22.1.10

Perasaan Bagus vs Perasan Bagus

Saya pulang lewat dari kerja hari ini.

Sejak 2 tahun lalu amat2 jarang sekali saya pulang melebihi angka 7 petang.

Kenyataannya saya tak mahu berbuat demikian - ya lagi2 penyebabnya adalah Maryam.

Tapi petang tadi saya memulakan semula langkah2 bekerja lebih masa seperti zaman bukan mak dara dulu.

Dan habuannya bos berkata begini apabila melihat saya masih tekun di meja pada jam 7.30 malam :-
"Good! good! it was good to see you here"

Hati saya pula tak boleh bohong dan berkata :-
"Apahal lu?" Oh tapi di dalam hati sajalah, gila ke nak saya menyembur beliau begitu?

Saya tidak berperasaan bagus dan saya juga tidak perasan bagus.

Saya bekerja lebih masa kerana saya senang hati berbuat demikian, bukan untuk dilihat bos, bukan untuk dipuji bos dan bukan juga untuk kelihatan hebat kerana masih menekan punat2 komputer walau angka jam telah melepasi waktu biasa bekerja.

Dan saya juga tidak perasan saya bagus maka tak senang dengan pujian bos. Haruskah saya terima ia sebagai pujian, kata galakan atau kata sindiran? Apa2 saja kerana seperti saya katakan tadi saya lakukan kerana saya lapang hati untuk melakukannya. Bukan kerana bos ingin melihat saya menambah lebih banyak waktu bekerja dari memberikan saya seorang pembantu untuk meringankan beban kerja saya.

Saya berperasaan bagus adalah apabila saya meninggalkan ofis lebih awal dari biasa, pulang disambut senyuman Si Maryam, kemudian malamnya mendakap maryam ke dada untuk bergantung di susu saya sambil tangan kecilnya yang satu merayap2 dicelahan baju saya dan satu lagi memeluk saya dan kami lalu terlelap bersama-sama disertai papanya juga. Itulah perasaan bagus milik saya.

Dan saya perasan bagus bila saya benar2 bagus untuk terperasan yang saya sebenarnya bagus.

Kesimpulannya hidup ini indah bila kita selalu berperasaan bagus dan tidak perasan bagus. Namun ingat jangan sampai kita tak perasan perasaan perasan bagus kita sendiri...

No comments: