8.7.10

The Spaniards, Re-fashion & Baking

Lalalalalallalalalala, sebelum kita mulakan saja nak bagitau saya belum tido lagi dari siang tadi, skang dah jam 5 pagi. Saja nak bagitau benda2 best yang menyebabkan saya masih belum tido. Hahahahahahaha benda best pertama ialah Spain layak ke akhir Piala Dunia Yo! Wow!!! Jerman amik tempat ketiga ajelah ye. Hahahahahahahahahahahaha.... Go spainish go!
Ok keduanya ialah yeeeaaaayyyyyyy! saya berjaya me-refashin baju yammito! hehehehehe sangat gila teruja nak refashion ok selepas baca blog2 orang refashin baju, why not kan, saya ni nak mereka lambat la skit, nak jadi tikus baiki labu tu InsyaAllah buleh. dan hasilnya adalah seperti di bawah ini :

Oh ini gambar baju sebelum di re-fashion. baju ni dah singkat ngan MJ, so jadi bahan ujikaji la kan.

Tadaaaaaa, ini rupanya selepas diubahsuai. Kain biru polkadot kecil ni dah lama bli konon nak buat baju yam tapi baru arini berjaya dibuat. Biasa ajelah yang ini, sebagai permulaan yang baik untuk saya. harus saya kembangkan sikit skirt ini, nanti yam mesti jalan macam jepun. Hohohoho...

Oh ketiganya ~ sudah berjaya mengukus dan membakar kek coklat!!!! Yaribba, feeewit, feeewit...seronok rasanya hari ini. Masa sangat terluang dengan sesuatu yang indah.
So enjoylah gambar2 saya memasak ye. macam biasa ada model penghias kek. pasni saya nak buat muffin perisa durian. Hahahahahahah...

Rupa kek dan muffin yang telah siap. gila merekah tiga kek saya. Rasanya? marbeles, macam seronoknya Spain kalahkan Jerman. Hahahahahahaha....

Model yang makan muffin dekat 10 ketul. hohohohoho...rasa nak gigit budak ni sebab dia sangat sibuk mengacau. Siap tabur cip coklat dalam pinggan.

Ni aksi2 yam yang konon2 banyak tolong mama. Buleh la dari takde langsung. Sib baik dia tak taburkan barang, tupun kene warning sampai MJ malas layan saya. Kuikui...

Nilah bahan2 yang digunakan. Nanti saya cerita pula cara2 memasak kek coklat kukus merekah tiga ini ye.

Oh indahnya terasa. Pasni boleh mencuba resepi baru lagi. Bolehlah buat kek harijadi untuk MJ. Hhohohohoho saya rasa best sebab 3 perkara best baru saja berlaku. Ok cau nak tido dah...

4 comments:

semut-terbersin said...

haippp!! tak pi kerja kah kol 5am baru nak tido?

R-B-I said...

Hahahahhaha pergi la, tapi bangun jam 9pagi daaaa, ni penangan refashion dan sepanyol la nih...

Inty Winty said...

Walaupun banyak gangguan, seronok time bake dengan anak. At least ada orang tolong jilat spatula dan mixer blades, kekeke.

R-B-I said...

tapi yam tak teruja nak makan sgt< sibuk nak main mixer jek...