28.1.10

Kesudahan yang gembira

Pagi tadi sedang enak membuat measurement, saya menerima mesej sahabat baik semasa di sekolah menengah dahulu. Ya pasti berita baik - sahabat ini mahu melangsungkan pertunangannya hujung minggu ini.

Setelah ditinggal cinta pertama yang tiba-tiba berkahwin dengan wanita lain, putus kemudiaannya dengan jejaka kacak kerana dituduh menyihir si jejaka, episod drama swastanya saya tak sempat mengikutinya lebih lanjut kerana jarak dan masa yang memisahkan kami. Dan kini beliau benar2 ingin disunting seseorang dan saya sangat2 gembira untuknya.

Harap2 tiada lagi sambungan kisah2 menyayat hati dalam hidup beliau.

Moga beliau bahagia sehingga ke akhirnya.

Dan seorang sahabat rapat juga akan melangsungkan pernikahannya menjelang Tahun Baru Cina nanti. Moga kesudahan yang gembira saja untuk tahun ini. Wink.

23.1.10

Bulatan Pahang

Melalui jalan ini amat sangat menyakitkan.

Ya amat melukakan.

Ya amat merobek-robek hati saya.

Membuat bulatan di bulatan pahang membulatkan ingatan saya.

Ingatan padanya dan semua memori terakhir bersamanya.

Di sinilah saya hampir setiap hari mengukir perimeter hampir penuh sebuah bulatan untuk bertemu si dia.

Kini saya takkan berbuat demikian lagi.

Dia telah pergi dan takkan kembali buat selamanya.

Saya masih mahu mengelilingi bulatan itu.

22.1.10

Perasaan Bagus vs Perasan Bagus

Saya pulang lewat dari kerja hari ini.

Sejak 2 tahun lalu amat2 jarang sekali saya pulang melebihi angka 7 petang.

Kenyataannya saya tak mahu berbuat demikian - ya lagi2 penyebabnya adalah Maryam.

Tapi petang tadi saya memulakan semula langkah2 bekerja lebih masa seperti zaman bukan mak dara dulu.

Dan habuannya bos berkata begini apabila melihat saya masih tekun di meja pada jam 7.30 malam :-
"Good! good! it was good to see you here"

Hati saya pula tak boleh bohong dan berkata :-
"Apahal lu?" Oh tapi di dalam hati sajalah, gila ke nak saya menyembur beliau begitu?

Saya tidak berperasaan bagus dan saya juga tidak perasan bagus.

Saya bekerja lebih masa kerana saya senang hati berbuat demikian, bukan untuk dilihat bos, bukan untuk dipuji bos dan bukan juga untuk kelihatan hebat kerana masih menekan punat2 komputer walau angka jam telah melepasi waktu biasa bekerja.

Dan saya juga tidak perasan saya bagus maka tak senang dengan pujian bos. Haruskah saya terima ia sebagai pujian, kata galakan atau kata sindiran? Apa2 saja kerana seperti saya katakan tadi saya lakukan kerana saya lapang hati untuk melakukannya. Bukan kerana bos ingin melihat saya menambah lebih banyak waktu bekerja dari memberikan saya seorang pembantu untuk meringankan beban kerja saya.

Saya berperasaan bagus adalah apabila saya meninggalkan ofis lebih awal dari biasa, pulang disambut senyuman Si Maryam, kemudian malamnya mendakap maryam ke dada untuk bergantung di susu saya sambil tangan kecilnya yang satu merayap2 dicelahan baju saya dan satu lagi memeluk saya dan kami lalu terlelap bersama-sama disertai papanya juga. Itulah perasaan bagus milik saya.

Dan saya perasan bagus bila saya benar2 bagus untuk terperasan yang saya sebenarnya bagus.

Kesimpulannya hidup ini indah bila kita selalu berperasaan bagus dan tidak perasan bagus. Namun ingat jangan sampai kita tak perasan perasaan perasan bagus kita sendiri...

20.1.10

Menantu lelaki Abah

Selepas kejadian suami saya balik naik monorail n tak jadi melawat abah semasa abah masih di HKL tempoh hari(refer entry awan amad)dia tetap menziarah abah pada keesokkan harinya tanpa pengetahuan saya. Tapi of course la saya tahu dia akan buat begitu, selain dari rasa tanggungjawab dia pastilah nak menebus silap dia pada saya. Lepas 2 hari baru dia bercerita dia pergi melawat abah tapi saya dah tahu sebab pada hari kejadian saya ada menelefon rumah mil n acik (sepupu amad) bagitau 'along g mana ntah, hospital kot, dia bawak helmet tadi'.

Dan pemergian dia kali ini membawa dia kepada tugasan membawa abah buang air besar. Tidak disitu saja, dia juga membasuh dan memakaikan abah pampers.

Subhanallah. Bertuahnya abah kesemua menantu lelakinya (ada 3 termasuk amad) menjaganya dengan baik sekali sepanjang dia sakit dan ketiga2nya juga telah memandikan, membasuh beraknya serta memakaikan abah pampers.

Abah bertuahlah dirimu dikurniakan menantu2 sebegini. Amanlah kau disana.

18.1.10

Sahabat sejati vs sahabat irihati



Saya hentikan episod mengenang Abah. Oh bukan selamanya tapi buat seketika sahaja. Mahu bercerita tentang sahabat saya pula.

Semalam saya menjemput sahabat2 seuniversiti bertandang ke rumah. Seperti biasa saya memang suka menjadi tuan rumah. Saya memang suka sahabat2 datang melepak di rumah. Dan seperti biasa saya memasak – menu kali ini ialah mee kari.

Mulanya mahu bertemu Cumma sahaja – sahabat terbaik saya semasa di Universiti Malaya. Beliau kini pensyarah yang baru kembali ke semenanjung, Dahulunya beliau mengajar di UITM Sarawak. Kini hasratnya untuk kembali ke semenanjung tercapai dan mengajar di UITM Shah Alam pula. Saya sangat gembira buatnya – lebih2 lagi aktiviti weekend saya pastilah akan diisi cendiakawan lucu Si Cumma.

Niat bertemunya diperpanjangkan dengan mengisi nama2 sahabat lain – Eda, Aida, Irma, Yong, Azera dan Harith – Ipin dan Angah terkecuali kerana Ipin kini di Sarawak dan Angah bekerja di Thailand. Over ok Angah ini, lari kerja sampai ke Thailand. Oh lupa kami bersepuluh semuanya memegang Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari Universiti Malaya – Cumma, Irma dan Eda kemudian menyambung ke peringkat Master di UTM Skudai dan yang paling hebat tentulah Aida – Beliau kini Inspektor Polis - perlu memanggilnya Puan ok! Gila sungguh menukar profession QS terus kepada polis – sungguh tidak terduga, tapi tak mengapa Aida happy dengan kerjayanya dan kami pastilah amat2 menyokong beliau.

Harith tak dapat hadir disaat2 akhir – oh lelaki humble ini telah sungguh lama tak berjumpa beliau – kali terakhir maybe di hari pernikahan beliau kira2 2 tahun lepas agaknya – oh sungguh lama. Lelaki ini peranannya besar semasa kami sama2 menuntut dulu – kereta kancil merahnyalah yang kami berhimpit bila ada kelas malam. Sungguh besar bakti beliau – dan beliau kini bertugas dengan kerajaan – jawatannya agak tinggi – tapi kami restui kerana beliau memang layak memegang jawatan begitu – tiada irihati kerana kami akui kredibiliti mamat skema ini sejak dulu lagi.

Eda dan Azera masih meneruskan kerjaya QS seperti saya juga – Eda dulu sewaktu menamatkan Masternya diterima menjadi Pensyarah di UTAR – tak sampai setahun agaknya beliau berhenti – tidak sesuai dengan jiwa katanya. Kemudian menyambung menjadi QS di firma yang sama dengan Azera. Eda ini seronok mengenalinya – dialah selalu menjadi teksi cumma dan dialah kawan kami yang paling bertenaga – dalam sehari dia bisa ‘date’ beberapa sahabat – dia sememangnya menikmati kehidupan sepenuhnya walau tanpa seorang kekasih disisi. Dan kami juga gembira melihatnya dan takkan putus mendoakan Eda bertemu jejaka hitam manis yang tampan serta baik hati suatu hari nanti.

Azera pula sedikit serius orangnya. Di kampus dulu dia juga jadi driver kami semua – oh dia bawak kancil putih dahulunya – tapi kini Vios hitam pula. Oh dan juga dia si pemilik lelaki hensem bernama Fariz – lelaki yang dulunya dia kenen2kan dengan kawan kami tapi lelaki ini terkenen dengan dirinya. Dan kini dia telahpun mengandung 6 purnama – kami cemburu juga sebab Faris itu memang hensem cuma tidak berapa tinggi sahaja – kalau tinggi terlalu sempurna pula kan. Tapi apa2 kami memang sangat gembira untuknya.

Oh irma? Apa yang dia tiada? Suami hensem? Anak comel? Master? Katakan saja ya, kehidupannya hampir sempurna. Dia berkahwin dengan lelaki yang kami tahu dia dah lama menyimpan rasa – padahal lelaki ini teman sekampung saja, satu sekolah lagi – Cuma jodoh mereka untuk bersama lambat sedikit. Oh suaminya juga adalah seorang jurutera. Kan sudah hampir sempurna tu.Syukur Alhamdulillah – gembira kami melihat mereka.

Yong pula masih sama menerus dengan kerja seorang QS. Walau dulu resultnya paling terbawah tapi kini dialah QS paling excellent antara kami. Hahaha kalau berani silalah tanya gaji beliau – pasti kami makan hati. Serius dia mampu berjaya di masa depannya – sebab tu saya selalu menyemat di minda result cemerlang belum tentu bila kerja akan terbilang – jarang nak dapat yang seimbang keduanya. Terror jawab periksa tak bermakna terror kat dunia kerja ye adik2. Oh Yong juga telah bertemu seseorang – yang mana kami semua menjerit dan seolah2 melompat2 seperti beruk mokyeh bila mendapat tahu – serius kami amat gembira buat beliau.

Inilah sahabat2 sefakulti saya – yang membenarkan cemburu gembira terbit di hati pabila yang lain menempa jaya, yang akan senyum bila yang lain mendapat gembira, yang sentiasa berdoa bila yang lain ditimpa petaka, yang akan menegur secara berhemah bila yang lain tersilap bicara, yang tiada dengki atau irihati bila yang lain terlebih diri, yang akan mengata bila yang lain tak menjaga hati yang lain, yang melompat gembira bila yang lain mencipta bahagia bergaya.

Bukankah sahabat seharus begini? Dan sahabat bukanlah yang sentiasa berdengki dan busuk hati.Pantang yang lain terlebih rezeki, yang busuk hati menjaja dengki. Dan sahabat juga bukanlah yang sentiasa membenarkan segala apa yang kita lakukan – sehingga mengguris hati sahabat lain atau melanggar lari anak jiran di kiri pun masih dikata hebat tidak terperi. Malangnya jika ada kawan2 begini – sampai nak beli barang pun beg plastik pasaraya mana mahu diselidiki dan kalau boleh nak ditandingi. Bila bercerita barang mampu milik yang kita miliki, padahal cuma sepatu tinggi seinci, potongan harga 50% diberi – yang dengki terdetik dihati “berlagaknya la minah ni! – nanti aku pun mesti beli, alah ada 50%, apalah nak heran!”. Sudahnya saya dah malas nak berkongsi seronok dengan kawan begini – kita nak seronok bercerita dikata kita menunjuk2 pula.

Jika pernah merasa begini dengan kawan yang lain – ini bukanlah sahabat namanya. Dan saya secara seriusnya cuba menjauh dari kawan begini - yang saya tahu saya takkan berkongsi apa2 lagi dengannya – saya nak berkongsi seronok dikata saya berlagak, saya nak tolong saya ditolak, lagi pula keikhlasan dihati mereka tiada - mereka tak jujur bercerita, ada saja yang menjadi rahsia.

Lantas mengapa harus saya menyenaraikan mereka sebagai sahabat baik, lagi pula bila mereka sekali sekala ketawa melihat kejatuhan atau penderitaan saya? Yang menolak saya bulat2 sedang saya cuba menyelamatkan beliau dari memilih malapetaka? Yang tak nampak keikhlasan saya menjadi sahabatnya dengan membiarkan irihati menyelubungi menumbuh di sanubarinya setiap hari. Sehingga pernah di depan saya secara tak disedari dia menghancur hati menolak saya ketepi – sedari itu saya tahu dia memang tak menghormati keikhlasan saya dan memang tak boleh menjadi sahabat sejati saya sedang dia paling berpotensi merebut gelaran itu. Dia tidak merestui setiap kejayaan saya, dia tak senang dengan setiap kelebihan saya, dia tak gembira dengan semua bahagia saya dan dia sekali sekala seronok melihat kejatuhan saya. Tapi tak mengapalah – jangan sampai saya disantau sudah. Nauzubillah...moga Allah melindungi saya dan keluarga sampai bila-bila.

Dan akhirnya - sahabat itu seharusnya bisa memandu kita ke jalan yang lebih baik. Fikir-fikirkanlah...

p.s : malam nanti jika saya tak tertidur sewaktu menyusukan si comel Maryam, saya akan sambung episod mengenang Abah...

17.1.10

Lelaki ini



Seolah lelaki ini masih ada bersama kami. Benar dia takkan mati dihati kami. Pasti kami akan merindu dia selalu. Semakin hari pasti saya akan semakin tidak tabah bila teringatkan dia. Lelaki inilah yang selalu akan saya puja sampai bila2. Sungguh rindu sudah mula menumbuh subur dihati saya. Tuhan berilah saya kekuatan.

15.1.10

Buat abah dan mak : Bukankah itu lebih sempurna?

Saya pernah dinasihati agar mengambil peluang yang entah keberapa kali untuk berbuat baik kepada abah dan mak bagi menebus dosa2 yang telah saya secara sedar atau tidak lakukan kepada mereka. Semuanya tercetus bila mana mereka terselamat dari bencana atau mereka telah selamat dibedah. Maaf pada saya semua itu tak masuk akal!

Kenapa? Kerana berbuat baik dan memohon kemaafan terhadap ibu bapa bukanlah bila ajal hampir menjemput mereka atau bila raya menjelang tiba. Bila mereka terselamat kita kemudiannya mestilah merebut peluang berbuat sehabis baik kepada mereka. Ambil peluang ini untuk menebus kesalahan yang telah lalu. Kalau hati mak telah terguris lama dulu, muka abah telah terpalit arang sedikit masa yang lalu, kenapa kini baru peluang harus direbut. Kenapa tak lama dulu luka itu dsembuh dan arang itu dibasuh? Paling tidak sejak onar dicalar, seharus dari saat itu berjanji takkan melakukannya lagi. Oh maaf termasuk cerita orang lain pula. Cerita sebenar adalah diri saya. Maafkan diri saya – saya kan manusia biasa.

Seharus bila mana rasa terlanjur, disitulah kita berundur. Memang saya akui saya anak yang panas baran, sedikit degil dan keras hati. Itu mak fahami dan abah mengerti. Mestilah kan, 17 tahun saya berkepit di bawah ketiak mereka, melebihi mana2 masa yang dicatat adik beradik saya yang lain – ada 7 semuanya. Oh tidak, mungkin abang sulung saya paling lama. Ermmm mungkin, tapi tak mengapa saya tetap jatuh no.2!

Pastilah sepanjang 17 tahun itu saya mengumpul banyak dosa, campur pula bila sudah belajar diluar dan berkahwin dan balik pula sekali-sekala pasti ada juga terkasar bahasa. Sekarang saya sudah 28 tahun usia – oh tak terbayang kekasaran yang saya lakukan lagi2 bila saya merajuk atau berkecil hati. Oh lupa nak memberitahu (mungkin malu) saya memang cembeng sedari kecil. Pantang silap sikit saya mesti menangis. Oh sungguh malu.

Namun saya tahu sayalah anak paling mudah bagi mak dan abah. Tak perlu saya terang panjang lebar kerana kenyataannya memang disitu. Cuma mungkin saya sedikit susah dari segi emosi – kerana saya memang cepat panas dan cembeng. Tapi sayalah satu2nya anak yang mak tangisi pemergiannya ke institusi pengajian tinggi. Mak begitu terasa ketiadaan saya selepas 17-18 tahun saya bercakaran dengannya. Ini mak sendiri bercerita dengan saya, bukan adik, bukan juga abang saya. Kata mak seminggu mak menangis teringatkan saya – oh mak tak tahu saya juga sebenarnya lebih teruk dari itu!

Abah pula tak tahulah bagaimana perasaannya ketika saya menjejak bumi pulau mutiara tak lama dulu. Tak menangis agaknya atau mungkin termimpi2kan saya sahaja. Ntahlah pasukan lelaki ini memang susah ditafsir emosinya. Tapi saya tahu abah puas melihat saya yang selalu cemerlang dalam pelajaran sedari sekolah kecil hingga ke sekolah besar. Setiap tahun di hari penyampaian hadiah saya pasti di barisan hadapan. Walau saya hanya bersekolah Felda, namun saya tetap berkategori cemerlang dan akhirnya memegang Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya. Alhamdulillah abah dan mak sempat menghadiri majlis konvokesyen saya. Ya abah dan mak pernah duduk megah di Dewan Tuanku Canselor itu sebanyak 2 kali – satu untuk saya dan satu untuk kakak saya.

Saya juga berusaha menghulur kepada abah dan mak wang semampu saya setiap bulan, Cuma akhir2 ini selalu termiss dan saya janji ia takkan berlaku lagi. Saya juga sempat berkongsi wang dengan kakak2 saya yang lain untuk memperelok rumah felda milik abah saya sebelum saya berumahtangga ke rumah lain. Saya juga berusaha pulang menziarah mereka setiap bulan tanpa gagal.

Tapi sebagai anak itu sahaja yang saya mampu demi membahagiakan abah dan mak. Jika kekhilafan saya yang keterlaluan dan mulut ini memang sukar memohon maaf, harapan saya agar abah dan mak fahami setiap kejayaan yang saya tempuh, setiap bahagia yang kita kecap bersama adalah tanda terima kasih dan maaf saya atas segala kesilapan dan kekasaran saya. Dari kecil perkataan maaf memang tidak dizahirkan dengan kata2, itu saya akui dalam institusi kekeluargaan kita namun kita menzahirkannya dengan setiap perbuatan. Begitu juga dengan kasih sayang – kita tak saling berpelukan, kita tak saling berciuman – namun renungan mata kita memeluk erat setiap tubuh antara kita, doa sesama kita mengucup setiap pipi2 kita. Bukankah itu lebih sempurna?

Abah Dalam Ingatan (1945-2010)

Pada semua yang mengucapkan takziah atas kehilangan abah tersayang, jutaan terima kasih saya ucapkan. Pada yang masih takut2 untuk bertanya perihal pemergian abah – usahlah begitu kawan2, Alhamdulillah saya dapat menghadapinya dengan amat tenang. Ya saya juga menyangka bila tiba saat ini saya akan mengempang beberapa empangan airmata dan bakal tersedu2 di bahu sang suami menangisi pemergian lelaki yang paling saya sayangi ini. Demi Allah dialah lelaki yang paling saya sayangi – melebihi sayang saya pada sang suami. Namun Allah memberi saya kekuatan itu – saya menangis seperlunya sahaja – disaat membaca yassin untuk jenazahnya serta pada kali terakhir mengucup pipi dan dahinya.Ya saya tidak menangis saat saya menerima berita beliau telah meninggalkan kami buat selamanya. Egokah saya? Ini soal kematian, haruskah masih perlu ego itu?

Baiklah mari saya ceritakan serba sedikit tentang pemergian abah. Lelaki yang saya panggil abah sejak 28 tahun yang lalu ini pergi pada tanggal 5 Januari 2010, 2 hari selepas ulangtahun kelahiran abah yang ke-65. Ya abah pergi dalam usia yang masih belum terlalu tua. Pada jam 5.26 petang bersamaan hari selasa 19 Muharram 1431H, abah disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang akibat serangan jantung. Tatkala itu adik bongsu saya ada disisi meneman abah minum petang. Bertuah sungguh adik kerana dia ada disisi abah tatkala Izrail datang menjemput abah sedang kami semua masih di tempat kerja. Syukur juga abah tidak pergi bersendirian.

Selepas semua urusan selesai, jenazah abah dibawa pulang ke Pahang. Saya tidak sempat melawat jenazah abah di hospital, kami sekeluarga terus memandu pulang ke kampung halaman juga malam itu. Alhamdulillah van jenazah tiba sebelum tengah malam menjelang. Abang saya serta mertuanya yang ada di kampung telah menyediakan segala keperluan untuk menguruskan jenazah. Namun kami memutuskan untuk mengebumikan abah keesokan harinya – memandangkan hari juga telah agak lewat. Malam itu kami bergilir2 menjaga abah dengan membaca yassin, saat itu terasa terlalu sayu kerana abah kini telah terbaring kaku. Kata kakak dalam esak tangisnya “Akak takleh dekat dengan abah, terasa-rasa dia masih ada”. Sabarlah kak, ini janji Allah.

Esoknya abah dikebumi pada jam 10.30 pagi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan amat lancar. Kami semua mengiringi abah pergi buat terakhir kalinya – Cuma kasihan pada mak yang tak berkesempatan menyaksikan pengebumian abah (Mak masih bersimen separas dada). Tabahlah mak – abah pasti faham keadaan ini.

Jika kamu bertanya saya mengapa saya sebegini tabah, saya rasa ini semua kerana saya amat redha dengan pemergian abah. Maaf jika saya katakan, saya sudah bersedia untuk menerima pemergian abah sejak 2 tahun yang lepas – dimana pertama kalinya abah diserang sakit jantung. Allah Maha Besar – dia memberi kami ‘extra time’ lebih 2 tahun untuk menjaga dan bersama abah. Keterlaluankah jika saya kata saya sudah bersedia? Jangan salah anggap ungkapan saya – di sebalik bersedianya saya, saya amat bersyukur dengan aturan Allah S.W.T. Dia tidak mengambil abah secara mengejut, dia memberi kami masa untuk menerima kenyataan ini. Inilah maksud saya – perancangan Allah ini maha adil buat kami semua. Kerna itu saya sangat redha.

Abah telah menjalani pembedahan jantungnya pada 5/8/2009, sebelum kemalangan yang menimpa abah, mak dan akak sekeluarga pada 6/12/2009, abah sudah agak pulih dari pembedahan itu dan kelihatan ceria. Memang abah seperti tidak dapat menerima kemalangan ini, namun siapalah abah unutk menyalahi takdir. Dari pembedahan jantung di ijn kami bersamanya sejak 2 tahun lepas, kemudian bila Allah menguji kami dengan kemalangan ini, kami diberi masa sebulan lagi untuk bersama Abah. Adilkan Allah itu? Subhanallah.Dia tidak mengambil abah terus dari kami – tidak di pembedahan jantung yang amat berisiko itu dan tidak juga di kemalangan yang meremukkan kereta kakak saya. Allah mengambil beliau disaat kami telah tenang menerima semuanya. Allahhuakbar!

Dan yang menjadikan saya semakin redha ialah pabila dalam deraian airmata, abang ipar menceritakan bahawa abah tersenyum sewaktu jenazahnya dimandikan, ini juga dimaklumkan adik bongsu dan suami saya. Subhanallah – moga2 arwah abah dicucuri rahmat dan tenanglah abah disana – setenang senyumannya di saat hayatnya masih ada. Abah terima kasih atas semua...

14.1.10

Duka adik ipar saya

Salam. Semua telah maklum pemergian abah saya namun tak ramai yang tahu tentang pemergian buah hati pengarang jantung kepada adik ipar saya. Maaf saya terlalu sibuk mengurus diri maka inilah kesempatan yang masih bersisa untuk saya mempamerkan rasa sedih saya dengan duka yang melanda menghempas pintu hati adik ipar saya ini.
Pemergian Hazim tak siapa duga secepat ini, diusia menginjak 24 tahun beliau menemui Pencipta sekalian alam. Pemergiannya ditangisi sehingga ke hari ini. Arwah pergi 2 hari selepas Abah menghembuskan nafas terakhirnya. Ya pemergian kali ini berganda bagi kami sekeluarga. Sedih? Teramat buat semua. Lagi pula Hazim pergi dalam keadaan tragis – kereta dipandunya terbabas dan dia tersepit didalamnya.

Tapi siapalah kita untuk menidakkan semua ini? Saat menerima berita ini saya sekeluarga masih dikampung menguruskan majlis tahlil abah tercinta. Saat itu suami saya menangis tak percaya. Saya? Masih diam memangku Maryam yang tersengih2 mengecak2 saya. Airmata sudah tak bisa mengalir lagi, sedang melihat abah pergi saya masih mengempang airmata saya dari terus mengalir. Kali ini Hazim yang terakhir kali mencari Maryam adalah beberapa hari sebelum tragedi, serius saya tak mahu menangis lagi.

Saya tak dapat membayangkan adik ipar saya menerima kenyataan ini, saya cuba berada dalam kasutnya. Membayang berjalan dan berlari dalam kasutnya. Pastilah saya jatuh berulang kali saat memikir – jika saya kehilangan suami entah berapa empangan airmata saya tangisi kehilangan beliau. Dan saya berhenti memikir kerana saya memang takut kehilangan suami dan anak saya. Nyatalah kasut Angah lebih besar dari kaki saya dan memang muat dikakinya sahaja. Saya melihat beliau sangat tabah diluarannya walau hatinya pasti lebat menangisi pemergian ini. Tatkala angah redha dengan perpisahan ini beliau bersyukur dengan nikmat Allah yang meminjamkan Hazim untuk memudahkan proses pembelajarannya di institusi pengajian tinggi. Benar Allah maha segalanya. Dan benar juga mereka memang saling bantu membantu dalam pelajaran – dan keputusan peperiksaan mereka setiap semester bukanlah angka calang2 dan kursus mereka juga bukan kursus pejam mata.

Angah bersama Hazim saya tak pasti sudah berapa lama, namun jika dicongak tahun belajar mereka dari diploma ke ijazah, saya kira sudah melewati 4-5 tahun atau mungkin 6 tahun. Dengan angka sebanyak ini, mampukah kita congak duka yang ditanggung angah? Subhanallah, moga angah tabah.

Ibu mertua saya juga masih bersedih. Benar Hazim cuma tinggal selangkah menjadi menantunya. Dan saya juga amat suka benar melihat pasangan Angah-Hazim ini. Hazim budaknya berbudi bahasa, amat rajin seperti angah juga serta disenangi oleh seluruh ahli keluarga Ujang (keluarga besar ibu mertua saya). Sangka saya dengan iras muka yang mereka ada akan berkekalanlah hubungan mereka hingga ke akhirnya. Nyata aturan Allah itu tak siapa tahu. Sesungguhnya Dialah yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui.
Buat Angah tabahlah, Allah takkan menduga mereka-mereka yang tak mampu diduga dengan beban yang tak mampu mereka pikul. Allah memilih angah untuk diduga begini, pastilah hikmah yang besar Allah lindungi disebaliknya. Moga Hazim tenang disana dan moga angah bertemu cinta kedua sebaik lelaki yang bernama Hazim Abdullah. Salam.

11.1.10

Abah dah pergi...

SMS antara aku dan adik bongsuku(ACU) pada petang 5/10/2010
Acu @ 1.06pm - Abah jd semput bile kncing..
(Aku tak balas mesej ini cuma berdoa mg abah baik2 saja)
Acu @ 4.46pm -Abah meracau2 skit dada ni..
(Aku balas - Meracau mcm mana? doc dtg x? @ 4.48pm)
Acu @ 4.51pm - Dktr ad tgh tgk ni..tk0t la..
(Aku balas - Istighfar byk2 la acu.mgkin abah sakit sgt kot.apa2 cepat2 bgtau ok. @ 4.58pm)
*Aku called acu, acu kata heart beat abah dah berenti, doc tgh bagi CPR, kalau dalam 30 minit takde tindakbalas, doktor akan announce pemergian abah*
Acu @ 5.20pm - Dktr sruh dtg scpt mngkin..
(Aku balas - Dah bgtau k.siah?anjam otw @ 5.20pm)
Acu @ 5.21pm - Dh..
(Aku tak balas mesej ini - dah bersedia untuk balik)
Acu @ 5.27pm - 6t trus je naek ke wad 5D, tngkt 5..abah dh xde :-(..
Innalillahiwainnailaihiroji'un...