30.4.10

Tahniah!



For my one and only little brother : Congrats! Wish we were there and wish Abah was there too...I know he was there watching you...

16.4.10

LiFe iS a giFt

Today before u say an unkind word
-Think of someone who can't speak
Before u complain about the taste of ur food
-Think of someone who has nothing to eat
Before u complain of ur husband or wife
-Think of someone who's crying out to GOD for a companion

Today before you complain about life
- Think of someone who died too early on this earth
Before u complain about ur children
- Think of those who desire children but are barren
Before u argue about your dirty house someone didn't clean or sweep
- Think of those who are living in the streets and alleys
Before whining about the distance u drive
- Think of someone who walks the same distance

And when u are tired and complain about your job
- Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had ur job
But before u think of pointing the finger or condemning another
- Remember that not one of us is without faults
And when depressing thoughts seem to get u down
- Put a smile on your face and be thankful: You're alive and still around.

P/S : I amik petikan ni kat kalendar...

15.4.10

Bila dah taiko...

Tadi senior saya tanya, saya datang pukul berapa.

Saya jawab macam biasalah saya datang lambat.

Then dia kata "Nanti kalau kerja..."

Saya dengan rakusnya memintas *takyah la buang masa kalau tahu maksud nak disampai kan?*

"Nanti kat tempat baru, saya datang cepatlah, bila dah taiko nanti saya lambat la balik"

Then kami sama2 ketawa.

Tak boleh blah niat saya itu.

14.4.10

Seratus hari pemergiannya...

Hari ini saya memandang kalendar. Di tarikh 14/04/2010 tertera tulisan tangan saya yang berbunyi "100 hari Abah pergi".

Sedih? Hanya Allah yang tahu. Wajah Abah ada di mana2. Ingatan pada Abah tak pernah pudar. Wajah terakhirnya sebelum dikafan amat jelas di kotak memori saya. Tubuh kakunya takkan saya lupa sampai bila2.

Abah, abah...bagaimana nak saya panjangkan cerita cinta saya padanya?

Walau akal menerima dia telah tiada, namun hati masih mahu melihat senyumnya.

100 hari telahpun berlalu, sedih itu masih berlagu.

100 hari telahpun pergi, rindu ini tetap disini.

100 hari telahpun dilalui, marah ini tak surut lagi.

100 hari telahpun bersisa, cinta ini tak pernah sia2.

Abah ~ Al-Fatihah buatmu.

13.4.10

Mode : Fikir

InsyaAllah MIL akan menunaikan umrah awal June nanti.

Waktu itu nanti saya juga akan mula kerja di tempat baru.

Oh macam mana dengan MJ?

Hmmm...

Hakikatnya saya gembira yang MIL sudah sampai rezekinya untuk kesana, kerna itu saya berharap MIL saya tidak gusarkan cucu kesayangannya itu. MJ sudah sedikit berdikari, sudah pandai susu botol, sudah mudah tidur siang.

Kata papa, papa mungkin akan ambil cuti menjaga MJ kerana papa tahu mama memang tak boleh bercuti.

Moga Allah memudahkan segala.

Terfikir untuk menghantar MJ ke sekolah sementara - sebagai latihan untuknya. Tapi sangat risau keselamatan dan kebolehsesuaian MJ bersekolah.

Mungkin boleh mencuba dengan menghantar ke kelas2 percubaan dulu kan. Ok akan memikir.

12.4.10

Barney vs Yang Ni

Saya baru lepas makan, ada rakan seofis belanja ayamas sempena kelahiran anak ketiganya. Sambutan normal di ofis saya biarpun anak dah yang kesekian kalinya. Hahahaha.

Ok nak merepek pasal apa pula hari ini ya. Em mari bercerita tentang MJ dan latihan membotolnya.

Alhamdulillah MJ sudah mahu membotol. Kali ini saya tidak terlalu berat melepaskan MJ membotol. Mungkin kerna itu segalanya mudah sedikit. Walau sedikit nak berair mata tengok dia cool aje menyimpang kaki menyoyot puting botol barney sambil menonton kartun saya tetap redha. Masih ada lebih kurang 4 bulan untuk saya menghentikan penyusuan susu ibu saya.

Sebagai sokongan padu dan tidak berbelah bagi saya belikan MJ botol susu berkepala Barney. Hahahahah biasalah saya memang over, yelah masa saya kecil mana ada, botol cap ayam je saya guna agaknya. Tapi tak kisahlah kan sebab saya tahu saya mendapat susu ibu juga semasa kecilnya saya. Hehehehehe, MJ akan menyusu sambil menggentel penutup botol yg merupakan replika kepala Barney. Bajet cute la kan dia buat begitu.

Namun MJ akan minum sedikit2, main2 jap kang baring tangok tv n hisap lagi. Tapi yang bagusnya MJ akan dirikan botolnya siap bertutup ok, terasa sejuk je mata tengok MJ begitu. Dan kalau dah habis MJ dengan sendirinya akan letak dalam sinki. Very gug girl * Nenek banyak terapkan nilai2 murni begini - acih nyenyek *

Tapi kalau dia tak mahu, tidak perlu paksa, cuma ciptakan sebuah cerita dongeng klasik - InsyaAllah MJ akan minum. Tapi mama selalu kalah ye sebab mama pembekal susu segar kesukaan MJ.

Bila mama kata "Mama buat dalam botol Barney ye?"

MJ jawab "Tak nak"

"Habis tu nak yang mana?"

"Yang niiiiiii"

Jadi pikirlah dia tunjuk ni tu kat mana. Hahahahahahahaha...

8.4.10

Aku Pengkritik Bebas...

Nak saman? Oh gosh...baru kena kutuk benda yang betul nak main saman2 pula. Itulah artis zaman sekarang nak saman-menyaman yang zahirnya memang diri sendiri punya salah.

Cis intro tak boleh blah. Tiba2 nak kondem artis kat Malaysia pulak. Bukan apa kat Malaysia sekarang ni artis dah jadi ulama boleh keluarkan fakta haram halal - kononnya dia lebih tahu, haih sendiri tanggal skirt nak kata tak salah pula. Ada sorang ni lagi best dia nak saman sebab penyebaran gambar seksi fantasi dia. Kahkahkah bengapnya la artis sekarang ni, buat kenyataan yang serius sangat memalukan. Dah amik gambar hampir separuh bogel kemudian nak jaja cerita mereka ada maruah. Nauzubillah moga2 kita semua terpelihara dari kejahilan begini.

La apa saya melalut nih? Sebenarnya saya nak kritik ABPBH 2009 dari mata seorang penonton depan TV di rumah. Masa pembukaan I sibuk basuh pinggan kat dapur, jadi tidak la melihat sangat nyanyian pembukaan. Bunkface kan opening aritu? Hahahahah ada saya kesah?

Oklah kan majlis kali ni cuma saya nak komen:-

a) Baju pengacara kebanyakkannya tak boleh blah - macam majlis nak bertunang aje

b) Baju Farah Fauzana, Siti Nurhaliza & Liyana Jasmay menarik perhatian saya. Oh LJ tak pernah bajunya tak cantik.

c) Apa la kejadahnya persembahan lagu KRU & Feminin tu hah? Sangat2 merosakkan majlis, tolonglah tahun depan jangan lagi bagi org yang tak boleh menyanyi untuk menyanyi n terkinja2 atas pentas khasnya wanita. Please la penonton tak sebodoh itu nak tgk aksi terkinja yang melebihi vokal.

d) Eh si Rosyam tu kemaruk nak menang ker? Sibuk nak tolong Remy Ishak berucap n sibuk nak translated ucapan Tizz...hello kau ingat orang Malaysia bodoh sangat ke tak paham ucapan simple macam tu. Macam biadap n sgt tak profesional. Kalau nak sangat berucap masuk la bertanding balik. Tengok lu boleh menang ke tidak, sekarang dah banyak ayam muda kat pasaran tengoklah ayam pencen boleh ke lagi nak berlakon watak budak sekolah. Hai bersyukurlah ada Remy, Fizz n beberapa lagi pemuda lain. Kalau tidak balik2 muka dia yang pegang watak remaja, pemuda dan org tua. Tak kuasa mak nok!

e) Oh masa persembahan Khatijah, Dayang dan Alyah tu, sepatutnya Khatijah keluar lebih awal kan, baru nostalgia, takpun jemput Ramli Sarip sekali

f) Ala masa I tengah feeling Awie & Wings masuk lak Jac yang sangat2 spoilkan mud saya. Jac penyanyi hebat tapi dia kelihatan sangat canggung semasa bersama Awie, tak sesuai sangat, juga dah rosakkan mud ok. Black juga tenggelam bersama Wings sebab hanya Awie buah hati Wings. So kesimpulannya tak reti2? Lain kali let Awie & Wings conquer the stage, tak payah la ada backup singer lain kali.

Ini dari kaca mata saya. Takyah la nak saman2 saya. Sebab sibuk menyaman la kita tak kemana.

3.4.10

::Cerita pasal lampin pakai buang::

Saje kasi tajuk tak best tuk tatapan korang semua yang bukan mak-mak budak.

Mak Esah, Mak Temah, Mak Buyong pun jangan la mengharap entry ni boleh bagi pandangan saya yang luas pasal penggunaan lampin pakai buang. Hahahaha lupakan niatmu untuk mendapat info pro & kontra pelbagai jenis lampin pakai buang dari saya.

