Showing posts with label Lalalala.... Show all posts
Showing posts with label Lalalala.... Show all posts

20.8.10

Plan hari ini, esok dan lusa...

Takde cerita tuk hari ini kerana kemalasan melanda istana beta...Hihihihi petang ini berbuka di rumah adik iparku di Subang, pastu plan nak lepak ngan Rayyan's family. Esok macam nak pergi kerja tapi nampaknya jalan tar melambai2 indah. Ahad pula nak hosting masjlis berbuka bersama kawan2 di rumah sendiri. Habis bila nak menjahit nih? Ala, ala, ala...

Selamat berbuka semua...

8.4.10

Aku Pengkritik Bebas...

Nak saman? Oh gosh...baru kena kutuk benda yang betul nak main saman2 pula. Itulah artis zaman sekarang nak saman-menyaman yang zahirnya memang diri sendiri punya salah.

Cis intro tak boleh blah. Tiba2 nak kondem artis kat Malaysia pulak. Bukan apa kat Malaysia sekarang ni artis dah jadi ulama boleh keluarkan fakta haram halal - kononnya dia lebih tahu, haih sendiri tanggal skirt nak kata tak salah pula. Ada sorang ni lagi best dia nak saman sebab penyebaran gambar seksi fantasi dia. Kahkahkah bengapnya la artis sekarang ni, buat kenyataan yang serius sangat memalukan. Dah amik gambar hampir separuh bogel kemudian nak jaja cerita mereka ada maruah. Nauzubillah moga2 kita semua terpelihara dari kejahilan begini.

La apa saya melalut nih? Sebenarnya saya nak kritik ABPBH 2009 dari mata seorang penonton depan TV di rumah. Masa pembukaan I sibuk basuh pinggan kat dapur, jadi tidak la melihat sangat nyanyian pembukaan. Bunkface kan opening aritu? Hahahahah ada saya kesah?

Oklah kan majlis kali ni cuma saya nak komen:-

a) Baju pengacara kebanyakkannya tak boleh blah - macam majlis nak bertunang aje

b) Baju Farah Fauzana, Siti Nurhaliza & Liyana Jasmay menarik perhatian saya. Oh LJ tak pernah bajunya tak cantik.

c) Apa la kejadahnya persembahan lagu KRU & Feminin tu hah? Sangat2 merosakkan majlis, tolonglah tahun depan jangan lagi bagi org yang tak boleh menyanyi untuk menyanyi n terkinja2 atas pentas khasnya wanita. Please la penonton tak sebodoh itu nak tgk aksi terkinja yang melebihi vokal.

d) Eh si Rosyam tu kemaruk nak menang ker? Sibuk nak tolong Remy Ishak berucap n sibuk nak translated ucapan Tizz...hello kau ingat orang Malaysia bodoh sangat ke tak paham ucapan simple macam tu. Macam biadap n sgt tak profesional. Kalau nak sangat berucap masuk la bertanding balik. Tengok lu boleh menang ke tidak, sekarang dah banyak ayam muda kat pasaran tengoklah ayam pencen boleh ke lagi nak berlakon watak budak sekolah. Hai bersyukurlah ada Remy, Fizz n beberapa lagi pemuda lain. Kalau tidak balik2 muka dia yang pegang watak remaja, pemuda dan org tua. Tak kuasa mak nok!

e) Oh masa persembahan Khatijah, Dayang dan Alyah tu, sepatutnya Khatijah keluar lebih awal kan, baru nostalgia, takpun jemput Ramli Sarip sekali

f) Ala masa I tengah feeling Awie & Wings masuk lak Jac yang sangat2 spoilkan mud saya. Jac penyanyi hebat tapi dia kelihatan sangat canggung semasa bersama Awie, tak sesuai sangat, juga dah rosakkan mud ok. Black juga tenggelam bersama Wings sebab hanya Awie buah hati Wings. So kesimpulannya tak reti2? Lain kali let Awie & Wings conquer the stage, tak payah la ada backup singer lain kali.

Ini dari kaca mata saya. Takyah la nak saman2 saya. Sebab sibuk menyaman la kita tak kemana.