11.1.11

Setahun pemergian Abah, setahun juga perginya Hazim...

Abah sudah pergi genap setahun. Begitu juga Hazim, kenalan Angah. Saya pasti hati2 kami masihn menangisi pemergian mereka.

Bagaimanalah saya mahu melupai Abah, lelaki pertama yang hadir dalam hidup saya. Bagaimana saya mahu melupa setiap kenangan bersamanya yang berupa ingatan dia membanting tulang demi anak2nya yang tujuh ini. Dialah inspirasi untuk kami belajar dengan lebih tinggi, kerana Abah tahu ilmulah satu2nya yang dapat memperelok nasib kami. Benar, kerana Abah yang dulu antara kerja sampingnya menjadi jaga di Hongkong bank (kini HSBC), anaknya ini antara peleret tegar kad kredit HSBC. Betapa jauh Abah merubah nasib kami. Manalah saya tidak menangis tiap kali mengingati Abah.

Walau kami susah suatu masa dahulu, seingat saya makan kami terjaga, mak pandai membega, sebab itu saya sangat pelik jika ada mereka yang dikategori susah makan nasi berlauk garam. Ye kami juga susah tapi mak bijak memenukan makanan. Even ikan bilis masak asam mak adalah amat menyelerakan. Paling simple dimusim hujan mak akan buat bubur nasi, tapi bukan bubur kosong, biasanya bubur santan yang lazat. Hmmm masih ingat abah akan makan bubur santan ini dengan gula. Tapi serius sekarang saya sangat ingin makan ikan bilis masak asam.

Namun kini tak pernah lagi mak masak ikan bilis masak asam. Mungkin sebab anak2nya kini pulang nak makan ketam saja kerjanya. Ketika abah masih sihat, setiap kali kami pulang, abah yang akan beli lauk pauk. Menu pagi seperti biasa nasi lemak mak, takpun bihun goreng. Sangat jarang kami beli sebab masakan mak lebih sedap dari mana2 kedai yang ada di kampung.

Paling senang menu tengahari kalau saya yang balik, bukan senang apa, senang sebab makanan feveret saya diketahui satu keluarga. Dulu selalu adalah ikan terubuk bakar. Kini dah jarang mungkin sebab bila balik kami selalu pula berbbq, lebih2 lagi bila encik suamiku ada. Suami saya manalah nak makan ikan leceh banyak tulang kan? BBQ siap ngan kambing sekali. Tapi sekali sekala minta juga mak buat pajeri terung atau nenas, makan pula dengan ikan masin. Sedapnyaaaa...

Walau abah telah tiada, mak tetap melayan makan minum anak2nya. Kasihan mak bila abah sudah tiada, kerana mak memang menjaga rumahtangganya dengan baik, saya tahu Abah bangga ada isteri seperti mak.

Dan hari ini adalah harijadi Angah, adik ipar saya. Pastilah saya berkongsi sedih dengannya kerana 2 hari selepas abah pergi kami dikejutkan pula dengan pemergian Hazim, kenalan rapat angah. Pastilah itu adalah hadiah terburuk diulangtahun kelahiran angah tahun lepas.

Harapnya Angah tabah. Selamat ulangtahun buat angah. Buat Abah dan Hazim, doa kami sentiasa bersama kamu. Amanlah dan bahagialah kamu disana.

No comments: