24.10.11

Putus sudah kasih sayang...

dengan opis skang...

Sob, sob, sob...

Sedih juga sebenarnya mahu pergi dari sini. Saya sudah semakin serasi disini, tiada masalah besar sebenarnya, ianya hanya melibatkan emosi dan merebut peluang yang bergolek dihujung kaki.

Jalan ini dipermudahkanNya. Syukur. Seterusnya saya hanya berdoa agar Dia terus bersama saya. Kita tak tahu apa yang ada dihadapan, maka saya hanya bertawakal agar semuanya terus dipermudahkan. Bukan senang mahu keluar dari zon selesa, dan saya telah melakukannya demi mengharapkan keselesaan yang lebih kepada anak2. Saya tidaklah mengharapkan di masa depan anak2 akan melakukan yang serupa untuk saya, saya hanya melakukan apa yang sepatutnya seorang ibu lakukan.

Saya tidak pernah terfikir untuk pergi secepat ini. Ya saya sendiri ada perancangan saya. Namun rezeki baru datang secepat ini dan ianya amat diermudahkanNya. Biar apapun tanggapan orang, terpulanglah. Ini kehidupan saya dan keluarga, jika kepentingan saya adalah mereka, cubalah hormatinya. Mereka kebahagiaan saya dan jika penghijrahan ini amat berbaloi buat mereka, mengapa tidak saya lakukannya? Ada sedikit pengorbanan yang harus saya lakukan namun pulangannya adalah masa yang lebih untuk mereka, dimana ini adalah idaman saya selama ini.

Kata bos 'Awak baru setahun lebih kat sini n dah pergi for maternity leaves, baru naik sebulan awak dah nak berhenti, which is not so good'...

Huh?! Hellloooooooo...

Saya amat berkecil hati dengan ayat ini. Dengan dedikasi saya selama ini saya tidak mengharap bos akan berkata begini. Saya tidak mengharapkan rayuan bos untuk saya terus berkhidmat untuknya adalah begini. Saya mengharapkan sesuatu yang indah didengar dan dapat membuat saya berfikir kembali dengan keputusan saya untuk berhenti. Seolah2 selama ini saya tidak membawa apa2 makna untuknya. Serius pecah hati saya.

Dan sebagai balasan saya berkata begini 'As I told u b4, i am not searching for this job, it's comes to me!'

Peluang baik tak selalu datang, wheter u grab it or it will go away. Sudah saya katakan saya mahu pergi kerana saya mahu seimbangkan antara kerja dan anak2. Jangan jadikan statement saya ini satu kesalahan besar. Saya seorang ibu, ibu kepada 2 anak dan saya ibu yang ibuholic. So jangan nak pandang serong keputusan saya. Kamu bukan saya yang merasa betapa tersentuh hati pulang pada jam 10 malam, ambik anak2 pulang kerumah dan melihat mereka tidur tanpa sempat bermain dengan mereka. Kalau kamu tiada hati seorang ibu seperti saya, sekurang2nya hormatilah keputusan saya ini.

Kamu menawarkan tawaran gaji yang juga menarik namun cara kamu menjadikan saya tetap dengan keputusan saya. Kamu tidak dapat memberi saya masa yang lebih untuk anak2 dan saya tidak rasa kamu berusaha untuk menyelamatkan hubungan kita. Aiseh! Tapi benar saya tidak langsung merasakan saya amat2 diperlukan disisi kamu.

Ok nanti saya smbung kembali. Dah abis masa jimba2.
Published with Blogger-droid v1.7.4

4 comments:

semut-terbersin said...

Wahh congrats! Rezeki anak tu namanye

semut-terbersin said...

Wahh congrats! Rezeki anak tu namanye

ummi mien said...

congrats ujie. itu namanya rezki anak kan. rasa sejuk je perut yang mengandung ni bila mengenangkan rezki yang anak2 bawak kepada kita. jadi pada sape2 yang nk buang anak tu sila berfikiran positif. setiap kelahiran tu menjanjikan kita seribu macam keajaiban. sila berfikiran positif baru la rezki masuk. papepon besa la tuh aku pon kena gak. dan aku sendri sayang last job aku dulu. tapi skang ni dh rasa hepi. btw, dpt kerja kat ne?

R-B-I said...

Alhamdulillah rezeki yusuf n maryam...