Saya saje je nak kongsi pendapat saya.

Kita ada banyak sangat jenama diapers kat Malaysia nih, yang mahal ada yang murah pun berlambak. Tapi pada saya *amaran-ini pemikiran saya* cukuplah anak2 saya pakai diapers murah aje, cap ayam kampung pun takpe janji tak bocor dan tak memerahkan atau melecetkan punggung dan alat sulit anak saya.

Ok secara jujurnya sekarang Maryam hanya mengguna diapers jenama Pet Pet size M yang selalu saya beli bila harganya RM26/70 keping di car4 ataupun di Giant. Jadi harganya jatuh RM0.37/sekeping. Hahahahah nampaklah ke'QS' saya disitu kan. Hahahahhaha.

Saya pernah menggunakan pureen*yang warna merah tu-dry5 kot namanya* tapi MJ mengalami rashes yang teruk di alat sulitnya lalu saya berhenti tapi sempat juga menghabiskan sisa bakinya *hahahaha*, kemudian saya guna huggies dry *yang biru kan* tapi rashes naik kat pinggang-mgkin materialnya tak sesuai dgn kulit MJ. Dan mencuba juga jenama Tesco tapi masalahnya sama seperti Huggies Dry. Oh drypers juga yam alami rashes di pinggang. Jadi berhenti mengguna jenama2 tersebut.

Jadi saya teruskan dengan penggunaan Pet Pet dan Huggies Comfort *kadang2 saja beli itupun bila murah tapi dah lama tak beli dah*

Hehehehe kalau nak kata saya kedekut terpulang tapi kalau nak setuju ngan saya pun ok - saya sudah set di mind saya "ini benda kau nak buang selalu jadi lagi murah lagi bagus kan?". Tak pun buatlah kiraan kalau guna 1 yang mahal bersamaan anda guna 2 yang murah dalam satu sela masa yang sama, kenapa tak guna yang mahal saja *terpelihara juga alam sekitar kita*. Tapi harus ingat semakin mahal sekeping diapers itu, semakin banyaklah bahan2 kimia yang digunakan *betul kan istilah bahan kimia tu?*

Hahahahah kan saya dah kata takdenya info hebat saya akan bagitau anda. Saya sebenarnya nak bagitau yang saya tak pernah guna diapers mahal tuk MJ *serius saya tak pernah beli mamy poko, huggies ultra atau jenama mahal yang lain*. Dan saya juga mengguna Cloth Diapers sebab saya mencintai alam sekitar juga.

Pada saya lebih baik spend duit lebih sedikit untuk susu mahal anak dari untuk lampin pakai buang yang mahal. Hihihihi tapi saya juga sekali sekala aje beli susu MJ, itupun sekotak bagi 2 dengan rumah MIL saya. Oh kata saya kedekut ker? Ini bukan kedekut la - susu kan kalau dah bukak kene guna dalam satu jangka masa, sebab MJ sangat sukar menghabiskan sekotak susu dalam sebulan, maka MIL cadangkan kami berbuat demikian. Bijak MIL saya ni *dia akan buang susu yang dah berubah warna*. Tapi sekarang saya tengah train dia agar minum susu formula secara tetap setiap malam *saya bimbang berat badannya yang seperti kurang dan penghasilan susu saya tak serancak dulu, dan saya dah semakin redha nak lepaskan dia*

Kikikiki tapi kan sebab saya tak spend duit beli susu *hebatnya penangan pemberian susu ibu* saya habiskan duit saya membeli botol susu. Hahahahaha gila ngek saya kan? Padahal MJ tak mau pun hisap susu formula dalam botol, belilah RM30/sebiji botol, dia belek2 aje botolnya. *mesti sambil tu MJ kutuk design botol tu tak menambat selera dia*

Eh dahlah, saya dah masuk citer susu dan botol susu plak - kang apa saya nak tulis di edisi akan datang? Jadi saya berhenti di sini aje okey. Sebelum tu saya teringat seorang kawan pernah berkata "Aku mana ada diapers biasa2 *Merujuk dia guna diapers sedikit mahal*" bila saya yang kehabisan diapers minta pinjam satu darinya dengan berkata "Bagi yang biasa2 sudahlah" *maksud saya diapers murah aje sebab tahu dia biasa guna yang mahal*...Oh maybe salah saya kan dah tau dia guna diapers luarbiasa masih minta yang biasa2 *Sigh*

Ok baik saya minta diri dulu. Bye...

Nota kaki : Hari sabtu saya beli 2 paket Pet Pet size M di Car4 dengan harga RM25++ *sangat gembira* tapi sekali hari ahad pula harga untuk Pet Pet yang sama adalah RM23++ dan saya sangat kecewa kerana tak beli hari ahad. Boleh gitu?

2.4.10

*Idung memek vs idung acung*

Hahahahahaha...

Hahahahahahah...

Dan hahahahahahah lagi...

Maaf kali ni saya nak bercerita lagi tentang puteri kesayangan penghibur duka dan lara saya buat kesekian kalinya. Maaf ye kalau boring, bak kata saya blog saya, saya punya sukalah. Hahahahahahaha *gelak sambil depakan tangan*

Semasa mengandungkan Maryam saya berharap dia berhidung mancung, berambut lurus lebat dan berkulit putih seperti papanya. *sape tak mahu sempurna begitu kan?*. Namun semua itu tidak berlaku, Maryam berhidung tidak mancung *takkan saya nak ckp kemek kan*, berambut kerinting *mewarisi saya* dan juga berkulit tidak putih *sekali lagi takkan saya nak cakap hitam kan?*

Benarlah kita selalu akan dapat opposite dari apa yang kita impikan. *Seperti saya mahukan lelaki tall, dark n handsome - dan sila rujuk Ahmad Kusyairi, berbeza bukan? Tapi adalah sedikit handsome kan?*

Namun saya tetap sungguh sayangkan Maryam - bagi saya hidung tak mancung dan rambut kerintingnya amat comel *tak caya tengok sendiri*, melihatkan dia membuatkan saya seperti melihat diri saya sendiri. Kecuali hidungnya saya rasa dia cermin saya lebih2 lagi dia sedikit cembeng dan garang. Kata mak saya kalau Maryam menggonggong puting "memanglah dia sebijik kamu masa kecil dulu". Dan adik bongsuku akan menyambung "Tapi tangannya menggentel *opek tu macam acu". Hahahhahaha...

Beberapa minggu lepas saya bermain bersama Maryam. Lalu terdengar dia berkata 'idung memek, memek'

Lalu saya terbuntang biji mata dan bertanya "Apa Maryam?"

Lalu sambil senyum dia mengulang "Idung memek"

Saya terfikir siapakah pula yang melabelkan anak saya berhidung memek? *Maaf saya rasa tidak patut mengajar mereka begitu - kelemahan diri harus dilihat dari sudut positif, mungkin boleh berkata hidung tak mancung yang comel*

Dan lama kelamaan saya juga terbiasa mendengar Maryam mengatakan idung memek, tak kiralah hidung anda mancung bak seludang sekalipun Maryam tetap akan kata hidung anda itu idung memek.

Tapi saya dah mengajarnya tentang hidung mancung.

Semalam saya bertanya "Maryam idung apa?"

Maryam membalas "idung memek"

"Papa?"

Dia pandang papa, senyum dan pegang hidung papa sambil berkata "acungggg"

Dan bila saya bertanya "Sape lagi hidung memek"

Dia akan menjawab "Nenek" *MIL saya*. Selalu nenek akan menjeling tajam ala2 manja gitu kpd Maryam.

Dan konklusi saya idung memek Maryam itu diperturunkan dari MIL saya. Hahahahahaha...*Hidung saya tidak memek okeh! Mak saya mancung, arwah abah saya tidak terlalu mancung dan FIL saya hidungnya ala2 Mawi*

Nota kaki : Saya tetap berharap anak lelaki saya berambut lurus lebat dan berhidung acung seperti Papa.

1.4.10

Izinku pergi...

Baik mari bercerita tentang cerita kerja.

Yeay saya dah sign dan hantar Letter of Appointment kepada bakal ofis saya pada hari Isnin 29/3/2010. Bertuahnya saya kerana saya dapat menyerahkan sendiri surat tersebut kepada Big Boss. Komen saya Mr. Big Boss itu nampak baik dan sopan. Harap tidak indah lihat dari rupa.

Jadi sudah rasmilah saya akan meninggalkan opis saya ini. *Seronoknya*

Berharap semua merestui saya.

Paling berdoa agar Maryam dapat menerima segala perubahan nanti. Sebenarnya saya tahu Maryam mampu, cuma saya yang perlu kuat dan tabah sedikit.

Saya juga perlu melakukan perubahan besar - perlu pergi kerja awal, pulang sedikit lewat, maybe akan sedikit busy, maybe perlu outstation sesekali dan paling menyentuh hati haruslah masa bersama Maryam berkurangan. Harap saya tabah dan Maryam memahami. Oh harap MIL say juga memahami situasi saya.

Juga perlu merubah beberapa pelan kehidupan. Ye sangat perlu, apakah pelan itu? Sabarlah nanti saya menulis di entry lain pula.

Sehingga jumpa lagi.