23.10.08

Setiap 5 saat...

Sewaktu makan pizza lepas shopping tu ada satu pamplet atas meja pizza yg menarik perhatian aku. Ianya tentang kelaparan...hohohoho sesuai sangat la letak pamplet macam tu kat tempat makan. Timbul gak keinsafan...
Just berkongsi info...dalam setiap 5 saat, akan ada kanak2 yang mati kelaparan dan lebih dari 800 juta penduduk dunia ni akan tido dalam keadaan lapar-kebanyakannya WANITA DAN KANAK2. Terpikir lak aku kenapa lelaki plak kurang, lelaki curik2 makan kat luar ye?
So masa makan aku kata kat hubby, cuba awak kunyah dan kira 1 sampai 5...habis aje 5 sorang budak mati, lagi 5 kunyah sorang lagi mati. MasyaAllah...Innalillah...
Aku maybe memang sensitif pada kanak2 n isu2 kanak2 ni lebih2 lagi bila aku dah ada Maryam...jadi aku bersyukur kerana setakat ni aku mampu sediakan keperluan Maryam. Alhamdulillah syukur...cuma aku terbayang 5 saat tu sekelip mata jek...cuba bayang berapa orang kanak2 mati sehari...sehari ada 24 jam...24 jam ada 1440 minit bersamaan 86400 saat. So sehari 17280 kanak2 mati...tapi berapa pula kelahiran sehari ye? oh harus mencari info kelahiran dan kematian selepas ini....klah cau dulu la...sekian info tuk ari ini...

No comments: