Hari ini saya membenarkan Maryam mengikut neneknya ke Pedas, Negeri Sembilan. Ada kenduri sedara mara. Saya? Telah berniat ke ofis untuk menyelesaikan sedikit kerja. Maka saya melepaskan Maryam pergi pada jam 10.30 pagi.
Dan tadi Maryam pulang pada jam 7 petang sewaktu saya menikmati makan petang di mid valley - Tidak, tidak saya bukan melencong dan berpoya semasa anak tiada, saya singgah ke mid kerana pulang dari ofis saya menaiki LRT dari Taman Bahagia ke LRT Universiti dan mengambil bas ke mid valley. Bukan sengaja berhenti di mid tapi itulah saya rasa jalan terbaik untuk sampai ke rumah, well rumah saya kan depan mid dan bak kata kakak saya mid adalah kedai runcit kami.Oh mana kereta saya? Oh Alhamdulillah BlackRio saya sihat cuma saya memberi Maryam dan Nenek menggunanya untuk ke Pedas. Saya ke ofis dihantar Sang Suami menaiki Hondanya - Honda EX5 okeh, bukanlah Honda City, Civic atau Accord. Jangan buat spekulasi manja...hahahahahaha.
Saya menerima panggilan adik ipar saya memaklumkan ketibaan beliau dan Maryam - oh maaf saya ingat anak saya akan sampai jam 8 malam, rupanya awal lagi. Maka saya terus berjalan pulang untuk menemui anak saya - saya amat2 merindui beliau. Serius saya katakan walaupun saya tahu Maryam seronok berjalan2 bersama nenek dan makcik2nya saya tak sukakan perasaan jauh darinya sewaktu saya sebenarnya boleh berada disisinya. Faham maksud saya? Kerna itu saya tak suka weekend saya diganggu - waktu saya bersama Maryam adalah yang termanis dan terbaik, kalau boleh janganlah ambil waktu itu untuk menjarakkan saya dari buah hati saya ini. Sebab itu saya sebenarnya payah membenarkan Maryam ke mana2 jika bukan dengan saya dan papanya. Katakan saya ntah apa2 atau terlalu mengawasi anak saya - saya sebenarnya mempunyai satu perasaan yang begini "Jika saya ada di rumah, anak saya mesti ada, suami juga kecuali beliau bekerja". Bukanlah saya kedekut anak saya - cuma saya terlalu menghargai masa saya bersama anak saya. Itu saja.
Dan termanis, Maryam menyambut saya dengan senyuman dan bila saya menutup pintu dan cuba berlalu beliau menangis mengejar pintu kerana takut saya pergi meninggalkan beliau. Saya kemudian membuka pintu kembali dan menciumnya berkali2 dan seperti biasa beliau akan berkata begini :-
"Mama...babuuuu..."
Maryam tahu sayalah mesin susu terbaik buatnya. Dan akan jadi yang terbaik sampai bila2...
No comments:
Post a Comment