11.12.11

First-Time Parents - Bersedia ada anak atau bersedia jadi mak bapak?

Melihat suami adik ipar saya menangis sedu sedan di majlis cukur jambul anak mereka mengingatkan saya betapa menjadi ibu bapa buat kali pertama adalah tidak mudah. Mengingat kembali memori menjaga Maryam mengundang sendu saya juga. Benar bergelar ibu bapa buat kali pertama tidaklah semudah yang disangka.


Kakak saya pernah berkata, apa yang saya lalui semasa menjaga Maryam adalah sindrom mendapat anak pertama. Reaksi overworried n overprotected adalah normal dan xkan berlaku bila menimang anak kedua. Saya waktu itu menolak kenyataan ini, saya yakin walau anak sudah 4-5 pun saya akan tetap begitu.


Baik kita tinggalkan sebentar isu sindrom mendapat anak pertama. Yang saya mahu sharekan disini adalah kesediaan dan persediaan kita dalam menjadi ibu bapa buat kali pertama. Mungkin ramai antara kita yang bersedia untuk menimang cahayamata tapi ramai juga antara kita yang lupa untuk bersedia menerima hakikat menjadi mak bapak kepada anak.


Expect the unexpected. Bila kita bersedia menerima hakikat terburuk maka saya rasa kita bersedia untuk apa jua. Menjaga seorang bayi tidaklah semudah disangka. Semua bayi dilahirkan berbeza, ada yang senang gila nak jaga, bagi susu tido, bangun main2 n susu n tido lagi. Tapi bersedia tak kita nak jaga bayi yang cerewet? Apa ko ingat bayi takde yang cerewet, kekwat lagi banyak songeh n mengada2? Inilah namanya expect the unexpected. Jangan tengok orang lain senang jaga anak maka kita pun nak beranak. Nasib setiap mak bapak dalam menjaga anak memang tak sama.


Bersedialah untuk terima hakikat apa yang harus kita lalui bila pertama kali bergelar ibubapa. Terimalah hakikat bahawa ada satu makhluk kecil yang hanya tau menyuarakan keinginannya dengan menangis. Lapar nangis, berak nangis, nak tido nangis. Jadi hakikat kalau x cukup tido sepanjang 2 tahun pertama usia anak itu adalah normal. Yang tak normalnya adalah apabila kita yang dah ada anak kecil ni masih juga tido macam zaman takde anak. Masih juga mengharap dapat tido lena sampai 6-7 jam semalam dan masih juga mengharap ada waktu yang banyak untuk diri sendiri. Hehehehe itu mimpi manis namanya. Pandai2lah cari masa untuk diri sendiri ye.


Kerjasama dan sokongan suami kepada isteri juga adalah amat penting. Suami silalah faham apa yang isteri dah lalui semasa melahirkan. Sorry ye sakitnya melahirkan adalah teramat. Kalau Allah boleh reward wanita yang mati semasa melahirkan itu dengan mati syahid, fikirlah sendiri bagaimana seharusnya suami itu sendiri mereward isteri mereka. Kalau isteri emosi x stabil tu, suami faham2 ajelah. Paling kurang tanya khabar isteri hari2 pun xpe. Kalau isteri ok aje sepanjang pantang xpe, tapi macam mana kalau isteri sakit? Ini yang dilalui sil saya, bayangkan sebulan pertama berpantang dia kena bengkak susu sampai 4-5 kali. Dan jangan tak tahu dia sampai kene tahan kat hospital. Memang kasihan sangat2. Demam sampai ketar2 satu badan. Sakit memang sakit. Yang pernah kena bengkak susu memang akan serik.


Sebab itu saya rasa bil saya sangat tersentuh hatinya. Dia merasa susah yang dilalui mereka. Sudahlah sil saya pengalaman melahirkannya begitu, ditambah pula dengan anak mereka yang boleh dikategorikan sedikit meragam. Walau dah menyusu baby masih merengek dan selalu berjaga di pagi hari. Mil merungut juga, katanya anak saya, Maryam n Yusuf tidak begitu. Hahahaha. Sebenarnya mil tak tahu sepanjang saya berpantang bsm mil saya memang mengawal segala bentuk rengekan dari pendengaran nenek. Serius saya bersedia agar tangisan atau rengekan anak saya tak didengari mil. Sebabnya? Sebabnya saya tahu mil saya akan berbesar hati menawar bantuan menjaga anak saya. Tidak, saya tidak mahu begitu, bagi saya saya sudah sedia melahirkan mereka, maka susah senang saya juga harus bersedia. Namun syukur anak2 saya setakat ini memang mudah dijaga. Lagi2 si Yusuf Imran ini. Alhamdulillah.


Kita juga harus bersedia mendengar kata dan pendapat 1001 pakar menjaga anak. Sama ada bertauliah @ tidak. Kat sini saya berani jamin mak bapak akan stress. Datang sorang ckp mcm ni, dtg sorang lg mcm ni pulak. Rilek naaa, 1st time parents mmg akan rasa menyampah sgt2 nak hadap ckp2 ni. Jap lagi tgh menyusukan anak pun kene sound, tgh dodoi anak pun kene sound, tgh timang anak pun kene. Mau tak strees ye dak? Hohoho tau, memang sakit hati. Tapi dengar boleh, praktik n percaya? Pikirlah semula, kalau boleh jumpalah kepada yang lebih pakar. Yang mana rasa sesuai dengan pendapat anda praktikkanlah. Yang penting jgn biarkan ckp2 ni ubah filosopi anda tentang penjagaan anak2 anda sendiri.


Laginya kita yg pertama kali jadi mak bapak ni mmg akan terover risau. Kang anak tak berak 2 hari pun nak jumpa pakar, anak nangis sikit sibuk cari sakit kat mana. Anak cukup x dpt susu. Xpe itu juga biasa, tapi janganlah over sgt sampai nak bagi ubat berak sebab 2 hari dah x berak. Cukupkan diri dengan ilmu kesihatan skit, ala internet kan ada. Google bisa bantu makbapak jadi doktor aper? Kita kena tahu sebenarnya bila kita kena risau. Sepatutnya tempoh pantang itu bagi saya adalah tempoh mengenali anak sendiri, mak patut peka apa yg biasa n apa yang tidak pada anak. Mak juga patutnya tahu apa yg buat anak selesa n apa yg tidak. Kata ko mak kan, kang kalau orang komen anak ko takdelah ko sentap kan?


Saya juga mengakui pertama kali jadi ibu saya memang stress. Sehinggalah datang seseorang memberi saya kata2 yang menyedarkan saya dan membuat saya menerima hakikat. Dalam nada bersahaja tapi penuh makna orang itu berkata "macam nilah kalau nak jadi mak bapak, biasalah kalau anak nangis, tak cukup tido semua tu. Pelan2 la" Waktu itu saya merasakan amat lega, inilah kata2 yang saya tunggu selama ini. Kata2 yang mengembalikan saya ke jalan yg benar tentang dunia ibu bapa. Rasa benar2 lega. Dan kata2 itu datangnya dari mulut abang ipar saya yang sudah punya 4 orang anak. Yang mana memang pakar dalam menjaga anak2nya. Dan saya amat2 berterima kasih padanya.


Baiklah itu saja perkongsian kita untuk kali ini. Mana yang rasa boleh dipratik, praktiklah. Saya juga baru belajar dan bukan bertindak untuk mengajar. Saya cuma mahu berkongsi. Dunia ibu bapa ini memang mencabar, namun kitalah yg menentukan apa yg kita mahukan. Wallahualam. :)


Published with Blogger-droid v2.0.1