29.10.11

Anak Susuan - Fattah Bin Mohd Azman

Alhamdulillah dengan izin Allah, saya telah menjadi ibu susuan kepada budak comel ini. Namanya Fattah Bin Mohd Azman. Walau hanya ibu susuan ebm namun saya tetap berbesar hati.

Saya bukanlah 'breastfeeding freak' tapi saya salah seorang ibu biasa yang menggalakkan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Adalah satu penghargaan besar kepada saya kerana adanya kesudian ibu lain meminta saya menjadi ibu susuan kepada anaknya. Walau besar mana pujian anda atas kesanggupan saya, saya rasa besar lagi sanjungan saya terhadap mami dan daddy Fattah yang sanggup dan berusaha mencarikan Fattah ibu susuan demi menjayakan misi 6 bulan penysuan susu ibu tanpa susu formula. Jujurnya bukan mudah nak buat satu keputusan yang mana hakikatnya anak kita sendiri akan ada ibu lain selain kita.

Alhamdulillah nampaknya segalanya dipermudahkan Allah. Pada awalnya saya amat risau, takut2 susu saya akan buat Fattah sakit perut atau kembung. Sebabnya Yusuf selalu kembung lebih2 lagi kalau Yusuf minum ebm yg dibekukan. Namun syukur, menurut ibu Fattah, Fattah baik2 saja. Sudah rezeki Fattah, lebih separuh stok ebm milik Yusuf menjadi hak Fattah. Memang benar2 'Penakluk', :)

Pada awalnya niat Mami Fattah untuk menjadikan saya ibu susuan Fattah mendapat bantahan dari ahli keluarga terdekat. Maka kami batalkan saja niat kami, namun akhirnya niat ini berjaya diteruskan juga. Saya faham kerana ini bukan perkara yang boleh dibuat main, ini melibatkan hal agama khasnya nasab keturunan. Maka jika ada yg tidak bersetuju, pandangan mereka juga perlu diambil kira. Paling penting kedua ibu bapa perlulah bersetuju. Di pihak saya, saya rasa bukanlah masalah besar kerana dari awal saya sudah berbincang dengan suami dan mendapat persetujuan beliau. Ditambah pula stok ebm beku memang tidak digunakan dan sudah hampir ke tarikh luputnya. Fattah menepati syarat2 saya, muslim, lelaki, seusia Yusuf dan adalah anak kenalan yang saya kenal.

Dan pada 14 Oktober 2011 saya menerima mesej dari Mami Fattah yang bertulis ' Rasenya arini dah cukup 5x kenyang si Fattah minum susu mama dia'... Saya hanya mampu melafazkan syukur kepada Ilahi. Doa saya moga Fattah sihat2 saja dan dapat jadi anak yang bijak dan soleh. :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

ummi mien said...

ooo ini baby nye. comel! musti pas ni bam bam mcm yusuf.

Anonymous said...

tq for mama uji sbb sanggup jdkn fattah sbgai anak susuan. lbh kurang 3mnggu lagi, fattah genap 6bln.. trcapai la hasrat saya nk bg fattah minum fully susu badan utk tmpoh 6bln.. dan hasrat saya tu xkn trcapai klu xkerana mama uji.. ape pn.. mami & daddy fattah ucapkan ribuan terima kasih kpd mama uji..