Inilah sebabnya aku tak suka tido awal Serius aku sangat terganggu jika tido awal. So waktu tido ideal aku adalah pada jam 1 pagi untuk hari2 bekerja, sebab tu la aku selalu lambat pergi kerja. Hahahaha...tapi lagi teruk kalau aku tido awal, kalau tak migrain esoknya, macam nilah aku, aku akan terjaga jam 2-3pagi dengan mata yang amat segar dan susah untuk tido kembali. Lately selalu penat dan Maryam pula dah ubah waktu tido beliau ke pukul 9-10 malam, makanya sambil menyusukan beliau aku akan terlelap sekali. Dan terjagalah aku pada dinihari - kalau tak mengemas rumah aku akan mengapdate blog seperti sekarang. Oh skang ni dah jam 4.34pagi ok!
Nampaknya rutin aku juga kenalah ubah. Perlu masuk dalam agenda baik2 belaka 2010. Nak semuanya teratur walaupun si penjual beger pakcik mc donald itu telah berubah time kerjanyanya. time aku tulis ni, hanya aku dan Maryam dirumah, papa yam kerja malam sampai pagi sok. Hohoho silalah jangan menakut2kan aku yang tinggal bersendiri ini dan janganlah cuba merampok rumah aku k. Aku tumbuk korang nanti. Oh skang papa yam kerja di mc d taman langit (hahahah Skypark) kat Terminal Subang. Sungguh Awan Ahmad ok. So mc d ni bukak 24 jam sehari maka kehidupan Amad tidak normal kembali. Nasib baik b4 aku lahirkan Maryam dulu Amad pernah kerja shift 24 jam, maka ada aku kesah? Oh aku tak kesah sangat, aku ok aje.
Oh semalam aku sentap ngan Amad dan dia sentap ngan aku. Dan aku mengumumkan Amad itu akan di'grounded'. Hahahaha kali ini aku takkan bertoleransi walaupun kami mengamalkan toleransi antara satu sama lain. Walau mengamalkan toleransi tak bermaksud semua hal harus bertolak ansur kerna jika sesuatu perkara itu tidak adil apa kejadahnya nak tolak ansur - maka kita haruslah tidak bertoleransi. Hahahah ganas ah mung grounded laki mung...ada aku kesah? Kalau tak grounded kang tak ingat, pastu besar kepala, pijak2 lak kepala aku, sorry la k cik Amad, dah tentu2 aku ni tunjuk apa yang aku rasa, nak simpan2?, simpan duit boleh simpan rasa binasa ok!
Hahahahaha sebab Amad di'grounded' adalah kerana dia lupa diri jap g berfoya2 dengan rakan2 dia sampai janji dia untuk melawat Abah aku yang kat HKL tu lebur begitu saje, seleburnya hati aku ini. Ceh ada ke patut jam 7.00ptg baru nak sampai istana budaya? Memang la aku naik taktha kan, HKL tu pukul 7.30ptg dah abis time melawat, ewah2 nak tgk bapak aku 10 minit jek? Dapatlah kau khutbah sampai 3 hari siap aku suh dia balik aje - dah tu plak patutnya kawan dia drop dia n dia balik ngan aku, skali kau dia sentap aku halau dia then dia balik sendiri naik monorail, sedikit kasihan tapi alahai naik monorail jek taklah teruk sangat kan, bukan jalan kaki. Aku called dia dari tengahari tanya dia kat mana, kul 7ptg baru nak sampai, sedang aku sampai HKL 6.45ptg dari opis, siap janji aku pick-up dia kat HKL, alih2 boleh tanya aku kat mana. Memang la carik pasal. Jadi kali ini takde lagi outing ngan kawan2 sehingga diberitahu kelak. Nak kata aku zalim sendiri mahu ingat, nak kata aku kontrol laki itu aku punya pasal. Aku kontrol tak maksud aku jahat. Kalau laki aku aku tak boleh kontrol, tak boleh ingatkan salah dia, apalah guna aku jadi isteri dia. Sorry bukan type aku yang sendiri makan hati, kalau aku rasa sakit aku nak suami aku sama2 rasa akibat perbuatan dia - jangan nak seronok je sama rasa. Dia balik sendiri sebab dia sendiri sentap, dah janji aku tunggu kat HKL lagi saje2 nak protes cari salah aku pulak ngan balik sendiri naik monorail. Gediks ok!
Tadi kami dah bertegur sapa tapi aku cakap sepatah dua aje. Sampai dia bagitau isteri kawan baik dia dah pregnant (dgn mud gembira) pun aku diam aje (serius excited dalam hati jek). Sebab dia sebut 'kawan' kan, dah tentu2lah aku kecil hati pasal dia mendahulukan kawan dia instead of abah aku yang sakit tu. Jadi otomotik saraf kat muka aku ni tak melebarkan senyuman, aku tunduk je makan nasi, aku nampak ada keluhan di wajah dia tapi ada aku kesah? Hahahah takde, perang belum tamat ok! Biar dia sendiri rasa bersalah yang amat, biar dia tahu betapa aku maksudkan bila aku minta dia temankan ayah aku di HKL. Memang dia ambil berat pasal parents aku selama ini tapi aku tak mahu dia buat begini lagi.
Oklah itu saje cerita dinihari. Esok kalau tertido awal n terjaga lagi aku akan apdate lagi. Oklah babai...
No comments:
Post a Comment