22.6.09

Anak Gadisku...

Mari enjoy tengok video2 ni.
video

video

Lasak tetapi cumel bukan?

21.6.09

Wonderful weekend...

Macam biasa aku suka weekend aku terisi dengan aktiviti2 yang sonok. Sementelah weekend ini ari bapa aku plan ngan nurul n elly beberapa aktiviti. Mulanya nak main boling tapi sebab tak cukup korum makanya perlulah cancel program n buat program lain. Apa yang penting, apa yang penting bekerjasama...
Macam biasa Rayyan lepak umah yam.hehehe yam ngan rambut lintang pukangnya dan rayyan ngan rambut pacak sejemput. masa ni kat umah yam.

Yam buat muka suka masa kat pizzahut bangsar tuk lunch, hahah tapi masa tu dah kul 4ptg, yam yang lapar celup jari2nya ke dalam chicken soup, sib baik yam kebal.

"Eh awak nak order apa mukhriz?,Saya lapar ni..."
Lepas lunch kami g Taman Tasik Perdana plak. Syok cik pai n family pun join. Kakak aku dr gombak pun ada, happening gila...tak rancang pun,tetiba "ter' pergi. Papa Yam n Papa Rayyan main badminton, yam lak buat exercise jalan2. Gambar banyak pada ateh, ni jek yang ada pada mama dlm phone yang mati masa kejadian,damn!

Hohoho nilah yang buat gua kempunan. Benci la ko elly! ko kata nak wat nasi tomato tok gathering hari bapa, tapi kenapa laksa lak. beria aku tak kacau ko ptg tu sebab ingatkan ko tgh giling tomato, tulah ko dah kene jugak tinggal g taman...

Heheheh dan ahadnya pula aku n nurul sekeluarga teruskan perjalanan weekend yang indah kami ke old town white coffee kat Bangsar South tuk blanja ayah kepada anak kami makan. Superb...kitaorang sangat enjoy makan nasi lemak rendang, mee udang n mee karinya...Ateh takleh join sebab dia ada kenduri kat Seremban n elly lak kene balik N9 gak sebab ada majlis aqiqah. Gila lazat n enjoy makan wlpn tanpa mereka. Lain kali weekend nak pergi lagi...

Wajah seorang mama yang sedang menyusukan anaknya sehingga tertido...hohoho aku belum abiskan mee udang aku ok...yam mimpi apa ntah nak plak tertido...ngantuk agaknya.

Ni lak Rayyan yang selamba jek buat aksi gaya bebas tido. cumel jek...mesti empuk tilam ni...

Yam tak sabar nak order sementara mama nurul keliru tuk wat pilihan.

Keluarga bahagia aku. (Perasan tak cd yam?hehehe)
Tulah aktiviti kami sempena ari bapa. Sangat indah aku rasa lepak2 begini. Oh...

Cloth Diapers : takleh tahan la...

Bak kata Intan dia takleh tahan tengok CD dan teruja membelinya and so do I... lagi2 bila melihat sponge bob square pants ini...hahaha sebenarnya aku nak beli satu jek yg spongebob ni tapi bila bagitau intan terbeli lak sampai 3...aduh aduh gawat ni...

So inilah rupa 2 dari 3 cd yang dibeli, satu lagi warna pink gambar hyppo intan dah amik. comel kan...mana leh tahan tengok...

Dan yang biru ni dah jadi milik Rayyan la...hikhik saja Mama dia nak test...ni bontot rayyan...hahahah

Ni plak model si slim Maryam dengan gaya rambut el-ninonya...agagagagaga seksi!
Tapi cd ni sedikit nipis la material dalam n luarnya, cuma bagusnya cd ni dapat skali 2 inserter yang agak tebal. tapi oklah kot dengan harganya yang sedikit murah. bleh pakaikan yam waktu siang la. tadi pakai dah berbulu lak material luar dia. Alahai. Tapi takpelah kan, dah beli. So next mission nak bli coolababy n nak cari warna merah...



15.6.09

Maryam & Dik Pink

Ni aksi berpelukan maryam n sepupunya firnas @ dik pink...sweet! Hahaha yam macam kene belasah jek...

Sleeping beauty mama...

Inilah aksi selepas kenyang menyusu...kaki dia tu tak tahan tu, rosak baju tido lelawa...

Kanak2 ribena bangun dengan ceria...yeayyyy!!!!!


Yam @ Kopitiam...

Dah lama teringin nak breakfast kat old town white coffee yang kat bangsar south sebelah umah Ateh tu. Agagagaga...so pagi tadi menujulah seorang aku sambil mengelek buah hatinya bersama saudara kandungnya juge dengan tujuan meminum kopi puteh. Kikiki saje mengenjoikan diri disaat Papayam bekerja. Sian papa kene tinggal...tapi tak mengapa sudah mengeset temujanji next weekend tuk papa...

"Jap ye mama, yam amik kertas ni kita order..."

"Sungguh nyaman rasanya dipeluk Ateh sambil minum kopi puteh"...agagagaga...ayat2 bodek yam n mama.

"Sungguh lazat juga roti ini ditambah suapan penuh kaseh sayang Ateh yang tak berbelah bagi...hikhik"

Malamnya pula kami singgah ke Syed Bangsar. Hohohoho melepaks lagi kejenye,tapi kali ni papa dapat join sama. Ateh pun ada selaku pelakon tambahan dan pembayar bil ok!

"Manalah macha ni, yam nak tabah cheese la dalam nan yam ni"

"Papa kata Uncle Pen suka milo Syed, yam tak suka sangat la,tak rasa milo pun,tapi yam layans jek la, yam kacau2 dulu baru minum k"

"Papa ni kenyang la tu suka sangat, yam lantuks la pa"






12.6.09

Gigi jarang Maryam...

Maryam dah ada 4 batang gigi. 2 di atas, 2 di bawah...Yang atas tumbuh masa Maryam 8 bulan dan Maryam memang demam panas. Yang atas menyusul sebulan kemudian dan tak demam dah. Gigi dia kuar serentak 2 batang. Yang tak tahannya gigi atas dia jarang, amat jarang. Ya ampun....hahahaha....

"Janganlah mama Maryam malu la nak tunjuk gigi..."

See! I've told u very the jarang! Hahaha si baik gigi sementara, but it's ok dear, u are still adorable...


10.6.09

S.Y.U.K.U.R

Syukur Alhamdulillah! Maryam dah pun lebih 10 bulan n makin bijak lebih2 lagi dari segi emosi. Pantang kene marah skit mula la kuar muncung labi2 dia n nangis yang kadang2 aku rasa drama jek lebih. Walau Maryam blum jalan lagi, aku masih berdoa first step dia adalah di depan mata aku sepertimana aku dulu yang discovered setiap progress hebat dia seperti tumbuhnya gigi atas n bawah, merangkak, meniarap n berdiri... Hahaha ntah2 mil aku dulu dah tau benda ni baru aku, tapi yang gigi tu mmg aku dulu tau k. Heheheh
Selain tu aku sangat2 berterima kasih sebab Allah masih beri aku nikmat menyusukan Maryam walaupun Maryam refuse botol n tak mau menyusu di siang hari. Bila aku balik Maryam akan merengek n buat satu sound yang sangat comel didengar tuk minta disusukan. Dia akan panjat aku n kalau aku selak baju dia akan buat sound tu, yang bunyi spt tak sabar tapi dlam nada yang amat manja. Heaven rasanya sesuai dengan Jannahnya Maryam. Dia pun dah pandai nak selak baju cari susu. Skang b4 susukan dia aku akan bagi botol tuk train dia balik guna botol. Macam biasalah dia isap kejap2 jek, nasib baik dapatlah 2oz, kalau tak baik dia akan nagis guling2 tak mau botol n bila bagi breast dia terus isap n pejam mata. Chet!. Tapi tak kisahlah sebab aku rasa itulah yang paling membahagiakan aku n mana2 ibu sekalipun. Skang pun Maryam dah tak 'distract' sangat n dah bleh concentrate masa menyusu. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah!

Ni gaya manja Maryam di dinding. Apahal ntah masa suapkan dia makan tetiba dia manja2 kat dinding n main cak-cak ngan aku. Hahahahaha...

I Luv Her so-sooooooo much!


Sesuatu yang hebats...

