28.12.09
Buat gadis genit ini...
Disember 15 datang lagi. Bezanya tahun ini kedatangannya kami sambut dalam keadaan yang sepi. Tiada potongan kek dari kedai resepi rahsia seperti tahun2 kebelakangan ini. Mengapa? Kerana kami sedang bersedih dengan kejadian yang menimpa kami baru2 ini, seperti ingin saja pangkah disember dari kalender tahun ini. Haih...
Untuk Ateh - Adik, Amad n Maryam ucapkan selamat menyambut ulangtahun yang ke-30. Umur dah 3 series ni kenalah bekerja dengan lebih serius, berfikir dengan lebih matang, kumpul harta jangan asyik berjoli (kecuali untuk adik n Maryam), masih boleh berseronok tapi jangan sampai ada yang sentap. Oh tidur pun kene baiki, tidurlah ikut time, jangan berjaga sampai pagi2 lagi. Sila la bangun awal-bersenam harus diutamakan ok. Haruslah merancang kehidupan agar lebih gemilang, terbilang dan cemerlang.
Terima kasih untuk tahun2 yang kita share sebagai adik beradik selama ini. Siapa yang lebih memahami kakak selain adik dan siapa yang lebih memahami adik selain kakak? Kita share bukan saat shopping aje bersama tapi kita mula dari zaman kejatuhan. Ingat tak macam mana kita share bilik, mula2 kakak squatting jek ngan adik, pastu kita sewa bilik kecil berdua, yang mana kita sangat2 simbiosis bersama, yang mana makan kita ala kadar sahaja, tapi kini lebih2 lah plak kan? Tony roma's pun adik boleh pau kakak. Alhamdulillah sangat2, lama juga kita share bilik kecil. Masa tu kakak study lagi kat cosmo, jadi banyak adik topup tuk kakak. Tapi sampai arini ada satu citer adik nak bagitau kakak, citer yang adik takleh lupa sebab adik rasa bersalah sangat, masa tu kakak tunggu adik mandi sebab kakak takde duit blanja, akak nak minta duit ngan adik, masa tu lama akak tunggu adik n akak macam segan sangat nak minta ngan adik, adik plak pagi2 memang bad mud. Masa akak mintak adik kata "aku mana ada duit'...tapi adik bagi kakak RM10. Masa tu gaji adik tak banyak sangat, adik pun tak tahu kenapalah adik cakap adik takde duit. Pastu sejak tu adik rasa salah sebab adik bayangkan RM10 tu cukup tak akak naik lrt pergi balik, makan lagi segala. Adik tak tahu la akak ingat ke tak tapi adik takleh lupa sampai skang, sebab petang lepas kejadian tu akak balik, akak bagitau adik akak dah minta pinjam duit ngan mak. Lagilah adik rasa bersalah. Jadi dikesempatan ini adik nak minta maaf ngan kakak. Sebab tu akak shopping ke apa ke adik tak marah sangat, sebab kita dah terlalu lama susah. Sorry ok!
Then kita upgrade diri ke apartment sendiri ngan kawan kita. Kali ni bilik kita besar kan, hebat jek rasa. Sampai skang akak masih duk kat apartment tu, semua keperluan cukup termasuk astro, gaji kakak juga dah mendahului adik sedikit jauh, jadi pandai2lah share ngan adik ye, ingatlah simbiosis kita tak lama dulu.
Kalau ikutkan banyak yang kita berselisih, tapi kita ok jek kan. malam tadi akak lapo adik plak terpaksa carikan makanan, walau akak kutuk2 adik punya peti sejuk, adik wat bodo jek, malas aku...hahahahaha. Takpe arini adik nak g giant bli barang dapur. jangan harap la akak nak kutuk adik lagi. Hahahahahaha...
Terima kasih juga akak dah mencutikan diri selama 3 minggu untuk jaga mak dan abah, sebahagiannya patut adik yang kendong, tapi akak paham adik terpaksa dahulukan Maryam. Takpelah kak mak abah jaga kita lagi lama, inilah masa kita tunjukkan kasih sayang kita pada mereka, persetanlah peluang kedua ke, ketiga ke. Ada aku kesah?
Hadiah Akak? Malas ah adik bagi, akak nak ke hadiah spender cap ayam 3 helai? takpun cover stereng kete? malas ah adik bagi kakak, kakak dah bli kan blackberry, takkan adik nak bagi lagi? Cukuplah kasih sayang adik pada kakok. Kalau adik bagi akak hadiah, abislah duit gaji adik bulan 12 nih, dah la adik kene potong gaji pasal cuti lebih banyak sangat.
Oklah kakok selamat harijadi sekali lagi. We luv u n will always do...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment