There are a few things yang aku kurang setuju sepanjang aku membesarkan Maryam (Hohohoho baru 2 bulan setengah je). Paling utama aku naik muak dengan kenyataan jangan ajar baby berpegang nanti dia asyik nak berpegang aje. Aku dah kelek Maryam 9 bulan 10 hari dalam perut aku n bertarung nyawa lahirkan dia then bila dah kuar aku kene ajar dia berletak n main sendiri kerna kononnya lebih baik begitu. Why should I do like that? Sentuhan itu kasih sayang jadi mana kasih sayang tu kalau takde sentuhan? Kalau aku diberi peluang untuk peluk Maryam 24 hours for the rest of my life, I will do that. Tak paham aku kenapa nak biar anak main sorang2 sedangkan kau boleh pegang n tunjukkan kasih sayang kau pada dia. Mungkin maksud mereka lain tapi cubalah jadi seorang ibu n aku yakin korang akan mengerti. Kenapa nak sekat sentuhan dan belaian pada anak sedangkan dia anak kau dan kau boleh pegang dia bila2 masa di mana jua? Dari segi psikologi pun aku rasa tak elok biarkan anak terlentang jek sorang2. Cam bangang aje, ye dak?
Lagi satu aku tak berapa setujulah bila orang kata jangan ajar anak asyik bergayut hisap susu badan. Please...Allah dah tentukan itu hak anak dan susu badan itu yang terbaik untuk anak. Dan Allah jadikan anak tu dekat dengan ibu dia dan paling penting 'bonding' yang akan terjalin antara ibu dan anak. Cuma janganlah tak ajar anak guna botol, kang anak kerek lak tak nak susu guna botol. Aku berharap orang2 sekeliling tu sokonglah penyusuan badan sebab Allah dah rancang semuanya dengan teliti dan ada sebab Allah biar anak bergayut kat dada ibu mereka. Cuba renungkan seketika. Alhamdulillah setakat ni semua kawan2 aku yang baru melahirkan berusaha keras memberi susu badan kepada anak2 mereka. Moga2 niat aku menyusukan Maryam selama yang boleh juga dimakbulkan Allah. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment