InsyaAllah MIL akan menunaikan umrah awal June nanti.
Waktu itu nanti saya juga akan mula kerja di tempat baru.
Oh macam mana dengan MJ?
Hmmm...
Hakikatnya saya gembira yang MIL sudah sampai rezekinya untuk kesana, kerna itu saya berharap MIL saya tidak gusarkan cucu kesayangannya itu. MJ sudah sedikit berdikari, sudah pandai susu botol, sudah mudah tidur siang.
Kata papa, papa mungkin akan ambil cuti menjaga MJ kerana papa tahu mama memang tak boleh bercuti.
Moga Allah memudahkan segala.
Terfikir untuk menghantar MJ ke sekolah sementara - sebagai latihan untuknya. Tapi sangat risau keselamatan dan kebolehsesuaian MJ bersekolah.
Mungkin boleh mencuba dengan menghantar ke kelas2 percubaan dulu kan. Ok akan memikir.
No comments:
Post a Comment