15.7.11

Birth Story ~ Yusuf Imran (Episode 3 - Finale)

Ok jom sambung lagi. Semalam abis kat mana eh? Oh nak kene induce kan?

So nurse pun masukkan air sebotol n sebotol lagi ubat tu. Saya pun redha aje. Tetiba ada la rasa sakit skit, tapi buat2 cool aje. Sambil tu saya baca la surah2 yang dah dihafal especially ayat qursi. Then dc hensem tu ngan doc senior perempuan bertudung masuk. Serius jek doc perempuan tu, bila dia tgk chart ada skit contraction dia kata no need bagi ubat dah, so ubat telah distop, makanya saya rasa saya perlu bersedia untuk sakit.

Bila jam dah 3.30 pagi saya mula rasa kontraksi. Owh ooooooo...sakitnyeeeee, tapi boleh tahan lagi, so ulang lagi ayat qursi, every 5 minutes kontraksi tu datang, so saya bersedia tuk sakit setiap 5 minit itu, sampailah bila beberapa doc n nurse masuk tuk check jiran saya, saya mula mengaduh sakit. Then masa kul 4.15 pagi saya rasa sakit yang tak tahan lagi, kebetulan doc hensem tu sebelah saya, saya pun panggil dia n kata ketuban saya keluar lagi n saya rasa sakit. Dia pun kata takpe biar je ketuban keluar.

Sekali kau saya memang tak tahan dah sakit n saya dah tak dengar apa diaorang bincang, tau2 kain saya dah kene selak n rasa nak meneran datang dengan dasyatnya. Masa ni doc hensem suh saya mengucap dalam hati n meneran bila ada rasa nak meneran. Saya pun memotivasi diri sendiri dengan mengatakan sakit ini sudah sampai ke penghujung, harus bertarung habis2an n meneran sehingga baby keluar. Alhamdulillah dalam 3 @ 4 kali teran saya sudah dengar tangisan baby. Yang kelakar saya sempat terbayang aksi hero tranformers tu waktu dia mengerang kesakitan waktu kene pakai gelang kat tangan die tu, ha macam tu la agaknya muka saya meneran nak lahirkan Yusuf.

Alhamdulillah kelahiran Yusuf sempurna sudah, tidak ada apa2 ubat penahan sakit yang saya ambil dan koyakan juga kecil sahaja. Proses pengeluaran uri dan jahit juga sebentar saja. Selepas itu saya dapat memeluk Yusuf dan memberi babu buat pertama kali untuknya, Alhamdulillah sekali lagi kerana Yusuf sangat pandai mencari dan melakukan hisapan. Oh mungkin Yusuf lapar agaknya.

Itulah cerita kelahiran Yusuf Imran yang sangat2 kami nantikan. Kelihatannya Yusuf berambut lurus dan berhidung sedikit mancung dari Maryam. Syukur yang tak terhingga saya kepada Allah dengan kurniaan dan rahmatNya kepada saya, yang sentiasa memakbulkan permintaan saya. Moga saya sekeluarga terus dirahmati.

Buat Yusuf Imran moga menjadi buah hati mama dan papa sepertimana kakak menceriakan kami dalam 3 tahun ini. Moga menjadi anak yang hensem, berbudi bahasa tinggi dan berperibadi mulia. Mama doakan anak2 mama melalui satu fasa kehidupan yang indah ke akhirnya. Ameen.
Published with Blogger-droid v1.7.2

No comments: