9.8.11

30 hari sudah berlalu...

1) Perut masih belum kempis, masih belum hilang kehitaman n stretch marks masih ada - inilah kalau malas berbengkung ye puan2, tapi saya ada alasan sendiri, salah satunya sebab saya mengalami buasir yang menyukarkan pergerakan saya dan saya lebih memberi perhatian kepada menyembuhkan buasir dari mengamalkan amalan2 berpantang.
2) Pengambilan jamu2 tidak berjaya diamalkan, sebab saya breastfeed sepenuhnya, Yusuf pula mendapat impak. Masa amik ubat buasir yg kebanyakkannya herba, saya perasan Yusuf naik ruam, bila berhenti alhamdulillah ruam berkurangan. Jadi saya rasa proses penyembuhan dalaman saya adalah lambat. Sangat risau kerana saya tak amik apa2 jamu n saya makan tak berpantang sangat. Saya memang tak boleh skip makanan pedas, ais minum juga skit2 sebab bulan puasa ni mmg teruji tgk air sedap2. Tapi saya ingat pesan mak tak boleh minum air tebu, air kelapa n makan sayur keladi selama setahun. Huhuhuhu air tebuuuuuuuuu...setahun tu!
3) Darah nifas sudah kering, cuma masih ada sisa2 kecoklatan, harap2 saya dapat berpuasa dalam tempoh terdekat ini. Sedikit risau sebab nak puasa n menyusukan. Tapi InsyaAllah saya akan berusaha. Maybe stock susu boleh buat malam hari.
4) Stok susu cuma seperti gambar di atas. Alhamdulillah itu yang termampu setakat ini, maybe saya harus tingkatkan usaha saya sebab saya sangat malas nak mengepam. Tidak, mulai hari ini harus melipatganda usaha. Kelihatannya Yusuf tiada masalah membotol. Alhamdulillah.
5) Yusuf Imran sudah kelihatan sedikit tembam, berkat susu ibu. Alhamdulillah. Menjaga Yusuf tidaklah sukar cuma dia banyak tidur siang. Bila mama nak tido dia nak jaga, bila dia tido masanya tak sesuai tuk mama tido. Sedikit pening mama disitu.
6) Maryam Jannah - ini cabaran sebenar mama. Aduhai penat gila jadi tarzan terjerit terlolong setiap masa. Sabar ajelah. Masa adik tgh babu, masa tulah dia nak babu dia, masa adik tido masa tulah dia nak gomol adik. Suruh mandi pun bergaduh, nak makan pun bergaduh. Yang bestnya mama marah kadang dia buat dek aje, dah slalu sgt kene marah sampai dia pun mals nak layan. Sebenarnya mama rasa bersalah yang amat sebab selalu jerit2 kat Maryam. Haih...
7) Tempoh pantang masih bersisa 2 minggu, dan saya cuba memberi perhatian kepada perut dan organ2 dalaman. Maka saya kembali pakai girder n menyapu perut dengan kapur+limau nipis. Ini adalah untuk mengurangkan kesan hitam n mengempiskan perut. Kalau amalkan siang malam, InsyaAllah berkesan. Saya juga beli produk 'Bidadari' dari jenama DCL untuk organ kewanitaan. Tapi macam biasa Yusuf kelihatan tak serasi. So demi anak kecil ini saya stop la dulu @ kurangkan pengambilannya. Harap2 ada kesan untuk penyembuhan dalaman.

Itu saja updates setakat ini. Kepada rakan2 yang juga sudah melahirkan - Zue n Mien, silalah berpantang dengan baik ye, nanti kita bisa bertemu n menemukan hero2 kita, Yusuf, Syamil n Muiz... Dan pada waktu blog ini ditulis maybe Mama Ila juga telah berjaya melahirkan. Dan buat Intan, tak sabar tunggu saat kau pula. InsyaAllah baby Syaaban n Ramadhan baik pekerti budaknya... :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

4 comments:

ummi mien said...

Congratz ngan stok EBM kamu. Aku gak masih tak dapat nak kumpul stok. Bukan sebab malas ke hapa tapi sebab Syamil tak kuat menghisap. Hisap sket terus lentok. apapun masih mencari ruang utk buat stok.

Inty Winty said...

Bukan kau saja tak sabar mek, aku macam dah nak pengsan hilang sabar dah hahaha. Tapi redha sebenarnya, mesti ada hikmh di sebaliknya. At least merasa juga puasa ngan terawikh dengan gigih.

Jeles kau dah nak abes pantang!

semut-terbersin said...

Oh bageimanakah kamu mengikat ebm itu begitu comel?mcm ikat plastik air tebu gitu..saya tidak lah bejaye mengikat plastik ebm saye gemok2 begitu..
kannnn setahun tu tak bleh minum air kelape n tebu.. Huu sedang saye yg br 2 minggu ni je dah tk bleh thn, nikan plak nk kene bertahan selame setahun?? Huwaaaa

R-B-I said...

Oh saya lipat dulu atas plastik tu then ikat macam biasa. Oh saya adalah minum seteguk dua air tebu, serius tak boleh tahan.