Oh saya amatlah tiada mud untuk terus mengira besi2 rasuk ini.
Lalu marilah kita bercerita, cerita tentang Idola Amerika.
Ye harapnya saya dapat mengikuti rancangan American Idol setiap minggu tanpa gagal walaupun ia adalah ulangan.
Saya dr mula sukakan Andrew Garcia kerana suara huskynya itu, namun lately dia seperti tak power sangat. *Sigh*. Namun saya juga sukakan Lee Dewyze si penjual cat yang sangat pemalu. Oh suaranya sangat enak di pendengaran ini dan saya meramal beliau akan menjadi top 3 dan seterusnya juara mungkin.
Oh sape yang saya sedikit tak suka? Oh ye saya tak sukakan Didi Benami n Katie - reason lapuk saya ialah saya memang tak sukakan wanita gedik dan nampak berpura2, tolonglah oi...
Oh maaf kalau saya lebih teruja dengan Idola Amerika berbanding Idola Malaysia melalui Akademi Fantasia kelapan. Saya juga menonton AF8 tapi saya tidaklah seteruja menonton AI9. Kalau nak kutuk saya menyokong Amerika suka hatilah ye.
Pada saya kualiti tak harus dikekang oleh sempadan bangsa, agama dan negara. Satu ketika saya cukup benci bila stesen radio diarah tidak terlalu memainkan lagu2 dari seberang dan harus melebihkan lagu tempatan. Kemudian Anuar Zain dikutuk kerana mengguna penggubah lagu dari seberang untuk album terbarunya. Pada saya WTF? Lagu2 yang indah dan dilontarkan oleh suara yang hebat disekat untuk halwa kita mendengar, kemudian kita dipaksa mendengar lagu tangkap leleh yang dialun oleh suara yang albumnya dirakam mengguna bank mak bapak sendiri. Maaf saya tidak kata semua tapi sekarang terlalu ramai yang menyanyi lagu yang buat saya tutup radio - saya serius ok!
Apa salah saya menonton cerita Chuck hanya kerana Chuck itu Jewish? (Saya pernah di'sound' sekali)
Apa salah saya jika saya menolak lagu tempatan?
Dan salahkah saya jika saya memilih cerita House, Private Practice dan Grey's Anatomy berbanding Cinta Medik?
Tepuk dada tanya selera, pangku dagu tanya akal...
No comments:
Post a Comment