29.10.08

Malam yang gelap...

Cumel jek gaya bebas Maryam nih...

Tangan siap tunjuk best...

Ternganga lak...



Maryam dah tak nak tido bedung di malam hari sejak 2,3 hari ni...maybe sebab panas sejak kebelakangan ni. Yelah kan aku tido pun berpeluh2 apalagi Maryam yang kene bedung. So aku biar ajelah dia tak bedung...selama ni dia bedung sebab takut dia terkejut masa tido. Masalah bila dia tak bedung dia menggeliat siap bunyi2. Kaki lak ketuntang lepak lepuk. Jadi aku mulalah tak nyenyak tido...tapi demi Maryam tak mengapalah kan. So semalam jam 3 pagi aku jaga & borak ngan Amad. Kami gelak tengok gaya Maryam tido. Dan di jam 3 pagi dan di dalam gelap tu gak Amad suruh aku snap gambar Maryam dan diatas adalah gambar2 beliau. Hahaha aku selalu mendedahkan gambar2 sensored Maryam. Maaf ye Yayam, mama saje2 jek...

25.10.08

Maryam Jarum...

Seperti yang dah dijanji kami g Habib Jewels tuk bli gelang kaki Maryam. Macam biasa kalau buat janji ngan Maryam untuk kuar g jalan dia mesti tak lena tido. Malam dia bangun kul 2am & 5.30am, lepas tu dia tido kul 8am sampai 9am je...pas mandi pakai baju cantik2 nak kuar dia ngantuk plak nak tido, jadi tergendala la nak kuar n aku biar dia tido jap. Yang bestnya tak sampai 1/2 jam tido dia dah bangun balik. Apa lagi nenek dia yang dah siap pun terus angkat n kami pun kuar la g Habib kat Semua House. Siap je bli dalam masa tak sampai 1/2 jam kami terus balik, Maryam yang memang ngantuk tu apalagi mengamuk la dalam kereta...Hohoho dah dapat gelang kaki n tangan pun ngamuk lagi...Gelang kaki Maryam ada gantung bear2 n love2...gelang tangan lak ada gantung love2 je...
Inilah rupanya gelang tangan Maryam....

Ni plak gelang kakinya...ada bear-bear...


Huhu ini gaya Maryam ngan gelang barunya...liplap gitu...





23.10.08

Setiap 5 saat...

Sewaktu makan pizza lepas shopping tu ada satu pamplet atas meja pizza yg menarik perhatian aku. Ianya tentang kelaparan...hohohoho sesuai sangat la letak pamplet macam tu kat tempat makan. Timbul gak keinsafan...
Just berkongsi info...dalam setiap 5 saat, akan ada kanak2 yang mati kelaparan dan lebih dari 800 juta penduduk dunia ni akan tido dalam keadaan lapar-kebanyakannya WANITA DAN KANAK2. Terpikir lak aku kenapa lelaki plak kurang, lelaki curik2 makan kat luar ye?
So masa makan aku kata kat hubby, cuba awak kunyah dan kira 1 sampai 5...habis aje 5 sorang budak mati, lagi 5 kunyah sorang lagi mati. MasyaAllah...Innalillah...
Aku maybe memang sensitif pada kanak2 n isu2 kanak2 ni lebih2 lagi bila aku dah ada Maryam...jadi aku bersyukur kerana setakat ni aku mampu sediakan keperluan Maryam. Alhamdulillah syukur...cuma aku terbayang 5 saat tu sekelip mata jek...cuba bayang berapa orang kanak2 mati sehari...sehari ada 24 jam...24 jam ada 1440 minit bersamaan 86400 saat. So sehari 17280 kanak2 mati...tapi berapa pula kelahiran sehari ye? oh harus mencari info kelahiran dan kematian selepas ini....klah cau dulu la...sekian info tuk ari ini...

Hoohoho..nyamannya bershopping...

Semalam aku amik 1 day off...walaupun aku dah ada utang cuti 8 hari,,,diulangi 8 hari, i just don't care...semua gara2 jcard day yang sudah menjadi tradisiku bercuti di hari kejadian n sama2 menyumbang kesesakan di jusco. Kali ini jusco one utama...yeayyyyy....
Kebetulan m.i.l aku ada blood check up kat klinik, so puteri I tu takde sape nak jaga di pagi hari, jadi ada alasan kukuh tuk cuti....muehehehehe... oh dan kebetulan pula hubby memang off ari itu, jadi sudahlah mengantuk, tak cukup bantal, dengan tilam skali orang hulur....wakaka...
So bertolaklah ke jusco ou pada pukul 10 pagi...oh i memang la bleh jadi gila jap...sampai2 terus cari barang Maryam untuk habiskan voucher yang opis bagi sempena hadiah kelahiran dia...hohohoho,dapatlah 10 pasang baju untuk Maryam.
Selesai tibalah kegilaan aku yang seterusnya. Biasanya jcard aku borong bra, tapi kali ni tak la sebab skang pakai maternity bra so takde yang fancy2 sgt kan, so tiadalah memborong bra kecuali membeli 2 helai bra maternity yang murah harganya untuk waktu tido malam...heheheh.
Hubby dah cari kerusi n duduk, menguap ntah brapa kali aku tengok. Tapi sib baik dia jenis layan je kegilaan aku ini. Dan aku berjalan seorang mencari barang2 aku. hohohoho bila nak bayar aku pun rasa aku melampau sebab amik 4 bijik handbags...1 renoma, 2 elle n 1 cleef...hohohoho memang tersampuk jin handbag agaknya. Baju aku amik yang biasa2 je sebab tak terlalu teruja sebab dah gilakan handbags...ish3x...
Then aku bli sepasang kasut,tupun aku menahan diri dari mengambil sepasang lagi...oh tidak, nak kata aku bayar utang 2 bulan berpantang dan tak bershopping tak jugak sebab dalam pantang pun aku g shopping...MasyaAllah...apa la nak jadi ngan aku ni.
Aku abis bershopping dalam kul 5ptg dengan skip makan tghr n tak mengepam susu tuk Maryam yg sepatutnya aku lakukan pada kul 1 ptg...hohohoho kan ke gile shopping namanya tu.
So hubby yang setia menanti tu dah lapar gile n ajak aku singgah semua kedai makan yang dia nampak wlpn kami dah decide nak makan PIZZAHUT kat TTDI...yummyyyyyy...mula hubby suh tapau burgerking, aku tak bagi sbb bkn lama pun nak g TTDI tu, pastu nampak A&W dia nak tapau jugak, so bagilah can lagipun aku pun terliur tgk float dia tu. Sampai pizza TTDI kami parking n lepak jap dalam kereta, sebabnya aku nak pam susu. hahahah, dah takleh simpan lagi,dah basah baju aku. adalah dalam 20 minit memerah tupun macam wat keje illegal jek dalam kete.hohohoho mesti orang syak wasangka melihat kami....hahahhaha
So shopping n makan pizza sukses sekali. Sampai umah almost 7pm dah...Maryam menunggu aku pulang pula sebab m.i.l aku lak nak g Tesco beli barang. So fair la kan aktiviti shopping kami? Heheheh..Lepas tidokan Maryam aku belek2 barang2 yang aku beli...Oh dan perasaan itu datang lagi...Oh nyamannya bershopping terutamanya di Jcard Day...Horeeeeeyyyyy.....

21.10.08

Wajah2 lucu Maryam...

Hahaha Maryam jangan marah mama ye kerna dedahkan gambar2 Maryam yang lucu2 ini. Walau lucu Maryam tetap kesayangan Mama. So jom enjoy tengok gambar2 ni.

Maryam suka wat mulut senget cenggini...

Gambar paling lucu Mama rasa. Camne la leh terkehel leher anak Mama ni...


Nak wat hidung kembang lak Maryam nih...

Tersentil lak lidah awak nih...

Senget lagi mulutnya...

17.10.08

DisAgrEe...

- Maryam n Pakcik Popeye -
There are a few things yang aku kurang setuju sepanjang aku membesarkan Maryam (Hohohoho baru 2 bulan setengah je). Paling utama aku naik muak dengan kenyataan jangan ajar baby berpegang nanti dia asyik nak berpegang aje. Aku dah kelek Maryam 9 bulan 10 hari dalam perut aku n bertarung nyawa lahirkan dia then bila dah kuar aku kene ajar dia berletak n main sendiri kerna kononnya lebih baik begitu. Why should I do like that? Sentuhan itu kasih sayang jadi mana kasih sayang tu kalau takde sentuhan? Kalau aku diberi peluang untuk peluk Maryam 24 hours for the rest of my life, I will do that. Tak paham aku kenapa nak biar anak main sorang2 sedangkan kau boleh pegang n tunjukkan kasih sayang kau pada dia. Mungkin maksud mereka lain tapi cubalah jadi seorang ibu n aku yakin korang akan mengerti. Kenapa nak sekat sentuhan dan belaian pada anak sedangkan dia anak kau dan kau boleh pegang dia bila2 masa di mana jua? Dari segi psikologi pun aku rasa tak elok biarkan anak terlentang jek sorang2. Cam bangang aje, ye dak?

Lagi satu aku tak berapa setujulah bila orang kata jangan ajar anak asyik bergayut hisap susu badan. Please...Allah dah tentukan itu hak anak dan susu badan itu yang terbaik untuk anak. Dan Allah jadikan anak tu dekat dengan ibu dia dan paling penting 'bonding' yang akan terjalin antara ibu dan anak. Cuma janganlah tak ajar anak guna botol, kang anak kerek lak tak nak susu guna botol. Aku berharap orang2 sekeliling tu sokonglah penyusuan badan sebab Allah dah rancang semuanya dengan teliti dan ada sebab Allah biar anak bergayut kat dada ibu mereka. Cuba renungkan seketika. Alhamdulillah setakat ni semua kawan2 aku yang baru melahirkan berusaha keras memberi susu badan kepada anak2 mereka. Moga2 niat aku menyusukan Maryam selama yang boleh juga dimakbulkan Allah. InsyaAllah...

Dad-Daughter Talk...

Maryam dah pandai borak. Bila bangun tido kalau mud baik ajak la dia borak mesti dia layannye. Tapi ada beza nada suara n kemeriahan dia berborak bila dia ngan papa dia. Serius aku, m.i.l n s.i.l aku perasan sangat Maryam akan bersemangat bercakap dalam bahasa dia bila papa dia ajak borak. Siap kaki n tangan dia berkayuh dengan begitu laju sekali. Suara dia plak bukan main kuat n mata dia bulat2 pandang papa dia. Kalau dengan aku mmg la dia borak tapi lebih sopan n ayu gitu, hahahaha. Setiap kali diaorang borak aku cuma senyum n sedikit jeles tapi dalam hati bersyukur kerna Allah telah tunjuk yang Dia makbulkan doa aku agar Maryam jadi sahabat baik n penenang hati papa dia. Harap2 keakraban ini berkekalan selamanya. Terima Kasih Allah...
- Sesi berborak Papa n Maryam -

8.10.08

Maryam beraya...

Tahun ni kami beraya kat Kuantan, tapi sayangnya papa Maryam keje raya 1st tu. Jadinya aku ngan Maryam beraya berdua aje.Hmmm jadi taklah sonok sangat. Yang bestnya Maryam tak lena tido malam raya tu. Pagi raya kul 12tghr baru dia bangun tido n mandi raya,tupun aku gerak dia. Pakai baju raya pun sejam aje tuk tangkap gambar, pastu tukar baju sebab dia maybe tak selesa. Kat bawah ni gambar ayu dia yang sempat aku amik. Comel je...
Maryam yang biru...


Over-protected...


Aku start keje seminggu sebelum raya. 1st day keje aku sangat berat hati nak tinggal Maryam. Maklumlah aku dah bersama dia 9 bulan dalam perut n 2 bulan after dia kuar dari rahim aku. Macam tak percaya pun ada. Serius aku sedih n menitik airmata masa bawak kete. Ek elle emo betul la seorang aku ni. Neway aku dah tau rasanya macam mana ada anak. Macam mana rasanya nak protect anak setiap masa. Betul la kata orang kalau boleh sekor nyamuk pun takleh gigit anak. Kadang2 aku rasa aku over-protected Maryam sampai every morning aku bersiap dalam gelap sebab tak nak buka lampu takut Maryam terjaga dari tido. Oh paranoid(betul ke aku guna ni?)nye aku ini. But apa2 pun takpe demi Maryam. Hehe...

2nd day keje malam tu Maryam tak nak tido sampai aku tepuk2 pipi dia n dia nangis. Aku cuba tidokan dia dgn masuk buai tapi dia tak nak. Bayangkan dia dah jaga dari kul 12 sampai dekat 4pagi tak nak tido jugak. Aku lak dah nak tertonggeng nak tido. Bila dah nangis nenek dia pun bangun. Masa aku panaskan susu aku tgk nenek dah take over buai n suh aku masuk tido sebab aku nak keje esoknya. Dalam terpaksa aku masuk tido tapi takleh tido gak sebab ingatkan Maryam lagi2 bila dengar dia merengek2. Masa tu menitik airmata aku, rasa mcm selfish biar dia ngan nenek dia sedangkan aku masuk tido. Esoknya kat opis aku memang takleh wat keje. N start from that moment aku janji tak kira macam mana pun aku takkan biarkan Maryam di take over lagi. Biar tertonggeng aku nak Maryam tido ngan aku. Malam esoknya aku menjaga Maryam tido agar nenek tak dengar lagi dia menangis. Dan dalam dakap aku dia tido lebih nyenyak dari biasa. Kan aku dah kata aku over-protected dia, sedangkan yang take over dia tu nenek dia je. Hehehehe....