Hari ini saya memandang kalendar. Di tarikh 14/04/2010 tertera tulisan tangan saya yang berbunyi "100 hari Abah pergi".
Sedih? Hanya Allah yang tahu. Wajah Abah ada di mana2. Ingatan pada Abah tak pernah pudar. Wajah terakhirnya sebelum dikafan amat jelas di kotak memori saya. Tubuh kakunya takkan saya lupa sampai bila2.
Abah, abah...bagaimana nak saya panjangkan cerita cinta saya padanya?
Walau akal menerima dia telah tiada, namun hati masih mahu melihat senyumnya.
100 hari telahpun berlalu, sedih itu masih berlagu.
100 hari telahpun pergi, rindu ini tetap disini.
100 hari telahpun dilalui, marah ini tak surut lagi.
100 hari telahpun bersisa, cinta ini tak pernah sia2.
Abah ~ Al-Fatihah buatmu.
No comments:
Post a Comment