*Sigh*
Apahal lak mulakan entry baru ni dgn mengeluh. Tak baik la, kan lebih manis jika mulakan dengan salam atau bismillah.
Baik2 mari mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Saya cuma rasa nak mengeluh bila baca blog seorang rakan semalam. Beliau adalah blog Puan Semut yang asyik2 terbersin. Hahahahah. Bukan apa ada ker seorang peninggal komen kata beliau stupid kerana menjaja maruah sendiri di blog beliau. Choiii sangat bak kata kakak saya. Pang! Kasi penampar sekali.
Orang macam ni perasan mereka bagus la saya rasa. Itu blog luahan rasa yang ikhlas, bior ke lantok la nak tulis apa, nak baca bacalah, tak mau sila la blah. Kalau rasa nak nasihat nasihat la cara manis, ni ada ke kata orang stupid. Pang! sekali lagi.
Pada pendapat saya penulis blog yang ikhlas menulis lebih baik berbanding mereka yang mereka-reka cerita hebat, selalu ingin menunjuk2 dan ntah apa2 segala. Lepas tu perasan la blog dia hebat dan cakap merepek2 padahal orang tahu dia cakap n cerita itu ialah cerita merapu. Siap menokok tambah lagi. Takpun cerita yang baik2 sahaja, tak pernah sekali pun dia cerita dia termalu ker, dia jatuh ker...semua cerita manis2 jek. Chess.
Saya akan baca blog yang saya suka, ada blog yang saya sangat ternanti2 penulisan si tukang tulis, sangat teruja untuk membaca kerana kelucuan mereka atau kehidupan mereka yang indah, namun ada juga yang saya baca dan tunggu2 hanya kerana saya seronok membaca kemerapuan dan ketidakrasionalan si tukang blog. Senang kata bukan semua blog saya ikuti kerana saya rasa blog mereka best, kadang2 seronok jek nak baca n kutuk mereka dengan berkata "Ngek nya la dia ni"...tapi takdelah saya nak tinggal komen kata mereka ni selenge atau bodoh. Blog anda lantak anda la anda nak merapu apa pun. Macam blog saya ni, kalau anda nak kata merepek ke, tak best ker, ada saya kesah???? Ada, ada?
Kadang bila kakak saya kata dia tergelak2 baca entry di blog saya, saya rasa itu satu pujian atas penulisan saya dan saya rasa seronok. Dan bila ada yang tinggal komen juga saya rasa best la, sebab ada orang komen. Hahahahah tapi kalau takde? Oh takkan menghancur semangat saya untuk menulis. Tak komen tak maksud orang tak baca kan. Tak baca pun apa masalah? Biar ke lantak lagi sekali.
Tapi ini amaran saya >>> hey yang ada blog tapi tak apdate tu tolonglah ye, apdate la skali skala...jangan la malas sangat okeh. Mungkin saya tunggu2 penulisan anda sebab saya suka atau????....hahahaha atau mungkin saya tunggu sebab saya tak sabar nak kutuk anda.....hahahahahahahah
Till then....ada saya kesahhhhh mak esah????
31.3.10
26.3.10
«Bau April yang manis»
Ateh! Tak nak baca ker entry nih? Ces kalau tak nak baca malam kang dalam kereta I berikan u ceramah secara percuma di sepanjang perjalan kita menuju tanah kelahiran kita. So better u baca then habiskan airliur I okeh!
Oh bau April memang manis. Terasa ingin menyanyi2 lagu 'Bila April' nyanyian Fazley suatu masa dulu. Oh bila April Ateh jangan la cuba lari.
Kenapa dengan April. Kikikiki...sambil tersipu2 malu saya nak bagitau April adalah bulan kelahirann saya. Jadi saya sangat sukakan April dan angka 28, ditarikh itulah saya dilahirkan "ebih kurang 28 tahun lepas. Aduh sudah 28 kah umur saya? Benarkah? Oh...*sambil bergenang airmata terharu*
Sebenarnya sekarang saya lebih teruja memikir dan membuat plan untuk menyambut ulangtahun kelahiran Maryam yang akan tiba lagi 4 bulan. Hahahaha gila meroyan, padahal harijadi I next month je, pastu harijadi Papa Maryam bulan 5. Apakah gila seorang saya yang telah merangka plan untuk harijadi Maryam. Kikiki mestilah saya lebih teruja untuk Maryam, besday dia boleh la wat over2, takkan besday saya nak berbelon2 bagai kan? Hikhik tapi apa salahnya kan kalau saya mengoverkan diri di party birthday saya nanti? Hah ada party birthday saya? Hah? Hah? Hah?
Kikikiki ntahlah tak tahu la ada ke tak, tapi adalah kot tapi secara kecik2 je. Ala janganlah sedih saya ni dah tua bangka, nanti malulah kalau ada party, tapi party anak saya tu konpem ada. Hah apalagi conteng la kalender hujung Julai ada party Maryam. Hahahahaha mak teruja ok!
Eh eh birthday ni Papayam dah bagi hadiah Blackberry ni, jadi takdelah hadiah lagi. Eh ada kot Ateh tak kasi lagi, tak nak tudung dah ye Ateh, wallet pun tak mahu tapi saya rasa saya mau sling bag seperti di 9 west aritu. Takpun yang comel2 pun takpe.
Hmmm, apa wish saya untuk diri sendiri agaknya? Panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu serta terus dapat hidup dalam satu kehidupan yang penuh kasih sayang. Aiseh itu saja? Oh ada lagi...saya berdoa agar saya sukses di tempat kerja baru. Emm maybe saya nak sebuah printer untuk diri saya oh atau mungkin sebuah percutian yang hebat? Kuikui InsyaAllah.
Ok kalau ada party bueh nanti saya jemput. Takyah wat surprise party kalau takde hadiah n tema ok!
Sekian.

24.3.10
::WAKE UP CALL::
Saya telah mendapat keizinan dari isteri penulis asal untuk meletakkan penulisan seperti di bawah ke dalam post di blog saya. Penulisan ini menarik perhatian saya di mana saya juga mempunyai kerisauan dan keprihatinan yang sama sementelah pula penulisan ini memang sebuah penulisan yang baik. Jika anda juga rasa ini baik untuk disebarkan, ikutilah langkah saya kerana saya yakin penulis asalnya amat berbesar hati jika anda juga berbuat demikian lebih2 lagi jika blog anda diikuti oleh ramai pembaca. Shu n Lan tak amik royalti kan? Moga Allah yang akan me'reward' kamu berdua.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, mulakanlah pembacaan anda semua.
=====================================================================================
Before we begin, here are some questions for us to ask ourselves.
Why are we here in this world?
Who we really are?
Where do we come from?
Where will we go eventually?
Look around us...are you worried?
Think properly before you answer all these questions. If you get them right you definitely get my point before i even begun.
I am very2x concern about our people in Malaysia. Even much more concern thinking the fact that i have kids whom i know will be facing such great challenges ahead. That is why i am writing this entry; to call for a wake up call.... as i believe that IT IS NEVER TOO LATE!
As Malaysians, we should be grateful that our country is bestowed so much by God. We are probably among the very few countries that still maintain our peacefulness and prosperity. We are definitely the very few pieces of land out of the 1/4 land of this world that is out of the natural disaster zone. There is no earthquake (yet), no tornedo... no active volcanos... but yet our people also perhaps are the least to show our gratefulness to God.
Just flip any pages in the newspaper. What we see on daily basis are the proofs of our social crisis and deterioration. Murder cases on the rise. Innocent and helpless people like the elderly and the children are increasingly the target. Infants dead bodies dumped in the drain. How sickening is that??? We have lost our human touch. Simply because we disconnect ourselves from the Creator. We have forgotten our root. We disregard our promises. We lead our life in this world as if we are going to live forever. Wake up people... we may die anytime soon!! Do not let our ignorance destroy our children's future... and if we do nothing about this social crisis, we.. who live now, we... who can think, we... who can actually do something about it, is very much at fault!!!!
The past few weeks of my working life in the neonatal unit, Paediatric has been very disturbing.
More and more babies are now born without a registered father. You know what i mean. Issues which were considered norm in the west, is now hitting our nation like mine bombs. Some mothers gave birth to babies without even knowing who is the father. Sadly enough, the numbers are increasing. How can we be sure that these innocent babies will grow up later without screwing themselves up when they know their parents were screwed up. This vicious cycle will continue on and on and on, if we do nothing about it.
Allah says in the Quran that we are His best creation. We are His Khalifs (the leader). So we should be one. Those who can see should lead the blind to the light. Those who can think has responsibilities to be done. Do not let this nonsense to predominate our peaceful nation and to bring Allah's wrath. Lets educate our children, brothers and sisters. Let them know closely who is the Creator. Clarify to them our aim in this world. Introduce them to the best role model in the history of human race - Muhammad S.A.W. By educating them, then only we can activate the whole society collectively, as the most important entity is the family unit itself ,and the individual members it encompasses.
I have more to write, but this is all for now. Sorry for any wrongsayings but this entry is simply a reminder for myself and others. I love my country. I love my family. It is our job to determine the future of the country, none other.
Tq,
Dr. LanHelmy

Million Thanks to Shu & Lan.

23.3.10
Mode : Muhasabah Diri
Banyak sebab kenapa saya rasa saya sangat harus mendakap kehidupan ini dengan penuh rasa kesyukuran.
Kata orang kalau kita naik kereta renunglah mereka yang menaiki motosikal. Kalau kita sedang menunggang motosikal maka lihatlah mereka yang berbasikal...dan begitulah seterusnya. Maka dengan itu kita akan merasa betapa bertuahnya kita. Namun sesekali lihatlah juga mereka yang memandu kereta hebat - sekadar untuk menjadi perangsang untuk kita lebih berjaya.
Hidup ini penuh dengan kasih sayang.
Hidup ini melimpah dengan cinta.
Hidup ini telah hampir sempurna kisahnya.
Cuma manusia itu tidak sempurna sifatnya.
Tidak pernah cukup dengan apa yang ada.
Tidak pernah puas dengan apa yang ada di depan mata.
Demi Allah saya memohon padaNya ingatkanlah saya dengan segala kurniaanNya.
Dengan kasih yang melimpah, dengan cinta yang meruah ini.
Moga saya tak tersasar dari jalanNya.

22.3.10
*Chapter yang tak abis...*
Benci.
Boleh blah!
Oh maaf tiba2 saya teremosi. Tiada apa pun cuma terganggu seketika emosi apabila facebook saya di'add' oleh rakan sekolah. Siapa? Hai kalau tak sesiapa atau teman baik mestilah saya biasa2 dan suka tapi ini mamat yang menjadi pujaan saya suatu masa dulu. Hahahahaha, kenapa benci? Oh kerana dia tak maukan saya, dan kerana menunggu dia saya terpaksa menghentikan chapter indah dalam hidup saya dari terus bercambah. Oleh itu pen'reject'an ini menjadikan saya sangat menyampahlah padanya kan lebih2 lagi tahun lepas dia menghantar kad jemputan kahwinnya pada saya. Hakhakhak nasib baik saya sudah berkahwin dan ada anak satu, kalau tidak tentu saja saya menangis di dalam bilik sambil mengunci pintu dan mendengar lagu 'Tenda Biru' sambil menari-nari ala2 cerita glee. *Bayangkan saya nari2 sambil nangis2 - loser betul*
Ceh sudah, hentikan tarian tenda biru saya tu. Tak kuasanya saya nak menangis begitu. Dulu mungkin la saya suka dia, tapi saya pun ngorat2 orang lain juga, hehehehe. Dan skang kan saya dah kahwin dengan Encik Ahmad Kusyairi yang ngorat2 saya kat Mc Donald's dulu. Alhamdulillah dialah my other pieces dan doa saya moga dialah orang yang bersama saya sampai bila2.
