28.2.10

Mesin susu terbaik :)

Hari ini saya membenarkan Maryam mengikut neneknya ke Pedas, Negeri Sembilan. Ada kenduri sedara mara. Saya? Telah berniat ke ofis untuk menyelesaikan sedikit kerja. Maka saya melepaskan Maryam pergi pada jam 10.30 pagi.

Dan tadi Maryam pulang pada jam 7 petang sewaktu saya menikmati makan petang di mid valley - Tidak, tidak saya bukan melencong dan berpoya semasa anak tiada, saya singgah ke mid kerana pulang dari ofis saya menaiki LRT dari Taman Bahagia ke LRT Universiti dan mengambil bas ke mid valley. Bukan sengaja berhenti di mid tapi itulah saya rasa jalan terbaik untuk sampai ke rumah, well rumah saya kan depan mid dan bak kata kakak saya mid adalah kedai runcit kami.Oh mana kereta saya? Oh Alhamdulillah BlackRio saya sihat cuma saya memberi Maryam dan Nenek menggunanya untuk ke Pedas. Saya ke ofis dihantar Sang Suami menaiki Hondanya - Honda EX5 okeh, bukanlah Honda City, Civic atau Accord. Jangan buat spekulasi manja...hahahahahaha.

Saya menerima panggilan adik ipar saya memaklumkan ketibaan beliau dan Maryam - oh maaf saya ingat anak saya akan sampai jam 8 malam, rupanya awal lagi. Maka saya terus berjalan pulang untuk menemui anak saya - saya amat2 merindui beliau. Serius saya katakan walaupun saya tahu Maryam seronok berjalan2 bersama nenek dan makcik2nya saya tak sukakan perasaan jauh darinya sewaktu saya sebenarnya boleh berada disisinya. Faham maksud saya? Kerna itu saya tak suka weekend saya diganggu - waktu saya bersama Maryam adalah yang termanis dan terbaik, kalau boleh janganlah ambil waktu itu untuk menjarakkan saya dari buah hati saya ini. Sebab itu saya sebenarnya payah membenarkan Maryam ke mana2 jika bukan dengan saya dan papanya. Katakan saya ntah apa2 atau terlalu mengawasi anak saya - saya sebenarnya mempunyai satu perasaan yang begini "Jika saya ada di rumah, anak saya mesti ada, suami juga kecuali beliau bekerja". Bukanlah saya kedekut anak saya - cuma saya terlalu menghargai masa saya bersama anak saya. Itu saja.

Dan termanis, Maryam menyambut saya dengan senyuman dan bila saya menutup pintu dan cuba berlalu beliau menangis mengejar pintu kerana takut saya pergi meninggalkan beliau. Saya kemudian membuka pintu kembali dan menciumnya berkali2 dan seperti biasa beliau akan berkata begini :-

"Mama...babuuuu..."

Maryam tahu sayalah mesin susu terbaik buatnya. Dan akan jadi yang terbaik sampai bila2...

23.2.10

::Berminggu Madu::

Oh arini Maryam nak citer pulak kat blog mama. Hehehehe asyik mama je cerita kan. So aritu Maryam rasa best sebab mama sentiasa ada ngan Maryam, hehheheh Maryam boleh babu selalu-sayang mama. Maryam pelik juga kenapa mama ni ada jek-mama dah berenti kerja ker? Yeay...hati Maryam menjerit best, tapi pastu tak best sebab rupanya mama cuti seminggu jek sebab orang2 cina nak raya. Ala tak bestnya Maryam terasa - sebab tulah tajuk post Maryam kali ini berminggu madu bukan bulan ye.

Mama dah start cuti ari jumaat lagi daaaa, Maryam tak suke la sebab menjelang tengahari mama tinggal Maryam kat umah nenek sebab mama pergi mid valley-ala Maryam tahu mama tak nak bawak Maryam sebab mama pergi sorang2, kecik ati yam mama nih, yam bukan berat sangat mama nak kendong. Lain kali bawak yam tau mama - ini amaran.

Tapi malam tu mama siap2kan yam n kemas2kan beg. Yeay yam tahu kita mesti nak balik kampung kan? Yeay, yeay n yeay...yam suka balik kampung kerana suasananya sungguh nyaman. Lagi pulak bolehlah yam jumpa sepupu2 yam dan juga nenek dan cacuuuuu...rindu semuanya. Dan lagi best papa pun dapat cuti 4 hari - huyoh! Mama kata kita balik sampai selasa, ari sabtu malam ahad ada kenduri tahlil untuk arwah Atuk - emmmm rindunya kat atuk.

Selama bercuti inilah aktiviti Maryam & Co. Hahahaha mama n papa plan nak bawak yam pergi Bukit Gambang - ala tempat mandi2 tu, yam suka swimming tau. Tapi disebab musim cuti maka gileeeeeeeeee sangaaaaaatttt ramai orang beratur nak masuk, maka mama tukar plan - tak jadi pergi sebab mama kata kita boleh pergi bila2 masa, bagilah peluang orang yang datang dari jauh nak mandi. Alaaa mama ni kecewa Maryam. Tapi nasib baik Pakcik Maryam ada tempat mandi rahsia - maka kami pun pergilah ke tempat rahsia itu - fuh nasib baik orang tak ramai. Pakcik kata anggaplah tempat itu Bukit Gambang Mini - Hahahahaha tempat tu namanya Resort Indera Sempurna kalau tak silap - Maryam ngan sepupu2 yam ok jek-kami mandi sampai ketar2 tau.


Hahahahaha hebat tak yam? Pelampung ni best tau nanti mama citer kat blog yam mana boleh beli ok!

Yang kat bawah ni aktiviti2 yam sepanjang bercuti ngan mama, mama n papa bawak g shopping, main futsal n pergi kenduri kahwin. Maryam ok jek melangok janji mama ada n mama bagi babu...




19.2.10

Hari ini :)

Hari ini pergi menonton wayang bersama papa.

Oh bersama kawan2 juga iaitu pasangan Atie dan Ayol.

Menonton cerita comel 'Valentine's Day' di GSC Signature The Gardens.

Tentu saya suka cerita ini kerana ada ramai pelakon kesukaan saya - Ashton, Jennifer Garner, Jessica Alba dan oh tentu sekali Patrick Dempsey.

Maryam?

Oh, oh tertinggal beliau di rumah nenek.

Sekali sekala saja ok.

17.2.10

Sudah saya katakan...

...keputusannya akan seri.

Ya saya telah memiliki sebuah blackberry. Hitam dan manis.

Suami juga senyum sampai ke telinga.

Kerana setelah hampir setahun menangguhnya, saya telah menghadiahi beliau sebuah PS2.

Damn!

Saya terpaksa menahan niat bershopping sehingga bulan depan.

Oh double damn!

11.2.10

Ayat Terakhir?



Saya berkecil hati dan sedikit sentap dengan suami saya seperti gambar di atas. Takde apa pun cuma dia balik lewat setelah bermain futsal dan membiarkan anaknya melalak sambil dia enak membaca surat khabar. Saya pantang ok, jadi seperti biasa saya akan membiarkan beliau sehingga beliau sendiri merasa saya marah.

Setelah sentap beberapa hari, suami mengalah la kan, mesti la dia merasa janggal melihat saya diam saja sambil muka serius nak mampus. Petang tadi dia menelefon dan memberitahu dia akan balik lewat sedikit dan saya membalas dengan nada selamba 'tak balik pun takpe'. Suami pun letak telefon.

Lalu saya ceritakan perkara ini kepada kawan baik saya Intan melalui chat opis. Lalu dia membalas begini, "Aku bukan nak takutkan kau, tapi macam mana kalau ayat kau tadi merupakan kata2 terakhir kau pada dia"

Lalu saya menelefon suami kembali. Serius la saya takut kehilangan dia.

Benci la Intan nih! Oh tapi sebenarnya terima kasih la Puan Intan - saya insaf dah ni.

Saya sayang suami saya ok!

)= Kecewa - Sedih - Benci =(

Oh sungguh kecewa dan sedih hari ini.

Semuanya kerana bonus saya dicantas lagi.

Ye masih ada tapi jumlahnya tidak sehebat mana.

Ye saya tahu saya haruslah bersyukur.

Bersyukur kerana masih dianugerah sejumlah wang dari syarikat saya.

Tapi saya tetap kecewa dan sedih.

Tapi jangan risau beri hitam mungkin boleh menyembuh luka saya.

Benci tempat kerja saya. Sungguh!

9.2.10

:: Black-bear-rio 1 Blackberry 0 ::

Ini cerita wiken saya yang kasihan.

Oh taklah kasihan sangat sebenarnya tapi boleh kategori kasihan juga la.

Suami mahu menghadiahi saya sebuah blackberry - tiba2 saja terlebih murah hati pula. Tapi katanya untuk hadiah harilahir saya yang akan menyusul di bulan April nanti. Ye bulan April ok - memang la sedikit gediks nak menghadiahi saya di bulan February ini. Tapi pastilah saya malu2 kucing nak menerima - oh saya memang berfikir banyak kali jika nak beli barang2 yang jatuh di bawah kategori kehendak hati ini lagi2 jika ia melibatkan kewangan suami. Sungguh mulia hati seorang saya? Mungkin juga.

Sepatut wiken lalu kami pergi mendapatkan sebuah blackberry itu namun Black-bear-rio saya lebih dahulu menghidu tujuan kami itu lalu dia pun merosakkan kipas yang selalu diputarkannya untuk menyejukkan sang radiator. Maka selain tak dapat meneruskan perjalanan menuju kedai menjual blackberry itu, wang juga terlebih dahulu perlu disalur kepada sang rio hitam yang telah 5 tahun menjadi buah hati saya itu. Hmmm...

Tak mengapalah, black-bear-rio itu lebih penting dan merupakan keperluan saya, blackberry hanya kehendak gediks saya. Jika saya rasa saya tak mampu mengawal gediks saya dan mahu menghabis wang menikmati beri hitam saya akan mendapatkannya. Buat masa ini saya rasa belum betul2 gediks. Wah wah saya semakin mengerti mana satu keperluan dan mana satu kehendak. Tapi saya pasti akan memenuhi kehendak saya itu dan moga-moga si hitam manis rio tidak menunjukkan rasa jeles yang melampau terhadap barang hitam lain yang cuba saya miliki selepas ini.

Neway saya akan menambah ilmu tentang enjin kereta. Janji! Gila bongok saya memandu kereta yang temperaturenya menuju puncak teratas meter, nasib baiklah tiada apa2 yang berlaku kepada kereta saya. Nasib baik juga suami hanya menjeling saya bila melihat kekeringan air dalam radiator - oh Tuhan gila saya ini bukan. Ok janji-janji akan lebih berpengetahuan lain kali dan tidak menyerah semuanya bulat2 pada orang lain untuk menjaga kereta saya.

Dan keputusan setakat ini Black-bear-rio 1 dan Blackberry 0.

Tapi saya meramal ianya akan seri tak lama lagi.

Siot! Hahahahaha...

4.2.10

Mengenang Abah : Bila Rindu berdetik

Esok genap sebulan pemergian Abah. Saya masih meneruskan kehidupan saya seperti biasa seolah2 Abah masih ada. Hingga semalam saya masih bekerja seperti biasa – dan saya bekerja melebihi masa; entah untuk menggembira hati bos saya atau hati saya sendiri.

Dan semalam rindu dihati ini berdetik kencang. Tanpa sedar di sujud saya, saya menangisi pemergiannya. Entah mengapa setelah sebulan pemergiannya saya seolah2 baru merasa kekekalan ketiadaannya. Esak saya berliku-liku, tangis saya berlagu-lagu - semahu-mahu. Inilah pertama kali saya menangis tanpa silu menghambur semua rasa sedih teramat pilu selepas pemergiannya dulu. Mungkin hati2 ini benar2 merindui lelaki itu.

Dan tangis saya dibawa dari Kelana Jaya ke Bangsar. Lebuhraya Persekutuan saksi segala, kesesakannya saya kira meruntun sama.

Abah, mengapalah saya mula merindui dia...

Mungkin kerana itulah yang sepatut saya rasa.

Kerana sayalah anak perempuan manja si dia.

Dan dialah Abah Cool saya selamanya.