6.3.10
Penyusuan Susu Ibu - Cara Saya
::Maryam, Mama & Maryam's frens::
Mari kita bercerita tentang penyusuan susu ibu >>>>>>> cara saya.
Hahahah terasa janggal pula kerana saya ini baru anak seorang sudah mahu pandai2 bercerita tentang penyusuan susu ibu pula. Oh, oh jangan silap sangka dan baca dengan tenang dan baik2 - sudah saya katakan seperti di atas - Penyusuan Susu Ibu Cara Saya.
Baik biar saya mulakan begini - saya bukanlah obses atau mengikut trend atau mengikut ibu2 lain yang ingin menyusukan anak mereka. Ini naluri semulajadi saya dan saya ingin memberikan anak saya hak mereka. Cukup rasanya saya meletakkan alasan saya sebegini.
Syukur saya dikelilingi teman2 yang juga bersungguh2 ingin menyusukan anak mereka, lebih bertuah ramai kawan2 yang melahirkan anak sebaya Maryam. Paling terbaik di sebelah saya adalah Intan - dan Alhamdulillah kami masih sama2 menyusukan anak kami yang telah setahun 7 bulan usia mereka. Beberapa kawan saya kecundang di tengah jalan - Elly dan Nurul misalnya. Saya simpati kerana masalah mereka adalah anak mereka sendiri menolak disusukan - saya tahu betapa mereka kecewa dan kerana itu saya seharusnya bersyukur kerana hingga ke saat ini Maryam masih mendambakan susu saya.
Saya selalu berdiskusi bersama Intan tentang penyusuan. Kami sama2 memutuskan untuk menyusukan anak kami sehingga mereka berusia 2 tahun. Kenapa? Kerana di dalam Al-Quran menyatakan jika ingin menyempurnakan penyusuan itu haruslah genap 2 tahun.
Lebih kurang 3 bulan lepas saya berhenti mengepam di opis. Dan kesannya? Oh sudah tentulah produktiviti susu saya menurun, kasihan sungguh anak saya. Dan saya kesal kerana berhenti mengepam. Saya berhenti mengepam kerana :-
i)Saya malas
ii)Maryam tak minum susu perahan itu
iii)Saya fikir susu saya pasti ok-ok saja penghasilannya
iv) Ok kot berhenti kerana saya bagi Maryam menyusu malam saja lagipun Maryam dah faham cakap saya tentu senang nak bagi dia susu formula jika susu saya tidak mencukupi.
Ternyata malas saya tak berbaloi. Jadi paling penting jika anda ingin menyusukan anak anda, anda mestilah rajin dan tiada perkataan malas dalam kamus penyusuan anda. Alasan kedua saya tidak boleh berbuat apa2 kerana budak pandai ini meemang tak mahu dibotolkan - jika saya bagi dengan straw sekalipun dia minum sedikit sahaja - sememangnya dia mahukan susunya secara segar terus dari ladang. Hahahahaha.
Dan alasan ketiga adalah alasan bodok ok! Walau telah mengetahui fakta ini, saya tetap yakin susu saya akan ok-ok saja penghasilannya walaupun saya tidak memerah. Saya sengaja meyakini sesuatu yang saya tahu salah. Atau mungkin saya sengaja ingin menguji power atau tidak mesin susu saya ini. Haih bongok juga boleh dikata - cuba menduga laut dalam dengan kail sejengkal panjang. Harus diingat payudara yang susunya dikosongkan akan menjadikan ia lebih produktif. Mana saya tak berlagak - setiap kali pam saya akan berjaya memperoleh 5-6oz, walau tidaklah banyak sangat tapi kira tahap terbaik la tu. kalau saya tak mengepam lebih dari jam 1 tghr pastilah payudara saya bengkak dan berlaku lelehan. Serius saya pada satu ketika mengalami bengkak payudara sehingga demam ketar - sakit sungguh rasanya. Mungkin kerana itu saya yakin susu saya takkan mengalami kemerosoton sehingga sebegini.
Alasan keempat pula memakan diri saya sendiri. Rupanya tidak semudah yang disangka, Maryam walau sudah memahami arahan dan permintaan saya rupanya tetap tidak berganjak dengan pendirian beliau menolak susu dari botol. Pujuklah macam mana sekalipun, jika saya ada di depan mata dia akan menangis sambil menggeleng2 kepalanya tanda tidak mahu susu botol dan tetap mahu di'babu'kan. Jika saya sudah naik angin sekalipun Maryam cuma meletakkan puting botol dimulutnya untuk menjaga hati saya. Kemudian dia akan menunggu saya sejuk sedikit dan kembali minta babunya. Haih, susah rupanya berurusan dengan Maryam ini. Sekali-sekala jika Maryam membotol kuantitinya hanya 1-2oz sahaja. Itupun jika ada rakan featuring - Uzayr misalnya (Anak jagaan MIL saya)
Jadi pada mereka diluar sana, jadikan cerita saya ini sebuah tauladan. Jangan ingat penyusuan susu ibu ini terlalu sukar dan jangan ambil remeh juga. Pertama nasihat saya sediakan diri anda dengan ilmu dan pengetahuan yang banyak tentang penyusuan susu ibu jika anda ingin cemerlang dalam menyusukan. Nasihat saya :-
i) Hadirilah kelas penyusuan yang ada - banyak hospital anjurkan kelas2 sebegini
ii) Bacalah buku berkaitan penyusuan - buat rujukan dan kajian, surf jek internet okeh - sangat banyak artikel boleh dibaca. Oh saya sendiri siap meminjam dari library buku berkaitan penyusuan - "Breastfeeding for dummies" okeh...
iii) Carilah kawan2 sesusuan - maksud saya kawan2 yang juga menyusukan anak mereka, minta pandangan dan bantuan mereka. Saya ada Intan.
iv) Berusahalah menambah ilmu tentang penyusuan, hadirilah seminar atau cara paling mudah lawatilah forum2 penyusuan seperti di susuibu.com
Jika anda berminat nak tahu bagaimana tubuh kurus saya ini menghasilkan susu untuk Maryam, inilah resepi saya :-
i) Pertamanya - pengetahuan tentang penyusuan mesti ada, saya tak kata saya tahu banyak cuma asas kena tahu okeh.
ii) Minum air dengan banyak - demi anak saya mengubah tabiat malas minum air kosong, kini saya memastikan saya minum 1 liter air kosong.
iii) Saya juga ambil air soya, minum barli suam (saya rasa saya tak boleh ambil barli ais sebab berapa kali saya ambil saya kene bengkak susu dan saya serik)
iv) Saya mencuba petua2 yang orang kata mampu menambah susu saya - saya makan pegaga, minum barli dan juga saya minum air longan rebus dan ia berhasil - Alhamdulillah.
iv) Saya pastikan saya tak skip mana2 makan samada sarapan, tengahari atau malam - sebabnya saya perlu manghasilkan susu untuk anak saya. Dan sememangnya menyusukan menyebabkan saya lapar dan banyak makan.
v) Saya ambil supplement - saya masih makan Obimin sehingga sekarang.
vi) Semangat dan yakin diri mesti tinggi.
vii) Berdoa, doa dan doa - Ini senjata kita sebagai seorang Islam, jadi jangan lupa berdoa kepadaNya.
Sekian. Hingga jumpa lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment