16.8.11

:Susu chap minda berhubung:

Sabar ajelah semalam masa nak beli susu untuk Maryam, Maryam minta nak beli susu 4xDHA sedangkan sejak2 susu tanpa gula diperkenalkan kami telah beralih kepada jenama tersebut. Dah puas saya berbincang dengan dia, dia tetap nak jugak susu tu. Rasa nak cepuk dia pun ada sebab saya memang nak tukar lagi jenama susu yang lebih jimat memandangkan dia sudahpun berusia 3 tahun. Sekalinya bukan lagi jimat, lagi tak jimat adalah. Haih tak mahu pula tu dia minta sustagen ker, dugro ker atau dutch lady. Macam tau2 aje susu terbaik selain susu ibu.

Actually masa bagi Maryam susu tanpa gula tu bukanlah sebab dia satu2nya susu yang tak bergula tapi kebetulan masa tu mmg nk tukar susu. Mula2 Maryam minum susu 4xDHA juga, tapi Maryam ada masalah berak keras, so tukar guna friso, still berak keras tapi ok sikit dari minum susu 4xDHA. Then tukar minum susu minda berhubung walaupun memang dah tak larat nak layan dia yg sememangnya minda terlebih berhubung dengan mulut. Hahahaha...

Nak jadikan cerita, masa tgh berbincang dgn yam tu datanglah makcik yang jadi jurucakap suh beli susu 4xDHA tu. Apalagi yam dengar penerangan dia penuh kusyuk, macam dia paham kan. Saya malas nak layan sangat n iyakan aje. Masa dia tgk kami nak beli susu minda berhubung dia pun bukak citer yang susu ni dah turun khasiatnya. Dia pun tunjukkan peratus sebenar yang disarankan untuk susu dari segi khasiatnya, yang menurutnya susu 4xDHA mengikut peratusn khasiat itu seratus peratus dan susu minda berhubung tidak yang mana khasiat yg sepatutnya tinggi adalah rendah dan yang rendah adalah tinggi. Selain itu kandungannya juga telah kurang kpd 500gram dan sudu pencedoknya telah mengecil.

Saya biarkan saje makcik tu membebel, alah dah selalu sangat jumpa dia kalau nak bli susu kan. Tapi akhirnya saya beli jugak la susu 4xDHA tu dan yam tersenyum puas.

Kenapa saya beli susu 4xDHA? Sebab saya pelik Maryam sejak minum susu minda berhubung dia minum sangat banyak n mcm tak masuk akal, dah abis 6oz dia boleh mintak lagi. Pastu dia asyik2 mintak susu. Mungkinkah benar susu minda berhubung dah kurang khasiat? Wallahualam...

Dan start malam tadi Maryam minum susu 4xDHA n guess what? Malam tadi dia minum sekali masa nak tido n sampai petang ni dia minum sekali aje susu. Kalau minum susu minda berhubung tu dah lebih kurang 3x dia minum. Adakah sebab kandungan gula jadi begini? Sekali lagi wallahualam...

Tapi saya masih memikirkan susu terbaik untuk Maryam...
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comment:

ummi mien said...

yam ni sama je ngan dania. budak kucil skang pandai rasa susu. aku pon dulu masa dania masuk sethn berura2 nk tukar susu. sbb nak jimat sket. sekali amek ko. dania tak nak. dia nak juga susu yang 4XDHA tuh. huhuhu...harap2 syamil tak de la cam kakak dia. dan harap2 perjalanan BF Syamil berjaya sekurang2 nya smpi umur setahun.