31.12.09

Tanpa tajuk...

Buat mak yang disayangi...
Selamat harijadi...
Kami sayang mak tanpa belah-bagi...
Terima kasih kerana memberi kami kehidupan seselesa ini...
Memberinya dalam satu kepayahan yang tersendiri...
Merencana masa depan kami tanpa caci maki...
Mendahulukan kami dalam apa jua keadaan diri...
Tanpa nasi lemak dan kuih mak dimanalah kami kini...
Kalau bukan pisang goreng dan keropok mak takkan universiti kami jejaki...
Kepayahan itu kami sangat mengerti...
Jerih itu terlalu kami hargai...
Mak yang dikasihi...
Kami cinta mak sepenuh hati...
Oh abah jangan kecil hati...
Abah lagilah sangat bererti pada kami...
Sayang kamu dua sampai mati!

Awan Amad

Inilah sebabnya aku tak suka tido awal Serius aku sangat terganggu jika tido awal. So waktu tido ideal aku adalah pada jam 1 pagi untuk hari2 bekerja, sebab tu la aku selalu lambat pergi kerja. Hahahaha...tapi lagi teruk kalau aku tido awal, kalau tak migrain esoknya, macam nilah aku, aku akan terjaga jam 2-3pagi dengan mata yang amat segar dan susah untuk tido kembali. Lately selalu penat dan Maryam pula dah ubah waktu tido beliau ke pukul 9-10 malam, makanya sambil menyusukan beliau aku akan terlelap sekali. Dan terjagalah aku pada dinihari - kalau tak mengemas rumah aku akan mengapdate blog seperti sekarang. Oh skang ni dah jam 4.34pagi ok!

Nampaknya rutin aku juga kenalah ubah. Perlu masuk dalam agenda baik2 belaka 2010. Nak semuanya teratur walaupun si penjual beger pakcik mc donald itu telah berubah time kerjanyanya. time aku tulis ni, hanya aku dan Maryam dirumah, papa yam kerja malam sampai pagi sok. Hohoho silalah jangan menakut2kan aku yang tinggal bersendiri ini dan janganlah cuba merampok rumah aku k. Aku tumbuk korang nanti. Oh skang papa yam kerja di mc d taman langit (hahahah Skypark) kat Terminal Subang. Sungguh Awan Ahmad ok. So mc d ni bukak 24 jam sehari maka kehidupan Amad tidak normal kembali. Nasib baik b4 aku lahirkan Maryam dulu Amad pernah kerja shift 24 jam, maka ada aku kesah? Oh aku tak kesah sangat, aku ok aje.

Oh semalam aku sentap ngan Amad dan dia sentap ngan aku. Dan aku mengumumkan Amad itu akan di'grounded'. Hahahaha kali ini aku takkan bertoleransi walaupun kami mengamalkan toleransi antara satu sama lain. Walau mengamalkan toleransi tak bermaksud semua hal harus bertolak ansur kerna jika sesuatu perkara itu tidak adil apa kejadahnya nak tolak ansur - maka kita haruslah tidak bertoleransi. Hahahah ganas ah mung grounded laki mung...ada aku kesah? Kalau tak grounded kang tak ingat, pastu besar kepala, pijak2 lak kepala aku, sorry la k cik Amad, dah tentu2 aku ni tunjuk apa yang aku rasa, nak simpan2?, simpan duit boleh simpan rasa binasa ok!

Hahahahaha sebab Amad di'grounded' adalah kerana dia lupa diri jap g berfoya2 dengan rakan2 dia sampai janji dia untuk melawat Abah aku yang kat HKL tu lebur begitu saje, seleburnya hati aku ini. Ceh ada ke patut jam 7.00ptg baru nak sampai istana budaya? Memang la aku naik taktha kan, HKL tu pukul 7.30ptg dah abis time melawat, ewah2 nak tgk bapak aku 10 minit jek? Dapatlah kau khutbah sampai 3 hari siap aku suh dia balik aje - dah tu plak patutnya kawan dia drop dia n dia balik ngan aku, skali kau dia sentap aku halau dia then dia balik sendiri naik monorail, sedikit kasihan tapi alahai naik monorail jek taklah teruk sangat kan, bukan jalan kaki. Aku called dia dari tengahari tanya dia kat mana, kul 7ptg baru nak sampai, sedang aku sampai HKL 6.45ptg dari opis, siap janji aku pick-up dia kat HKL, alih2 boleh tanya aku kat mana. Memang la carik pasal. Jadi kali ini takde lagi outing ngan kawan2 sehingga diberitahu kelak. Nak kata aku zalim sendiri mahu ingat, nak kata aku kontrol laki itu aku punya pasal. Aku kontrol tak maksud aku jahat. Kalau laki aku aku tak boleh kontrol, tak boleh ingatkan salah dia, apalah guna aku jadi isteri dia. Sorry bukan type aku yang sendiri makan hati, kalau aku rasa sakit aku nak suami aku sama2 rasa akibat perbuatan dia - jangan nak seronok je sama rasa. Dia balik sendiri sebab dia sendiri sentap, dah janji aku tunggu kat HKL lagi saje2 nak protes cari salah aku pulak ngan balik sendiri naik monorail. Gediks ok!

Tadi kami dah bertegur sapa tapi aku cakap sepatah dua aje. Sampai dia bagitau isteri kawan baik dia dah pregnant (dgn mud gembira) pun aku diam aje (serius excited dalam hati jek). Sebab dia sebut 'kawan' kan, dah tentu2lah aku kecil hati pasal dia mendahulukan kawan dia instead of abah aku yang sakit tu. Jadi otomotik saraf kat muka aku ni tak melebarkan senyuman, aku tunduk je makan nasi, aku nampak ada keluhan di wajah dia tapi ada aku kesah? Hahahah takde, perang belum tamat ok! Biar dia sendiri rasa bersalah yang amat, biar dia tahu betapa aku maksudkan bila aku minta dia temankan ayah aku di HKL. Memang dia ambil berat pasal parents aku selama ini tapi aku tak mahu dia buat begini lagi.

Oklah itu saje cerita dinihari. Esok kalau tertido awal n terjaga lagi aku akan apdate lagi. Oklah babai...

29.12.09

Hijrah 1431 & Tahun Baru 2010

Kalau aku ada tema untuk tahun baru, pastilah aku akan meletakkan temanya 'Muhasabah Diri'. Sepatutnya juga bila2 saja kita harus Muhasabah Diri, tidak perlu menunggu berputarnya 365 hari. Tapi tak mengapalah, segala kekilafan yang lalu, aku harap tema hijrahku kali ini benar2 dapat memperbaiki diri aku dan mempertingkatkan kecemerlangan diri, keluarga dan juga kerjaya aku.

Muhasabah diri. Satu pendekatan yang digunakan bagi memperbaiki kelemahan diri. Untuk menilai dan merenung semula baik buruk segala sesuatu yang dilakukan. Ianya bertujuan mengelakkan diri kita daripada melakukan kesilapan yang sama berulang2 kali. Kita sememangnya manusia yang sering lalai dan lemah juga tidak dapat lari dari melakukan khilaf. Untuk itu, anugerah yang tersangat unik telah diberikan oleh pencipta kita yang Maha Agung hanya untuk makhlukNya yang bernama manusia, "Anugerah Akal". Oleh itu, gunakanlah anugerah ini dengan sebaiknya bagi kita bermuhasbah, berfikir seterusnya memperbaiki kelemahan untuk menjadi yang lebih baik. Dan, untuk itu, jgn pula kita hanya memikirkan tentang kebaikan yang dilakukan. .. Na'uzubillahiminzalik.

[Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat. Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini.]---sebuah petikan.


Jadi aku mahu yang baik2 sahaja dalam apa jua. Aku mahu jadi Mama contoh kepada Maryam, Isteri yang lebih baik kepada Ahmad Kusyairi, Anak yang berguna kepada mak abah dan mertuaku, Adik/Kakak yang baik pada adik beradik dan iparku, pekerja yang lebih cemerlang untuk firmaku, sahabat yang baik untuk teman2ku dan paling aku cuba sedaya upaya ialah menjadi hamba yang taat kepada-Nya. InsyaAllah! Mungkin kedengaran sedikit keterlaluan tapi ini perkara baik kan? Haruslah percaya aku mampu lakukannya.

Aku juga mahu lebih bijak mengurus kewangan. Mengurus simpanan wang yang lebih teratur untuk kami sekeluarga. No more shopping berlebihan, mesti utamakan simpanan masa depan dan kesihatan. Untuk MJ simpanan pelajaran perlu aku peruntukkan secara tetap. Oh selain itu hutang2 haruslah dilangsaikan secara teratur lebih2 lagi PTPTNku itu. Alhamdulillah setakat ini semua hutang kami bayar secara teratur cuma aku saja yang selalu problem nak bayar PTPTN aku, takpe aku kan sedang berjanji memperbaiki keadaan ni. Bagus kan muhasabah diri ni?

Aku juga nak lebih bersyukur dengan apa yang aku miliki dan apa yang Allah telah anugerahkan kepada aku. Alhamdulillah aku hampir miliki semua walaupun semuanya sederhana. Walau rumah kami kecil dan ditempat yang sedikit crowded, tak pernah aku nak kata aku tak suka duduk disini kerna inilah syurga yang suamiku sediakan untuk kami. Inilah terbaik untuk kami setakat ini, sejujurnya aku suka cuma kebersihan yang pening nak pikirkan. Tapi saudara mara kami ramai disini dan kami hidup dalam harmoni-jadi tak perlulah kami minta lebih2 kan - InsyaAllah ada rezeki lebih kami akan cari syuga yang lebih tinggi. Lagipun mid valley tu blakang umah kami je, strategik untuk aktiviti kegemaran kami, op op ingat no more shopping berlebihan. Hahahaha. Kereta pun cukuplah rio hitam itu setakat ini, belum masa nak tukar lagi la rasanya, anak pun belum bertambah kan. Kang dah anak ramai, beli bas aje terus. Kerjaya pun kalau ada rezeki yang lebih baik maka berhijrahlah aku hendaknya. Oh ye sempena hijrah tahun ini genaplah setahun kami pindah ke rumah sekarang. Alhamdulillah.

Tahun baru ini juga aku perlulah bersikap lebih baik, tak mahu panas2 hati selalu, nak lebih cool sepanjang masa. Tak mahu jerit2 cakap ngan Maryam - hahahaha nak jadi mama contoh aku perlulah berusaha keras untuk ini. Aku nak jadi lebih rasional dan berfikir sebaik2nya sebelum buat apa juga. Semua perlu ada pro & kontra.Oh paling penting aku nak ubah sikap suka bertangguh aku dan akan cuba sedaya upaya memastikan rumah aku bersih! Ye melampau sungguh cita2 murni aku. Ya Allah moga aku dianugerakan usaha gigih untuk semua ini.

Oh apa lagi ye? Oh aku juga tak mahu pikir benda2 remeh dan masuk campur dalam hal2 yang ntah apa2. Tak mahu terlibat dengan benda2 yang tak berfaedah dan yang tak mendatangkan hasil. Senang cerita aku tak nak masuk campur hal orang lain. Kalau ada yang nak kongsi rahsia dan aku boleh jadi kaya oklah kan, yang boleh pandu aku ke syurga sangat2lah dialukan. Oh tahun depan juga moga aku lebih bisa menikmati hidup dengan lebih meriah. Hahahaha kan kawan baik aku dah kembali ke semenanjung, harap2 penuhlah aktiviti hebat kami selepas ini. Oh aku juga nak mengeratkan lagi silaturrahim dengan rakan2 yang selama ini semakin dilupakan atau tak rapat sebelum ini, selagi dapat meningkatkan kecemerlangan diri aku akan berusaha merapatkan tali persaudaraan.

Oh dan lagi? terlalu panjang dah ni kan? Tapi ada lagi aku rasa, takpelah aku akhiri buat kali ini. Nanti macamlah aku tak oleh sambung lagi kan. Kesimpulannya aku mahu yang baik2 saja untuk tahun ini, doakan aku berjaya menjadi insan yang berjaya memuhasabah diri, aku tak mahu melihat keburukan orang lain lebih banyak dari melihat diri aku sendiri. Moga Allah membantu aku dengan niat baik aku ini. Pada sahabat semua, apa jua azam anda untuk tahun baru kali ini, ambillah masa untuk renungkan diri. Aku juga insan biasa yang banyak kelemahan, dari saat ini aku berharap semalamlah hari terakhir aku melakukan kekhilafan. Walau esok aku akan masih tersilap, moga aku tak lupa memuhasabah diri. Sampai di sini dahulu, renung2kan dan selamat beramal...

28.12.09

Buat gadis genit ini...


Disember 15 datang lagi. Bezanya tahun ini kedatangannya kami sambut dalam keadaan yang sepi. Tiada potongan kek dari kedai resepi rahsia seperti tahun2 kebelakangan ini. Mengapa? Kerana kami sedang bersedih dengan kejadian yang menimpa kami baru2 ini, seperti ingin saja pangkah disember dari kalender tahun ini. Haih...

Untuk Ateh - Adik, Amad n Maryam ucapkan selamat menyambut ulangtahun yang ke-30. Umur dah 3 series ni kenalah bekerja dengan lebih serius, berfikir dengan lebih matang, kumpul harta jangan asyik berjoli (kecuali untuk adik n Maryam), masih boleh berseronok tapi jangan sampai ada yang sentap. Oh tidur pun kene baiki, tidurlah ikut time, jangan berjaga sampai pagi2 lagi. Sila la bangun awal-bersenam harus diutamakan ok. Haruslah merancang kehidupan agar lebih gemilang, terbilang dan cemerlang.

Terima kasih untuk tahun2 yang kita share sebagai adik beradik selama ini. Siapa yang lebih memahami kakak selain adik dan siapa yang lebih memahami adik selain kakak? Kita share bukan saat shopping aje bersama tapi kita mula dari zaman kejatuhan. Ingat tak macam mana kita share bilik, mula2 kakak squatting jek ngan adik, pastu kita sewa bilik kecil berdua, yang mana kita sangat2 simbiosis bersama, yang mana makan kita ala kadar sahaja, tapi kini lebih2 lah plak kan? Tony roma's pun adik boleh pau kakak. Alhamdulillah sangat2, lama juga kita share bilik kecil. Masa tu kakak study lagi kat cosmo, jadi banyak adik topup tuk kakak. Tapi sampai arini ada satu citer adik nak bagitau kakak, citer yang adik takleh lupa sebab adik rasa bersalah sangat, masa tu kakak tunggu adik mandi sebab kakak takde duit blanja, akak nak minta duit ngan adik, masa tu lama akak tunggu adik n akak macam segan sangat nak minta ngan adik, adik plak pagi2 memang bad mud. Masa akak mintak adik kata "aku mana ada duit'...tapi adik bagi kakak RM10. Masa tu gaji adik tak banyak sangat, adik pun tak tahu kenapalah adik cakap adik takde duit. Pastu sejak tu adik rasa salah sebab adik bayangkan RM10 tu cukup tak akak naik lrt pergi balik, makan lagi segala. Adik tak tahu la akak ingat ke tak tapi adik takleh lupa sampai skang, sebab petang lepas kejadian tu akak balik, akak bagitau adik akak dah minta pinjam duit ngan mak. Lagilah adik rasa bersalah. Jadi dikesempatan ini adik nak minta maaf ngan kakak. Sebab tu akak shopping ke apa ke adik tak marah sangat, sebab kita dah terlalu lama susah. Sorry ok!

Then kita upgrade diri ke apartment sendiri ngan kawan kita. Kali ni bilik kita besar kan, hebat jek rasa. Sampai skang akak masih duk kat apartment tu, semua keperluan cukup termasuk astro, gaji kakak juga dah mendahului adik sedikit jauh, jadi pandai2lah share ngan adik ye, ingatlah simbiosis kita tak lama dulu.
Kalau ikutkan banyak yang kita berselisih, tapi kita ok jek kan. malam tadi akak lapo adik plak terpaksa carikan makanan, walau akak kutuk2 adik punya peti sejuk, adik wat bodo jek, malas aku...hahahahaha. Takpe arini adik nak g giant bli barang dapur. jangan harap la akak nak kutuk adik lagi. Hahahahahaha...

Terima kasih juga akak dah mencutikan diri selama 3 minggu untuk jaga mak dan abah, sebahagiannya patut adik yang kendong, tapi akak paham adik terpaksa dahulukan Maryam. Takpelah kak mak abah jaga kita lagi lama, inilah masa kita tunjukkan kasih sayang kita pada mereka, persetanlah peluang kedua ke, ketiga ke. Ada aku kesah?
Hadiah Akak? Malas ah adik bagi, akak nak ke hadiah spender cap ayam 3 helai? takpun cover stereng kete? malas ah adik bagi kakak, kakak dah bli kan blackberry, takkan adik nak bagi lagi? Cukuplah kasih sayang adik pada kakok. Kalau adik bagi akak hadiah, abislah duit gaji adik bulan 12 nih, dah la adik kene potong gaji pasal cuti lebih banyak sangat.

Oklah kakok selamat harijadi sekali lagi. We luv u n will always do...

Kisah pagi ini...

Hari ni hubby antar pergi kerja.
Sebabnya dia nak antar kete pergi service.
Tengah berenti kat traffic lite tetiba beliau berkata :
"Roziah pakailah lipstik sikit"
Aku automatik tengok cermin atas kepala.
Then aku pandang dia.
Gila apa, hatiku berkata.
Aku pakai lipstik g keje?
Ish, ish, ish...
Demam agaknya suami aku pagi ni.
"Apsal lak tetiba neh?"
"Yelah saya kat store suh crew saya pakai lipstik, awak pun tak pakai"
Cess itu aje?
Haih sejak naik sikit pangkat ni, terbawa2 mengarah sampai ke rumah.
Tu je pasal nak suh aku pakai lipstik?
Memang la gedik.
Lalu aku berkata pula.
"Kalau camtu belilah saya set Elizabeth Arden macam kat sogo semalam"
Haih tau lak tu jeling aku.
Hahahahahaha, nanti beli ek...
Neway congrates sebab dah dipromote naik jawatannya Papa!
Sorry dah sebulan baru mama ucap tahniah!
Papa pun tahu banyak perkara yang berlaku.
Dalam kita sedih2, Alhamdulillah papa dapat berita baik.
Luv u ok.
Oh set make-up mama jangan lupa ye....hahahaha...

27.12.09

Tragedi + Tragis

Terlalu letih untuk menulis, cerita pula sedikit tragis, melibat jiwa yang bisa menangis, oh ceritanya memang sadis. Maaf jika aku sidikit puitis, cuma mencari mood magis.

Oh sudahlah ya, tiada mud yang magis kukira. Seperti diketahui mak abah aku accident di lebuhraya, bersama famili kakak dan anak2nya. Puncanya sungguh susah nak diterima, bak bas Sani Express yang accident hari ni punya berita, pemandunya terlelap dan begitulah juga punca. Abah pun kata terlelap jadi angkara. Tapi kami redha dengan ini semua, apa yang Allah dah siratkan ini pasti ada hikmahnya - jauh sekali nak salahkan kakak gua. Kalau kami marah sekali mana, takkan nak saman akakku pula. Kami sama2 sayang orang tua, cuma kali ini Allah nak menduga.

Mak paling teruk kecederaannya kukira - kecederaan tulang belakang dan rusuknya tiga - semuanya mengalami keretakkan sini dan sana. Mak bersimen separas dada, terbaring saja, tulang punggungnya retak dua - nampak seksi sekali sekala. Alhamdulillah saraf tunjang tiada yang tergendala, cuma kenelah bersimen 3 purnama. Sabarlah mak, walau bukan mak punya kehendak, tak boleh nak kata tidak, kami disisi meniup semangat merah yang marak. Sabar ya mak!

Abah kuar wad awal dari mak, tapi pastu masuk pulak, abah kene serangan jantungnya sesak. sian abah sampai kritikal ditahap, nak tercabut nyawa aku mengadap, bila Abang ipar suh aku speed up, ko bayang la macam mana aku nak cepat, kul 5ptg kat jalan belakang sogo aku tersekat - masa tu tak tau la nak nangis ke nak sentap, nak serius ke tekad, kuar kete g berlari biar dekat, memang takleh pikir petak ke bulat, sib baik adik ipar aku tau jalan cepat, kalau aku sorang2 mau sesat, aku nangis2 jadi lagi lambat. Sampai esok dah 2 minggu di hkl abah melekat, mintak esok kluarlah wad.

Beralih pula pada anak2 kakak, Alhamdulillah mereka dah pun boleh bertekak dan melalak. Maidnya juga oklah hendak, kakak pula ok-ok saja nampak. Moga semua kembali bergerak, sama2 menuju puncak.

Inilah sikit sebanyak, cerita yang sekian lama tertunggak, nanti ada masa kusambung sajak, menulis yang mana tidak, sekian saja bertemu kelak.

8.12.09

Sehingga Allah menguji aku begini...

"Allah takkan uji kita dengan beban yang tak mampu kita pikul"

Dan hari ini Allah telah menguji Ujie, iaitu seorang aku.

Menguji aku dengan dugaan yang aku harus pikul.

Dugaan yang selalu aku pikir aku takkan mampu kendong dibahuku.

Mampukah aku - sedang aku berduka dengan Syurgaku, Langit dan Bumiku pula dilanda musibah?

Ya Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Baikkanlah segalanya...aku mohon padamu kerna dari dulu aku percaya hanya pada-Mulah tempat meminta...

Sehingga Allah menguji aku begini,inilah peringatan dari-Nya...Subhanallah!

4.12.09

-Kelemahan terbesarku-


Ya Rahman Ya Rahim...Kau tahu inilah kelemahan terbesarku...tabahkanlah aku menghadapi dugaan kecilmu ini...kuatkanlah aku menempuhinya...Amin!

1.12.09

16.11.09

Aku dan kerja...

Lately sangat tension. Banyak keje pun tensen, keje sikit pun tension, takde keje lagilah bengong. Tapi semenjak kontraktor2 aku mengejar-ngejar aku untuk final account mereka terasa stress pula. Cis sungguh la mereka, asal nak dekat CNY jek kejar aku, kalau nak bagi aku angpow seratus dua ok juga, hehehe takleh takleh rasuah tu.
But takpelah at least aku ada keje daripada duk ketuk keyboard ni wat menda2 lain. So macam kene tangguh dulu plak nak cari keje lain, target siapkan 4 final account-sebulan 1, then lepas amik bonus yang tak seberapa itu bolehlah aku berambus. Dah, dah sila pergi teruskan dengan final account 1...
Hmmm konpius juga samada nak tetap cari keje dulu atau stop dulu, bonus tgh bulan 2, 3 bulan dari skang, kalau dapat keje lain, tender resign b4 CNY dah tentu2 kompeni aku ni tak bagi bonus langsung. Hmmmm...harus meminta petunjuk dariNya...ok ok aku buat final account 1 la ni...

13.11.09

Hmmmm...

Rasa tak best hari ini...itu aje...

12.11.09

Maryam telah berpindah

Maryam dan ceriteranya telah berpindah ke alamat seperti di bawah :-
http://maryamjannah.blogspot.com

9.11.09

Emma jan...sembuhlah!


MJ : Emma awak mestilah tabah dan kuat menentang sakit awak ini!
Emma : Baiklah saya akan tabah dan kuat,setabah mummy dan sekuat bapak saya. Awak pun jgn nakal2 tau, mesti minum susu ibu kita lg tau.
MJ : Oh susu ibu itu mestilah. Awak juga jgn lupa minum! Nanti awak akan lebih cpt sembuh! p/s : jan - dear

6.11.09

My dabel-cis-beger...


Rasa mereka seperti dabelcìsbeger. Hohoho mentang2 la papa keje mcd! Cis sungguh!

Pikcer @ Ryan's Besday...

2.11.09

Susu time!


Tangan mj gentel butang ok!

Ryan's party!


Mama n mj dihari itu.

26.10.09

Aku cuma minta selimut...

Balik kampung aku minta mak selimut sebab mak memang banyak selimut. Aku minta sebab aku nampak mak ada beli selimut baru. Ala selimut ni kalau kat kampung mak-mak kita mesti ada punya. Saje la mintak kan...

Aku : Mak nak selimut satu...
Mak masuk bilik di mana aku tengah kemas2 beg nak balik KL.
Mak : Mana? Nih? Oh ni tak boleh, ni mak beli sebagai persediaan, dah banyak dah contoh...
Aku : Ala mak ni...
Mak : Iye, Yah mati dulu jek mak tak bagi kain, last2 mak ilah yang balik amik selimut n bagi tutup arwah
Aku diam sambil kemas beg lagi.
Mak : Dah banyak yang pergi, bila cari kain semua takde, kain sembahyang pun jenuh mencari. Ini kain selimutnya, ini kain batik lepasnya. Mak letak sini, korang pandai2 la carik nanti...

Ala benci la mak ni.

Horror kan?

Moga Allah memanjangkan usia mak dan abah dengan mengurniakan kesihatan yang baik kepada mereka. Anak2 berbaktilah sementara mereka masih ada...

21.10.09

I'm accidently pregnant...

Oh no! Oh bukan tidak saya tak suka saya pregnant...tapi oh tidak saya tidak pregnant ok! Maaf buat anda berdebar2 pula...hehehehe. Tapi apa pandangan, pendapat atau perspektif anda dengan tajuk diatas. Oh oklah2 berbahasa seperti channel rtm pula. Ok mari ke channel astro ceria pula ok.
Benci tak kalau dengar orang yang pregnant kata dia tak sengaja terpregnant atau terlajak atau teraccident? Benci kan...eiiii benci sungguh saya rasa. biasa kalau orang accident mati tau, kenapa lak nak klasifikasi mengandung itu satu accident? Paham tak maksud saya. Dah la diklasifikasi begitu kemudian war2kan kepada org ramai pula. Bongeks kan.
Kalau betul anda tak plan tuk mengandung, ambillah langkah2 yang sewajarnya. Tak nak mengandung tapi tak ambil langkah2 proteksi atau cakap jek tak nak tapi langkah memprotek tak tahu-ini lebih kurang ajak orang gaduh tapi awak silat pun tak pandai. Atau jika benar anda terpregnant tanpa diduga – don’t ever ever said it was accidently happen. Say nothing ok. Just live the pregnancy moments happily. Kalau ko terjatuh cinta sedap gak dengar, ni termengandung macam bongeks jek kedengaran.
Oh sori kalau korang kaget ngan tajuk di atas – aku belum teraccidently – kalau ada pun aku takkan kata ianya accident. Dalam hati aku mahu ok – zuriat aku takkan aku sanggup kata ianya accidently happen – takkanla sperm tu memandu sendiri lalu terlanggar ovum yang sedang berenang gaya bebas secara solo lagi bergaya itu. Serius jangan kata depan aku ianya accident! Tak pernah ada orang yang accident berperasaan gembira dan tak cedera. Jadi bila kata accident seperti ko tak maraikan dan tak merelakan kehadiran baby itu. So kalau korang teraccident jangan cakap depan aku begitu – aku rasa ianya biadap.


17.10.09

Papadom with Papayam...

It has been 2 years since our last movie. At last Papadom break that record. Our last movie was The Dark Knight-2 days before i safely delivered Maryam. Lama eh? Hahahah terlalu busy membesarkan Maryam mungkin.
Komen? Saya ketawa dan menangis sama banyak. Macam biasa lawak aflin menjadi walau adakala seperti tak logik dan over-tapi masih boleh diterima oleh saya. Oh maaf kalau saya teremosi lebih ok tapi kenyataannya walau maryam tak ikut terlalu banyak mengingatkan saya padanya. Jangan tak tahu maryam ada patung mr bean sebijik macam miasara ada. patung maryam siap ada nama iaitu 'beanbean'. Saya teremosi kerana hal2 family memang saya mudah nak tersentuh ok. Hahahha maaf airmata saya berjurai2 masa papadom kata dia hanya ada miasara. Oh mungkin saya jadi terlebih emo sebab saya juga dah ada anak kan?
Watak paling saya suka?Hahahahah saya suka kemunculan mak mia iaitu Nurkhairiah - hikhik cumel bangat gitu. Dia muncul lengkap ngan kostum setiap suasana tu yang takjub skit tu. Que haidar lagi la tak boleh blah - wajib tayang sungguh. Oh dan saya rasa vanidah imran itu sangatlah makin cantik sekarang. Hisham Hashim - oh tolonglah kenapalah farid kamil tu slalu pegang watak mamat yang kononnya hensem? Scha? Oh lakonannya tak membanggakan saya. Chelsia minah sepet ni saya memang suka lakonan dia-bersahaja. Oh saper lagi-oh oh cik shukor? hakhakhak saya suka-saya suka. Ala lupa lak watak saadom-sama jek seperti aflin dalam filem2 dia yang lain.
Oh saya menonton filem ini bersama papayam-terima kasih la papa sebab belanja. Terima kasih jugak sebab papa tak pernah lupa tolong mama jaga maryam. Papalah orang paling mama percaya tuk jaga maryam selain nenek maryam. Tapi ingat pa, janganlah jadi saadom yek- biasa2 jeklah jaga maryam. Semoga kita berdua panjang umur tuk terus beri perlindungan pada anak2 kita. Amin. Oh silalah menonton filem ini ok. Aflin teruslah berkarya....

15.9.09

P.E.R.I.O.D

Akhirnya aku period juga, hohohoho mabuks la wei selepas hampir 2 tahun (9 bulan pregnant + 1 tahun 2 bulan MJ) tak datang period. Oh maksud aku bukan aku mabuk tapi rasa geli2 lak period. Hohoho banyak lak tu. Sib baik takde sakit perut ke apa ker. Macam biasa je, Alhamdulillah. Hohoho tetiba rasa nak plan untuk pregnant lak...kikikikiki yeayyy dah leh plan ngan baik ni.
Anyway sedih jugak sebab tinggal 7 hari jek lagi ramadhan nak abis aku terperiod lak, hancur harapan nak pose penuh. Takpe Allah itu mendengar kegusaran aku tentang production susu tuk Maryam, Dia tahu aku cuba tuk pose penuh even at the same time risau dgn susu. So Dia bagi excuse yang aku memang takleh pose. Subhanallah...moga Allah terus melimpahi kasih sayangnya kepada kami sekeluarga. Amin...

1.9.09

Belum sedia kot...

Bila orang kata aku dah boleh tambah anak, aku tak tahu nak jawab apa. Nak kata aku tak ready, aku macam tak kisah pun sebenarnya. Tapi bila aku pikirkan Maryam aku rasa aku belum bersedia. Sebab2nya :-
a) Maryam masih susu badan n dia masih tak mahu minum formula guna botol. Masih menyelak2 baju aku cari susu dan masih enjoy menyusu. Rasa kesian la, kalau pregnant mesti sampai satu tahap aku kene berentikan dia menyusu. Sudahlah dia tak mahu membotol, makan pun susah. Susu aku jek makanan rutin dia yang konsisten dia amik. Serius tak sampai hati...
b) Aku sangat menghargai momen2 menyusukan Maryam. Macam mana dia cak2 aku masa tgh susu, senyum2 kat aku macam ckp terima kasih, raba2 badan aku dengan tangan dia yang comel tu. Indah! Tak boleh la bayang aku tak susukan dia lagi sebab dah setahun memang rutin aku susukan dia lepas balik keje.
c) Maryam baru setahun. Aku rasa biarlah dia manja2 sampai 2 tahun,pastu dia dah pandai berdikari sikit barulah aku cuba tuk pregnant lagi. Takut nanti ada adik awal aku terabai segala kehendak Maryam. Yelah aku kan komited nak susukan dengan susu ibu, kang sibuk dok kelek adik, kakak keciciran.
d) Aku takut aku sendiri yang tak larat. Yelah dulu aku pregnant cam gedik jek lembik, makan mimilih, pastu kadang ngada2. Sudahlah Maryam itu anaknya aktif, kang Maryam yang jaga aku, bukan aku jaga dia. Aku bayang camne aku nak bawak perut sambil kejar Maryam campur ngan loya2 tekak. Lagi pulak Papa Maryam keje shift, mau pengsan den kojar Maryam tu.
Dan hakikatnya mental dan fizikal aku belum bersedia. Namun aku terima dengan gembira sekiranya ada. Kebenarannya juga aku masih belum period since melahirkan ok! Perlu berhati2...hehehehe...

30.8.09

Bebel2...

Sungguh indah rasa bila balik kampung kan? mandi pun terasa sedap sangat. hahahah serius la ada beza mandi kat KL ngan mandi kat kampung. Kami sampai petang semalam, dah lama tak balik sebab abah mak kat kl. Kang aku balik kang orang kata aku gila lak. Hahahaha...
Just nak share, Alhamdulillah abah dah lebih baik dari sebelum ni, perangai pelik dia pun dah takde. Mungkin aritu dia stress n kesan morfin banyak sangat, tu yang dia merepek jek,
Oklah nak mandikan Maryam n g shopping. Benda yang slalu kami lakukan bila balik kuantan...

28.8.09

U.P.D.A.T.E

Salam buat semua...
Oh sangat lama tak update tentang perkembangan diri sendiri, juga maryam. Serius aku sangat gila bz dengan karier aku sebagai seorang qs. Gila la bz kan sampai aku rasa ada la 2 minggu aku tak bukak internet. Dah 5 tahun aku kerja tau, ini kali kedua aku bawak balik keje, buat kat rumah. Bukan aku tak boleh stay buat ot tapi maryam adalah segalanya, dia kan masih bergantung pada susu aku, jadi aku tetap kena balik rumah susu n tidokan dia, aku cuma stay kejap kat opis sampai kul 8-9 malam, itupun dengan syarat papa yam ada n boleh tolong jaga sementara tunggu aku balik. bukan tak boleh tinggal ngan nenek tapi aku tak sampai hati n sian kat nenek. dah la nenek jaga 8pg-7ptg, takkan nak tinggalkan yam lagi sampai 9 malam. Lagipun aku nak papa yam take part dalam jaga maryam. dan macam biasa papa sangat2 la komited kan, sampai Ateh pun kata aku patut bagi muka n jangan marah2 papa sebab papa sangat serius dalam menjaga maryam. Hikhik bravo papa. Tapi bagus tau, selain tuk bonding papa n anaknya, at least dia tahu la betapa manisnya saat2 bersama anak n macam mana penatnya mama n nenek selama ini. takde la nak komplen itu ini. mau kene tumbuk la muka kalau komplen kan.
Yang syok balik umah tengok papa jaga buai, kejap2 dia henjut buai maryam, katanya nak kasi maryam tak terjaga. Siap mendobi skali, klakar lak tengok aksi papa membuai sambil sidai kain. Tapi umah sepah la ngan mainan maryam. Suka la anak aku ni kuarkan semua mainan dia dari bakul n biarkan bersepah, kalau rajin dia masukkan balik, kalau tak dia biarkan aje. selalu memang biarkan ajelah.
Update pasal maryam adalah seperti di bawah :-
a) minggu lepas cirit birit selama hampir 4 hari - tak tau pasal apa, tapi alhamdulillah maryam macam biasa tak merengek sangat n tetap aktif. Alhamdulillah...
b) Maryam sangat memahami arahan, alhamdulillah juga. Kalau suruh amik barang, dia berjaya amik ikut arahan.
c) Kalau tanya dia sakit perut, dia akan selak baju n ketuk2 perut sambil buat muka kerut, kalau tanya demam dia akan letak tangan atas kepala. Bila suh kelip mata, dia akan kelip2 mata dia sambil senyum, cute gila!
d) Kalau amik dia petang2, dia akan salam semua orang tanda dia nak balik, clever!
e) Kalau suh basuh tangan n mulut, dia akan pergi kat sinki, pastu bagi tisu dia akan kesat mulut...hoohoho ini ajaran Atuk Taib k, bagus2...
f) Masih takde appetite tuk makan la, juga masih tak mahu membotol. Dah blikan multivitamin with calsium n lysine jenama pharmaton tghr tadi. Moga2 naik la nafsu makan dia.
g) Suka nak mandi ngan mama...kalau ajak mandi dia tuju bilik air . Pastu minta berus gigi dia. Sonok mandi bersama.
Oklah nak sahur dah ni, nak grg ikan haruan jap tuk sahur...so kepada semua selamat berpuasa di bulan mulia ini. moga2 bertambahlah ibadat kita kepadaNya.

31.7.09

saje je...

Sangat banyak kerja di opis, abah pula di ijn. Banyak juga tarikh2 penting dalam kehidupan aku bulan 7 ni. 28 Julai ulangtahun perkahwinan n 30 Julai besday anak kesayangan aku. banyak citer nak update tapi tak banyak masa boleh luang skang. tunggu ok...nak mandi n tido dah...esok dah free skit aku apdet citer majlis harijadi yam yang sangat berjaya itu....sabar menanti k...

14.7.09

Yeayy...

Sila tonton video di bawah. Yeaaayyy MJ dah boleh jalan. Alhamdulillah. Walaupun jauh dari target sebenar MJ boleh gak jalan b4 besday dia yang pertama. Tahniah anak mama. Mama n Papa sayang Maryam! Sayang sangat2.


video

7.7.09

Party planning...

Maryam will turn one end of this month. Instead of thinking n preparing for her besday party, I really enjoy with her progress lately. Even dia masih terkedek-kedek memasang step nak melangkah, many thanks to Allah yang membenarkan aku melihat tapak pertamanya sepertimana yang kudoa selama ini. Alhamdulillah...

So untuk party Maryam aku masih cari material (gile la wei,dah dekat nih). lagi haru tarikh yang sepatutnya dah dipersetujui bersama ngan Amad tak diapproved oleh nenek Maryam pulak. Hadui la, camna ni? Sib baik tema mama yang buat n mama rasa takyah la mintak sape2 setuju. Kikikiki...oh bercakap pasal tema ni, idea awal aku dibincang bersama my best breastfeed pumping session buddy (gilo ada ke perkataan nih Intan?) iaitu Mummy Emma. Bincang punya bincang idea asal aku tuk wat hitam merah diperkemaskan lagi ngan idea Intan untuk wat tema Merah Hitam - Ladybug/Ladybird - which i think quite brilliant...so skang tgh cuba mengumpul materialnya n hopefully dapat menyiapkan semuanya sebelum majlis berlangsung. ceh cam over lak rasa.

So tuk tarikh tu akan dibincang lagi. Aku tak mahu ada yang terlepas majlis ni lagi2 orang2 yang dah mainkan peranan besar dalam bantu aku besarkan maryam especially my in-laws...ah tak sabarnya nak tunggu majlis itu nanti, harap akan jadi memori yang indah buat maryam suatu hari nanti.

Papa yam lagi la poyo aku rasa (tapi rasa happy la gak sebab dia pun beria). Balik keje tadi aku tengok atas meja banyak jajan2 yang pada awalnya aku ingat mil kasi tuk majlis yam. Ceh rupanya papa dah bli skit2, katanya wat contoh tuk goodie bag. Hahaha ada2 jek papa ni, sibuk betul ngan goodie bag dia, padahal mama dah ada plan mama,tapi takpelah kasi papa excited gak.

So tuk tema tu kira dah konpem la, so kawan2 boleh la carik baju tuk anak2 ye...hahahaha aku pun tak carik lagi baju tuk Maryam. tarikh nanti la ek aku bagi skali ngan kad jemputan (hohohoho sempat ke nih). Hopefully semua akan berjalan lancar! gambatte!

6.7.09

...Jiwa kacau...

Abah warded lagi malam semalam. Kata akak abah memang mintak nak pergi hospital sebab abah dah tak tahan lagi sakitnya. MasyaAllah kesiannya Abah. Serius aku lebih rela dengar akak citer je dari tengok ngan mata aku sendiri. Last wek aku dah balik n serius aku sangat risau dan tak sampai hati dengar dia batuk n sukar nak bernafas. Bia tidur malam, dia batuk aku risau, dia stop batuk lagilah aku risau, siap aku bleh bangun g check dia kat bilik sebelah. Dalam gelap aku cuba pastikan Abah ok, nampak dada Abah berombak aku masuk bilik semula. Rasa sangat paranoid. Am I?
Moga Allah memanjangkan usia Abah dengan memberi kesihatan yang lebih baik untuk Abah. Untuk Mak juga. Dan untuk seluruh keluargaku...Amin...amin ya Rabbal Alamin...

22.6.09

Anak Gadisku...

Mari enjoy tengok video2 ni.
video

video

Lasak tetapi cumel bukan?

21.6.09

Wonderful weekend...

Macam biasa aku suka weekend aku terisi dengan aktiviti2 yang sonok. Sementelah weekend ini ari bapa aku plan ngan nurul n elly beberapa aktiviti. Mulanya nak main boling tapi sebab tak cukup korum makanya perlulah cancel program n buat program lain. Apa yang penting, apa yang penting bekerjasama...
Macam biasa Rayyan lepak umah yam.hehehe yam ngan rambut lintang pukangnya dan rayyan ngan rambut pacak sejemput. masa ni kat umah yam.

Yam buat muka suka masa kat pizzahut bangsar tuk lunch, hahah tapi masa tu dah kul 4ptg, yam yang lapar celup jari2nya ke dalam chicken soup, sib baik yam kebal.

"Eh awak nak order apa mukhriz?,Saya lapar ni..."
Lepas lunch kami g Taman Tasik Perdana plak. Syok cik pai n family pun join. Kakak aku dr gombak pun ada, happening gila...tak rancang pun,tetiba "ter' pergi. Papa Yam n Papa Rayyan main badminton, yam lak buat exercise jalan2. Gambar banyak pada ateh, ni jek yang ada pada mama dlm phone yang mati masa kejadian,damn!

Hohoho nilah yang buat gua kempunan. Benci la ko elly! ko kata nak wat nasi tomato tok gathering hari bapa, tapi kenapa laksa lak. beria aku tak kacau ko ptg tu sebab ingatkan ko tgh giling tomato, tulah ko dah kene jugak tinggal g taman...

Heheheh dan ahadnya pula aku n nurul sekeluarga teruskan perjalanan weekend yang indah kami ke old town white coffee kat Bangsar South tuk blanja ayah kepada anak kami makan. Superb...kitaorang sangat enjoy makan nasi lemak rendang, mee udang n mee karinya...Ateh takleh join sebab dia ada kenduri kat Seremban n elly lak kene balik N9 gak sebab ada majlis aqiqah. Gila lazat n enjoy makan wlpn tanpa mereka. Lain kali weekend nak pergi lagi...

Wajah seorang mama yang sedang menyusukan anaknya sehingga tertido...hohoho aku belum abiskan mee udang aku ok...yam mimpi apa ntah nak plak tertido...ngantuk agaknya.

Ni lak Rayyan yang selamba jek buat aksi gaya bebas tido. cumel jek...mesti empuk tilam ni...

Yam tak sabar nak order sementara mama nurul keliru tuk wat pilihan.

Keluarga bahagia aku. (Perasan tak cd yam?hehehe)
Tulah aktiviti kami sempena ari bapa. Sangat indah aku rasa lepak2 begini. Oh...

Cloth Diapers : takleh tahan la...

Bak kata Intan dia takleh tahan tengok CD dan teruja membelinya and so do I... lagi2 bila melihat sponge bob square pants ini...hahaha sebenarnya aku nak beli satu jek yg spongebob ni tapi bila bagitau intan terbeli lak sampai 3...aduh aduh gawat ni...

So inilah rupa 2 dari 3 cd yang dibeli, satu lagi warna pink gambar hyppo intan dah amik. comel kan...mana leh tahan tengok...

Dan yang biru ni dah jadi milik Rayyan la...hikhik saja Mama dia nak test...ni bontot rayyan...hahahah

Ni plak model si slim Maryam dengan gaya rambut el-ninonya...agagagagaga seksi!
Tapi cd ni sedikit nipis la material dalam n luarnya, cuma bagusnya cd ni dapat skali 2 inserter yang agak tebal. tapi oklah kot dengan harganya yang sedikit murah. bleh pakaikan yam waktu siang la. tadi pakai dah berbulu lak material luar dia. Alahai. Tapi takpelah kan, dah beli. So next mission nak bli coolababy n nak cari warna merah...



15.6.09

Maryam & Dik Pink

Ni aksi berpelukan maryam n sepupunya firnas @ dik pink...sweet! Hahaha yam macam kene belasah jek...

Sleeping beauty mama...

Inilah aksi selepas kenyang menyusu...kaki dia tu tak tahan tu, rosak baju tido lelawa...

Kanak2 ribena bangun dengan ceria...yeayyyy!!!!!


Yam @ Kopitiam...

Dah lama teringin nak breakfast kat old town white coffee yang kat bangsar south sebelah umah Ateh tu. Agagagaga...so pagi tadi menujulah seorang aku sambil mengelek buah hatinya bersama saudara kandungnya juge dengan tujuan meminum kopi puteh. Kikiki saje mengenjoikan diri disaat Papayam bekerja. Sian papa kene tinggal...tapi tak mengapa sudah mengeset temujanji next weekend tuk papa...

"Jap ye mama, yam amik kertas ni kita order..."

"Sungguh nyaman rasanya dipeluk Ateh sambil minum kopi puteh"...agagagaga...ayat2 bodek yam n mama.

"Sungguh lazat juga roti ini ditambah suapan penuh kaseh sayang Ateh yang tak berbelah bagi...hikhik"

Malamnya pula kami singgah ke Syed Bangsar. Hohohoho melepaks lagi kejenye,tapi kali ni papa dapat join sama. Ateh pun ada selaku pelakon tambahan dan pembayar bil ok!

"Manalah macha ni, yam nak tabah cheese la dalam nan yam ni"

"Papa kata Uncle Pen suka milo Syed, yam tak suka sangat la,tak rasa milo pun,tapi yam layans jek la, yam kacau2 dulu baru minum k"

"Papa ni kenyang la tu suka sangat, yam lantuks la pa"






12.6.09

Gigi jarang Maryam...

Maryam dah ada 4 batang gigi. 2 di atas, 2 di bawah...Yang atas tumbuh masa Maryam 8 bulan dan Maryam memang demam panas. Yang atas menyusul sebulan kemudian dan tak demam dah. Gigi dia kuar serentak 2 batang. Yang tak tahannya gigi atas dia jarang, amat jarang. Ya ampun....hahahaha....

"Janganlah mama Maryam malu la nak tunjuk gigi..."

See! I've told u very the jarang! Hahaha si baik gigi sementara, but it's ok dear, u are still adorable...


10.6.09

S.Y.U.K.U.R

Syukur Alhamdulillah! Maryam dah pun lebih 10 bulan n makin bijak lebih2 lagi dari segi emosi. Pantang kene marah skit mula la kuar muncung labi2 dia n nangis yang kadang2 aku rasa drama jek lebih. Walau Maryam blum jalan lagi, aku masih berdoa first step dia adalah di depan mata aku sepertimana aku dulu yang discovered setiap progress hebat dia seperti tumbuhnya gigi atas n bawah, merangkak, meniarap n berdiri... Hahaha ntah2 mil aku dulu dah tau benda ni baru aku, tapi yang gigi tu mmg aku dulu tau k. Heheheh
Selain tu aku sangat2 berterima kasih sebab Allah masih beri aku nikmat menyusukan Maryam walaupun Maryam refuse botol n tak mau menyusu di siang hari. Bila aku balik Maryam akan merengek n buat satu sound yang sangat comel didengar tuk minta disusukan. Dia akan panjat aku n kalau aku selak baju dia akan buat sound tu, yang bunyi spt tak sabar tapi dlam nada yang amat manja. Heaven rasanya sesuai dengan Jannahnya Maryam. Dia pun dah pandai nak selak baju cari susu. Skang b4 susukan dia aku akan bagi botol tuk train dia balik guna botol. Macam biasalah dia isap kejap2 jek, nasib baik dapatlah 2oz, kalau tak baik dia akan nagis guling2 tak mau botol n bila bagi breast dia terus isap n pejam mata. Chet!. Tapi tak kisahlah sebab aku rasa itulah yang paling membahagiakan aku n mana2 ibu sekalipun. Skang pun Maryam dah tak 'distract' sangat n dah bleh concentrate masa menyusu. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah!

Ni gaya manja Maryam di dinding. Apahal ntah masa suapkan dia makan tetiba dia manja2 kat dinding n main cak-cak ngan aku. Hahahahaha...

I Luv Her so-sooooooo much!


Sesuatu yang hebats...

Just nak share benda2 best yang baru kuterima n beli. First thing first k. So inilah benda2 itu...
Ingat tak entry aku yang bertajuk "Senarai Impian Harijadi"? Wakakaka jadi impian itu tertunai sudah. Kakak aku dah tunaikan impian itu dengan menghadiahi aku purse bertajuk 'sembilan barat'. Walaupun aku dapat lambat sebab bak kata ateh dia bli bukan dari Malaysia (whatever!) n makan masa 2 minggu nak deliver, aku tak kisahlah janji aku dah dapat. Thanks to Ateh n I luv u so much la even aku lebih suka purse nine west dia yang cokelet tu tapi yang ni suka gak. Hehehhehe...next year bagi lagi ye.


Haa hebat kan baju yang ada gambar robot nih. Kikikiki poyok jek aku ni membeli juga akhirnya. Yang tak best warna itam dah abis. Walaupun aku memang nak warna putih yang sbnrnya tuk budak2 n rasa tak manis la nak pakai baju size bebudak kan tapi ada aku kesah? Tak kesah la tu, tu yang aku ngan rakusnya bli gak. Amad dah ada warna itam n ateh dah ada 2-2 yang kaler itam tu. Tapi ateh tak berjaya lagi bli warna putih. Hehehe muga awak sukses membelinya k!

Hikhik cumel kan cd aneka warna ni. Hahaha setelah terhasut dengan godaan mak emma, aku pun bersetuju untuk membeli cd ni tuk Yam. Kami share bli kat mlo brand lunatots. Intan amik 2 (blue and yellow) n aku amik bakinya. Tak best la warna merah abis. Intan kata the blue one khas tuk adik lelaki emma n aku plak memang plan bli oren tuk agenda yang sama. Wakakaka aku n intan memang la poyo. Tapi suka ati kami la, kami bli duit kami, our silver k!

Kesian beanbean(nama patung Yams ni) jadi model sementara mama nak basuh cd ni.teruja gila nak pakaikan kat yam tapi intan awal2 dah warning kene basuh dulu. jadi semalam aku basuh kul 12tgh malam sebab b4 tu tertido ngan yam, bila terjaga teringat cd tak basuh lagi terus la g basuh,siap cuci toilet skali. Hahahaha...

Dan yeayyyy...berjaya pakaikan pada yams sebagai langkah percubaan...kikiki tapi kaki yam yang ramping ni buat nampak longgeh (perkataan dek mok slalu sebut tuk longgar n londeh) tuk yam n aku bajet mesti terburai bila yam kencing. untuk test ni aku pakaikan satu jek lapik microfiber dia. Hahaha jadi tau apa berlaku? Baru sat tadi Amad panggil aku n kata yam dah basah. Chet. Memang terburai pun...but aku tak rasa ralat pun sebab aku dah bajet kan. Intan pun 1st time pakai basah tilam dia. Esok aku akan berusaha lagi. Maybe pakaikan 2 lapik n pakai ketat skit. Heheheh can save money n safe the enviroment too! Berusaha Mama!





4.6.09

Aku, Maryam n MC itu...

Lama tak update. Selain pergi bercuti aku dan Maryam sehati sejiwa berduit tak sihat. Bleh tak aku sakit mata tetiba. Siot jek mata aku bengkak. Doc kata aku ni conjuctivitis tau, alah sakit mata la tu. Yang best kalau sakit mata mestilah dapat MC panjang. Wakakaka aku plak start sakit ari rabu, jadi korang bayang la ke'enjoi'an katak aku dapat MC 3 hari. Yang tak berapa katak tu buah hati pengarang jantung aku plak cirit birit. Aduh aduh tak sampai hati la tengok Maryam begitu. Lalu mari kuupdatekan citer aku sepanjang ke'MC'an aku itu.


Nilah rupa Maryam yang jarang dapat dilihat ketika cirit birit itu. Yang aku tak tahan cirit birit dia ni skali ngan muntah setiapkali menyusu. Sedih tau bila nak tadah muntah susu yang Maryam dah isap, banyak lak tu. Kalau susu formula aku tak kisah sangat ni susu aku. Aku jadi cuak takut Maryam dihidrate, yelah minum muntah pastu cirit birit lak. dahlah Yam tak mau botol, betul2 harap susu direct feed, so kalau susu dia dah isap muntah memang la bahaya tuk diri dia. Tapi gambar atas ni eksyen jek ada la 10 minit camtu, pastu dah ngintai aku kat dapur. Sib baik Maryam ni tak reti sakit, takde la dia nangis n melepek jek, rasa sihat skit dia bangun memunggah umah.




Ni aksi sakit mata aku, betul kan bengkak kan mata kiri aku tu? Aku tak tipu betul sakit. Tapi Yam tu tido betul tu. Dia tak larat agaknya, lepas nyusu tido, aku angkat letak kat papa dia, dia tak bangun pun-slalu2 tu dia mesti bangun kalau beralih tempat. Masa ni baru balik dari klinik kot. Yam dah susu banyak n aku pikir ok dah kot takde muntah. Skali masa otw balik tu nak singgah majlis nikah kawan Papa Yam, skali nak masuk jek federal Yam tetiba muntah dengan banyak skali dan semuanya susu aku! habis seat bertakung susu n baju aku skali basah. Siap disusuli muntah kuning, oh sungguh kasihan pada anakku ini.



Mula Papa Yam nak patah balik umah sebab Yam dah merengek2. Aku kata takpelah pergi jek kejap tunjuk muka, pastu kita g jumpa paed. So pergilah sekejap tapi aku duk dalam kete sebab baju dah basah n juga tak manis la aku nak masuk masjid dengan berseluar. Papa Yam jek pergi masuk tengok, tapi tak sempat gak tgk nikah sebab Papa decided nak balik bawak yam jumpa paed. So kami balik n jumpa paed kat Bangsar. Paed ini adalah seorang perempuan lingkungan umur 40 tahun keatas. Hanya memakai baju polo kuda besar. Masa sampai doc ni dah nak kuar lunch tapi dia layan kami gak dulu. Bila cakap yam muntah n citer2 skit, dia just bagi ors tuk yam minum n sarankan aku benti breastfeed buat sementara, katanya maybe kandungan laktosa susuku yang tinggi ini tak dapat ditahani oleh Maryam (dalam hati btul tak btul doc ni?takkan dah 10 bulan baru tak tahan kan?)pastu dia suh aku bagi ors je n jangan bagi apa2 dalam 3-4 jam. Dalam kepala aku kesian kat Maryam sebab masa tu dah 12.30 n perut yam dah empty pasal muntah tadi. Doc plak kata takleh susu ibu.


Bila tanya soklan, doc ni suh kami jawab sendiri lak. Harus la ditumbuk doc ni. So kesimpulannya aku tak puas hati. Bila amik ubat, aku dah suh Papa sedia ngan bil yang maybe tinggi sikit. Sekali korang tau kene berapa? RM5 jek tuk ors tu. Fuh lega la sebab consultation charge takde, yelah dia consult apa sangat kan.




Sebab cirit birit yam tak ok gak ari jumaat aku n elly g jumpa paed kat jalan klang lama lak. actually kami cari paed ni dah lama.alhamdulillah jumpa gaks. Thank to elly coz berjaya drive ke sana dengan menumpangkan aku n Maryam. Lawatan kali ini kusifatkan sebagai sangat berjaya n memuaskan hati. Doc ni pakar kanak2 n konsultan laktasi. Hebats!!! Bil kali ni Rm30 jek. Yes!!!! Pasni aku dengan sendirinya lantik doc ni jadi paed yam. Kikikiki! Comel kan yam n Chem kat atas ni. Mesti diarong bisik "Mak kita ni poyo kan, konon2 kita sakit, padahal drg saje malas keje amik mc"... Hehehe alang2 abis jumpa paed n petang masih muda, aku n elly pun g mid shoping moping...kan ke poyo tuh?


Taraaaa...inilah hasil dari keshopingan itu. aku sangat teruja k. Actually aku bli barang2 ni tuk bercuti ke kelantan. Cam gila la poyo beli peralatan penyusuan formula. Hahaha padahal yam bukan mau pun. Yelah aku kan mama gediks yang komited. Oh aku bli botol baru lagi,jenama Farlin pula. Sangatlah teruja masa jumpa kat Mamour's mid sebab aku cari brand ni dah lama, kat susuibu kata kat kedah jek ada. Setelah belek2 dan dgn perasaan teruja aku pun membeli skali ngan btol lu berstraw comel. Huhuhu...yang lain tu aku bli flask makanan n air panas, botol air kosong n botol pooh yang kuning tu.



Ni aksi gembira anak2 kami di bilik menyusu jusco. Sonok kan shoping together-gether? Luv u so much dear!!! Lain kali kita shoping lagi.



24.5.09

Babies @ Papayam's Birthday

For those who are waiting for this post, here we go guys! Sorry for the delayed, really damn tired after the party! Ceh macam la party besar sangat kan...but serius la pas 2 hari wat party baru rasa sakit sana sini. Oh n for those who are not invited to the party but reading this, sorry k, it just a small party for my hubby's besday. No heart feeling k!

For my darling hubby, Happy Big Day! Hahaha yam tengok kek sungguh kusyuk...kek ditaja oleh Mak Lang Maryam merangkap SIL aku. Thank u Mak Lang. 2 bulan lagi sponsor tuk besday Yam plak k!

Hehehe, untuk mengedikskan lagi party ni, Mama telah memilih tema 'T-Shirt Polo'. Tengok la senyuman gediks Yam disamping Yan (hehehe ekceli ini Rayyan Mukhriz ye). Baju mereka sama ok, juga dibeli semasa outing bersama2. Gile cumel!!!


Wakaka ini aksi sensored 3 babies semasa party berlangsung. Yams tiada di tempat kejadian kerna dia memang suka sibuk main ngan orang2 besar @ mungkin Yams sedang bersama Ems (Emma). Tengok la Rayyan sedang tido dengan tekun, manakala Ryan dengan putingnya dan Chem lebih suka menghisap jarinya dari makan makanan lain. Mungkin jarinya berperasa strawberry manissss...


Hoho ini 2 pak sibuk. Hehehe Cumel kan. Ini Cik Ayid ngan Cik Moq Maryam...macam party topeng lak. Thank to Mama Ryan sebab bawakkan topeng ni, Mama Maryam tak terpikir langsung...


Hahah berjaya snap gambar Ems bertopeng. Cute la awak ni Emma...


MasyaAllah budak Chem ni tak abis2 ngan jari dia. Tulah Bonda ko marah tak bagi bubur nasi yang Mama Maryam dah buat. Ala padahal Bonda ko lupa diri borak, Mama Maryam juga bersalah.


Ala tomeynye budak ni. Sorry la ye Ryan kalau tak selesa datang umah Maryam. Apa2pun bila Ryan dah ok, Ryan sporting je kan? Sayang Ryan, nanti boleh join party lagi k...oh ye kalau ada hadiah untuk pakaian menepati tema Ryan sekeluarga yang menang tau, sangat2 la mengikuti tema walaupun petang tu baru Mama Maryam jemput datang. Memang hebats!


Emma muka cuak sebab cubaan Ryan mengorat dirinya. Dah la atas toto lak tu, maunya tak cuak.


Ni lak muka happy Yams yang sangat sporting di malam besday papanya. Mungkin dia lupa jam dah kul bape sebab yam ni suka orang ramai. Padahal ari2 biasa kul 8 malam dia dah tido...

Klah ni je tuk arini, sok kalau ada masa aku update lagi, mata aku sakit la, nak tengok komputer pun pedih semacam. So pada yang datang meriahkan suasana, terima kasih banyak2 sangat. Kalau ada yang terkurang minta maaf banyak2. Moga panjang umur n murah rezeki tuk Papa Maryam @ my beloved hubby. Ada rezeki kita jumpa lagi di majlis Besday Yams pula 2 bulan dari sekarang. Oh sungguh tak sabar! Hohoho dah mula nak pikir tema la, kang biar semua ikut tema n takde yang takde baju tema lagi (heheh bonda n chem la tu).
Oklah dah ngantuk. TBC...