1.11.11

Yang Abah Tinggalkan...

...selepas pemergianya adalah ilmu.

Terima kasih abah. Sesungguhnya apa yang saya ada hari ini adalah atas usaha abah memberi pendidikan ke tahap tertinggi terhadap kami. Sekarang legasi itu akan saya teruskan untuk anak2 saya. Sedang abah bergolok bergadai demi ilmu untuk anak2, takkan saya abaikan juga tanggungjawab saya dlm memberi ilmu yang lebih baik untuk anak2. Alhamdulillah dengan segala rezeki dan kurniaan Allah selama ini.

Abah tanpa suara telah mengatakan tiada kompromi dalam pendidikan. Selagi terdaya demi ilmu segalanya dilakukan. Walau berat mana sekalipun. Dulu saya pejamkan mata melihat keringat abah. Kalau tidak saya pasti takkan meneruskan pengajian. Memang itu tanggungjawab abah tapi sebagai anak siapalah yang mampu melihat ayah sendiri membanting tulang demi anak2 hingga sedemikian rupa.

Oleh itu saya mengambil serius isu2 berkaitan pendidikan khasnya untuk anak2 saya ini. Maryam bakal mencecah 4 tahun di tahun hadapan. ABC dah lama dikenalinya, namun kini sudah hampir dilupai, semua gara2 saya jarang mempunyai masa untuk mengajaknya menelaah. Yang dihafalnya kini adalah skrip2 dalam cerita upin ipin dan boiboiboy. Pening kepala nak jadi Kak Ros okey! Ya saya akui ini salah saya yang gagal mencuri masa untuk mengajar anak2 sementelah pula saya garang orangnya.

Oleh itu saya dan papa telah memutuskan untuk menghantar Maryam ke pra-tadika di tahun hadapan.Alhamdulillah nampaknya semuanya telah dipermudahkan Allah S.W.T. Niat saya untuk menghantar Maryam ke pra tadika berteraskan islamic-english nampaknya dimakbulkan Allah. Dan lebih manis lagi saya sendiri InsyaAllah akan menghantar dan mengambil Maryam pergi dan pulang setiap hari. Alhamdulillah inilah antara kemanisan yang dapat saya rasai sempena penghijrahan saya dalam kerjaya. Mudah-mudahan Allah memudahkan seluruh perjalanan kami di masa2 hadapan. Hanya padaNya saya berserah.

Ok bila selesai semua pendaftaran Maryam untuk ke pra tadikanya, saya akan buat entry yang lain ok. Sekarang Maryam sudah booking tempatnya. Sekarang baru saya rasa betapa terharunya jadi ibu bila anak mula nak masuk sekolah even pra tadika sahaja. Hehehehehe, selain rasa anak dah besar, diri juga telah terasa tua. Kikikikiki...

Apapun terima kasih abah dan terima kasih Allah...
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comment:

ummi mien said...

wah advance nye cik yam. dania plak memang duk mintak suh hantar g skolah. tapi buat masa ni biar dulu la. biar dia blaja jaga adik dia dulu.muahhaha