9.10.11

Susu ibu ~ Disebalik hak dan tanggungjawab...

Saya merasakan satu penghargaan besar apabila menerima pujian berkait penyusuan susu ibu. Terbaru saya menerima 'thumb up' selepas selesai mengepam di surau. Ramai yang terpegun melihat botol 9oz saya penuh dengan susu ibu. Alhamdulillah kalau tak stress banyaklah dapatnya, kalau stress mmg kutipan menyusut 1-2oz.

Sewaktu teman berkunjung ke rumah melepak, mereka juga terkejut melihat stok ebm dalam peti sejuk. Kebetulan saya juga mengepam dan sekali lagi mereka kagum melihat saya hanya menggunakan pam manual. Tak penatkah? Saya hanya tersenyum. Bila enjoy melakukannya penat bukanlah penghalang kan?

FIL juga bertanya bila saya membawa pulang 2 botol stok ebm berisi 8oz setiap satu. Tanyanya 'itu hari ni punya?' hahahahahah yalah kan? Sekarang tahulah kenapa saya tak perlukan formula kan?

Namun semua ini tidaklah semudah disangka. Demi hak seorang anak dan tanggungjawab seorang ibu saya berusaha untuk meneruskan yang terbaik untuk anak. Saya telah melalui pahit manis sepanjang 2 tahun menyusukan Maryam dan telah melihat kebaikannya. Oleh itu saya perlu meneruskannya untuk Yusuf. Alhamdulillah hari ini Yusuf sudah genap 3 bulan dan masih sepenuhnya mendapat susu dari saya. Ya dia juga sihat dan happy budaknya. Syukur atas segalanya.

Saya akui menyusukan anak dgn susu ibu memanglah yg termudah namun bagi ibu bekerja dalam mengurus stok ebm mmg banyak cabarannya. Jika tak rajin memang bisa tersungkur. Saya terpaksa mengaku saya amat malas nak basuh botol dan mengeringkannya. Part yang saya terpaksa paksa diri untuk melakukannya. Saya mengingatkan diri sendiri bahawa inilah part paling penting. Botol mesti bersih dan betul2 kering. Haih malas sangat sebenarnya. Nipun baru lepas steril n kesat 14 biji botol + pam, nak pengsan rasanya.

Saya berdoa dan terus berdoa agar dapat menyusukan Yusuf sehingga dia berusia 2 tahun sepertimana Maryam. Ini semua kerana hak dan tanggungjawab dan juga kasih sayang saya terhadap anak2. Moga segalanya terus dipermudahkan olehNya. Ameen.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: