiada, kerana mak memang menjaga rumahtangganya dengan baik, saya tahu Abah bangga ada isteri seperti mak.

Dan hari ini adalah harijadi Angah, adik ipar saya. Pastilah saya berkongsi sedih dengannya kerana 2 hari selepas abah pergi kami dikejutkan pula dengan pemergian Hazim, kenalan rapat angah. Pastilah itu adalah hadiah terburuk diulangtahun kelahiran angah tahun lepas.

Harapnya Angah tabah. Selamat ulangtahun buat angah. Buat Abah dan Hazim, doa kami sentiasa bersama kamu. Amanlah dan bahagialah kamu disana.

1.1.11

Piala AFF Suzuki 2010, KFCM, Jejariruncing dan 2011

Salam semua...ye maaf tajuk agak panjang. Saja la kan cari publisiti. Kehkehkeh takde maknanya ok! Kalau gua nak publisiti banyak lagi tajuk n pasal lain boleh buat gua glamer, tapi gua suka hidup sederhana yang bahagia serta aman damai.

Ok Malaysia menang piala suzuki, ok Malaysia dapat cuti umum hari jumaat, hari terakhir 2010. Tapi gua bengang la kan, sejak gua dah fully-utilised ni, gua rasa macam mesin basuh fully-auto la plak kan. Yelah gua bengang la gua kene keje walaupun Malaysia cuti!!! Ha ni lagi best, post ni gua tulis kat meja opis nih, ha tgk la tarikh arini, 1/1/11 ok!manalah gua tak bengang walaupun bangga Malaysia menang. Pulak tu arinikan Tahun baru 2011! Takpe2 gud start for 2011 for my career kan? Hohohoho moga bermud rajin ke tahun2 seterusnya dan dibayar bonus 3-4 bulan gaji, ceh chooooooiiiii la nak bonus banyak2.

KFCM tu Khairul Fahmi Che Mat tu la, hohohoho glamer gitu kau lepas piala suzuki ni. Tapi memang patut pun jadi top 5 kat tweeter, ko tgk dia selamatkan bola, boleh kata lebih separuh masa, Indon berkampung kat gawang, selamba dia terbang ke kiri, kanan, atas, bawah, bukan menepis yang banyak ok, menangkap ok, menangkap bola itu. Saya rasa nak terbersalin dan nak terkeluar jantung tgk, nebes gila sampai rasa tak nak tgk. Serius berdebar gila. Hohoho overnya perasaan saya.

Oh sebab ramai sangat nak menyunting si KFCM ni, terkeluar la citer awek dia skali ngan blog dia, hahahaha glah cari blog jejari awek dia yang runcing tu, jaga2 jangan sampai tercocok plak bijik mata. Hahahahahaha for me she is not lucky by dating Fahmi becoz he was a tall, fair n handsome footballer but kenyataan awek dia yang kata dia sembahyang diimamkan Fahmi itu yang membuatkan dia terlebih2 bertuah. tapi rasanya eloklah awek dia diamkan diri n tak kuarkan sangat muka dia, kang hilang plak imam yang dia doakan untuk hidup dia tu. Eh over plak tetiba nak nasihat orang. Opppsss sorry na.

Oklah saya nak balik rumah dah la, takde mud la nak keje, terbayang2 MJ kat rumah tunggu saya balik, baru lepas call dia n saya bertanya "mamayam mana?", konon2 nak menyamar la, skali dia balas "mamayam dalam tepon ni la"...hahahahaha ambik ko, tulah terlebih sangat supply susu ibu, camtu la jadinya. Kekekeke apapun mama bersyukur.

So pada semua selamat tahun baru 2011. Sorry la malas nak buat azam tahun ni, serupa jek, semua orang mengharap yang terbaik kan. Cuma mahu menjadi isteri yang lebih baik dan rajin, menjadi pekerja balance-utilised (suka ati perkataan aku), supermom untuk MJ dan bakal adiknya...Semoga lebih bertenaga dan boleh g jalan2 sepanjang tahun 2011. Oh paling penting saya nak berjimat cermat, nak beli banglo 4 tingkat! Kekekekekekek over k! Oklah nak balik, ada birthday party arini yang nak kene attend, pastu nak g jemputan jualan murah FOS mid dan juga nak pergi Karok ngan papa n MJ. Daaaaaa....happy 2011!!!!!!!!