31.3.10

Ada saya kesah???

*Sigh*

Apahal lak mulakan entry baru ni dgn mengeluh. Tak baik la, kan lebih manis jika mulakan dengan salam atau bismillah.

Baik2 mari mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya cuma rasa nak mengeluh bila baca blog seorang rakan semalam. Beliau adalah blog Puan Semut yang asyik2 terbersin. Hahahahah. Bukan apa ada ker seorang peninggal komen kata beliau stupid kerana menjaja maruah sendiri di blog beliau. Choiii sangat bak kata kakak saya. Pang! Kasi penampar sekali.

Orang macam ni perasan mereka bagus la saya rasa. Itu blog luahan rasa yang ikhlas, bior ke lantok la nak tulis apa, nak baca bacalah, tak mau sila la blah. Kalau rasa nak nasihat nasihat la cara manis, ni ada ke kata orang stupid. Pang! sekali lagi.

Pada pendapat saya penulis blog yang ikhlas menulis lebih baik berbanding mereka yang mereka-reka cerita hebat, selalu ingin menunjuk2 dan ntah apa2 segala. Lepas tu perasan la blog dia hebat dan cakap merepek2 padahal orang tahu dia cakap n cerita itu ialah cerita merapu. Siap menokok tambah lagi. Takpun cerita yang baik2 sahaja, tak pernah sekali pun dia cerita dia termalu ker, dia jatuh ker...semua cerita manis2 jek. Chess.

Saya akan baca blog yang saya suka, ada blog yang saya sangat ternanti2 penulisan si tukang tulis, sangat teruja untuk membaca kerana kelucuan mereka atau kehidupan mereka yang indah, namun ada juga yang saya baca dan tunggu2 hanya kerana saya seronok membaca kemerapuan dan ketidakrasionalan si tukang blog. Senang kata bukan semua blog saya ikuti kerana saya rasa blog mereka best, kadang2 seronok jek nak baca n kutuk mereka dengan berkata "Ngek nya la dia ni"...tapi takdelah saya nak tinggal komen kata mereka ni selenge atau bodoh. Blog anda lantak anda la anda nak merapu apa pun. Macam blog saya ni, kalau anda nak kata merepek ke, tak best ker, ada saya kesah???? Ada, ada?

Kadang bila kakak saya kata dia tergelak2 baca entry di blog saya, saya rasa itu satu pujian atas penulisan saya dan saya rasa seronok. Dan bila ada yang tinggal komen juga saya rasa best la, sebab ada orang komen. Hahahahah tapi kalau takde? Oh takkan menghancur semangat saya untuk menulis. Tak komen tak maksud orang tak baca kan. Tak baca pun apa masalah? Biar ke lantak lagi sekali.

Tapi ini amaran saya >>> hey yang ada blog tapi tak apdate tu tolonglah ye, apdate la skali skala...jangan la malas sangat okeh. Mungkin saya tunggu2 penulisan anda sebab saya suka atau????....hahahaha atau mungkin saya tunggu sebab saya tak sabar nak kutuk anda.....hahahahahahahah

Till then....ada saya kesahhhhh mak esah????

2 comments:

~Am said...

hahahahahhaa....ko guna nama mak esah tak bayar royalti!

R-B-I said...

Takpe itu bukan nama sebenar. Heheheheh...