5.8.11

~ Majlis cukur jambul Yusuf Imran ~

Published with Blogger-droid v1.7.4

Alhamdulillah dapat sempurnakan majlis cukur jambul Yusuf di hari ke-9 kelahirannya. As usual majlis awal sebab ada sepupu hubby buat majlis bertunang, jadi kami pun tumpanglah menyelam sambil minum air. Yes sebab saya masih lagi dalam mood jalan dengan penuh keayuan maka semuanya diuruskan oleh ibu mertuaku. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan Yusuf sangatlah well behaved sepanjang direnjis n ditobek2 rambut pacaknya itu. Yusuf tidak meragam langsung dan sepanjang duduk di dewan dia membuta sahaja. TQ darling!

Kepada semua yang telah memeriahkan majlis, terima kasih banyak2. Ramai yang tak dapat datang sebab majlis clash dengan birthday party sorang lagi kawan saya, pada yang sempat rushing ke majlis Yusuf terima kasih sangat2.

Selain dapat banyak hadiah, Yusuf juga terima banyak duit yang menjadikan Yusuf seorang ribuwan. Alhamdulillah dah abis pantang nanti kita buka buku akaun ye sayang? Tak sabarnya mama nak abis pantang, teringin gila nak pergi jalan2 dengan 2 anak mama ni.

Oklah kalau rajin akan apdate gambar sepanjang majlis. Sangat malas nak buka laptop n edit gambar, serius dah lama tak buka laptop. Oklah itu saja setakat ini k. Selamat berpuasa n berbuka kepada semua.

2 comments:

ummi mien said...

lebatnya rambut Yusuf! kamu dah plan nak jenjalan ngan 2 anak? aku tak dapat nak bygkan berjln2 dgn sorang yg sgt aktif dan sorang lagi masih kucil.dania skang aktif dan tak moh dgr ckp orang.

R-B-I said...

Mien rambut yusuf taklah lebat sangat, dah kene botak dah pun malam tadi, harap2 lps ni rambut dia naik dgn lebatnya.
Oh yam pun selalu kene marah skang sbb dia mmg cari perhatian, yg aku ckp jgn la dia buat...