18.1.10

Sahabat sejati vs sahabat irihati



Saya hentikan episod mengenang Abah. Oh bukan selamanya tapi buat seketika sahaja. Mahu bercerita tentang sahabat saya pula.

Semalam saya menjemput sahabat2 seuniversiti bertandang ke rumah. Seperti biasa saya memang suka menjadi tuan rumah. Saya memang suka sahabat2 datang melepak di rumah. Dan seperti biasa saya memasak – menu kali ini ialah mee kari.

Mulanya mahu bertemu Cumma sahaja – sahabat terbaik saya semasa di Universiti Malaya. Beliau kini pensyarah yang baru kembali ke semenanjung, Dahulunya beliau mengajar di UITM Sarawak. Kini hasratnya untuk kembali ke semenanjung tercapai dan mengajar di UITM Shah Alam pula. Saya sangat gembira buatnya – lebih2 lagi aktiviti weekend saya pastilah akan diisi cendiakawan lucu Si Cumma.

Niat bertemunya diperpanjangkan dengan mengisi nama2 sahabat lain – Eda, Aida, Irma, Yong, Azera dan Harith – Ipin dan Angah terkecuali kerana Ipin kini di Sarawak dan Angah bekerja di Thailand. Over ok Angah ini, lari kerja sampai ke Thailand. Oh lupa kami bersepuluh semuanya memegang Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari Universiti Malaya – Cumma, Irma dan Eda kemudian menyambung ke peringkat Master di UTM Skudai dan yang paling hebat tentulah Aida – Beliau kini Inspektor Polis - perlu memanggilnya Puan ok! Gila sungguh menukar profession QS terus kepada polis – sungguh tidak terduga, tapi tak mengapa Aida happy dengan kerjayanya dan kami pastilah amat2 menyokong beliau.

Harith tak dapat hadir disaat2 akhir – oh lelaki humble ini telah sungguh lama tak berjumpa beliau – kali terakhir maybe di hari pernikahan beliau kira2 2 tahun lepas agaknya – oh sungguh lama. Lelaki ini peranannya besar semasa kami sama2 menuntut dulu – kereta kancil merahnyalah yang kami berhimpit bila ada kelas malam. Sungguh besar bakti beliau – dan beliau kini bertugas dengan kerajaan – jawatannya agak tinggi – tapi kami restui kerana beliau memang layak memegang jawatan begitu – tiada irihati kerana kami akui kredibiliti mamat skema ini sejak dulu lagi.

Eda dan Azera masih meneruskan kerjaya QS seperti saya juga – Eda dulu sewaktu menamatkan Masternya diterima menjadi Pensyarah di UTAR – tak sampai setahun agaknya beliau berhenti – tidak sesuai dengan jiwa katanya. Kemudian menyambung menjadi QS di firma yang sama dengan Azera. Eda ini seronok mengenalinya – dialah selalu menjadi teksi cumma dan dialah kawan kami yang paling bertenaga – dalam sehari dia bisa ‘date’ beberapa sahabat – dia sememangnya menikmati kehidupan sepenuhnya walau tanpa seorang kekasih disisi. Dan kami juga gembira melihatnya dan takkan putus mendoakan Eda bertemu jejaka hitam manis yang tampan serta baik hati suatu hari nanti.

Azera pula sedikit serius orangnya. Di kampus dulu dia juga jadi driver kami semua – oh dia bawak kancil putih dahulunya – tapi kini Vios hitam pula. Oh dan juga dia si pemilik lelaki hensem bernama Fariz – lelaki yang dulunya dia kenen2kan dengan kawan kami tapi lelaki ini terkenen dengan dirinya. Dan kini dia telahpun mengandung 6 purnama – kami cemburu juga sebab Faris itu memang hensem cuma tidak berapa tinggi sahaja – kalau tinggi terlalu sempurna pula kan. Tapi apa2 kami memang sangat gembira untuknya.

Oh irma? Apa yang dia tiada? Suami hensem? Anak comel? Master? Katakan saja ya, kehidupannya hampir sempurna. Dia berkahwin dengan lelaki yang kami tahu dia dah lama menyimpan rasa – padahal lelaki ini teman sekampung saja, satu sekolah lagi – Cuma jodoh mereka untuk bersama lambat sedikit. Oh suaminya juga adalah seorang jurutera. Kan sudah hampir sempurna tu.Syukur Alhamdulillah – gembira kami melihat mereka.

Yong pula masih sama menerus dengan kerja seorang QS. Walau dulu resultnya paling terbawah tapi kini dialah QS paling excellent antara kami. Hahaha kalau berani silalah tanya gaji beliau – pasti kami makan hati. Serius dia mampu berjaya di masa depannya – sebab tu saya selalu menyemat di minda result cemerlang belum tentu bila kerja akan terbilang – jarang nak dapat yang seimbang keduanya. Terror jawab periksa tak bermakna terror kat dunia kerja ye adik2. Oh Yong juga telah bertemu seseorang – yang mana kami semua menjerit dan seolah2 melompat2 seperti beruk mokyeh bila mendapat tahu – serius kami amat gembira buat beliau.

Inilah sahabat2 sefakulti saya – yang membenarkan cemburu gembira terbit di hati pabila yang lain menempa jaya, yang akan senyum bila yang lain mendapat gembira, yang sentiasa berdoa bila yang lain ditimpa petaka, yang akan menegur secara berhemah bila yang lain tersilap bicara, yang tiada dengki atau irihati bila yang lain terlebih diri, yang akan mengata bila yang lain tak menjaga hati yang lain, yang melompat gembira bila yang lain mencipta bahagia bergaya.

Bukankah sahabat seharus begini? Dan sahabat bukanlah yang sentiasa berdengki dan busuk hati.Pantang yang lain terlebih rezeki, yang busuk hati menjaja dengki. Dan sahabat juga bukanlah yang sentiasa membenarkan segala apa yang kita lakukan – sehingga mengguris hati sahabat lain atau melanggar lari anak jiran di kiri pun masih dikata hebat tidak terperi. Malangnya jika ada kawan2 begini – sampai nak beli barang pun beg plastik pasaraya mana mahu diselidiki dan kalau boleh nak ditandingi. Bila bercerita barang mampu milik yang kita miliki, padahal cuma sepatu tinggi seinci, potongan harga 50% diberi – yang dengki terdetik dihati “berlagaknya la minah ni! – nanti aku pun mesti beli, alah ada 50%, apalah nak heran!”. Sudahnya saya dah malas nak berkongsi seronok dengan kawan begini – kita nak seronok bercerita dikata kita menunjuk2 pula.

Jika pernah merasa begini dengan kawan yang lain – ini bukanlah sahabat namanya. Dan saya secara seriusnya cuba menjauh dari kawan begini - yang saya tahu saya takkan berkongsi apa2 lagi dengannya – saya nak berkongsi seronok dikata saya berlagak, saya nak tolong saya ditolak, lagi pula keikhlasan dihati mereka tiada - mereka tak jujur bercerita, ada saja yang menjadi rahsia.

Lantas mengapa harus saya menyenaraikan mereka sebagai sahabat baik, lagi pula bila mereka sekali sekala ketawa melihat kejatuhan atau penderitaan saya? Yang menolak saya bulat2 sedang saya cuba menyelamatkan beliau dari memilih malapetaka? Yang tak nampak keikhlasan saya menjadi sahabatnya dengan membiarkan irihati menyelubungi menumbuh di sanubarinya setiap hari. Sehingga pernah di depan saya secara tak disedari dia menghancur hati menolak saya ketepi – sedari itu saya tahu dia memang tak menghormati keikhlasan saya dan memang tak boleh menjadi sahabat sejati saya sedang dia paling berpotensi merebut gelaran itu. Dia tidak merestui setiap kejayaan saya, dia tak senang dengan setiap kelebihan saya, dia tak gembira dengan semua bahagia saya dan dia sekali sekala seronok melihat kejatuhan saya. Tapi tak mengapalah – jangan sampai saya disantau sudah. Nauzubillah...moga Allah melindungi saya dan keluarga sampai bila-bila.

Dan akhirnya - sahabat itu seharusnya bisa memandu kita ke jalan yang lebih baik. Fikir-fikirkanlah...

p.s : malam nanti jika saya tak tertidur sewaktu menyusukan si comel Maryam, saya akan sambung episod mengenang Abah...

4 comments:

ndr said...

oh.. bukan inspektor aida la.. ASP aida.. tinggi lagi jawatannye.. hahahaha

Unknown said...

Mek! Aku tak masuk list sahabat sejati ke?!

Cheh.

R-B-I said...

sebab mu zufri mu bukanlah...hahahaha...kalau mu isteri zufri mu sahabat mengepam terbaik ok...

Inty Winty said...

Huhu semangat suamiku memberi komen membina.