4.2.10

Mengenang Abah : Bila Rindu berdetik

Esok genap sebulan pemergian Abah. Saya masih meneruskan kehidupan saya seperti biasa seolah2 Abah masih ada. Hingga semalam saya masih bekerja seperti biasa – dan saya bekerja melebihi masa; entah untuk menggembira hati bos saya atau hati saya sendiri.

Dan semalam rindu dihati ini berdetik kencang. Tanpa sedar di sujud saya, saya menangisi pemergiannya. Entah mengapa setelah sebulan pemergiannya saya seolah2 baru merasa kekekalan ketiadaannya. Esak saya berliku-liku, tangis saya berlagu-lagu - semahu-mahu. Inilah pertama kali saya menangis tanpa silu menghambur semua rasa sedih teramat pilu selepas pemergiannya dulu. Mungkin hati2 ini benar2 merindui lelaki itu.

Dan tangis saya dibawa dari Kelana Jaya ke Bangsar. Lebuhraya Persekutuan saksi segala, kesesakannya saya kira meruntun sama.

Abah, mengapalah saya mula merindui dia...

Mungkin kerana itulah yang sepatut saya rasa.

Kerana sayalah anak perempuan manja si dia.

Dan dialah Abah Cool saya selamanya.

No comments: