Macam2 berlaku di bulan ramadhan ni, macam2 kisah ada. Cerita2 ini saya sekadar nak berkongsi, bukanlah membuaka aib sesiapa. Jauh sekali kerana saya tahu saya tidak sempurna mana. Ambillah cerita ini sebagai peringatan, yang mana baik kita sama2lah jadikan amalan, yang mana salah baikilah saya.
Alhamdulillah biasanya bulan Ramadhan ramai yang mula berhijrah, maksud saya berhijrah ke arah kebaikan. Ada yang mula memakai tudung, Alhamdulillah sangat2. Ada yang mula kembali bersolat, juga Alhamdulillah. Saya juga cuba sedaya upaya menjaga solat saya, saya tahu saya juga culas kadang kala, aurat juga saya cuba menambah baik penutupannya. Saya masih lagi jauh, masih merangkak untuk menuju jalanNya yang benar.
Namun masih ada yang saya rasa terkilan. Biasanya bulan ramadhan saja kita menambahkan keimanan kita. Saya juga mengingatkan diri saya. Maaf sudah saya katakan saya tidak memberukkan sesiapa, sekadar mengingatkan diri sendiri juga.
Yang buat saya gembira junior di ofis saya mula ikut saya ke surau. Saya berdoa dia akan turut saya selamanya. Namun dihari keberapa dia tiba2 malas dan kata begini :-
"Akak orang tak solat eh, lupa bawak minyak baby nak cuci mascara, malas pun ye"
Ya Allah...masa ni remuk hati saya. Memang dia jujur tapi janganlah mention sebijik2 depan saya. Sodih sungguh den ghaso.
Sorang lagi begini pula :-
"Apsal muka puas hati gila nih?" tanya saya.
"takleh puasa, tu yang suka gila tuh" jawabnya.
Ish, ish, ish, tak boleh puasa di bulan Ramadhan amatlah sedihnya bagi saya. Kenapa ada orang yang gembira. Kalau boleh biarlah period lambat datang supaya boleh puasa banyak. Tapi mungkin kawan saya gurau aje kot. Takpelah.
Dan satu lagi hal ialah kawan2 saya yang tak boleh puasa ni selamba aje makan dalam opis. Ye saya tau opis saya semua sepet2 tapi saya rasa tak manis la makan dengan selamba di siang hari di bulan puasa. Kalau anda tak kisah hormatlah muslim lain yang berpuasa dan sekurang2nya muliakanlah bulan Ramadhan. Kalau orang tak tahu anda tak puasa lagilah bagus. Fikirkanlah apa pandangan bukan islam pada agama kita yang suci ni. Yang bestnya nampak masa bulan puasa nilah yang paling beria2 makan. Bulan tak puasa biasa2 je rasanya. hari2 lak tu bli mc d, aduyai serius saya tak tahan bau kentang goreng mc d, memang tak boleh tahan dari menelan liur. Hah kan dah ganggu iman orang puasa tu! Wallahualam.
Okehlah saya cau dulu. Jangan ada yang amik ati, saya sekadar berkongsi dan mengingat diri sendiri. Saya tidak baik sangat tapi sedang cuba juga memperbaiki diri. Marilah kita sama2. Wassalam...
2 comments:
bila tak dapat puasa adalah sangat rugi!
huhu walopon saya tak bleh berpuasa, tp saya tetap macam org puasa..tak makan tak minum..saya segan nak makan/minum kat opis..padahal org keliling2 adalah yg bermata2 sepet
Baguslah begitu, bukan tak boleh tapi sama2lah kita menghormati Ramadhan yang mulia ni, ni kawan tgh makan subway...aduyai...
Post a Comment