2.3.10

Budak pandai yang sedikit lucah...

Pagi ini saya mandi bersama Maryam.

Sewaktu mandi saya bertanya Maryam.

"Maryam...???"

Dan Maryam menyahut "Annah"(Jannah)

"Maryam budak...???"

"O-mey" (Comel-oh perasan la anak saya ni)

"Papa nama sapa?"

"Amad Yeyi" (Ahmad Kusyairi)

"Papa keje kat mana?"

"Mek unel" (Mc Donald okeh)

Selesai mandi kami bersiap. Saya menyiapkan Maryam dahulu seperti biasa. Selepas Maryam siap berpakaian saya mengambil bra dan meletakkannya di atas katil dan saya keluar dari bilik. Tiba-tiba...

"Mama, mama, opek..." Maryam berlari menuju saya sambil menjinjing sesuatu yang ditunjukkan kepada saya sambil tersenyum malu.

Saya menahan gelak lalu berkata "Itu bra sayang bukan *opek"

"Biya, biya" Maryam pandang saya untuk mendapat kepastian.

"Ye bra, dalam bra ada apa?"Hahahaha saya ni pun saja mengajar yang bukan2.

Surprisingly she said "Opek"

Saya senyum lagi sambil tambah "Dalam *opek ada apa?"

Dan spontannya Maryam menjawab "Babuu"

Sekian cerita budak pandai yang sedikit berbaur lucah.

5 comments:

~Mommy ZuE~ said...

hahahhaha..lawak siot!! mu laa uji..haha

R-B-I said...

Bukan aku la zue, Maryam mmg lucu...ada jek lawak dia buat tiap hari, nanti kalau berkesempatan aku bawak dia lawat anak mu, mu tengok dia jaga baby macam mana...

~Am said...

wey...opek ngan babu tu apa?
tak paham...

R-B-I said...

Cik Am, ini jawapan kepada persoalan awak :-
i) Opek = Breast
ii) Babu = Breastmilk
Sekian.

Fiza Rahman said...

Hahahaha...so clever lah maryam (^_^)