27.8.11

Sistem Giliran Beraya

Raya kali ini adalah giliran encik suami. Biasa jika belah suami, Melaka yg akan menjadi destinasi. Mengikut beraya bersama keluarga besar suami tidak menjadi masalah bagi saya malah saya sangat menunggunya kerana famili besar ini sangat erat n meriah suasananya. Percayalah jika anda mengenali famili besar ini anda akan kagum dengan keeratan hubungan yang terjalin.

Namun begitu raya kali ini seperti tidak nampak macam mana. Suami bekerja dihari pertama raya, cuma bercuti di raya kedua hingga keempat. Itupun kena standby di raya keempat. Mil pula tak dapat nak bgtau plan beliau bagaimana. Namun apapun plannya saya akan bsm anak2 beraya di kl di raya pertama sementara menunggu papa pulang dari kerja untuk pulang ke kampung papa. Boleh bayang saya vouge2 berbaju raya kat kl ngan yam n yusuf tanpa papa dengan linangan airmata. Gerenti la kan menangis sedu sedan. Gila ko raya kat kl, flat ni gerenti suram, ntah2 boleh main turun naik lif sbb orang takde. Serius tak dapat bayang mcm mana saya nak tabah beraya ngan anak2.

Sebab tu saya minta izin papa beraya di Kuantan saja. Sementelah pula sekarang kami sudah tiba di kampung saya. Ikut plan Isnin kami balik kl semula, selasa balik melaka. So saya tukar plan n minta pendapat papa. Lepas mil masih tak dapat buat keputusan, kami setuju tukar plan. So dapatlah saya beraya bersama mak di raya pertama, raya kedua kami akan balik Melaka. Alhamdulillah moga2 raya tahun ni dapat berkumpul dan bergembira bersama sanak saudara.

Sistem giliran boleh ditolak ansur, janganlah nak bertekak demi mempertahankan giliran beraya di belah keluarga sendiri hingga bermasam muka. Yang penting raya adalah untuk dinikmati dan bukan masa untuk mencetuskan muncung sedepa sang suami atau isteri. Tak kiralah giliran belah keluarga siapa, yang penting hati mestilah dilapangkan dengan niat menikmati raya sepenuhnya. InsyaAllah jika niat mengeratkan silaturrahim, isu masam muka takkan menjadi soal di pagi raya. Nikmatilah raya ini tak kiralah bersama ibu sendiri atau mertua. Yang penting adalah niat dihati. Seriusnya saya lebih enjoi beraya bersama keluarga besar mertua kerana ianya mmg meriah berbanding raya keluarga saya yang sememangnya biasa2 saja.

Buat suami terima kasih daun ketupat. Saya sangat menghargai tolak ansur ini. Dan buat semua maaf zahir batin diminta. Pandulah dengan selamat di hari raya ini. Yang penting berbahagialah dipagi raya tak kira bersama siapa anda beraya. Bahagiakanlah insan2 di sisi kita sementara mereka masih ada. Selamat hari raya!
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: