30.8.09

Bebel2...

Sungguh indah rasa bila balik kampung kan? mandi pun terasa sedap sangat. hahahah serius la ada beza mandi kat KL ngan mandi kat kampung. Kami sampai petang semalam, dah lama tak balik sebab abah mak kat kl. Kang aku balik kang orang kata aku gila lak. Hahahaha...
Just nak share, Alhamdulillah abah dah lebih baik dari sebelum ni, perangai pelik dia pun dah takde. Mungkin aritu dia stress n kesan morfin banyak sangat, tu yang dia merepek jek,
Oklah nak mandikan Maryam n g shopping. Benda yang slalu kami lakukan bila balik kuantan...

28.8.09

U.P.D.A.T.E

Salam buat semua...
Oh sangat lama tak update tentang perkembangan diri sendiri, juga maryam. Serius aku sangat gila bz dengan karier aku sebagai seorang qs. Gila la bz kan sampai aku rasa ada la 2 minggu aku tak bukak internet. Dah 5 tahun aku kerja tau, ini kali kedua aku bawak balik keje, buat kat rumah. Bukan aku tak boleh stay buat ot tapi maryam adalah segalanya, dia kan masih bergantung pada susu aku, jadi aku tetap kena balik rumah susu n tidokan dia, aku cuma stay kejap kat opis sampai kul 8-9 malam, itupun dengan syarat papa yam ada n boleh tolong jaga sementara tunggu aku balik. bukan tak boleh tinggal ngan nenek tapi aku tak sampai hati n sian kat nenek. dah la nenek jaga 8pg-7ptg, takkan nak tinggalkan yam lagi sampai 9 malam. Lagipun aku nak papa yam take part dalam jaga maryam. dan macam biasa papa sangat2 la komited kan, sampai Ateh pun kata aku patut bagi muka n jangan marah2 papa sebab papa sangat serius dalam menjaga maryam. Hikhik bravo papa. Tapi bagus tau, selain tuk bonding papa n anaknya, at least dia tahu la betapa manisnya saat2 bersama anak n macam mana penatnya mama n nenek selama ini. takde la nak komplen itu ini. mau kene tumbuk la muka kalau komplen kan.
Yang syok balik umah tengok papa jaga buai, kejap2 dia henjut buai maryam, katanya nak kasi maryam tak terjaga. Siap mendobi skali, klakar lak tengok aksi papa membuai sambil sidai kain. Tapi umah sepah la ngan mainan maryam. Suka la anak aku ni kuarkan semua mainan dia dari bakul n biarkan bersepah, kalau rajin dia masukkan balik, kalau tak dia biarkan aje. selalu memang biarkan ajelah.
Update pasal maryam adalah seperti di bawah :-
a) minggu lepas cirit birit selama hampir 4 hari - tak tau pasal apa, tapi alhamdulillah maryam macam biasa tak merengek sangat n tetap aktif. Alhamdulillah...
b) Maryam sangat memahami arahan, alhamdulillah juga. Kalau suruh amik barang, dia berjaya amik ikut arahan.
c) Kalau tanya dia sakit perut, dia akan selak baju n ketuk2 perut sambil buat muka kerut, kalau tanya demam dia akan letak tangan atas kepala. Bila suh kelip mata, dia akan kelip2 mata dia sambil senyum, cute gila!
d) Kalau amik dia petang2, dia akan salam semua orang tanda dia nak balik, clever!
e) Kalau suh basuh tangan n mulut, dia akan pergi kat sinki, pastu bagi tisu dia akan kesat mulut...hoohoho ini ajaran Atuk Taib k, bagus2...
f) Masih takde appetite tuk makan la, juga masih tak mahu membotol. Dah blikan multivitamin with calsium n lysine jenama pharmaton tghr tadi. Moga2 naik la nafsu makan dia.
g) Suka nak mandi ngan mama...kalau ajak mandi dia tuju bilik air . Pastu minta berus gigi dia. Sonok mandi bersama.
Oklah nak sahur dah ni, nak grg ikan haruan jap tuk sahur...so kepada semua selamat berpuasa di bulan mulia ini. moga2 bertambahlah ibadat kita kepadaNya.