29.7.11

Happy 4th wedding anni, honey!

I tau suami i tak baca kot blog i tapi tak kisahlah, just to wish him happy 4th wedding anniversary. TQ for everything especially kesabaran beliau. Muah!

Alhamdulillah 4 tahun bersama Allah telah mengurniakan sepasang cahayamata kepada kami yang mana membuatkan kami sangat2 bersyukur n rasa bertuah dengan rahmat Allah. Moga kami terus dirahmati selamanya. Ameen...
Published with Blogger-droid v1.7.4

25.7.11

# Berpantang #

Hari ini sudah masuk hari ke-17 saya dalam tempoh berpantang. Walaaa cepatnya masa berlalu, kalau keje la nak abiskan seminggu pun susah. Saya nak cepat habis 44 hari berpantang tapi tak nak cuti cepat habis, boleh gitu? Banyak benda nak buat tapi sebab berpantang kenalah lupakan dahulu. Bukak tingkap nampak mid valley, isetan, the gardens lagi, mana tak teruji iman shopping. Huhuhuhu nak g jalan2 gile rasanya.

Actually saya taklah mengikuti ritual berpantang sangat. Bertungku pun 2, 3 kali je. Berbarut? Masih lagi, tupun pakai girder je n sebab utama ialah nak hilangkan parut hitam kat perut, scary ok nak tgk perut hitam n gelebeh. Tapi kadang tak pakai juga, ikut mood. Pilis dipilis? langsung tak pakai. Sangat malas ok nak menampal n kemudian mencuci. Haih...saper yang buat semua ni mmg i salute la. Apa lagi ye? Makan jamu? Oh lagi la tidak sebab i breastfeed anak i ni. Tunggu la skit ari lagi i cuba makan sebab Yusuf namapak mcm ada kuning skit2 lagi. Bertangas ker, apa ker memang la tak buat juga, mana la ada orang nak buat skang, susah kot nak cari org yg boleh buat.

Makan? Taklah pangkah yg kene pangkah. Baru tadi i makan durian, takpe kan makan durian? Hohohoho setakat ni Alhamdulillah takde la kejadian serius. 2 minggu duk ngan mil, mil masakkan, makan aje, takde la nak request2 sebab segan la mil dah jaga kan, lagipun mil i bagi makan yang bagus - ikan tenggiri, ikan parang n ikan merah. Belasah ajelah walau i ada terbaca ikan parang takleh buat berpantang. Hohohoho. Pagi n petang makan biskut pingpong cicah milo. Yum yum sungguh lazat. Pastu 2, 3 hari ni banyak plak dapat rambutan, tapi ni saya tak berani sentuh, tak tau kenapa, tapi anggur i belasah aje. Tapi ais atau air sejuk memang i takde curik2 minum eh, tapi bulan pose kang tak tahulah iman camne nak tgk air tebu n segala juadah yang pastinya melelehkan liur.

Oh skang saya sudah pulang ke rumah manis. Serius sangat merindui rumah sendiri lagi2 merindui kemanisan duduk di sofa merah sambil menekan channel tujuh sebelas di astro, rasa tempoh berpantang kembali bermakna. Hehehehe... Lagipun dah risau takut kain baju tak berlipat, sbb sudah saya katakan suami saya takkan boleh buat beberapa perkara iaitu masak, lipat kain n iron baju. Jadi tiada apa yg dpt mengubah longgokan kain menjadi tersusun jika hanya suamiku dirumah melainkan longgokan itu bertambah tinggi kerana suamiku suka basuh baju.

Lepas bersalin ni pun rasa mood mengemas kembali datang, tapi kene limitkan sebab takleh buat kerja berat2. Tapi 1st day balik tu mmg tak berenti mengemas, sampai sakit pinggang. Siap memasak juga lagi. Yang tak bestnya, baru clearkan bilik, tak sampai brp jam saya dah mengucap panjang, mana tak bilik dah tonggang langgang balik dikerjakan Maryam. Sabar ajelah. Makan saya masih dimasak mil, mil deliver tuk saya, malam tadi suami saya kerja malam pun dia dtg temankan tidur. Hmmm bertuah kan? Alhamdulillah. Masa pantang kat umah mil saya makan, tgk tv n tido. Mandikan Yusuf, basuh baju Yusuf semua mil yg buat.

Cuma yang tak bestnya, walaupun jahit tak banyak saya tetap merana ni. Bukan sebab jahit tapi sebab hemmorhoids @ bahasa melayunya buasir. Huhuhuhu sangat suffered okeh! Bayanglah dah ler nak jaga jahit, dengan darah nifas yg masih banyak lagi, nak kempiskan perut lagi, nak susukan Yusuf lagi, pendek kata mmg menangis la juga. Skang dah okey skit tupun lepas cuba 3 ubat. Harap2 yang last ni berkesanlah dengan cepat. Dah tak tahan dah tak boleh nak lasak2. Bayanglah patut hari ke-17 ni dah steady dah berjalan bagai. Ni terkial2 lagi nak duduk. Adeh2. Actually buasir ni tak serius before tapi lepas meneran bersalin mmg terkeluar la buasir yg menyakitkan tu. Nak buang air besar mmg rasa trauma.

So lusa kami nak balik Kuantan pula. Harap2 saya bertambah pulih. Kalau boleh nak berurut lagi sebab kat umah mak saya, tukang urut adalah selang sebuah rumah aje ngan umah mak. Tupun kalau makcik tu free la. Kalau tak pun takpe. Oh lagi satu teringin nak pergi urut penutup pantang. Aritu gugel2 jumpa plak pasal urutan ni, plak tu yg bagi service ni pusatnya kat brickfield aje. Molek benar la tu, tapi tak call tanya lagi. Bestnya kalau dapat berspa n berurut tu. Harap2 terlaksanalah impian gediks ni. Hehehehehe...

Oklah dah panjang plak story kali ni. Stop dulu k. Nanti i apdate resepi pantang pulak. Dan kalau rajin nanti kita citer plak pasal emosi kacau bilau si kakak yang telah mendapat adik. Ok byeeeee...
Published with Blogger-droid v1.7.4

20.7.11

Cerita katil sebelah...

"Menjadi ibu adalah indah namun menuntut pelbagai pengorbanan, maka tabahlah"

Saya ingin berkongsi cerita, cerita tentang ibu muda di katil sebelah saya sewaktu saya di dalam wad bersama Yusuf. Ibu muda ini berbadan sedikit besar, saya agak umurnya di awal 20an dan pertama kali menjadi ibu. Dia juga bersalin melalui kaedah ceasarean. Anaknya perempuan yang dilahirkan seberat 3.6kg.

PPUM adalah hospital rakan bayi, maka bayi memang akan sentiasa bersama ibu dan tiadalah nursery atau susu formula yang dibenarkan.

Alhamdulillah Yusuf tidak meragam. Sebab sudah mempunyai pengalaman anak pertama dan sedikit pengetahuan tentang penyusuan susu ibu maka saya tidak lagi panik memikirkan susu yang belum banyak atau memikir cara yang efektif untuk menggalakkan penghasilan susu.

Berlainan dengan ibu muda di katil sebelah. Simpati saya padanya, sudahlah dibedah, anaknya pula asyik menangis dengan suara yang amat kuat, ye seperti anaknya mempunyai nada suara di oktaf 5, setaraf Mariah Carey. Saya serius, sehingga memang saya tak bisa melelapkan mata sepanjang malam. Begitu juga ibu muda itu, baru dia mahu melelap mata anaknya akan mula berdondang sayang. Sesekali saya terdengar beliau merengus namun beliau tetap bangun menenangkan anaknya.

Dia ada menegur saya, bertanya tentang susu ibu. Walaupun saya berjaya menyusukan Maryam sehingga 2 tahun namun pada saya, saya masih mentah dan saya bukanlah orang yang layak menasihati beliau. Saya juga tak mahu mengganggu emosinya yang jelas sudah amat terganggu. Rupanya dia mengalami masalah puting tenggelam, maka anaknya memang tidak dapat menyusu dengan sempurna. Waktu ini saya bersyukur kerana Allah tidak menguji saya sebegini.

Disebabkan anaknya asyik menangis, beberapa kali nurse mengambil anaknya, ya saya tahu, nurse memberikan susu formula kepada anaknya. Namun anaknya diam tidaklah lama, masih juga melalak.

Sampai ke satu tahap, saya terdengar perbualan ibu muda ini dengan seorang nurse yang agak senior.

"Eh kenapa awak menangis?"

"Saya stress la nurse, dari semalam saya tak tido, baby asyik menangis aje"

"Nak jadi ibu, tak cukup tido tu biasa, awak jgn la menangis depan anak awak, kuat sikit, nak jadi ibu mcm ni la"

Kemudian nurse itu memberi sedikit nasihat buatnya. Saya juga sedikit terharu, berbeza dengan nurse sebelum2 ini, nurse yang satu ini cukup lembut menasihati.

Benar nak jadi ibu kena cukup kuat dari segi mental dan fizikal. Mental lebih2 lagi. Jika tidak memang kecundang khasnya jika nak menjayakan penyusuan ibu yang sempurna. Saya telah melaluinya dan kini lebih tenang mendengar cakap2 yang tidak membina. InsyaAllah saya akan berusaha keras untuk merealisasikan impian saya untuk menyusukan Yusuf Imran selama 2 tahun. Saya bukan poyo atau cuba mengikut2 tapi saya cuba memberikan yang hak dan terbaik buat generasi saya sendiri. Saya telah melihat sendiri kebaikan susu ibu buat Maryam, jadi mengapa saya tidak meneruskan buat Yusuf?

Moga Allah sentiasa membantu saya. Dan buat ibu muda itu saya harap dia tidak berputus asa.
Published with Blogger-droid v1.7.4

19.7.11

Yusuf Imran Bin Ahmad Kusyairi

Hari ni papa daftarkan nama Yusuf Imran kat JPN. Moga anak mama jadi anak yang soleh, hensem, berbudi bahasa dan berperibadi mulia. Muah!
Published with Blogger-droid v1.7.2

15.7.11

Birth Story ~ Yusuf Imran (Episode 3 - Finale)

Ok jom sambung lagi. Semalam abis kat mana eh? Oh nak kene induce kan?

So nurse pun masukkan air sebotol n sebotol lagi ubat tu. Saya pun redha aje. Tetiba ada la rasa sakit skit, tapi buat2 cool aje. Sambil tu saya baca la surah2 yang dah dihafal especially ayat qursi. Then dc hensem tu ngan doc senior perempuan bertudung masuk. Serius jek doc perempuan tu, bila dia tgk chart ada skit contraction dia kata no need bagi ubat dah, so ubat telah distop, makanya saya rasa saya perlu bersedia untuk sakit.

Bila jam dah 3.30 pagi saya mula rasa kontraksi. Owh ooooooo...sakitnyeeeee, tapi boleh tahan lagi, so ulang lagi ayat qursi, every 5 minutes kontraksi tu datang, so saya bersedia tuk sakit setiap 5 minit itu, sampailah bila beberapa doc n nurse masuk tuk check jiran saya, saya mula mengaduh sakit. Then masa kul 4.15 pagi saya rasa sakit yang tak tahan lagi, kebetulan doc hensem tu sebelah saya, saya pun panggil dia n kata ketuban saya keluar lagi n saya rasa sakit. Dia pun kata takpe biar je ketuban keluar.

Sekali kau saya memang tak tahan dah sakit n saya dah tak dengar apa diaorang bincang, tau2 kain saya dah kene selak n rasa nak meneran datang dengan dasyatnya. Masa ni doc hensem suh saya mengucap dalam hati n meneran bila ada rasa nak meneran. Saya pun memotivasi diri sendiri dengan mengatakan sakit ini sudah sampai ke penghujung, harus bertarung habis2an n meneran sehingga baby keluar. Alhamdulillah dalam 3 @ 4 kali teran saya sudah dengar tangisan baby. Yang kelakar saya sempat terbayang aksi hero tranformers tu waktu dia mengerang kesakitan waktu kene pakai gelang kat tangan die tu, ha macam tu la agaknya muka saya meneran nak lahirkan Yusuf.

Alhamdulillah kelahiran Yusuf sempurna sudah, tidak ada apa2 ubat penahan sakit yang saya ambil dan koyakan juga kecil sahaja. Proses pengeluaran uri dan jahit juga sebentar saja. Selepas itu saya dapat memeluk Yusuf dan memberi babu buat pertama kali untuknya, Alhamdulillah sekali lagi kerana Yusuf sangat pandai mencari dan melakukan hisapan. Oh mungkin Yusuf lapar agaknya.

Itulah cerita kelahiran Yusuf Imran yang sangat2 kami nantikan. Kelihatannya Yusuf berambut lurus dan berhidung sedikit mancung dari Maryam. Syukur yang tak terhingga saya kepada Allah dengan kurniaan dan rahmatNya kepada saya, yang sentiasa memakbulkan permintaan saya. Moga saya sekeluarga terus dirahmati.

Buat Yusuf Imran moga menjadi buah hati mama dan papa sepertimana kakak menceriakan kami dalam 3 tahun ini. Moga menjadi anak yang hensem, berbudi bahasa tinggi dan berperibadi mulia. Mama doakan anak2 mama melalui satu fasa kehidupan yang indah ke akhirnya. Ameen.
Published with Blogger-droid v1.7.2

14.7.11

Birth Story ~ Yusuf Imran (Episode 2)

Oklah oklah saya sambung episod 2 plak ye sementara Yusuf tido ni.

Bila sampai PPUM, saya turun kereta dengan mil n papa pergi parking kereta. Saya terus ke wad bersalin untuk check in, masa ni lupa dah nak check in kat facebook, hahahahah. Saya redah pintu wad sampai nurse kata sabar, sabar. Kikikiki mana nak sabar kan ketuban dah kering ni ha. Pastu bagi kad n saya pun masuk salin baju n berak. Hohohoho tak berubah juga since 3 tahun lepas, cuma baju hospital dah tukar warna pink instead of orange masa bersalinkan yam dulu.

Masa ni serius saya tak rasa any contraction. Masa dalam toilet pun rasa cool aje buang air, hehehehehe kalau masa yam dulu saya memang meraung masa buang air sebab masa tu memang dah sakit. Lepas dah selesai boleh lak lepak jap kat kerusi sementara tunggu nurse panggil, oh lupa masa tgh salin baju tu radio tgh main lagu Ramlah Ram yg 'kuhapus airmata dari mengiringi...' n saya boleh lak tergelak sebab teringat Ateh, hahahahahaha. Oh ye nurse kat wad bersalin ni serius2 skit jadi takyah la nak kerek atau ngada2 sangat, mau kene sound aje nanti. Hahahahahahahaha...

Bila nurse panggil masuk bilik, saya antar baju kat mil dulu. Masa keluar kebetulan papa pun dah ada, sebab mereka tak boleh masuk tengok saya maka saya pun salam mereka berdua n minta mereka doakan saya. Waktu tu jam dah pukul 2.30 pagi dan saya tak juga rasa sakit.

Bila masuk wad ada 2 katil, katil pertama tu sudah dihuni oleh seseorang yang kelihatannya sudah sakit. Alloh ni mau saya kene dengar dia beranak dulu ni kang. Saya senyum padanya tapi dia buat serius aje, oklah oklah saya tau awak sakit. Lalu saya pun panjat la katil saya sendiri, nurse pun buatlah apa yang patut n ada dua doctor yg junior memerhati saya, seorang lelaki india n seorang lagi gadis melayu yang comel. Tiba2 teringat citer Grey's Anatomy pula bila dah ramai sangat watak2 doktor ni.

Pastu saya pun baringlah tunggu sakit, hohohohoho masa ni mmg tgh pikir macam mana la bersalin kali ni, betapa lama lak sakit n ok ker baby ni sbb dah abis dah air ketuban ni. Tapi pikir takleh la nak over sangat sebab sebelah ni dah mengerang sakit dah. Aduh kesiannya dia, macam tu ker saya jap lagi.

Tetiba...

Wah hensemnye doctor ni, hati saya berkata. Hahahahaha serius ko masuk sorang lagi doc lelaki melayu yang hensem dengan muka terpisat2 sebab baru bangun tido. Hahahhahahahah terus teringat doctor hensem dalam citer House M.D tu, bukan house tapi mamat british tu, ape ke nama wataknya tak ingat plak. Hohohohoho kali ni mmg la rasa segan sebab memang nampak macam dia akan melakukan sesuatu. Sebab belum sakit memang la boleh pikir segan n malu lagi, kang dah sakit lantak pi la saper pun nak lakukan any prosedur.

Sekali memang betul kau, dia yang check bukaan gua. Giler merah muka rasa, gadis melayu tadi melihat sahaja, rupanya dia masih pelatih. Adeh! Cuma yang bagusnya kalau melayu islam ni caranya lebih bagus la. Hohohoho masa yam dulu tak sempat check bukaan ok, so baru la i tau macam ni rupanya mereka. 'mengorek' kamu. Sedikit sakit ok! So the hensem doc said that bukaan dah 3cm n tanya saya mmg tak rasa sakit lagi ye n saya pun jadi konpius betul ker saya belum sakit. Risau baby apa2 plak kang. Pastu doc tu tepon bos dia untuk kebenaran nak bagi saya induce sebab saya belum rasa sakit tapi ketuban saya dah banyak keluar. Kata doc takut risiko jangkitan pada baby. Oh dgr risiko i angguk dgn cepat, gila kau nak risiko2kan anak saya plak.

Ceh doc ni pun kuar iphone dia, tak tau la iphone 3 ker 4. Hahahaha sempat lagi kan? Yelah kalau tak sakit mcm2 boleh pikir ko, cuba aku dah sakit, mau aku hamun aje hensem ke tak hensem ke kan? Hahahahahah kan i dah cakap i memang cpt naik angin bila sakit n ngantuk. Hohohohohoho...

Pastu bila bos dah setuju dia pun cakap nak masukkan ubat, apa nama ubat tu saya lupa, aritu dah cuba hafal tapi luper dah pon. Hahahahahhaahha. Tapi b4 tu doc cakap nanti kul 8 pagi baru diaorang datang check saya balik. What???!!! Kul 8 pagi? Adoi masa ni baru kul 3 pagi, kalau kul 8 pagi bayangkan berapa lama saya nak menempuh sakit kontraksi itu? Masa ni dah cuak lagi2 jiran sebelah dah kuarkan macam2 bunyi.

Eh mil saya panggil makan la, lalalalalalala nanti sambung k?
Published with Blogger-droid v1.7.2

13.7.11

Birth Story ~ Yusuf Imran (Episode1)

Syukur Alhamdulillah hanya untuk Allah.

Baik mari kita bercerita tentang kelahiran yang telah sempurna ini. Nak mula dari mana ye? Panjang kang boring lak baca.

Baiklah cinta hati kedua kami ini kami telah sepakat menamakannya sebagai Yusuf Imran. Kesinambungan dari nama klasik Maryam yang diambil dari Al-Quran. Sejak tahu mengandungkan anak lelaki, Maryam telah diajar memanggil adik dengan nama Yusuf Imran. Kerana itu dah tak boleh buat apa2 perubahan sebab Maryam memang tak bagi.

Ok Yusuf lahir pada tarikh kontroversi 'Bersih', masin la mulut bonda elly kan? Tapi Alhamdulillah Yusuf tak la nak keluar tgh2 orang menempuh road block yang menyampahkan tu. Kalau la Yusuf terpaksa melalui kesesakan sah2 la boleh terberanak kat federal highway, then boleh mama saman menyaman org2 berbaju kuning tu. Hohohoho...

Saya melalui satu episod drama tv iaitu pecah ketuban!Hahahaha tulah kutuk drama Nora Elena lagi kan, tapi betullah pecah ketuban sendiri tu hanya berlaku 5% dari keseluruhan pregnancy. Maka saya mmg tidak sangka saya antara 5% itu lagi2 MJ dulu saya keluar tanda darah.

Ketuban pecah sewaktu saya tido. Serius saya dengar bunyi 'pop' yang comel lalu saya pun bangun. Bila duduk aje terasa air panas mengalir, ok ok minda saya set jangan panik. Lalu saya bangun n ke toilet. Ok then seluar dalam saya basah. Ok ok mandi dululah, jangan panik lagipun saya tak merasa apa2 sakit. Tengah mandi keluar lagi, dah siap mandi pakai pad overnite skali kau mengalir lagi air yg membasahkan seluruh pad, ok ni dah kene gerak papa. Bila papa bangun papa tepon adik saya tanya kat mana, sungguh ceh sebab dia dalam wayang. Oh waktu tu jam dalam kul 1 pagi. Then tepon umah mil, adik ipar datang amik mj n mil dah siap tunggu kat kereta. So masa tukar pad skali lagi basah juga lagi n terpaksa tukar sekali lagi. Alhamdulillah papa ada kat rumah waktu ini dan syukur juga waktu2 ini semuanya sedang lengang.

Waktu kami bertolak ke ppum, mj sempat berpesan pada mil agar jaga mama baik2 wlpun dia sedang mamai2. Sungguh sweet. Lalu menujulah saya, papa n mil ke ppum. Beg bersalin semua dah ready dlm kereta. Sebenarnya saya start nak rasa panik sebab air dah banyak keluar tapi saya tak juga rasa sakit. Kami sampai ppum jam 2 pagi. Lagi bestnya turun je kereta, ketuban keluar lagi. Kali ni saya memang kuyup ok. Panik? Tak tahulah nak rasa mcm mana.

Ok nanti sambung k. Nak makan jap, lapar la...
Published with Blogger-droid v1.7.2

1.7.11

Muka lembik aje...

Beberapa malam yang lepas saya keletihan n masuk tido awal sementelah pula merajuk dengan papa sebab papa tak tolong panaskan soto yang dibeli di pasar malam. Baring2 sekali sudah hampir terlelap dengan menutup muka dengan bantal. Sebab maryam masih bertenaga kuda dia datanglah mencari saya.

"Ma naper ni ma?" dia goncang badan saya, saya diam jek sbb lalok dah kan.

"Yaaangggg naper ni yang?" Maryam goncang lagi, saya malas nak jawab, gedik lak yang, yang saya. Dalam hati ni mesti papa suh ni.

Sebab tak jawab Maryam dtg dekat n tarik bantal di muka saya n berkata "Eh kenapa muka lembik jek ni?" Hahahaha serius masa tu saya terjaga n rasa sangat lucu. Memang la saya rasa bapak dia ajar ni. Saya pun bangunlah.

Dipendekkan citer lepas dah dinner malam tu dgn soto yang kuahnya dipanaskan papa dan papa pun dah g keje, kami pun masuk tido. Rutin borak sebelum tido pun berlangsunglah.

Mama : Tadi yam cakap mama muka lembik tu papa suh yer?

Maryam : Taklah, kan muka lembik tu upin ipin cakap kat mail, die cakap "mail kenapa muka ko lembik aje?"

Pastu Maryam gelak sakan sambil buat aksi muka lembik.

Cis, budak botak 2 orang ni punya penangan rupanya!

Bila saya suruh dia tunjuk balik episod upin ipin yang mana, tahu jek dia cari n mmg betullah upin ipin cakap kat mail mcm tu.

Sabar jelah mak nok!
Published with Blogger-droid v1.6.8