27.8.11

Sistem Giliran Beraya

Raya kali ini adalah giliran encik suami. Biasa jika belah suami, Melaka yg akan menjadi destinasi. Mengikut beraya bersama keluarga besar suami tidak menjadi masalah bagi saya malah saya sangat menunggunya kerana famili besar ini sangat erat n meriah suasananya. Percayalah jika anda mengenali famili besar ini anda akan kagum dengan keeratan hubungan yang terjalin.

Namun begitu raya kali ini seperti tidak nampak macam mana. Suami bekerja dihari pertama raya, cuma bercuti di raya kedua hingga keempat. Itupun kena standby di raya keempat. Mil pula tak dapat nak bgtau plan beliau bagaimana. Namun apapun plannya saya akan bsm anak2 beraya di kl di raya pertama sementara menunggu papa pulang dari kerja untuk pulang ke kampung papa. Boleh bayang saya vouge2 berbaju raya kat kl ngan yam n yusuf tanpa papa dengan linangan airmata. Gerenti la kan menangis sedu sedan. Gila ko raya kat kl, flat ni gerenti suram, ntah2 boleh main turun naik lif sbb orang takde. Serius tak dapat bayang mcm mana saya nak tabah beraya ngan anak2.

Sebab tu saya minta izin papa beraya di Kuantan saja. Sementelah pula sekarang kami sudah tiba di kampung saya. Ikut plan Isnin kami balik kl semula, selasa balik melaka. So saya tukar plan n minta pendapat papa. Lepas mil masih tak dapat buat keputusan, kami setuju tukar plan. So dapatlah saya beraya bersama mak di raya pertama, raya kedua kami akan balik Melaka. Alhamdulillah moga2 raya tahun ni dapat berkumpul dan bergembira bersama sanak saudara.

Sistem giliran boleh ditolak ansur, janganlah nak bertekak demi mempertahankan giliran beraya di belah keluarga sendiri hingga bermasam muka. Yang penting raya adalah untuk dinikmati dan bukan masa untuk mencetuskan muncung sedepa sang suami atau isteri. Tak kiralah giliran belah keluarga siapa, yang penting hati mestilah dilapangkan dengan niat menikmati raya sepenuhnya. InsyaAllah jika niat mengeratkan silaturrahim, isu masam muka takkan menjadi soal di pagi raya. Nikmatilah raya ini tak kiralah bersama ibu sendiri atau mertua. Yang penting adalah niat dihati. Seriusnya saya lebih enjoi beraya bersama keluarga besar mertua kerana ianya mmg meriah berbanding raya keluarga saya yang sememangnya biasa2 saja.

Buat suami terima kasih daun ketupat. Saya sangat menghargai tolak ansur ini. Dan buat semua maaf zahir batin diminta. Pandulah dengan selamat di hari raya ini. Yang penting berbahagialah dipagi raya tak kira bersama siapa anda beraya. Bahagiakanlah insan2 di sisi kita sementara mereka masih ada. Selamat hari raya!
Published with Blogger-droid v1.7.4

24.8.11

'Mama very gud girl!'

Itulah kata Maryam bila saya tunjukkan botol 9oz yang penuh dengan susu perahan saya. Actually saya berjaya memerah 11oz susu pada petang itu. Dan ungkapan Maryam pada saya seolah-olah pembakar semangat dari seorang kecil yang tahu kebaikan susu ibu. Kalau tak baik takkan dia pandai mengungkap begitu kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

My Super-Sentimental Husband

Nampak tak handphone yang dah rabak sana sini kat atas? Haa kalau nak tau itulah handphone yang suami saya pakai since 2007 until lebih kurang 2 minggu lepas. Giler tak maju kan, jauh panggang dari teknologi sekarang, jauh giler ketinggalan dengan i-phone n yang sewaktu dengannya. Isteri giler pakai blackberry n tab bagai, tengok suami, kesian, kesian...

Suami saya bukan gile gajet, buta it juga, kekekeke, saya pun buta it juga tapi terer skit dari suami saya. Yelah saya nak heran apa, saya ada software engineer saya, saya beli gajet ke apa ker, semua engineer saya yang set-upkan, so saya tak pedulik sangat pon buta tak buta, kekekek...hehehe sib baik ada ateh yang menjadi mentor saya dalam bidang gajet mengajet.

Ok berbalik pada suami saya, saya dah naik rimas tgk dia pakai henpon rabak tu, serius ko siap keypad tercabut dia boleh selamba pakai, bukan takde henpon lama, siap adik saya bagi henpon dia, dia tak nak juga pakai sampai saya rasa nak aje campak henpon dia tu dari tingkap bilik tingkat 17 ni. Dah puas bebel dia guna jugak henpon ngokngek dia tu. Dia kata janji boleh sms n tepon dah ler n janji ada kredit. Nyampah mak ok.

Sampai satu tahap saya offer dia beli galaxy s, i-phone @ sony x-play. Tapi dia tak kata ya tak kata tidak, bila nak beli dia menolak. Sakit hati pun ada, suka pun ada sebab jimat duit saya la kan, sebab offer ni sempena hadiah harijadi. Saya pun tak pakai ipon ok, blackberry pun yang paling low class i pakai. Kekekekeek tapi apa jadah nak bagi gajet power kalau buta it kan? Haha gile kutuk suami sendiri.

Tapi akhirnya saya belikan juga dia galaxy ace yang mana saya rasa affordable n berbaloi la nak blikan tuk suami saya yang tak gile gajet tu. Tu pun saya suruh engineer saya pergi beli. Serius dah tak tahan tgk henset selenge dia tu, kalau harap dia beli mmg tidak la sebab dia mmg berkira nak beli apa2 tuk diri sendiri, kalau saya mintak dia boleh plak usahakan. Sebab dah tak tahan sangat saya belikan la sebagai menunai janji hadiah harijadi beliau yang tertunggak dari bulan 5 baru ni. Pastu padan muka dia sbb dia tanya saya kenapa tak blikan dia sony x-play, hohoho aritu saya tanya nak tak nak jual mahal. Skang guna ajelah ace tu. Ada rezeki 5 tahun lagi kita bli henpon canggih baru lg ok?

Oh dan yang menjadi suami saya super sentimental ialah setiap kali saya kutuk henpon dia, salah satu jawapan beliau ialah 'ingat apa? Henpon ni tunang aku bg tau' Hahahah dan itu adalah 5 tahun lepas dan sayalah tunangannya yang menberikan beliau henpon itu. Dan kini setelah beranak 2 barulah henpon itu ditukar. Hehehe kan sentimental tu...
Published with Blogger-droid v1.7.4

20.8.11

::Human Milk for Human Babies::

Hari ni berbuka kat rumah mil. Sementara tunggu berbuka baca paper yang ntah berapa hari lepas. Tiba2 mana tertancap satu artikel tajuk pasal penyusuan susu ibu dan satu frasa yang sangat menarik perhatian iaitu 'Human milk for human babies'.

Ingin saya ingatkan saya bukanlah terlalu taksub dgn penyusuan susu ibu dan saya tidak sesekali bersetuju dengan sesetengah golongan yang taksub lalu secara tidak sengaja mengutuk golongan ibu2 yang tidak menyusukan anak mereka dengan susu ibu. Saya menyusukan kerana inilah yang terbaik untuk anak2 saya dan saya seronok melakukannya. Saya tidak taksub tapi saya menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya.

Human milk for human babies (HM4HB) adalah satu komuniti yg menggalakkan perkongsian susu ibu di seluruh dunia. Bolehlah gugel kalau nak tau lebih lanjut ok? Cuma saya nak berkongsi persepsi saya selepas membaca artikel ini @ lebih tepat slps mengetahui kewujudan komuniti seperti ini. Pada awalnya saya tdk menyangka wujudnya komuniti seperti ini dengan sambutan yang amat menggalakan dari seluruh dunia! Misi utama mereka adalah bg memastikan setiap anak manusia mendapat susu manusia dan bukan susu formula.

Awalnya pada saya berkongsi susu dengan anak org lain sebolehnya saya cuba elakkan. Ini kerana dalam islam jika syarat2 tertentu dipenuhi akan jatuhlah status ibu susuan n anak susuan. Pada saya ini sangat berat lagi2 rata2 kawan2 punya anak sebaya. Bagaimana kalau jatuh cinta dewasa kelak? Kedengaran lucu tapi bgmana jika terjadi? Kerana itu sewaktu menyusukan Maryam stok susu saya terbuang begitu sahaja. Saya takut untuk memegang status ibu susuan.

Apabila difikirkan balik kenapa tidak saya berkongsi dengan kawan2 yang menghadapi masalah menyusukan anak mereka? Ini kerana terdapat beberapa orang rakan saya yang gagal sedangkan keinginan mereka sangat kuat, masing2 mengalami masalah tersendiri dan tak dapat dielakkan. Saya sangat bersimpati dengan mereka.

Kalau langkah dan syarat dipatuhi, mengapa tidak saya ada anak susuan? Oh tentu manis kan memegang status ibu susuan? Ya persepsi saya berubah dan mengapa tidak saya membantu anak manusia lain mendapat susu manusia juga? Ini juga kerana kawan2 disekeliling saya yang tidak berjaya menyusukan anak mereka dengan susu ibu bukanlah kerana mereka tidak mahu tapi setiap dari mereka tidak mampu dan mempunyai kisah sedih disebaliknya. Stok saya tidaklah melampau banyak namun saya rasa saya boleh sedikit sebanyak membantu ibu2 lain. Setelah saya hitung n mencongak2 saya rasa stok ebm saya mencukupi sementelah pula saya bukanlah ibu bekerja yang akan bekerja outstation. Saya rasa dengan susu perahan sewaktu di ofis, InsyaAllah mampu untuk dibekalkan kpd Yusuf sehari2. Lagi pula saya lebih suka memberi yang fresh berbanding stok ebm memandangkan itulah yang sebaiknya.

Kemudian saya terfikir lagi, mengapa tidak saya bagi Maryam saja lebihan stok susu adiknya? Tentu jauh lebih baik dari saya beri susu formula yang DHAnya kononnya 4x lebih tinggi. Saya berura2 mahu tandem nursing sebelum melahirkan Yusuf namun selepas melahirkan saya rasa geli* pula nak menyusukan Maryam lagi2 buah hati saya ini mulutnya bercakap tak henti2. Dapat bayang tak maksud geli* saya tu? Siapa yang kenal Maryam pasti faham maksud saya. Semalam saya cuba juga bertanya Maryam samada mahu atau tidak berkongsi susu dengan adik dan saya menyuruh Maryam cuba merasa susu adik sedap @ tidak. Respon Maryam? Dia senyum2 malu dan kata dia malu. Hahahahah serius nampak dia sangat segan.

Kebetulan juga salah seorang kawan saya mengirim sms bertanyakan tentang susu ibu saya. Dia mengalami kesulitan memerah susu dgn hasil yg sedikit ditambah pula dengan jaudis yg dialami anaknya. Selepas bertanya papa dan menimbang2 saya bertanyakan sama ada beliau mahu berkongsi stok ebm saya. Niat saya ikhlas lebih2 lagi anaknya mengalami jaundis. Paling tidak saya dpt nembantu anaknya menyembuhkan jaundis. Saya juga rasa terpanggil lebih2 lagi anak beliau hanya muda 9 hari dari Yusuf dan juga seorang lelaki. Sementelah pula suaminya adalah 2 pupu suami saya. Apa salah Yusuf membantu 3 pupunya pula kan?(betul tak pangkat saya guna sebab ayah mertua saya dan ibu mertua kawan saya adalah sepupu).

Kesimpulannya saya rasa saya sudah bersedia berkongsi susu saya tapi dengan mematuhi syarat2 yang telah dilandaskan Islam. Syarat saya pula saya hanya sedia berkongsi dengan rakan muslim, rakan yang saya telah kenal agak lama dan rakan yang benar2 mengalami kesulitan dalam menyusukan anaknya tetapi mempunyai keinginan yang kuat untuk memberikan anak mereka yang terbaik dan saling rela merelai. Hahahahah bila baca balik macam poyo pulak saya ini. Oh tapi saya serius ni ok...

Jadi siapa rasa mereka memerlukan dan mematuhi syarat2 yang ditetapkan bolehlah kita berbincang mengenainya. Kalau rasa geli atau ieewwww dengan perkongsian ini cuba renungkan kembali, berkongsi susu terbaik sesama manusia atau berkongsi susu yang belum tentu baik dengan susu formula di pasaran adalah lebih baik? Renung-renungkan dan selamat mengepam. Berusahalah menyusukan dan mengepam untuk manfaat kita bersama. ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

16.8.11

:Susu chap minda berhubung:

Sabar ajelah semalam masa nak beli susu untuk Maryam, Maryam minta nak beli susu 4xDHA sedangkan sejak2 susu tanpa gula diperkenalkan kami telah beralih kepada jenama tersebut. Dah puas saya berbincang dengan dia, dia tetap nak jugak susu tu. Rasa nak cepuk dia pun ada sebab saya memang nak tukar lagi jenama susu yang lebih jimat memandangkan dia sudahpun berusia 3 tahun. Sekalinya bukan lagi jimat, lagi tak jimat adalah. Haih tak mahu pula tu dia minta sustagen ker, dugro ker atau dutch lady. Macam tau2 aje susu terbaik selain susu ibu.

Actually masa bagi Maryam susu tanpa gula tu bukanlah sebab dia satu2nya susu yang tak bergula tapi kebetulan masa tu mmg nk tukar susu. Mula2 Maryam minum susu 4xDHA juga, tapi Maryam ada masalah berak keras, so tukar guna friso, still berak keras tapi ok sikit dari minum susu 4xDHA. Then tukar minum susu minda berhubung walaupun memang dah tak larat nak layan dia yg sememangnya minda terlebih berhubung dengan mulut. Hahahaha...

Nak jadikan cerita, masa tgh berbincang dgn yam tu datanglah makcik yang jadi jurucakap suh beli susu 4xDHA tu. Apalagi yam dengar penerangan dia penuh kusyuk, macam dia paham kan. Saya malas nak layan sangat n iyakan aje. Masa dia tgk kami nak beli susu minda berhubung dia pun bukak citer yang susu ni dah turun khasiatnya. Dia pun tunjukkan peratus sebenar yang disarankan untuk susu dari segi khasiatnya, yang menurutnya susu 4xDHA mengikut peratusn khasiat itu seratus peratus dan susu minda berhubung tidak yang mana khasiat yg sepatutnya tinggi adalah rendah dan yang rendah adalah tinggi. Selain itu kandungannya juga telah kurang kpd 500gram dan sudu pencedoknya telah mengecil.

Saya biarkan saje makcik tu membebel, alah dah selalu sangat jumpa dia kalau nak bli susu kan. Tapi akhirnya saya beli jugak la susu 4xDHA tu dan yam tersenyum puas.

Kenapa saya beli susu 4xDHA? Sebab saya pelik Maryam sejak minum susu minda berhubung dia minum sangat banyak n mcm tak masuk akal, dah abis 6oz dia boleh mintak lagi. Pastu dia asyik2 mintak susu. Mungkinkah benar susu minda berhubung dah kurang khasiat? Wallahualam...

Dan start malam tadi Maryam minum susu 4xDHA n guess what? Malam tadi dia minum sekali masa nak tido n sampai petang ni dia minum sekali aje susu. Kalau minum susu minda berhubung tu dah lebih kurang 3x dia minum. Adakah sebab kandungan gula jadi begini? Sekali lagi wallahualam...

Tapi saya masih memikirkan susu terbaik untuk Maryam...
Published with Blogger-droid v1.7.4

9.8.11

30 hari sudah berlalu...

1) Perut masih belum kempis, masih belum hilang kehitaman n stretch marks masih ada - inilah kalau malas berbengkung ye puan2, tapi saya ada alasan sendiri, salah satunya sebab saya mengalami buasir yang menyukarkan pergerakan saya dan saya lebih memberi perhatian kepada menyembuhkan buasir dari mengamalkan amalan2 berpantang.
2) Pengambilan jamu2 tidak berjaya diamalkan, sebab saya breastfeed sepenuhnya, Yusuf pula mendapat impak. Masa amik ubat buasir yg kebanyakkannya herba, saya perasan Yusuf naik ruam, bila berhenti alhamdulillah ruam berkurangan. Jadi saya rasa proses penyembuhan dalaman saya adalah lambat. Sangat risau kerana saya tak amik apa2 jamu n saya makan tak berpantang sangat. Saya memang tak boleh skip makanan pedas, ais minum juga skit2 sebab bulan puasa ni mmg teruji tgk air sedap2. Tapi saya ingat pesan mak tak boleh minum air tebu, air kelapa n makan sayur keladi selama setahun. Huhuhuhu air tebuuuuuuuuu...setahun tu!
3) Darah nifas sudah kering, cuma masih ada sisa2 kecoklatan, harap2 saya dapat berpuasa dalam tempoh terdekat ini. Sedikit risau sebab nak puasa n menyusukan. Tapi InsyaAllah saya akan berusaha. Maybe stock susu boleh buat malam hari.
4) Stok susu cuma seperti gambar di atas. Alhamdulillah itu yang termampu setakat ini, maybe saya harus tingkatkan usaha saya sebab saya sangat malas nak mengepam. Tidak, mulai hari ini harus melipatganda usaha. Kelihatannya Yusuf tiada masalah membotol. Alhamdulillah.
5) Yusuf Imran sudah kelihatan sedikit tembam, berkat susu ibu. Alhamdulillah. Menjaga Yusuf tidaklah sukar cuma dia banyak tidur siang. Bila mama nak tido dia nak jaga, bila dia tido masanya tak sesuai tuk mama tido. Sedikit pening mama disitu.
6) Maryam Jannah - ini cabaran sebenar mama. Aduhai penat gila jadi tarzan terjerit terlolong setiap masa. Sabar ajelah. Masa adik tgh babu, masa tulah dia nak babu dia, masa adik tido masa tulah dia nak gomol adik. Suruh mandi pun bergaduh, nak makan pun bergaduh. Yang bestnya mama marah kadang dia buat dek aje, dah slalu sgt kene marah sampai dia pun mals nak layan. Sebenarnya mama rasa bersalah yang amat sebab selalu jerit2 kat Maryam. Haih...
7) Tempoh pantang masih bersisa 2 minggu, dan saya cuba memberi perhatian kepada perut dan organ2 dalaman. Maka saya kembali pakai girder n menyapu perut dengan kapur+limau nipis. Ini adalah untuk mengurangkan kesan hitam n mengempiskan perut. Kalau amalkan siang malam, InsyaAllah berkesan. Saya juga beli produk 'Bidadari' dari jenama DCL untuk organ kewanitaan. Tapi macam biasa Yusuf kelihatan tak serasi. So demi anak kecil ini saya stop la dulu @ kurangkan pengambilannya. Harap2 ada kesan untuk penyembuhan dalaman.

Itu saja updates setakat ini. Kepada rakan2 yang juga sudah melahirkan - Zue n Mien, silalah berpantang dengan baik ye, nanti kita bisa bertemu n menemukan hero2 kita, Yusuf, Syamil n Muiz... Dan pada waktu blog ini ditulis maybe Mama Ila juga telah berjaya melahirkan. Dan buat Intan, tak sabar tunggu saat kau pula. InsyaAllah baby Syaaban n Ramadhan baik pekerti budaknya... :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

5.8.11

~ Majlis cukur jambul Yusuf Imran ~

Published with Blogger-droid v1.7.4

Alhamdulillah dapat sempurnakan majlis cukur jambul Yusuf di hari ke-9 kelahirannya. As usual majlis awal sebab ada sepupu hubby buat majlis bertunang, jadi kami pun tumpanglah menyelam sambil minum air. Yes sebab saya masih lagi dalam mood jalan dengan penuh keayuan maka semuanya diuruskan oleh ibu mertuaku. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan Yusuf sangatlah well behaved sepanjang direnjis n ditobek2 rambut pacaknya itu. Yusuf tidak meragam langsung dan sepanjang duduk di dewan dia membuta sahaja. TQ darling!

Kepada semua yang telah memeriahkan majlis, terima kasih banyak2. Ramai yang tak dapat datang sebab majlis clash dengan birthday party sorang lagi kawan saya, pada yang sempat rushing ke majlis Yusuf terima kasih sangat2.

Selain dapat banyak hadiah, Yusuf juga terima banyak duit yang menjadikan Yusuf seorang ribuwan. Alhamdulillah dah abis pantang nanti kita buka buku akaun ye sayang? Tak sabarnya mama nak abis pantang, teringin gila nak pergi jalan2 dengan 2 anak mama ni.

Oklah kalau rajin akan apdate gambar sepanjang majlis. Sangat malas nak buka laptop n edit gambar, serius dah lama tak buka laptop. Oklah itu saja setakat ini k. Selamat berpuasa n berbuka kepada semua.