Just nak share benda2 best yang baru kuterima n beli. First thing first k. So inilah benda2 itu...
Ingat tak entry aku yang bertajuk "Senarai Impian Harijadi"? Wakakaka jadi impian itu tertunai sudah. Kakak aku dah tunaikan impian itu dengan menghadiahi aku purse bertajuk 'sembilan barat'. Walaupun aku dapat lambat sebab bak kata ateh dia bli bukan dari Malaysia (whatever!) n makan masa 2 minggu nak deliver, aku tak kisahlah janji aku dah dapat. Thanks to Ateh n I luv u so much la even aku lebih suka purse nine west dia yang cokelet tu tapi yang ni suka gak. Hehehhehe...next year bagi lagi ye.


Haa hebat kan baju yang ada gambar robot nih. Kikikiki poyok jek aku ni membeli juga akhirnya. Yang tak best warna itam dah abis. Walaupun aku memang nak warna putih yang sbnrnya tuk budak2 n rasa tak manis la nak pakai baju size bebudak kan tapi ada aku kesah? Tak kesah la tu, tu yang aku ngan rakusnya bli gak. Amad dah ada warna itam n ateh dah ada 2-2 yang kaler itam tu. Tapi ateh tak berjaya lagi bli warna putih. Hehehe muga awak sukses membelinya k!

Hikhik cumel kan cd aneka warna ni. Hahaha setelah terhasut dengan godaan mak emma, aku pun bersetuju untuk membeli cd ni tuk Yam. Kami share bli kat mlo brand lunatots. Intan amik 2 (blue and yellow) n aku amik bakinya. Tak best la warna merah abis. Intan kata the blue one khas tuk adik lelaki emma n aku plak memang plan bli oren tuk agenda yang sama. Wakakaka aku n intan memang la poyo. Tapi suka ati kami la, kami bli duit kami, our silver k!

Kesian beanbean(nama patung Yams ni) jadi model sementara mama nak basuh cd ni.teruja gila nak pakaikan kat yam tapi intan awal2 dah warning kene basuh dulu. jadi semalam aku basuh kul 12tgh malam sebab b4 tu tertido ngan yam, bila terjaga teringat cd tak basuh lagi terus la g basuh,siap cuci toilet skali. Hahahaha...

Dan yeayyyy...berjaya pakaikan pada yams sebagai langkah percubaan...kikiki tapi kaki yam yang ramping ni buat nampak longgeh (perkataan dek mok slalu sebut tuk longgar n londeh) tuk yam n aku bajet mesti terburai bila yam kencing. untuk test ni aku pakaikan satu jek lapik microfiber dia. Hahaha jadi tau apa berlaku? Baru sat tadi Amad panggil aku n kata yam dah basah. Chet. Memang terburai pun...but aku tak rasa ralat pun sebab aku dah bajet kan. Intan pun 1st time pakai basah tilam dia. Esok aku akan berusaha lagi. Maybe pakaikan 2 lapik n pakai ketat skit. Heheheh can save money n safe the enviroment too! Berusaha Mama!





4.6.09

Aku, Maryam n MC itu...

Lama tak update. Selain pergi bercuti aku dan Maryam sehati sejiwa berduit tak sihat. Bleh tak aku sakit mata tetiba. Siot jek mata aku bengkak. Doc kata aku ni conjuctivitis tau, alah sakit mata la tu. Yang best kalau sakit mata mestilah dapat MC panjang. Wakakaka aku plak start sakit ari rabu, jadi korang bayang la ke'enjoi'an katak aku dapat MC 3 hari. Yang tak berapa katak tu buah hati pengarang jantung aku plak cirit birit. Aduh aduh tak sampai hati la tengok Maryam begitu. Lalu mari kuupdatekan citer aku sepanjang ke'MC'an aku itu.


Nilah rupa Maryam yang jarang dapat dilihat ketika cirit birit itu. Yang aku tak tahan cirit birit dia ni skali ngan muntah setiapkali menyusu. Sedih tau bila nak tadah muntah susu yang Maryam dah isap, banyak lak tu. Kalau susu formula aku tak kisah sangat ni susu aku. Aku jadi cuak takut Maryam dihidrate, yelah minum muntah pastu cirit birit lak. dahlah Yam tak mau botol, betul2 harap susu direct feed, so kalau susu dia dah isap muntah memang la bahaya tuk diri dia. Tapi gambar atas ni eksyen jek ada la 10 minit camtu, pastu dah ngintai aku kat dapur. Sib baik Maryam ni tak reti sakit, takde la dia nangis n melepek jek, rasa sihat skit dia bangun memunggah umah.




Ni aksi sakit mata aku, betul kan bengkak kan mata kiri aku tu? Aku tak tipu betul sakit. Tapi Yam tu tido betul tu. Dia tak larat agaknya, lepas nyusu tido, aku angkat letak kat papa dia, dia tak bangun pun-slalu2 tu dia mesti bangun kalau beralih tempat. Masa ni baru balik dari klinik kot. Yam dah susu banyak n aku pikir ok dah kot takde muntah. Skali masa otw balik tu nak singgah majlis nikah kawan Papa Yam, skali nak masuk jek federal Yam tetiba muntah dengan banyak skali dan semuanya susu aku! habis seat bertakung susu n baju aku skali basah. Siap disusuli muntah kuning, oh sungguh kasihan pada anakku ini.



Mula Papa Yam nak patah balik umah sebab Yam dah merengek2. Aku kata takpelah pergi jek kejap tunjuk muka, pastu kita g jumpa paed. So pergilah sekejap tapi aku duk dalam kete sebab baju dah basah n juga tak manis la aku nak masuk masjid dengan berseluar. Papa Yam jek pergi masuk tengok, tapi tak sempat gak tgk nikah sebab Papa decided nak balik bawak yam jumpa paed. So kami balik n jumpa paed kat Bangsar. Paed ini adalah seorang perempuan lingkungan umur 40 tahun keatas. Hanya memakai baju polo kuda besar. Masa sampai doc ni dah nak kuar lunch tapi dia layan kami gak dulu. Bila cakap yam muntah n citer2 skit, dia just bagi ors tuk yam minum n sarankan aku benti breastfeed buat sementara, katanya maybe kandungan laktosa susuku yang tinggi ini tak dapat ditahani oleh Maryam (dalam hati btul tak btul doc ni?takkan dah 10 bulan baru tak tahan kan?)pastu dia suh aku bagi ors je n jangan bagi apa2 dalam 3-4 jam. Dalam kepala aku kesian kat Maryam sebab masa tu dah 12.30 n perut yam dah empty pasal muntah tadi. Doc plak kata takleh susu ibu.


Bila tanya soklan, doc ni suh kami jawab sendiri lak. Harus la ditumbuk doc ni. So kesimpulannya aku tak puas hati. Bila amik ubat, aku dah suh Papa sedia ngan bil yang maybe tinggi sikit. Sekali korang tau kene berapa? RM5 jek tuk ors tu. Fuh lega la sebab consultation charge takde, yelah dia consult apa sangat kan.




Sebab cirit birit yam tak ok gak ari jumaat aku n elly g jumpa paed kat jalan klang lama lak. actually kami cari paed ni dah lama.alhamdulillah jumpa gaks. Thank to elly coz berjaya drive ke sana dengan menumpangkan aku n Maryam. Lawatan kali ini kusifatkan sebagai sangat berjaya n memuaskan hati. Doc ni pakar kanak2 n konsultan laktasi. Hebats!!! Bil kali ni Rm30 jek. Yes!!!! Pasni aku dengan sendirinya lantik doc ni jadi paed yam. Kikikiki! Comel kan yam n Chem kat atas ni. Mesti diarong bisik "Mak kita ni poyo kan, konon2 kita sakit, padahal drg saje malas keje amik mc"... Hehehe alang2 abis jumpa paed n petang masih muda, aku n elly pun g mid shoping moping...kan ke poyo tuh?


Taraaaa...inilah hasil dari keshopingan itu. aku sangat teruja k. Actually aku bli barang2 ni tuk bercuti ke kelantan. Cam gila la poyo beli peralatan penyusuan formula. Hahaha padahal yam bukan mau pun. Yelah aku kan mama gediks yang komited. Oh aku bli botol baru lagi,jenama Farlin pula. Sangatlah teruja masa jumpa kat Mamour's mid sebab aku cari brand ni dah lama, kat susuibu kata kat kedah jek ada. Setelah belek2 dan dgn perasaan teruja aku pun membeli skali ngan btol lu berstraw comel. Huhuhu...yang lain tu aku bli flask makanan n air panas, botol air kosong n botol pooh yang kuning tu.



Ni aksi gembira anak2 kami di bilik menyusu jusco. Sonok kan shoping together-gether? Luv u so much dear!!! Lain kali kita shoping lagi.