Tapi cuma saya nak bagitau saya memang ada sebuah perasaan tak puas hati dengan mamat tenda biru ni. Tak suka, tak suka, tak suka. Sebab kerana dialah saya ada sebuah kisah 'Chapter tak abis'. Sangat benci dia kerana itu. Kerana saya masih memahat kukuh kisah itu dan amarah saya padanya takkan padam dan saya nak cakap pada mamat ni 'Lu boleh blah!'
Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang dan sangat2 menghargainya namun sebagai manusia kita tetap akan ada sebuah rasa terkilan. Dan saya masih mengingati chapter dimana saya bertemu dia yang membahagiakan hari saya dan saya telah menerima hakikat chapter saya tidak boleh dihabiskan dengan sebuah pengakhiran yang gembira. Namun saya masih dikurnia sebuah chapter yang bahagia dan saya berdoa akan memeluk kebahagiaan ini sampai bila2. Walau saya masih mengenang gembira lalu namun tidak sesekali saya mendua kasih sayang saya yang sedia ada.
Oh saya benci mamat tenda biru dan saya masih mengenang mamat chapter tak abis namun saya tetap mencintai famili saya. Saya hanya manusia biasa kerna itu maafkan saya.
*Chapter end - tak paham takpe*

19.3.10
Idola Amerika VS Akademi Fantasia
Oh saya amatlah tiada mud untuk terus mengira besi2 rasuk ini.
Lalu marilah kita bercerita, cerita tentang Idola Amerika.
Ye harapnya saya dapat mengikuti rancangan American Idol setiap minggu tanpa gagal walaupun ia adalah ulangan.
Saya dr mula sukakan Andrew Garcia kerana suara huskynya itu, namun lately dia seperti tak power sangat. *Sigh*. Namun saya juga sukakan Lee Dewyze si penjual cat yang sangat pemalu. Oh suaranya sangat enak di pendengaran ini dan saya meramal beliau akan menjadi top 3 dan seterusnya juara mungkin.
Oh sape yang saya sedikit tak suka? Oh ye saya tak sukakan Didi Benami n Katie - reason lapuk saya ialah saya memang tak sukakan wanita gedik dan nampak berpura2, tolonglah oi...
Oh maaf kalau saya lebih teruja dengan Idola Amerika berbanding Idola Malaysia melalui Akademi Fantasia kelapan. Saya juga menonton AF8 tapi saya tidaklah seteruja menonton AI9. Kalau nak kutuk saya menyokong Amerika suka hatilah ye.
Pada saya kualiti tak harus dikekang oleh sempadan bangsa, agama dan negara. Satu ketika saya cukup benci bila stesen radio diarah tidak terlalu memainkan lagu2 dari seberang dan harus melebihkan lagu tempatan. Kemudian Anuar Zain dikutuk kerana mengguna penggubah lagu dari seberang untuk album terbarunya. Pada saya WTF? Lagu2 yang indah dan dilontarkan oleh suara yang hebat disekat untuk halwa kita mendengar, kemudian kita dipaksa mendengar lagu tangkap leleh yang dialun oleh suara yang albumnya dirakam mengguna bank mak bapak sendiri. Maaf saya tidak kata semua tapi sekarang terlalu ramai yang menyanyi lagu yang buat saya tutup radio - saya serius ok!
Apa salah saya menonton cerita Chuck hanya kerana Chuck itu Jewish? (Saya pernah di'sound' sekali)
Apa salah saya jika saya menolak lagu tempatan?
Dan salahkah saya jika saya memilih cerita House, Private Practice dan Grey's Anatomy berbanding Cinta Medik?
Tepuk dada tanya selera, pangku dagu tanya akal...

18.3.10
*Resign Letter*
Encik bos tersayang...
Ini adalah sebab2 manis saya nak berhenti kerja seperti yang saya beritahu bos semalam semasa bos panggil saya :-
i) Saya nak berenti kerja sebab saya dah dapat tawaran yang lebih bagus.
ii) Skop kerja saya di tempat baru juga lebih luas.
iii) Saya juga akan diberi kepercayaan untuk bergerak sendiri.
iv) Gaji saya juga naik 30% dari apa yang bos bagi saya sekarang.
v) Tempat kerja juga lebih kurang disini juga - takpe saya akan biasakan diri saya.
Namun sebenarnya bos, renungkanlah disebalik pemergian saya seperti di bawah :-
i) Memang tawaran saya dapat lebih baik tapi saya sudah amat selesa disini sehinggalah bos menjadi bos saya, saya telah dianaktirikan.
ii) Skop kerja saya disini amat kecil dan saya mmg takkan berkembang jika terus disini-I want to fly higher...
iii) Bos tak percaya kebolehan saya, saya amat terluka bila bos mempertikaikan saya dan memberi arahan supaya saya tak bercakap di dalam mtg yang selama ini bos jadikan saya kambing hitam bila ada perkara pending. Detik itu saya dah tawar hati dgn bos.
iv) Ye saya dpt gaji banyak...bos mmg tak mampu bagi, takyah la counter offer saya kalau bos hanya nak beri saya 10-15%, saya dapat 30% kenaikan dan sejujurnya saya memang ingin dan akan pergi tak kiralah apa jua yang bos tawarkan kepada saya...
Saya dah sgt terluka bila saya dianaktiri, saya tahulah mata saya tak sesepet bos, lidah saya fasih berbahasa melayu dan saya rajin mandi setiap pagi, tapi layan la saya baik2 sikit. Increment saya tak sampai 10%, sedang yang lain get more than 20%-padahal keje ntah apa2, saya tahu saya banyak cuti tapi tahun lepas saja saya keluarkan beberapa tender yang berikan ofis ini sumber kewangan. Apalah salahnya jaga saya hati saya dgn bagi saya 10% seperti biasa? Tentulah saya tak syak wasangka dan rasa tak dihargai sebegini.
Lebih pedih bila bonus saya juga diberi juga kurang sebulan. Saat itu saya rasa saya sgt tidak berguna dan apalah penghargaan dari penat lelah saya bekerja. Sebulan bonus untuk saya banyak manalah sangat berbanding apa yang telah saya sumbangkan selama setahun bekerja. Sudahlah gaji saya bukanlah besar mana. Saya betul2 kecewa dan rasa tiada gunanya lagi saya disini.
Bukan saya tidak bersyukur tapi saya telah dipijak, hati saya telah diguris2. Bos membuat separuh jiwa saya pergi. Bos benar2 tidak membuat saya rasa selesa bekerja dengan bos.
Maaf bos, sememang saya mengidolakan bos berkulit putih saya sebelum ini. Bos memang jauh panggang dari api jika dibanding dengan beliau. Beliau sentiasa menjaga hati kami, dan kami seronok bekerja dengannya. Bekerja mati2an untuk bos, kirim salam bahasa cina la ok.
Sekian saja bos. Doakan bintang saya bersinar di Mont Kiara.

17.3.10
(",)
Saya telah menghadiri sebuah temuduga.
Dan telah berjaya.
Telah juga mendapat Letter of Appointment.
Dan juga telah menghantar surat resign.
Akhirnya saya akan berhenti juga.
Alhamdulillah Allah SWT telah membuka pintu rezeki saya sedang saya sudah hampir putus asa untuk mencuba.
Moga Allah juga telah mengatur yang terbaik untuk saya.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....Syukur padaMu.

6.3.10
Penyusuan Susu Ibu - Cara Saya
::Maryam, Mama & Maryam's frens::
Mari kita bercerita tentang penyusuan susu ibu >>>>>>> cara saya.
Hahahah terasa janggal pula kerana saya ini baru anak seorang sudah mahu pandai2 bercerita tentang penyusuan susu ibu pula. Oh, oh jangan silap sangka dan baca dengan tenang dan baik2 - sudah saya katakan seperti di atas - Penyusuan Susu Ibu Cara Saya.
Baik biar saya mulakan begini - saya bukanlah obses atau mengikut trend atau mengikut ibu2 lain yang ingin menyusukan anak mereka. Ini naluri semulajadi saya dan saya ingin memberikan anak saya hak mereka. Cukup rasanya saya meletakkan alasan saya sebegini.
Syukur saya dikelilingi teman2 yang juga bersungguh2 ingin menyusukan anak mereka, lebih bertuah ramai kawan2 yang melahirkan anak sebaya Maryam. Paling terbaik di sebelah saya adalah Intan - dan Alhamdulillah kami masih sama2 menyusukan anak kami yang telah setahun 7 bulan usia mereka. Beberapa kawan saya kecundang di tengah jalan - Elly dan Nurul misalnya. Saya simpati kerana masalah mereka adalah anak mereka sendiri menolak disusukan - saya tahu betapa mereka kecewa dan kerana itu saya seharusnya bersyukur kerana hingga ke saat ini Maryam masih mendambakan susu saya.
Saya selalu berdiskusi bersama Intan tentang penyusuan. Kami sama2 memutuskan untuk menyusukan anak kami sehingga mereka berusia 2 tahun. Kenapa? Kerana di dalam Al-Quran menyatakan jika ingin menyempurnakan penyusuan itu haruslah genap 2 tahun.
Lebih kurang 3 bulan lepas saya berhenti mengepam di opis. Dan kesannya? Oh sudah tentulah produktiviti susu saya menurun, kasihan sungguh anak saya. Dan saya kesal kerana berhenti mengepam. Saya berhenti mengepam kerana :-
i)Saya malas
ii)Maryam tak minum susu perahan itu
iii)Saya fikir susu saya pasti ok-ok saja penghasilannya
iv) Ok kot berhenti kerana saya bagi Maryam menyusu malam saja lagipun Maryam dah faham cakap saya tentu senang nak bagi dia susu formula jika susu saya tidak mencukupi.
Ternyata malas saya tak berbaloi. Jadi paling penting jika anda ingin menyusukan anak anda, anda mestilah rajin dan tiada perkataan malas dalam kamus penyusuan anda. Alasan kedua saya tidak boleh berbuat apa2 kerana budak pandai ini meemang tak mahu dibotolkan - jika saya bagi dengan straw sekalipun dia minum sedikit sahaja - sememangnya dia mahukan susunya secara segar terus dari ladang. Hahahahaha.
Dan alasan ketiga adalah alasan bodok ok! Walau telah mengetahui fakta ini, saya tetap yakin susu saya akan ok-ok saja penghasilannya walaupun saya tidak memerah. Saya sengaja meyakini sesuatu yang saya tahu salah. Atau mungkin saya sengaja ingin menguji power atau tidak mesin susu saya ini. Haih bongok juga boleh dikata - cuba menduga laut dalam dengan kail sejengkal panjang. Harus diingat payudara yang susunya dikosongkan akan menjadikan ia lebih produktif. Mana saya tak berlagak - setiap kali pam saya akan berjaya memperoleh 5-6oz, walau tidaklah banyak sangat tapi kira tahap terbaik la tu. kalau saya tak mengepam lebih dari jam 1 tghr pastilah payudara saya bengkak dan berlaku lelehan. Serius saya pada satu ketika mengalami bengkak payudara sehingga demam ketar - sakit sungguh rasanya. Mungkin kerana itu saya yakin susu saya takkan mengalami kemerosoton sehingga sebegini.
Alasan keempat pula memakan diri saya sendiri. Rupanya tidak semudah yang disangka, Maryam walau sudah memahami arahan dan permintaan saya rupanya tetap tidak berganjak dengan pendirian beliau menolak susu dari botol. Pujuklah macam mana sekalipun, jika saya ada di depan mata dia akan menangis sambil menggeleng2 kepalanya tanda tidak mahu susu botol dan tetap mahu di'babu'kan. Jika saya sudah naik angin sekalipun Maryam cuma meletakkan puting botol dimulutnya untuk menjaga hati saya. Kemudian dia akan menunggu saya sejuk sedikit dan kembali minta babunya. Haih, susah rupanya berurusan dengan Maryam ini. Sekali-sekala jika Maryam membotol kuantitinya hanya 1-2oz sahaja. Itupun jika ada rakan featuring - Uzayr misalnya (Anak jagaan MIL saya)
Jadi pada mereka diluar sana, jadikan cerita saya ini sebuah tauladan. Jangan ingat penyusuan susu ibu ini terlalu sukar dan jangan ambil remeh juga. Pertama nasihat saya sediakan diri anda dengan ilmu dan pengetahuan yang banyak tentang penyusuan susu ibu jika anda ingin cemerlang dalam menyusukan. Nasihat saya :-
i) Hadirilah kelas penyusuan yang ada - banyak hospital anjurkan kelas2 sebegini
ii) Bacalah buku berkaitan penyusuan - buat rujukan dan kajian, surf jek internet okeh - sangat banyak artikel boleh dibaca. Oh saya sendiri siap meminjam dari library buku berkaitan penyusuan - "Breastfeeding for dummies" okeh...
iii) Carilah kawan2 sesusuan - maksud saya kawan2 yang juga menyusukan anak mereka, minta pandangan dan bantuan mereka. Saya ada Intan.
iv) Berusahalah menambah ilmu tentang penyusuan, hadirilah seminar atau cara paling mudah lawatilah forum2 penyusuan seperti di susuibu.com
Jika anda berminat nak tahu bagaimana tubuh kurus saya ini menghasilkan susu untuk Maryam, inilah resepi saya :-
i) Pertamanya - pengetahuan tentang penyusuan mesti ada, saya tak kata saya tahu banyak cuma asas kena tahu okeh.
ii) Minum air dengan banyak - demi anak saya mengubah tabiat malas minum air kosong, kini saya memastikan saya minum 1 liter air kosong.
iii) Saya juga ambil air soya, minum barli suam (saya rasa saya tak boleh ambil barli ais sebab berapa kali saya ambil saya kene bengkak susu dan saya serik)
iv) Saya mencuba petua2 yang orang kata mampu menambah susu saya - saya makan pegaga, minum barli dan juga saya minum air longan rebus dan ia berhasil - Alhamdulillah.
iv) Saya pastikan saya tak skip mana2 makan samada sarapan, tengahari atau malam - sebabnya saya perlu manghasilkan susu untuk anak saya. Dan sememangnya menyusukan menyebabkan saya lapar dan banyak makan.
v) Saya ambil supplement - saya masih makan Obimin sehingga sekarang.
vi) Semangat dan yakin diri mesti tinggi.
vii) Berdoa, doa dan doa - Ini senjata kita sebagai seorang Islam, jadi jangan lupa berdoa kepadaNya.
Sekian. Hingga jumpa lagi.
2.3.10
Budak pandai yang sedikit lucah...
Pagi ini saya mandi bersama Maryam.
Sewaktu mandi saya bertanya Maryam.
"Maryam...???"
Dan Maryam menyahut "Annah"(Jannah)
"Maryam budak...???"
"O-mey" (Comel-oh perasan la anak saya ni)
"Papa nama sapa?"
"Amad Yeyi" (Ahmad Kusyairi)
"Papa keje kat mana?"
"Mek unel" (Mc Donald okeh)
Selesai mandi kami bersiap. Saya menyiapkan Maryam dahulu seperti biasa. Selepas Maryam siap berpakaian saya mengambil bra dan meletakkannya di atas katil dan saya keluar dari bilik. Tiba-tiba...
"Mama, mama, opek..." Maryam berlari menuju saya sambil menjinjing sesuatu yang ditunjukkan kepada saya sambil tersenyum malu.
Saya menahan gelak lalu berkata "Itu bra sayang bukan *opek"
"Biya, biya" Maryam pandang saya untuk mendapat kepastian.
"Ye bra, dalam bra ada apa?"Hahahaha saya ni pun saja mengajar yang bukan2.
Surprisingly she said "Opek"
Saya senyum lagi sambil tambah "Dalam *opek ada apa?"
Dan spontannya Maryam menjawab "Babuu"
Sekian cerita budak pandai yang sedikit berbaur lucah.

Subscribe to:
Posts (Atom)