29.12.09

Hijrah 1431 & Tahun Baru 2010

Kalau aku ada tema untuk tahun baru, pastilah aku akan meletakkan temanya 'Muhasabah Diri'. Sepatutnya juga bila2 saja kita harus Muhasabah Diri, tidak perlu menunggu berputarnya 365 hari. Tapi tak mengapalah, segala kekilafan yang lalu, aku harap tema hijrahku kali ini benar2 dapat memperbaiki diri aku dan mempertingkatkan kecemerlangan diri, keluarga dan juga kerjaya aku.

Muhasabah diri. Satu pendekatan yang digunakan bagi memperbaiki kelemahan diri. Untuk menilai dan merenung semula baik buruk segala sesuatu yang dilakukan. Ianya bertujuan mengelakkan diri kita daripada melakukan kesilapan yang sama berulang2 kali. Kita sememangnya manusia yang sering lalai dan lemah juga tidak dapat lari dari melakukan khilaf. Untuk itu, anugerah yang tersangat unik telah diberikan oleh pencipta kita yang Maha Agung hanya untuk makhlukNya yang bernama manusia, "Anugerah Akal". Oleh itu, gunakanlah anugerah ini dengan sebaiknya bagi kita bermuhasbah, berfikir seterusnya memperbaiki kelemahan untuk menjadi yang lebih baik. Dan, untuk itu, jgn pula kita hanya memikirkan tentang kebaikan yang dilakukan. .. Na'uzubillahiminzalik.

[Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat. Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini.]---sebuah petikan.


Jadi aku mahu yang baik2 sahaja dalam apa jua. Aku mahu jadi Mama contoh kepada Maryam, Isteri yang lebih baik kepada Ahmad Kusyairi, Anak yang berguna kepada mak abah dan mertuaku, Adik/Kakak yang baik pada adik beradik dan iparku, pekerja yang lebih cemerlang untuk firmaku, sahabat yang baik untuk teman2ku dan paling aku cuba sedaya upaya ialah menjadi hamba yang taat kepada-Nya. InsyaAllah! Mungkin kedengaran sedikit keterlaluan tapi ini perkara baik kan? Haruslah percaya aku mampu lakukannya.

Aku juga mahu lebih bijak mengurus kewangan. Mengurus simpanan wang yang lebih teratur untuk kami sekeluarga. No more shopping berlebihan, mesti utamakan simpanan masa depan dan kesihatan. Untuk MJ simpanan pelajaran perlu aku peruntukkan secara tetap. Oh selain itu hutang2 haruslah dilangsaikan secara teratur lebih2 lagi PTPTNku itu. Alhamdulillah setakat ini semua hutang kami bayar secara teratur cuma aku saja yang selalu problem nak bayar PTPTN aku, takpe aku kan sedang berjanji memperbaiki keadaan ni. Bagus kan muhasabah diri ni?

Aku juga nak lebih bersyukur dengan apa yang aku miliki dan apa yang Allah telah anugerahkan kepada aku. Alhamdulillah aku hampir miliki semua walaupun semuanya sederhana. Walau rumah kami kecil dan ditempat yang sedikit crowded, tak pernah aku nak kata aku tak suka duduk disini kerna inilah syurga yang suamiku sediakan untuk kami. Inilah terbaik untuk kami setakat ini, sejujurnya aku suka cuma kebersihan yang pening nak pikirkan. Tapi saudara mara kami ramai disini dan kami hidup dalam harmoni-jadi tak perlulah kami minta lebih2 kan - InsyaAllah ada rezeki lebih kami akan cari syuga yang lebih tinggi. Lagipun mid valley tu blakang umah kami je, strategik untuk aktiviti kegemaran kami, op op ingat no more shopping berlebihan. Hahahaha. Kereta pun cukuplah rio hitam itu setakat ini, belum masa nak tukar lagi la rasanya, anak pun belum bertambah kan. Kang dah anak ramai, beli bas aje terus. Kerjaya pun kalau ada rezeki yang lebih baik maka berhijrahlah aku hendaknya. Oh ye sempena hijrah tahun ini genaplah setahun kami pindah ke rumah sekarang. Alhamdulillah.

Tahun baru ini juga aku perlulah bersikap lebih baik, tak mahu panas2 hati selalu, nak lebih cool sepanjang masa. Tak mahu jerit2 cakap ngan Maryam - hahahaha nak jadi mama contoh aku perlulah berusaha keras untuk ini. Aku nak jadi lebih rasional dan berfikir sebaik2nya sebelum buat apa juga. Semua perlu ada pro & kontra.Oh paling penting aku nak ubah sikap suka bertangguh aku dan akan cuba sedaya upaya memastikan rumah aku bersih! Ye melampau sungguh cita2 murni aku. Ya Allah moga aku dianugerakan usaha gigih untuk semua ini.

Oh apa lagi ye? Oh aku juga tak mahu pikir benda2 remeh dan masuk campur dalam hal2 yang ntah apa2. Tak mahu terlibat dengan benda2 yang tak berfaedah dan yang tak mendatangkan hasil. Senang cerita aku tak nak masuk campur hal orang lain. Kalau ada yang nak kongsi rahsia dan aku boleh jadi kaya oklah kan, yang boleh pandu aku ke syurga sangat2lah dialukan. Oh tahun depan juga moga aku lebih bisa menikmati hidup dengan lebih meriah. Hahahaha kan kawan baik aku dah kembali ke semenanjung, harap2 penuhlah aktiviti hebat kami selepas ini. Oh aku juga nak mengeratkan lagi silaturrahim dengan rakan2 yang selama ini semakin dilupakan atau tak rapat sebelum ini, selagi dapat meningkatkan kecemerlangan diri aku akan berusaha merapatkan tali persaudaraan.

Oh dan lagi? terlalu panjang dah ni kan? Tapi ada lagi aku rasa, takpelah aku akhiri buat kali ini. Nanti macamlah aku tak oleh sambung lagi kan. Kesimpulannya aku mahu yang baik2 saja untuk tahun ini, doakan aku berjaya menjadi insan yang berjaya memuhasabah diri, aku tak mahu melihat keburukan orang lain lebih banyak dari melihat diri aku sendiri. Moga Allah membantu aku dengan niat baik aku ini. Pada sahabat semua, apa jua azam anda untuk tahun baru kali ini, ambillah masa untuk renungkan diri. Aku juga insan biasa yang banyak kelemahan, dari saat ini aku berharap semalamlah hari terakhir aku melakukan kekhilafan. Walau esok aku akan masih tersilap, moga aku tak lupa memuhasabah diri. Sampai di sini dahulu, renung2kan dan selamat beramal...

2 comments:

Inty Winty said...

Ei, Mek! Aku ada bagitau kau lah aku nak jadik lecturer. Kan aku pernah kata 'I think I'd make a good teacher' nak ajar measurement, takyah amek lecturer uitm. ces.

R-B-I said...

kuikuikui, aku ingat kau tidak serius,manalah tau kau benar2 maksudkannya...oh!