12.4.10

Barney vs Yang Ni

Saya baru lepas makan, ada rakan seofis belanja ayamas sempena kelahiran anak ketiganya. Sambutan normal di ofis saya biarpun anak dah yang kesekian kalinya. Hahahaha.

Ok nak merepek pasal apa pula hari ini ya. Em mari bercerita tentang MJ dan latihan membotolnya.

Alhamdulillah MJ sudah mahu membotol. Kali ini saya tidak terlalu berat melepaskan MJ membotol. Mungkin kerna itu segalanya mudah sedikit. Walau sedikit nak berair mata tengok dia cool aje menyimpang kaki menyoyot puting botol barney sambil menonton kartun saya tetap redha. Masih ada lebih kurang 4 bulan untuk saya menghentikan penyusuan susu ibu saya.

Sebagai sokongan padu dan tidak berbelah bagi saya belikan MJ botol susu berkepala Barney. Hahahahah biasalah saya memang over, yelah masa saya kecil mana ada, botol cap ayam je saya guna agaknya. Tapi tak kisahlah kan sebab saya tahu saya mendapat susu ibu juga semasa kecilnya saya. Hehehehehe, MJ akan menyusu sambil menggentel penutup botol yg merupakan replika kepala Barney. Bajet cute la kan dia buat begitu.

Namun MJ akan minum sedikit2, main2 jap kang baring tangok tv n hisap lagi. Tapi yang bagusnya MJ akan dirikan botolnya siap bertutup ok, terasa sejuk je mata tengok MJ begitu. Dan kalau dah habis MJ dengan sendirinya akan letak dalam sinki. Very gug girl * Nenek banyak terapkan nilai2 murni begini - acih nyenyek *

Tapi kalau dia tak mahu, tidak perlu paksa, cuma ciptakan sebuah cerita dongeng klasik - InsyaAllah MJ akan minum. Tapi mama selalu kalah ye sebab mama pembekal susu segar kesukaan MJ.

Bila mama kata "Mama buat dalam botol Barney ye?"

MJ jawab "Tak nak"

"Habis tu nak yang mana?"

"Yang niiiiiii"

Jadi pikirlah dia tunjuk ni tu kat mana. Hahahahahahahaha...

No comments: