Ingin saya ingatkan saya bukanlah terlalu taksub dgn penyusuan susu ibu dan saya tidak sesekali bersetuju dengan sesetengah golongan yang taksub lalu secara tidak sengaja mengutuk golongan ibu2 yang tidak menyusukan anak mereka dengan susu ibu. Saya menyusukan kerana inilah yang terbaik untuk anak2 saya dan saya seronok melakukannya. Saya tidak taksub tapi saya menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya.
Human milk for human babies (HM4HB) adalah satu komuniti yg menggalakkan perkongsian susu ibu di seluruh dunia. Bolehlah gugel kalau nak tau lebih lanjut ok? Cuma saya nak berkongsi persepsi saya selepas membaca artikel ini @ lebih tepat slps mengetahui kewujudan komuniti seperti ini. Pada awalnya saya tdk menyangka wujudnya komuniti seperti ini dengan sambutan yang amat menggalakan dari seluruh dunia! Misi utama mereka adalah bg memastikan setiap anak manusia mendapat susu manusia dan bukan susu formula.
Awalnya pada saya berkongsi susu dengan anak org lain sebolehnya saya cuba elakkan. Ini kerana dalam islam jika syarat2 tertentu dipenuhi akan jatuhlah status ibu susuan n anak susuan. Pada saya ini sangat berat lagi2 rata2 kawan2 punya anak sebaya. Bagaimana kalau jatuh cinta dewasa kelak? Kedengaran lucu tapi bgmana jika terjadi? Kerana itu sewaktu menyusukan Maryam stok susu saya terbuang begitu sahaja. Saya takut untuk memegang status ibu susuan.
Apabila difikirkan balik kenapa tidak saya berkongsi dengan kawan2 yang menghadapi masalah menyusukan anak mereka? Ini kerana terdapat beberapa orang rakan saya yang gagal sedangkan keinginan mereka sangat kuat, masing2 mengalami masalah tersendiri dan tak dapat dielakkan. Saya sangat bersimpati dengan mereka.
Kalau langkah dan syarat dipatuhi, mengapa tidak saya ada anak susuan? Oh tentu manis kan memegang status ibu susuan? Ya persepsi saya berubah dan mengapa tidak saya membantu anak manusia lain mendapat susu manusia juga? Ini juga kerana kawan2 disekeliling saya yang tidak berjaya menyusukan anak mereka dengan susu ibu bukanlah kerana mereka tidak mahu tapi setiap dari mereka tidak mampu dan mempunyai kisah sedih disebaliknya. Stok saya tidaklah melampau banyak namun saya rasa saya boleh sedikit sebanyak membantu ibu2 lain. Setelah saya hitung n mencongak2 saya rasa stok ebm saya mencukupi sementelah pula saya bukanlah ibu bekerja yang akan bekerja outstation. Saya rasa dengan susu perahan sewaktu di ofis, InsyaAllah mampu untuk dibekalkan kpd Yusuf sehari2. Lagi pula saya lebih suka memberi yang fresh berbanding stok ebm memandangkan itulah yang sebaiknya.
Kemudian saya terfikir lagi, mengapa tidak saya bagi Maryam saja lebihan stok susu adiknya? Tentu jauh lebih baik dari saya beri susu formula yang DHAnya kononnya 4x lebih tinggi. Saya berura2 mahu tandem nursing sebelum melahirkan Yusuf namun selepas melahirkan saya rasa geli* pula nak menyusukan Maryam lagi2 buah hati saya ini mulutnya bercakap tak henti2. Dapat bayang tak maksud geli* saya tu? Siapa yang kenal Maryam pasti faham maksud saya. Semalam saya cuba juga bertanya Maryam samada mahu atau tidak berkongsi susu dengan adik dan saya menyuruh Maryam cuba merasa susu adik sedap @ tidak. Respon Maryam? Dia senyum2 malu dan kata dia malu. Hahahahah serius nampak dia sangat segan.
Kebetulan juga salah seorang kawan saya mengirim sms bertanyakan tentang susu ibu saya. Dia mengalami kesulitan memerah susu dgn hasil yg sedikit ditambah pula dengan jaudis yg dialami anaknya. Selepas bertanya papa dan menimbang2 saya bertanyakan sama ada beliau mahu berkongsi stok ebm saya. Niat saya ikhlas lebih2 lagi anaknya mengalami jaundis. Paling tidak saya dpt nembantu anaknya menyembuhkan jaundis. Saya juga rasa terpanggil lebih2 lagi anak beliau hanya muda 9 hari dari Yusuf dan juga seorang lelaki. Sementelah pula suaminya adalah 2 pupu suami saya. Apa salah Yusuf membantu 3 pupunya pula kan?(betul tak pangkat saya guna sebab ayah mertua saya dan ibu mertua kawan saya adalah sepupu).
Kesimpulannya saya rasa saya sudah bersedia berkongsi susu saya tapi dengan mematuhi syarat2 yang telah dilandaskan Islam. Syarat saya pula saya hanya sedia berkongsi dengan rakan muslim, rakan yang saya telah kenal agak lama dan rakan yang benar2 mengalami kesulitan dalam menyusukan anaknya tetapi mempunyai keinginan yang kuat untuk memberikan anak mereka yang terbaik dan saling rela merelai. Hahahahah bila baca balik macam poyo pulak saya ini. Oh tapi saya serius ni ok...
Jadi siapa rasa mereka memerlukan dan mematuhi syarat2 yang ditetapkan bolehlah kita berbincang mengenainya. Kalau rasa geli atau ieewwww dengan perkongsian ini cuba renungkan kembali, berkongsi susu terbaik sesama manusia atau berkongsi susu yang belum tentu baik dengan susu formula di pasaran adalah lebih baik? Renung-renungkan dan selamat mengepam. Berusahalah menyusukan dan mengepam untuk manfaat kita bersama. ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.4
3 comments:
sgt terharu nye ngan entry nih. aku maseh blom diskus lagi ngan hubby tp aku akan confirm kan once aku jp specialist utk next appointment hari khamis dpn,25/8.
Murninye niat kamu itew.. Dari dulu saye pon terpk pasal adik bradik susuan tu punye isue kalu berkongsi ebm ni.. nnti kene pastikan semua adik beradik yusuf dan adik bradik si penerima ebm tidak terjatuh chenta sesame la kan? Sbb dah jatuh adik bradik susuan kan? Kalu saye silap, sila btulkan
Mien - ok nanti apa2 bgtau k
ila - itulah kan best kalau ada anak.susuan. Kiranya taraf dah jadi adik beradik...
Post a Comment