*Sigh*
Apahal lak mulakan entry baru ni dgn mengeluh. Tak baik la, kan lebih manis jika mulakan dengan salam atau bismillah.
Baik2 mari mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Saya cuma rasa nak mengeluh bila baca blog seorang rakan semalam. Beliau adalah blog Puan Semut yang asyik2 terbersin. Hahahahah. Bukan apa ada ker seorang peninggal komen kata beliau stupid kerana menjaja maruah sendiri di blog beliau. Choiii sangat bak kata kakak saya. Pang! Kasi penampar sekali.
Orang macam ni perasan mereka bagus la saya rasa. Itu blog luahan rasa yang ikhlas, bior ke lantok la nak tulis apa, nak baca bacalah, tak mau sila la blah. Kalau rasa nak nasihat nasihat la cara manis, ni ada ke kata orang stupid. Pang! sekali lagi.
Pada pendapat saya penulis blog yang ikhlas menulis lebih baik berbanding mereka yang mereka-reka cerita hebat, selalu ingin menunjuk2 dan ntah apa2 segala. Lepas tu perasan la blog dia hebat dan cakap merepek2 padahal orang tahu dia cakap n cerita itu ialah cerita merapu. Siap menokok tambah lagi. Takpun cerita yang baik2 sahaja, tak pernah sekali pun dia cerita dia termalu ker, dia jatuh ker...semua cerita manis2 jek. Chess.
Saya akan baca blog yang saya suka, ada blog yang saya sangat ternanti2 penulisan si tukang tulis, sangat teruja untuk membaca kerana kelucuan mereka atau kehidupan mereka yang indah, namun ada juga yang saya baca dan tunggu2 hanya kerana saya seronok membaca kemerapuan dan ketidakrasionalan si tukang blog. Senang kata bukan semua blog saya ikuti kerana saya rasa blog mereka best, kadang2 seronok jek nak baca n kutuk mereka dengan berkata "Ngek nya la dia ni"...tapi takdelah saya nak tinggal komen kata mereka ni selenge atau bodoh. Blog anda lantak anda la anda nak merapu apa pun. Macam blog saya ni, kalau anda nak kata merepek ke, tak best ker, ada saya kesah???? Ada, ada?
Kadang bila kakak saya kata dia tergelak2 baca entry di blog saya, saya rasa itu satu pujian atas penulisan saya dan saya rasa seronok. Dan bila ada yang tinggal komen juga saya rasa best la, sebab ada orang komen. Hahahahah tapi kalau takde? Oh takkan menghancur semangat saya untuk menulis. Tak komen tak maksud orang tak baca kan. Tak baca pun apa masalah? Biar ke lantak lagi sekali.
Tapi ini amaran saya >>> hey yang ada blog tapi tak apdate tu tolonglah ye, apdate la skali skala...jangan la malas sangat okeh. Mungkin saya tunggu2 penulisan anda sebab saya suka atau????....hahahaha atau mungkin saya tunggu sebab saya tak sabar nak kutuk anda.....hahahahahahahah
Till then....ada saya kesahhhhh mak esah????
Showing posts with label Sonok2. Show all posts
Showing posts with label Sonok2. Show all posts
31.3.10
19.2.10
Hari ini :)
Hari ini pergi menonton wayang bersama papa.
Oh bersama kawan2 juga iaitu pasangan Atie dan Ayol.
Menonton cerita comel 'Valentine's Day' di GSC Signature The Gardens.
Tentu saya suka cerita ini kerana ada ramai pelakon kesukaan saya - Ashton, Jennifer Garner, Jessica Alba dan oh tentu sekali Patrick Dempsey.
Maryam?
Oh, oh tertinggal beliau di rumah nenek.
Sekali sekala saja ok.
Oh bersama kawan2 juga iaitu pasangan Atie dan Ayol.
Menonton cerita comel 'Valentine's Day' di GSC Signature The Gardens.
Tentu saya suka cerita ini kerana ada ramai pelakon kesukaan saya - Ashton, Jennifer Garner, Jessica Alba dan oh tentu sekali Patrick Dempsey.
Maryam?
Oh, oh tertinggal beliau di rumah nenek.
Sekali sekala saja ok.
31.7.09
saje je...
Sangat banyak kerja di opis, abah pula di ijn. Banyak juga tarikh2 penting dalam kehidupan aku bulan 7 ni. 28 Julai ulangtahun perkahwinan n 30 Julai besday anak kesayangan aku. banyak citer nak update tapi tak banyak masa boleh luang skang. tunggu ok...nak mandi n tido dah...esok dah free skit aku apdet citer majlis harijadi yam yang sangat berjaya itu....sabar menanti k...
10.6.09
Sesuatu yang hebats...
Just nak share benda2 best yang baru kuterima n beli. First thing first k. So inilah benda2 itu...
10.5.09
Taraaaaa....
Hehehehe...weekend baru ni kami sekeluarga+Ateh memulangkan diri ke kampung lagi. Tujuan utama sudah pastilah melawat kedua orang tua kami itu. Sebab asyik teringatkan emak dan juga emak yang demam, Amad kata jomlah balik...hehehe aku dengan senyum gembira pun menghebahkan berita kepulangan ke kampung kepada Ateh dan seperti biasa dia bersetuju untuk mengikut pulang. Best, best...kepulangan kali ini mendatangkan hasil seperti di bawah ini....yeayyyy.....
Hadiah kali ini terinpirasi (aiseh) dari hobi saya kebelakangan ini yang suka membuat sesuatu tuk Maryam tercinta. Maybe saya akan mendesign baju2 untuk Maryam. Heheheh leh wat Maryam collections plak pasni...hehehe sonoknya rasa. Time kasih la Encik Ahmad Kusyairi selaku suami saya yang memahami hobi bermusim saya ini. Moga kali ini jadi hobi ari2. Hehehehe...oh rasa best tapi tak try menjahit lagi. Heheh belum shopping kain nak jahit...dah ada hasil nanti akan saya update rupa bentuk hasilnya.
Lepas g beli mesin, kami mencari kasut untuk Maryam pula. Nampaknya kasut idaman Papa Maryam untuk dihadiahi kepada Maryam tiada stock. Memang tiada rezeki Maryam hari itu nampaknya kerna setelah melawat butik adidas, nike, royal sporting dan juga al-ikhsan semua kasut yang seperti berkenan dihati tiada. Tapi sebab Mama Yam kadang2 over n lupa daratan dapatlah Yam sandelIpanema seperti di atas. Apa ingat Gisele Bunchen jek bleh pakai? Maryam Jannah pun bleh la...Hahahhaha...wink!
Subscribe to:
Posts (Atom)