Nak saman? Oh gosh...baru kena kutuk benda yang betul nak main saman2 pula. Itulah artis zaman sekarang nak saman-menyaman yang zahirnya memang diri sendiri punya salah.
Cis intro tak boleh blah. Tiba2 nak kondem artis kat Malaysia pulak. Bukan apa kat Malaysia sekarang ni artis dah jadi ulama boleh keluarkan fakta haram halal - kononnya dia lebih tahu, haih sendiri tanggal skirt nak kata tak salah pula. Ada sorang ni lagi best dia nak saman sebab penyebaran gambar seksi fantasi dia. Kahkahkah bengapnya la artis sekarang ni, buat kenyataan yang serius sangat memalukan. Dah amik gambar hampir separuh bogel kemudian nak jaja cerita mereka ada maruah. Nauzubillah moga2 kita semua terpelihara dari kejahilan begini.
La apa saya melalut nih? Sebenarnya saya nak kritik ABPBH 2009 dari mata seorang penonton depan TV di rumah. Masa pembukaan I sibuk basuh pinggan kat dapur, jadi tidak la melihat sangat nyanyian pembukaan. Bunkface kan opening aritu? Hahahahah ada saya kesah?
Oklah kan majlis kali ni cuma saya nak komen:-
a) Baju pengacara kebanyakkannya tak boleh blah - macam majlis nak bertunang aje
b) Baju Farah Fauzana, Siti Nurhaliza & Liyana Jasmay menarik perhatian saya. Oh LJ tak pernah bajunya tak cantik.
c) Apa la kejadahnya persembahan lagu KRU & Feminin tu hah? Sangat2 merosakkan majlis, tolonglah tahun depan jangan lagi bagi org yang tak boleh menyanyi untuk menyanyi n terkinja2 atas pentas khasnya wanita. Please la penonton tak sebodoh itu nak tgk aksi terkinja yang melebihi vokal.
d) Eh si Rosyam tu kemaruk nak menang ker? Sibuk nak tolong Remy Ishak berucap n sibuk nak translated ucapan Tizz...hello kau ingat orang Malaysia bodoh sangat ke tak paham ucapan simple macam tu. Macam biadap n sgt tak profesional. Kalau nak sangat berucap masuk la bertanding balik. Tengok lu boleh menang ke tidak, sekarang dah banyak ayam muda kat pasaran tengoklah ayam pencen boleh ke lagi nak berlakon watak budak sekolah. Hai bersyukurlah ada Remy, Fizz n beberapa lagi pemuda lain. Kalau tidak balik2 muka dia yang pegang watak remaja, pemuda dan org tua. Tak kuasa mak nok!
e) Oh masa persembahan Khatijah, Dayang dan Alyah tu, sepatutnya Khatijah keluar lebih awal kan, baru nostalgia, takpun jemput Ramli Sarip sekali
f) Ala masa I tengah feeling Awie & Wings masuk lak Jac yang sangat2 spoilkan mud saya. Jac penyanyi hebat tapi dia kelihatan sangat canggung semasa bersama Awie, tak sesuai sangat, juga dah rosakkan mud ok. Black juga tenggelam bersama Wings sebab hanya Awie buah hati Wings. So kesimpulannya tak reti2? Lain kali let Awie & Wings conquer the stage, tak payah la ada backup singer lain kali.
Ini dari kaca mata saya. Takyah la nak saman2 saya. Sebab sibuk menyaman la kita tak kemana.
7 comments:
saye setujuuuuuuuuu!! setuju 100%..
aper yg saye setuju? haha setuju sbb persembahan yg tak bezz..saya sangat suka baju LJ! sweet gilaa kan?..
haha tu laa..sekarang ni semua org asik nak saman menyaman..suka kot naik turun court? kalo kalah, tak ke rugi nak kene bayor lawyer semua? ntah2 apa2 laa derang ni
Entahlah susah nak cari artis yang kuarkan statement educated, semuanya bodoh2 belaka. Tak kuasa mak nak layan. Kang sibuk suruh kita sokong artis Malaysia, tonton wayang kita, pastu bengang2 bila kita tgk citer Indon, tgk cinetron filipina...ntah pape ntah. Wartawan pun satu hal, dia kutuk artis kaw2, artis buat benda yang sama mereka melatah, sudahnya artis kena mintak maaf. Cess. Sekian
btol laaaa patutnye x pyh jemput dyg n alya tu kasi khaty je nyanyi sume.. aku heran gak lmbt gile kot kuar khaty tu aku rs die gi toilet kot.. tetibe tringt video clip nobody Korea tu haha.. and wings pon same.. kasi solo laa x yah join2 hihi
Ntah aku baru nak syok sendiri dgr lagu sejati lontaran vokal hebat awie, skali masuk jac dengan lirik salah apa segala, bengang la aku, nak jerit aje rasanya...
sokong perenggan no2 dalam entry nih.
kak, bila persembahan lagu kru feminin tu? x jumpe pun dalam youtube. yang live ri tu ter lepass.. hehe.
tak ingat la akak bila shu...hahahaha sori
Post a Comment