22.3.10

*Chapter yang tak abis...*

Benci.

Boleh blah!

Oh maaf tiba2 saya teremosi. Tiada apa pun cuma terganggu seketika emosi apabila facebook saya di'add' oleh rakan sekolah. Siapa? Hai kalau tak sesiapa atau teman baik mestilah saya biasa2 dan suka tapi ini mamat yang menjadi pujaan saya suatu masa dulu. Hahahahaha, kenapa benci? Oh kerana dia tak maukan saya, dan kerana menunggu dia saya terpaksa menghentikan chapter indah dalam hidup saya dari terus bercambah. Oleh itu pen'reject'an ini menjadikan saya sangat menyampahlah padanya kan lebih2 lagi tahun lepas dia menghantar kad jemputan kahwinnya pada saya. Hakhakhak nasib baik saya sudah berkahwin dan ada anak satu, kalau tidak tentu saja saya menangis di dalam bilik sambil mengunci pintu dan mendengar lagu 'Tenda Biru' sambil menari-nari ala2 cerita glee. *Bayangkan saya nari2 sambil nangis2 - loser betul*

Ceh sudah, hentikan tarian tenda biru saya tu. Tak kuasanya saya nak menangis begitu. Dulu mungkin la saya suka dia, tapi saya pun ngorat2 orang lain juga, hehehehe. Dan skang kan saya dah kahwin dengan Encik Ahmad Kusyairi yang ngorat2 saya kat Mc Donald's dulu. Alhamdulillah dialah my other pieces dan doa saya moga dialah orang yang bersama saya sampai bila2.

Tapi cuma saya nak bagitau saya memang ada sebuah perasaan tak puas hati dengan mamat tenda biru ni. Tak suka, tak suka, tak suka. Sebab kerana dialah saya ada sebuah kisah 'Chapter tak abis'. Sangat benci dia kerana itu. Kerana saya masih memahat kukuh kisah itu dan amarah saya padanya takkan padam dan saya nak cakap pada mamat ni 'Lu boleh blah!'

Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang dan sangat2 menghargainya namun sebagai manusia kita tetap akan ada sebuah rasa terkilan. Dan saya masih mengingati chapter dimana saya bertemu dia yang membahagiakan hari saya dan saya telah menerima hakikat chapter saya tidak boleh dihabiskan dengan sebuah pengakhiran yang gembira. Namun saya masih dikurnia sebuah chapter yang bahagia dan saya berdoa akan memeluk kebahagiaan ini sampai bila2. Walau saya masih mengenang gembira lalu namun tidak sesekali saya mendua kasih sayang saya yang sedia ada.

Oh saya benci mamat tenda biru dan saya masih mengenang mamat chapter tak abis namun saya tetap mencintai famili saya. Saya hanya manusia biasa kerna itu maafkan saya.

*Chapter end - tak paham takpe*

No comments: