17.10.09

Papadom with Papayam...

It has been 2 years since our last movie. At last Papadom break that record. Our last movie was The Dark Knight-2 days before i safely delivered Maryam. Lama eh? Hahahah terlalu busy membesarkan Maryam mungkin.
Komen? Saya ketawa dan menangis sama banyak. Macam biasa lawak aflin menjadi walau adakala seperti tak logik dan over-tapi masih boleh diterima oleh saya. Oh maaf kalau saya teremosi lebih ok tapi kenyataannya walau maryam tak ikut terlalu banyak mengingatkan saya padanya. Jangan tak tahu maryam ada patung mr bean sebijik macam miasara ada. patung maryam siap ada nama iaitu 'beanbean'. Saya teremosi kerana hal2 family memang saya mudah nak tersentuh ok. Hahahha maaf airmata saya berjurai2 masa papadom kata dia hanya ada miasara. Oh mungkin saya jadi terlebih emo sebab saya juga dah ada anak kan?
Watak paling saya suka?Hahahahah saya suka kemunculan mak mia iaitu Nurkhairiah - hikhik cumel bangat gitu. Dia muncul lengkap ngan kostum setiap suasana tu yang takjub skit tu. Que haidar lagi la tak boleh blah - wajib tayang sungguh. Oh dan saya rasa vanidah imran itu sangatlah makin cantik sekarang. Hisham Hashim - oh tolonglah kenapalah farid kamil tu slalu pegang watak mamat yang kononnya hensem? Scha? Oh lakonannya tak membanggakan saya. Chelsia minah sepet ni saya memang suka lakonan dia-bersahaja. Oh saper lagi-oh oh cik shukor? hakhakhak saya suka-saya suka. Ala lupa lak watak saadom-sama jek seperti aflin dalam filem2 dia yang lain.
Oh saya menonton filem ini bersama papayam-terima kasih la papa sebab belanja. Terima kasih jugak sebab papa tak pernah lupa tolong mama jaga maryam. Papalah orang paling mama percaya tuk jaga maryam selain nenek maryam. Tapi ingat pa, janganlah jadi saadom yek- biasa2 jeklah jaga maryam. Semoga kita berdua panjang umur tuk terus beri perlindungan pada anak2 kita. Amin. Oh silalah menonton filem ini ok. Aflin teruslah berkarya....

No comments: